Pages

Tuesday, August 9, 2011

Ya ALLAH, laparnya..


بسم االه الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH yang dicintai.. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang dirindui.. (",)

Saya nak tanya satu soalan boleh? Apabila kita lapar atau dahaga, apakah yang kita fikirkan? Apakah yang berlegar-legar di fikiran kita atau kata hati kita? Kalau saya, saya akan terfikir.."nak makan atau minum lah..bagi menghilangkan lapar dan dahaga.." Sahabat-sahabat sependapat ke dengan saya?

Aha..ni saya nak bagi correction sedikit..semestinya nasihat untuk saya, dan dalam masa yang sama, menyampaikan kepada orang lain..untuk diamalkan kerana ALLAH insyaALLAH =)

Siapa yang bagi kita lapar dan dahaga? Dan yang paling penting, siapa pula yang memberi kita kenyang? Jawapannya, semestinya ALLAH S.W.T. Kita meyakini bahawa ALLAH lah pemberi rezeki, Ar-Razzaq. Jadi, bila kita lapar atau dahaga, kita cakaplah.. "Ya ALLAH, hanya Engkau yang bisa menghilangkan rasa lapar dan dahagaku ini.. Makanan dan minuman hanyalah asbab(sebab) atau wasilah(cara/jalan) atau usaha untuk menghilangkan lapar dan dahaga.. Ya ALLAH, Dikau ampunilah dosa-dosa hamba-MU ini.. Hamba-MU ini lemah tanpa pertolongan dari-MU.."

Ustaz Haider, mengajar saya bahasa arab, tauhid, fiqh dan lain-lain di SAMER, pernah berkongsi.. "Kita makan, bukan sebab kita lapar, tetapi kerana makan adalah fitrah manusia! Dalam meneruskan kehidupan insyaALLAH.."

Nampak tak? Dalam hal makan dan minum pun, ada kaitan dengan tauhid, keimanan kita kepada ALLAH..kebergantungan kita kepada ALLAH.. Jadi, sejauh manakah kita meletakkan ALLAH dalam kehidupan kita? ^_^ Sama-sama saling mengingati kerana-NYA..


A055
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. (Adz-Dzaariyaat 51:55)

Wallahua'lam. Ilal liqa' (sehingga berjumpa lagi) insyaALLAH,
Sharraftu biziaratikum.

4 comments:

  1. salam kunjungan,
    gracias atas perkongsian tu.
    simple tp bermakna.

    hahaha,kalau panas sgt,sy rendam dalam ayaq sejuk..td baru cuba..Allah..legaa sungguh.Lalu,saya terfikir,Allah bagi kita berpuasa di waktu yang sy kira panas yg bsifat sementara ni untuk kita merasai bagaimana umat2 terdahulu kan?..tentu dugaan yg umat terdahulu lalui lg getir..

    moga Allah tempatkan kita bersam mereka...aminnn~

    ReplyDelete
  2. > _virus sopan_
    Menyambut salam kunjungannya,dgn senang hati ^_^

    Bagus juga cdgn tu,bolehlah saya try ^_~ ehee~

    'Ala kulli hal,jazakillahu khairan kathira. Aminn,atas doanya yg baik (",)

    ReplyDelete
  3. salam ziarah ukhti. hem, menarik tu. tauhid tu memang kena kukuh dalam diri kita. bila tauhid kukuh, nescaya tadak masalah timbul dalam aqidah. perkongsian menarik.

    salam ziarah ke blog. jemput ke blog ye. =)

    ReplyDelete
  4. >husnataqwa

    gembira menerima ziarahnya (",)
    insyaALLAH,kita sama2 merasai dan menceritakan kebesaran ALLAH;
    salam ukhuwwah bersulam mahabbah buat ukhti! ^^

    InsyaALLAH,ana menyusul ke blog ukhti.. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...