Pages

Wednesday, December 24, 2014

Sains Membuktikan Al-Qur'an atau Al-Qur'an Membuktikan Sains?


Forum: Bahagian 1


Menyorot ilmu yang diperoleh di dalam kelas Ilmu Wahyu dan Fenomena Alam (semester 2, sesi 2013/2014) ^^,

Wujud istilah "al-Quran membuktikan Sains" dan "Sains membuktikan al-Quran". Apakah istilah yang betul?

Sebenarnya, kedua-dua istilah itu kurang tepat. Al-Quran menjadi sumber rujukan utama umat Islam. Sains pula adalah ilmu mengenai fenomena alam.

Al-Quran adalah wahyu dari Allah. Oleh itu, kita beriman dengan isi kandungan ayat al-Quran, walaupun terdapat perkara yang bercanggah dengan ilmu Sains. Sebagai contoh, api sifatnya panas dan membakar. Tetapi di dalam kisah Nabi Ibrahim, api tidak membakar baginda. Maha Suci Allah.

Ilmu Sains sepatutnya menjadi alat untuk kita mengenal Allah, Tuhan sekalian alam. Juga menjadi alat untuk memakmurkan bumi dan menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.

Menyoroti sejarah Islam, banyak ilmu yang berkembang bersumber daripada al-Quran dan hadis. Perintah solat, menghadap kiblat dan yang berkaitan telah memperkenalkan ilmu astronomi dan matematik. Saranan untuk mengubati penyakit di dalam hadis telah memperkenalkan ilmu perubatan. Semua ini terjadi apabila manusia berfikir. Membaca al-Quran dan mengajak diri berfikir. Berfikir berlandaskan ilmu wahyu agar tidak terpesong.

Wallahua'lam.

Thursday, October 23, 2014

Liham (Surat)

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Magandang araw. Kumusta ka? Ngayon, sumusulat ako ng liham.

Kepada diriku,
Apa khabar iman kamu hari ini? Apa khabar iman kamu di kala ini? Sesungguhnya engkau mahu jika soalan ini diajukan oleh keluarga atau sahabat atau sesiapa yang rapat denganmu, kerana hatimu punya ruang untuk menerima nasihat. Tetapi, engkau juga perlu menyedari, bahawa engkau sendiri lah yang sepatutnya memulakan pertanyaan itu kepada dirimu, kepada akal fikiranmu, lebih-lebih lagi kepada hatimu :')

Wahai diri,
Penting buat dirimu untuk sentiasa memuhasabah diri. Jangan biarkan dirimu hanya berkata-kata dengan orang lain, tetapi engkau lupa untuk berkata-kata dengan dirimu. Bukanlah bermaksud engkau bercakap sorang-sorang, tetapi wujudkan masa atau ruang untuk engkau koreksi jiwa, melihat ke dalam dirimu, apa, kenapa engkau berbuat sesuatu perkara.

Nampaknya, engkau seakan-akan kehabisan kata-kata.

Yang benar,
Dirimu

-Muhasabah -Ingat akan kematian -Zikrullah -Bangkit dari lalai



Mag-ingat ka. Sa muling pagkikita, Paalam.

If Allah wills :)

Saturday, August 30, 2014

Kajian Kes: Sumber Tenaga

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Tajuk entri ini merupakan salah satu topik di dalam subjek Sejarah Dan Sosiologi Sains Dan Teknologi Dalam Dunia Islam (Semester 2, Sesi 2013/2014).

Apa yang menarik mengenai tajuk ini? Sahabat-sahabat tahu, tenaga elektrik yang kita nikmati sekarang, bagaimana ia didapati/terjadi/sumbernya?

Sumber utama tenaga di dunia adalah bahan api fosil. Bahan api fosil terdiri daripada petroleum, gas asli dan arang batu (sumber tenaga). Menurut taklimat yang saya dengar ketika lawatan saya dan kawan-kawan ke Agensi Nuklear Malaysia, sumber tenaga di Malaysia adalah gas asli (60%), arang batu (30%) dan hidro (< 10%).

Bahan api fosil adalah sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Kelak, bahan api akan habis digunakan. Jadi, bagaimana jika bahan api ini habis? Bagaimana kita ingin menjana tenaga?

Oleh itu, terdapat usaha untuk meneroka beberapa sumber tenaga yang boleh diperbaharui, sebagai alternatif kepada bahan api fosil. Antara sumber tenaga yang boleh diperbaharui adalah tenaga solar, angin, hidro dan nuklear. Sumber tenaga berikut mempunyai kebaikan dan kelemahan masing-masing.

