Pages

Saturday, September 17, 2011

Bicara Hati

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Alhamdulillah, hari Jumaat (16.9.2011), sahabat baik saya mengadakan majlis doa selamat, sempena keberangkatannya ke Mesir pada hari Rabu nanti, 21 September 2011. Tetapi, saya tidak dapat hadir ke rumahnya untuk memenuhi jemputannya ='( Takpelah liana, kita jumpa dalam hati lah ye! ^_^ Saya tersentuh apabila saya telefon liana, memberitahu dia akan ketidakhadiran saya, salah satu kata-katanya.. "Munirah, awak jangan lupakan kita tau! ^_^ " InsyaALLAH liana.. =)

Membina hubungan baik dengan kawan; jangan lupa juga untuk membina hubungan baik dengan ahli keluarga, mak ayah kita.. dan yang paling utama, hubungan baik dengan Allah =) Pernah dengar ungkapan hablum minallah wa hablum minannas? ^^,

Di sini, saya ingin mencoret peringatan buat diri.. Setiap masa, setiap hari, kita berusaha untuk memperbaiki diri, berubah ke arah yang lebih diredhai-NYA.. kerna kita tahu, setiap manusia itu tidak lepas daripada melakukan dosa dan kesalahan, lantaran kelemahan dan kelalaian diri daripada perintah-perintah Allah dan Rasul-NYA tetapi kita yakin, sebaik-baik pendosa adalah hamba yang bertaubat! Ayuh diri, sucikan dirimu.. jangan tangguh-tangguh untuk bertaubat! Moga ALLAH membantu kita dalam mendekati-NYA, amin.. Ya Allah, kami mohon hidayah-MU yang berterusan, amin.. =)

Pertama kali saya mendengar tentang 10 Muwassafat Tarbiyah, adalah ketika saya belajar di Nilam Puri. Benarlah, ilmu itu perlu dicari, dipelajari, diamalkan dan disampaikan..




Comel kan ilustrasi di atas? Moga saya dan anda mampu untuk membumikan sifat-sifat yang baik di atas, di dalam diri, buat penguat rohani, insyaALLAH lillah =)

Hati, milik Allah, pinjaman dari Allah buat kita.. Allah Maha Melihat, Maha Mengetahui~
Hati menjadi salah satu amanah kita, bagaimana kita menjaganya, dan mencorakkannya. Mengimbas kembali sabda Nabi SAW;


عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: ((إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَ إِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَ بَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَ عِرْضِهِ، وَ مَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ، أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلاَ وَ إِنَّ حِمَى اللَّهِ مَحَارِمُهُ، أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَ هِيَ الْقَلْبُ.))

رواه البخاري [ رقم : 52 ] ومسلم [ رقم : 1599 ]

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."

Sumber - Hadis 40.

Allahua'lam. Islah hati, insyaALLAH islahlah diri kita (",)

Saturday, September 10, 2011

Belajar Syariah

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

meredah hujan di UM.. (",)

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. (",) Merenung apa yang kita ada, dan sekeliling kita, sepatutnya menambahkan syukur kepada ilahi di dalam hati dan amalan kita..bukannya kufur! Saya sangat tertarik dengan kata-kata ini.. "Hitunglah kesyukuranmu bukan kesukaranmu". InsyaALLAH, saya dan anda, akan temui kasih dan rahmat Ilahi di sebalik setiap apa yang berlaku ^^,

Segala puji bagi Allah.. kerana di kesempatan ini, saya dapat menulis tanbih (peringatan) dan perkongsian di laman blog ini dengan izin-NYA ^^ Sejak saya masuk kuliah semula selepas cuti raya yang lepas, saya tidak dapat membalas kunjungan, atau komen daripada sahabat (anda yang membaca dan singgah ke sini), memandangkan ada perkara yang perlu saya utamakan dahulu. Namun alhamdulillah, hujung minggu saya tidaklah sesibuk hari-hari biasa ^^,

Alhamdulillah, Jumaat petang (9.9.2011), hujan lebat menghiasi dada langit dan bumi Universiti Malaya.. Apabila berbicara tentang hujan, saya teringat akan kisah kaum Nabi Hud. Suatu ketika, Allah telah menahan hujan daripada turun ke negeri tempat tinggal mereka. Mereka sering melihat langit, menanti-nanti awan yang akan membawa hujan. Suatu hari, mereka ternampak sekelompok awan, dan menyangka ia adalah awan pembawa hujan. Namun hakikatnya, awan tersebut bukanlah awan rahmat yang membawa hujan tetapi angin kencang yang membawa azab seksa daripada ALLAH SWT, berikutan keengganan mereka beriman kepada Allah, bahkan kerana keberanian mereka mencabar Allah untuk melihat azab-NYA. Allahuakbar.

