Pages

Thursday, June 21, 2012

Teka-teki (",)

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH.. (",)

Sahabat-sahabat apa khabar? Hari ini saya nak tanya teka-teki ye.. =)

1) Kalau pencuri,dia kena tangkap sebab dia mencuri. Kalau perompak,dia kena tangkap sebab merompak. Kalau penjual ayam,kenapa dia kena tangkap?

2)Ayam berkokok, harimau?

3)Ada seekor kura-kura,dia panjat pokok kelapa.. Kemudian,bila dia sampai ke atas pokok,dia pandang bawah. Dia nampak apa?

Wallahua'alam. 1 Syaaban,menghampiri 1 Ramadhan~ ^_^





Wednesday, June 13, 2012

Jangan berhenti!

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah,segala puji-pujian hanya kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala.. ^^,

Jangan berhenti! Banyak tafsiran yang kita boleh buat apabila membaca tegahan ini.. Baiklah, sebenarnya saya hendak sentuh mengenai kewajipan menuntut ilmu yakni, jangan berhenti daripada belajar!


Sebelum itu, saya nak kongsikan satu tips untuk menghafal pelajaran, menghafal al-Quran, memahami pelajaran.. insyaALLAH (dengan izin ALLAH). Tips ini saya dengar dari Ustaz Abu Hassan bin Din dalam rancangan Pesan Atok di TV9. Tips ini mesti dilakukan sebelum waktu Subuh ^_^

Rentetan cara:
  1. Solat sunat 2 rakaat
  2. Selepas memberi salam, selawat ke atas Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi wasallam
  3. Kemudian, baca surah Al-Insyirah
  4. Setelah itu, letak tapak tangan di atas jantung
  5. Dan baca surah Al-A'laa sehingga ayat ke-6
  6. Buka telapak tangan, tanpa mengalihkannya daripada kedudukan tadi (di jantung), sehingga tapak tangan itu  berkedudukan melintang
  7. Lalu tiup di tapak tangan yang terbuka itu, dan kembalikan ke kedudukan asal
  8. Baca ayat ke-6 surah Al-A'laa, dan ulang langkah 6 dan 7
  9. Baca sekali lagi ayat ke-6 surah Al-A'laa, dan ulang langkah 6 dan 7
  10. Kemudian, selawat ke atas Nabi seperti di dalam akhir doa kita ^_^

Wallahua'lam. InsyaALLAH, kita berusaha dan berdoa, dan natijahnya, dalam bidang kuasa ALLAH Subhanahu wa Ta'ala.. (^_^)

Nak tahu jantung di mana? Lari turun naik tangga sehingga jantung berdegup kencang~ Di mana kita rasa degupan itu, di situlah jantung kita! (",) kalau nak cuba lah.. ^^,

Apa yang saya faham, dalam setiap amalan kita, berikut adalah rentetannya;
- Niat - Azam - Usaha bersungguh-sungguh + doa - Tawakkal - Redha dengan keputusan -

Sebagai contoh: Belajar, periksa (exam)


*Ulama' membahagikan ibadah kepada 3:
  1. Ibadah asas - mencakupi Rukun Islam dan Rukun Iman
  2. Ibadah sunat
  3. Ibadah umum -merangkumi seluruh kehidupan kita

Syarat asas untuk sesuatu amalan menjadi ibadah:
  1. Ikhlas kerana ALLAH
  2. Bertepatan dengan sunnah Nabi Muhammad SAW

Huraian syarat (contoh: makan) :
  1. Niat makan untuk mendapat tenaga untuk beribadah kepada ALLAH
  2. Hukum makan itu HARUS
  3. Pelaksanaan yang baik
  4. Makanan yang BAIK & HALAL -buat secara optimum (usaha)
  5. Tidak meninggalkan ibadah asas
  6. Natijah/hasil dari pemakanan adalah KEBAIKAN


*Di dalam diri manusia, ada 3 elemen yang perlu dijaga dan diseimbangkan, atau saling dikaitkan..
  • Hati - iman
  • Akal - dengan memberi ilmu
  • Nafsu - nafsu akan mengikut kebiasaan kita. Jika kita biasa buat baik, ia akan terdorong pada kebaikan. Jika kita biasa buat jahat, ia akan terdorong pada perkara-perkara kejahatan.

