Pages

Monday, March 26, 2012

Cinta No. 1 ~(^_^)~

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, thank you ALLAH.. (",) Sahabat-sahabat apa khabar? Moga dalam rahmat ALLAH sentiasa, amin ^_^


Pada suatu hari, saya bersama-sama Nadia siapkan tutorial kimia. Sambil-sambil kami buat tutorial, Nadia buka video yang didownloadnya. Nak tahu video tentang apa? Aha, video di bawah ini.. (dalam entri ini). Dengarlah, best sangat (",) Kalau dah pernah dengar, atau sahabat-sahabat sendiri yang pergi ke majlis ilmu itu, mari kita sama-sama amalkan, insyaALLAH =)

Cinta utama kita adalah CINTA KEPADA ALLAH yang menciptakan.. Cinta nombor 1 ^^

Allahu Rabbuna, Allah Tuhan kita, Tuhan sekalian alam.

Di sini, ada sedikit perkongsian yang menarik.. yang saya petik dari video di bawah ini.
Cara untuk luahkan cinta kepada ALLAH :

  1. Selalulah baca sms dan e-mel dari ALLAH. Apakah sms dan e-mel dari ALLAH? Al-Quranul Karim. Al-Quran adalah panduan dan peringatan buat kita. Jika kita dekat dengan panduan kita, kita akan dekat dengan ALLAH.
  2. Kena cepat-cepat jawab call dari ALLAH. ALLAH panggil kita dengan azan. Kalau ada orang call kita, kita akan cepat-cepat angkat kan?
  3. Selalu tengok MMS dari ALLAH. Apakah MMS dari ALLAH? Alam ini.. tadabbur (menghayati) alam.. tanda kekuasaan ALLAH.. kita puji-NYA..
  4. Kita nak rasa malu-malu ketika dating dengan ALLAH; tak naklah time dating, muka kita ke lain, fikiran menerawang, tiada ketundukan hati pada ALLAH. Bila kita dating dengan ALLAH? Ketika solat.. Nak lagi special, dating pada sebahagian waktu malam (qiamullail) ^_~
  5. Kita nak tunjukkan kita suka apa saja yang ALLAH suka, dan benci apa saja yang ALLAH benci.
  6. Rasa cemburu apabila ada orang yang lebih rapat dengan ALLAH. Ini cemburu yang positif. Bila kita tengok ada orang sof depan, kita rasa cemburu, kita pun nak sof depan selepas ini. Bila ada kawan kita yang baca Al-Quran sejuzuk sehari, kita rasa cemburu, kita pun cuba nak baca Al-Quran sejuzuk sehari, dan seumpamanya.





** Saya ingin berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat. Moga ada manfaatnya ^^ **

Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, Universiti Malaya. Pada malam itu, antara maghrib dan isyak, saya berkunjung ke bilik kawan saya, Farah. Biliknya dekat dengan surau perempuan iaitu di tingkat 4 jadi, dapatlah saya menziarahinya selepas solat maghrib.

"Munirah, awak pergi tak Masjid Ar-Rahman?" tanya Farah.

"Eh, ada apa kat sana?" soal saya.

"Ada ceramah tentang Fizik dalam Islam. Jumaat lepas, ceramah tentang Kimia dalam Islam. Kawan-kawan yang  pergi ceramah minggu lepas, katanya sangat best! Free tak malam ni? Jomlah join."

"Siapa lagi yang pergi?"

"Qiba, hanun, farida, wan, dija, aminah, setakat ni lah."

"InsyaALLAH, nak. Pukul berapa start?"

"Selepas isyak."

"Hah!? Sempat ke kita nak sampai sana? Kalau jalan kaki, ambil masa dalam 20 minit paling kurang. Saya pun tak berpakaian lengkap lagi ni." (selalunya, kami jalan kaki jika nak pergi ke mana-mana ceramah kat dalam UM)

"InsyaALLAH, kata diorang yang pergi minggu lepas, kalau lepas solat Isyak di kolej, kemudian terus pergi sana, sempat lagi."

Moga ALLAH mudahkan.. -doa dalam hati.


Selepas isyak.
Saya tekan butang lif, untuk turun ke ground floor, memandangkan bilik saya di tingkat 6.

Apabila pintu lif terbuka,

"Eh, miza!" tersenyum saya memandangnya. Miza adalah kawan kepada roommate saya.

"Oh, akak." sambil membalas senyum saya.

"Miza nak pergi mana ni?"

"Miza nak balik rumah. Akak pula nak pergi mana?"

"Akak nak pergi Masjid Ar-Rahman. Ada pengisian."

"Nak kita tumpangkan?" tanya miza.

Dalam hati, ada perasaan gembira.. "Takpe ke, miza? Awak lalu Masjid Ar-Rahman ke?"

"Lalu. Jangan risau, ayah kita baik."

"Tapi, akak pergi dengan kawan-kawan akak. Muat ke kalau akak bawa kawan-kawan akak sekali?"

"Takpe, kita tengok ayah kita bawa kereta apa ye." (",)

---------

"Kak, marilah, ayah kita bawa Toyota Estima."