Antara waktu mustajab doa adalah ketika hujan turun. Doa sewaktu hujan turun;


اللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً

"Ya Allah, jadikanlah ia hujan yg memberi manfaat." (Riwayat Bukhari)

Rujukan - sini

Sebenarnya, saya nak berkongsi beberapa ilmu yang saya perolehi, di dalam kelas Usul Syariah. Antara subjek yang saya belajar pada semester kali ini adalah, Asas Kimia 1 & 2, Biologi 1 & 2, Asas Fizik 1 & 2, Bahasa Arab dan Usul Syariah. Kelas Usul Syariah saya diajar oleh seorang profesor dari Yaman, namanya Dr. Abdullah Al-Mukhlafi. Profesor boleh berbahasa Arab dan Inggeris, jadi pilihannya, kami mendengar kuliahnya di dalam Bahasa Arab! ^^ Best sangat, tetapi saya tidaklah faham kesemua yang dikatakan profesor. Pernah juga berlaku situasi, bila semua orang tak dapat faham makna perkataan Arab atau soalan yang diajukan, kelas jadi senyap, ehee~ tapi kadang-kadang je la. Selalunya, kami mencuba juga untuk menjawab soalannya, dan memberi respons. Minta maaf ye profesor.. (",) Kisah selanjutnya~

Kami panggil profesor, ustaz. Ustaz nampaknya berusaha keras supaya kami dapat faham apa yang diajar. Ustaz menggunakan bahasa Arab yang mudah, memberikan contoh dan menunjukkan gaya misalnya. Jazakallah kathir jiddan ya ustaz! Terharu.. =')

Seringkali fikiran saya diketuk/terbuka mindanya dengan kebesaran dan kehebatan Allah apabila belajar Usul Syariah. Mukmin itu diamnya fikir, cakapnya zikir ^_^ Antara isi kuliah ustaz adalah..

"Manusia itu berfikir menggunakan akal. Jadi, bila hilang akal, kita tidak dapat berfikir.

Allah mahu menjaga akal manusia, kerana itulah DIA mengharamkan minum arak. Bila minum arak, manusia akan mabuk, hilang akal dan kewarasannya.

Allah mahu menjaga diri manusia, kerana itulah DIA mengharamkan pembunuhan dengan sengaja, dan mensyariatkan qisas.

Allah mahu menjaga harta manusia, kerana itulah DIA mengharamkan mencuri, dan memerintahkan dipotong tangan apabila mencuri (potong tangan mengikut kaedah Islam - ada diterangkan di dalam hadis Nabi SAW).

Allah mahu menjaga zuriat manusia, kerana itulah diharamkan zina." -translate bahasa Arab.

Allahu a'lam. Translate (terjemahan) di atas adalah mengikut apa yang saya faham daripada pengajaran ustaz. Ada banyak lagi kuliah Usul Syariah yang saya beroleh manfaatnya, tapi saya tak ingat kesemuanya, minta maaf ye. Dan terima kasih kerana sudi membaca di laman saya ini.. ^_^

p/s: Serikan Syawal kita dengan puasa enam.. ^_^
Perkongsian link dan ilmu, Permata yang Dicari -Indahnya Puasa Enam

Sunday, September 4, 2011

Taman buah-buahan ^^

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya bagi ALLAH. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wasallam (Al-Ahzaab 33:56)

Sahabat-sahabat apa khabar? Moga dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT, amin =) Sahabat-sahabat biasa dengar kan 'taman bunga' atau 'kebun/dusun buah-buahan'? Tapi untuk perkongsian kali ini, saya tukar tajuknya kepada 'taman buah-buahan' . Kenapa ye? Jom teruskan pembacaan.. (",)

Kebiasaan bagi sesiapa yang tinggal di 'rumah bawah', mereka akan menghiasi halaman rumah mereka dengan pokok-pokok bunga. Tetapi berlainan dengan keluarga saya. Kebanyakan pokok-pokok yang ditanam di halaman dan luar pagar rumah adalah pokok buah! ^^


buah mangga epal


buah nangka


buah jambu air


'bunga' buah rambutan


buah rambutan yang belum masak


buah rambutan dah nak masak! :)


rimbunan buah rambutan.. =)


buah limau kasturi


buah rosselle


buah mata kucing


rumah burung (ayah buat)


kalau penat, jom lah main buaian.. ^_^


Hurm, tak jemu-jemu kan kita tengok alam semulajadi ciptaan ALLAH yang Maha Esa? Saya sangat suka melihat, merenung, mentadabbur(menghayati) alam ciptaan ALLAH ini.. langit, pokok, gunung-ganang, tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan terutama laut! ^^ Sebab itu lah background blog ini saya pilih gambar langit. Jika hati saya resah, fikiran rungsing, saya suka renung langit..pokok..gunung-ganang.. dan kalau masa tu saya ada di pantai, saya renung laut.. Saya rasa, tenang.. kerana apabila merenung ayat-ayat alam ini, saya merasai kekerdilan diri di hadapan-NYA.. Bukanlah langit, atau lain-lain yang memberi ketenangan tetapi hakikatnya dengan mengingati ALLAH lah, hati akan menjadi tenang.. ^^

Sahabat-sahabat pernah baca atau jumpa buku 'Nota Fikir Untuk Zikir' tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi ? Saya sangat tertarik dengan ulasannya..tentang merenung langit. Orang dulu-dulu kata, jika ada masalah, hati rungsing, lihatlah langit..anda akan tenang. Kenapa dikatakan, '...dengan melihat langit, hati kita akan menjadi tenang..' ???

Hakikatnya hati kita tenang ketika melihat langit bukan kerana langit itu yang memberi ketenangan, tetapi kerana langit itu 'dekat' dengan ALLAH yang menciptanya. Bermakna hati kita akan menjadi tenang apabila dekat dengan sesuatu yang dekat dengan ALLAH. Ibrahnya (pengajaran) adalah.. kalau dengan melihat langit (ciptaan langsung dari ALLAH) je pun hati kita bisa tenang, apalagi jika hati kita dekat terus dengan ALLAH melalui zikrullah dan ibadah. Tentulah akan lebih tenang ^^ Benarlah firman-NYA;


A028

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-Ra'd 13:28)


Wallahua'lam, terima kasih atas segala-gala-NYA. Moga ALLAH merahmati kita semua,amin (",)
Ilal liqa' insyaALLAH, ma'as salamah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...