Selalu kita dengar persoalan, kita tahu sesuatu perkara itu tetapi kenapa kita tak buat? Sebagai contoh, kita tahu menutup aurat itu wajib di dalam Islam tetapi, kita tidak menutup aurat. Tahu itu ilmu (akal), tetapi apabila tidak digabungkan dengan iman (hati), kita tak buat.. Nafsu pula untuk dididik, bukan diikuti.. agar ia terdorong pada perkara-perkara kebaikan ^_^

Wallahua'alam. Jazakumullahu khairan kathira kerana sudi menziarahi dan membaca di sini. Sebarang perkongsian yang sihat amat dialu-alukan. Yang baik itu datangnya dari ALLAH, dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri, lantaran lalai akan perintah-NYA.

Mari memburu cinta ALLAH dan Rasul-NYA! Mari menggapai redha ALLAH~ ^_^


Saturday, June 2, 2012

Salam bila masuk rumah

بسم الله الرّحمن الرّحيم




Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH =) Tak mudah kan untuk bina zouq ketika nak menulis? Moga tulisan ini menjadi salah satu penguat diri dengan izin ALLAH ^^

Tajuk di atas merupakan salah satu tajuk di dalam rancangan 'Pesan Atok' yang bersiaran di TV9 pada setiap hari Isnin sehingga Khamis, 8.30 pagi. Adik-adik yang sedang cuti sekolah sekarang, dan sesiapa yang mempunyai masa lapang pada waktu ini, bolehlah jadikan rancangan 'Pesan Atok' sebagai medan menambah ilmu dan mendekatkan diri pada ALLAH^^


Rumah sendiri

فَإِذَا دَخَلۡتُم بُيُوتً۬ا فَسَلِّمُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُمۡ تَحِيَّةً۬ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ مُبَـٰرَڪَةً۬ طَيِّبَةً۬‌ۚ
Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. (An-Nuur 24:61)

Apabila nak masuk rumah sendiri:

  1. Masuk rumah dahulu.
  2. Beri salam.
  3. Wajib bagi yang mendengar salam (di dalam rumah) menjawab salam.
Masuk rumah, sunnah dengan kaki kanan. Beri salam, memadai dengan salam yang pendek - Assalamualaikum. Kalau dalam rumah tiada orang, malaikat yang akan jawab salam kita tetapi, jika syaitan yang ada di dalam rumah kita, salam itu akan memedihkan telinga syaitan, dan membuatnya lari.


Rumah orang lain
A027
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu). (An-Nuur 24:27)

A028
Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada kamu "baliklah", maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan. (An-Nuur 24:28) 


Apabila nak masuk rumah orang lain:
  1. Jangan masuk rumah dia dahulu.
  2. Beri salam.
  3. Palingkan muka dari pintu rumah.
  4. Setelah mendapat keizinan tuan rumah, barulah boleh masuk.
Beri salam kepada tuan rumah, maksimum adalah 3 kali, secara tenang. Beri salam sekali, tunggu sebentar. Beri salam kedua pula, tunggu sebentar. Dan kemudian, beri salam ketiga. Ada 2 keadaan;
  • Jika tuan rumah tidak menjawab salam dan tidak membenarkan kita masuk, walaupun kita dengar ada pergerakan di dalam rumah tersebut (maksudnya rumah tersebut ada orang), hendaklah kita balik.
  • Jika tuan rumah menjawab salam dan mengizinkan kita masuk, dalam tempoh 3 salam yang diberi itu, kita boleh masuk.
Kenapa kena palingkan muka dari muka pintu? Untuk menjaga pandangan mata kita dan aurat keluarga tuan rumah. Mana tahu, ketika tuan rumah membuka pintu, anak perempuannya masih tidak sempat memakai tudung, dan lain-lain.

Wallahua'lam. Marilah kita sama-sama amalkan dalam kehidupan seharian kita. Moga hari ini lebih baik dari semalam =) Salah dan silap mohon diberi tunjuk ajar. Sahabat-sahabat tahu maksud 'Assalamualaikum' atau 'Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh'? Soalan saya untuk diri anda ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...