Alhamdulillah.. ALLAH mudahkan saya dan kawan-kawan. Cuma saya dan 3 orang kawan je yang tumpang kereta ayah miza, sebab yang lain-lain segan. Kalau diikutkan, saya pun segan sebenarnya, tetapi miza dah ajak, saya terimalah pelawaannya. Jazakumullahu khairon kathira! Hanya ALLAH yang dapat membalas kebaikan miza dan ayahnya, dengan sebaik-baik balasan.. =')

Cerita ini mungkin biasa-biasa sahaja. Bagi saya, saya rasa sangat gembira.. kerana dengan izin ALLAH, Dia permudahkan saya untuk ke ceramah itu.. tanpa saya sangka..

Alhamdulillah, masa saya sampai ke masjid, ceramah dah bermula, tapi dapat juga saya 'tangkap' sedikit isi-isinya.

Ibrah (pengajaran) buat diri saya - teruskan usaha dalam mendekatkan diri pada ALLAH.. teruskan usaha untuk lebih mengenali dan seterusnya mencintai ALLAH.. -

Wallahua'lam, moga beroleh manfaat dan ibrah. Setiap yang berlaku dalam kehidupan kita, ada hikmahnya. Dan ada nilai tarbiyyah (didikan) dari ALLAH. Bergantung kepada cara kita melihat sesuatu kesusahan atau kesenangan itu, dan apakah usaha kita dalam lebih mendekatkan diri padaNYA, dengan cara Nabi Muhammad SAW, ke arah redha ALLAH (ila mardhotillah).

Akhir kalam, jazakumullahu khoir, dan minta maaf atas segalanya. Apa-apa perkongsian bermanfaat dialu-alukan ^^

-Mari menjadi hamba yang soleh, ila mardhotillah-

Saturday, March 10, 2012

1 MINIT

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa yang kamu boleh buat dalam 1 MINIT?

  1. Bertasbih 100 kali.
  2. Baca 1 halaman mashaf Al-Quran.
  3. Menelaah 3 halaman buku.
  4. Menulis sepucuk surat.
  5. Baca surah Al-Ikhlas sebanyak 7 kali.

Tindakan orang Mukmin itu:

  1. Tidak lepas daripada akal yang sentiasa berfikir.
  2. Pandangan yang sentiasa membina.
  3. Lisan yang sentiasa berzikir.
  4. Hati yang sentiasa bersyukur.
  5. Bersungguh-sungguh untuk sabar dalam bekerja.



Sunday, March 4, 2012

Kisah: Pemuda dan serbuk kopi

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Suatu ketika, di sebuah kampung, terdapat seorang pemuda; yang sering menerima ujian, musibah dan lain-lain, sehinggakan dia hampir-hampir berasa putus asa. Lalu, pemuda ini menemui ulama' di kampungnya, bertanyakan tentang keadaannya.

"Wahai tuan, aku ini sering ditimpa ujian, musibah dan lain-lain.. Sehinggakan aku hampir-hampir berputus asa. Apa yang patut aku buat?"

Berkata ahli hikmah tersebut, "Kamu pergi ke dapur saya, dan ambil segenggam serbuk kopi. Kemudian, bancuh ia di dalam secawan air." Lalu pemuda itu pun melakukan seperti yang disuruh.

"Cuba kamu minum air itu. Apa yang kamu rasa?"

Baru seteguk, pemuda itu memuntahkan kembali air yang diminumnya. "Pahit!" =(

"Baiklah, kamu ambil lagi segenggam serbuk kopi, dan masukkan ia di dalam perigi di belakang rumah saya." sambung ahli hikmah itu.

Pemuda itu melakukan lagi seperti yang disuruh. Dan seperti mula-mula tadi, ahli hikmah itu menyuruhnya merasa air perigi yang sudah dicampur serbuk kopi.

"Apa kamu rasa?" soal ahli hikmah.

"Ermm, air ni rasa segar, tak rasa pahit pun." jawab pemuda itu.

Berkata ahli hikmah, "Kamu ambil bilangan serbuk kopi yang sama yakni segenggam, tetapi dicampur dengan lebar bekas air yang berbeza. Begitulah kehidupan kita. ALLAH telah tetapkan kadar ujian yang kita akan hadapi, tempuhi (analoginya adalah segenggam serbuk kopi), tetapi yang menjadi persoalannya adalah bagaimana kita menghadapi ketetapan ALLAH itu (analoginya seperti secawan air atau perigi)? Jika kita hadapi dengan hati dan minda (fikiran) yang sempit, lemah pergantungan terhadap ALLAH, kita akan mudah jatuh dan berputus asa, seperti pahitnya rasa apabila secawan air bercampur dengan segenggam serbuk kopi itu. Manakala, jika kita hadapi sesuatu masalah itu dengan hati dan jiwa yang besar, minda yang positif (sangka baik pada ALLAH), dan tinggi pergantungan kepada ALLAH, nescaya kita tidak akan merasai pahitnya ujian itu.. seperti segenggam serbuk kopi dengan air perigi itu."

*************************




Wallahua'lam. Moga perkongsian ringkas ini berbekas di hati kita. Kehidupan itu adalah ujian (ujian kesenangan atau ujian kesusahan), dan ujian itu adalah tanda aras keimanan kita pada-NYA. Sentiasa mengingatkan diri untuk sabar dalam menghadapi ujian dari-NYA (",)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...