Pages

Saturday, August 20, 2011

Sahabat hati ^_^

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

majlis perpisahan asrama 2009


Alhamdulillah, entri kali ini, saya tujukan khas buat sahabat fid dunya wal akhirah saya, Siti Nurliana Zainudin. Sebenarnya, pada tarikh 20.8.2011 ini, merupakan hari lahirnya.. =)

Apabila berbicara tentang liana, saya teringat bagaimana saya boleh berkecimpung ke dalam dunia blog.. Pada September 2010, ukhti liana invite saya untuk menjadi penulis/author di blognya.. Bermula saat itulah, saya mula mengenal dunia blog..belajar erti menulis (menaip).. Subhanallah..

Namun, sahabat di hati saya ini, pengorbanannya bukanlah bermula daripada peristiwa tersebut bahkan, sebelum itu lagi..yakni, ketika kami sama-sama di sekolah menengah yang sama.. Rasa sayu apabila mengenang kembali saat-saat manis kami bersama dahulu.. (",)

Betapa hati ini rasa sangat bersyukur..dikurniakan sahabat yang solehah..yang membawa diri ini lebih mendekati-NYA.. Allah.. Rindu rasa itu..yakni, rasa bahawa walau kami sukar untuk bersua muka selalu tetapi, kami dapat merasai kehadiran masing-masing di hati kami..seolah roh kami saling bertaut..hati kami saling menyatu kerana ALLAH semata..amin. Dengan kata mudah, kami sering berjumpa di dalam hati! ^^

Alhamdulillah, sahabatku ini bakal melanjutkan perjuangannya (menimba ilmu) ke bumi Mesir. InsyaALLAH, pada 19 atau 20 September kelak.. (",)

Wallahua'lam. Mengharap pada-NYA Yang Maha Agung.. ^^

2 comments:

  1. rindu enti,senyuman manismu..tenang wajahmu,dan yg penting ruhmu..tapi kerinduan terubat dgn doa...ALLAH yg mengikat hati kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. > :::KHALIFATULLAH:::

      Rindu enti juga.. (",)

      Alhamdulillah,rindu ini membuatkan kita berdua saling mengingati..menyayangi.. hikmah rindu dariNYA.

      Doa =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...