Selain itu, kita sebagai pengguna juga boleh melakukan sesuatu. Gunalah tenaga elektrik dengan bijak ^_^ Gunakan tenaga elektrik bila perlu sahaja, dan berjimat-cermat di dalam penggunaan elektrik. Terdapat 23 cara untuk menjimatkan tenaga  :) :)

Akhir kata, video berikut adalah tugasan bagi subjek Ilmu Wahyu dan Fenomena Alam. Semoga beroleh ibrah (pengajaran)! (",)

Memasukkan sampah ke dalam tong sampah adalah satu amal soleh. Amal soleh = beroleh pahala insha Allah. Mari bertindak sebaik mungkin~ untuk mendapat redha Allah





Bacaan tambahan:
Tenaga
Pembangunan Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Mengikut Perspektif Islam

Friday, July 18, 2014

Ulum al-Hadith


بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Semester 4 yang lepas, saya dan kawan-kawan belajar subjek Ulum al-Hadith yang diajar oleh Dr. Ishak. Subjek ini diajar dan belajar di dalam Bahasa Arab. Pembelajaran pertama menyentuh mengenai tajuk 'Prinsip Ulum al-Hadith' (ِمَبَادِئُ عُلُوْمُ الْحًدِيْث) . Antara sub-topik di dalamnya ialah: Bahagian Ulum al-Hadith (ِأَقْسَامُ عُلُوْمُ الْحَدِيْث). Ulum Hadith terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

1- Ilmu Riwayah al-Hadis (ِعِلْمُ رِوَايَةُ الْحَدِيْث)
2- Ilmu Dirayah al-Hadis (ِعِلْمُ دِرَايَةُ الْحَدِيْث)
- merujuk buku 'Ulum al-Hadith: Asiluha wa Ma'asiruha tulisan Muhammad Abu al-Laith al-Khair Abadi, m/s 7 (علوم الحديث أصيلها ومعاصرها/ تأليف محمد أبو الليث الخير آبادي)

Antara faedah belajar Ulum al-Hadith/Hadith adalah untuk meningkatkan iman kita. Apabila kami belajar tentang sesuatu hadith yang thabit daripada Nabi Muhammad misalnya, ustaz akan bertanya, "Bertambah tak iman kamu bila dengar/tahu hadith ini?" ^_^

Selain itu, ustaz banyak mengadakan aktiviti agar kami bersungguh-sungguh dan seronok belajar Ulum al-Hadith dan mengetahui hadith-hadith Nabi. Antaranya, semua pelajar kena bawa laptop ketika kelas tutorial. Sebabnya? Pernah sekali, ustaz minta kami untuk cari satu hadith beserta sanad dan matan, makna hadith dan takhrij hadith. Kemudian, hantar kepada ustaz secara online dalam masa 15 minit! Kelam-kabut kami cari..hee..

Ustaz juga pernah arahkan kami untuk pergi ke perpustakaan API, cari 3 buah buku/kitab iaitu 2 buah kitab hadith yang utama yang berlainan penulis (contoh: Kitab Sohih al-Bukhari dll) dan 1 kitab syarah hadith. Ustaz bagi masa 15 ke 30 minit untuk kami pergi perpustakaan, cari buku, pinjam buku dan kembali ke kelas. Satu kelas pergi ke perpustakaan beramai-ramai (",). Apabila kami kembali semula ke kelas, ustaz tanya setiap seorang, kitab yang diambilnya. Kemudian, ustaz bagi tugasan iaitu: Cari 2 buah hadith yang sama matan di dalam 2 buah kitab hadith yang kami pinjam, serta syarahan hadis tersebut di dalam kitab syarah hadith.

Err.. Saya tak jumpa 2 matan hadith yang sama di dalam kitab hadith yang saya pinjam, begitu juga syarah hadith. Sebagai contoh, saya pinjam Sohih Muslim (Kitab Solat) dan Jami' al-Tarmidhi (Kitab Puasa) serta kitab Fathul Bari (kitab syarah bagi hadith-hadith di dalam Sohih Bukhari). Jadi, saya kena cari kembali kitab yang saya perlu pinjam untuk menyiapkan tugasan ini. Di dalam kitab hadith yang enam (ُالكُتُبُ السِّتَّة) misalnya, hadith-hadith dikategorikan di dalam 'kitab'. Di dalam 'kitab' pula dipecahkan kepada 'bab'. Pengajaran daripada tugasan ini, cari dan pinjam kitab/buku yang saling berkaitan, jangan main pinjam sahaja ^_~

Hadith serta syarahan yang kami pilih, perlulah dibentang di hadapan kelas di dalam Bahasa Arab. Walaupun kami tersekat/ tak tahu sesuatu perkataan di dalam Bahasa Arab, ustaz suruh juga kami untuk bercakap di dalam Bahasa Arab. Berlatih (",) Perbincangan di dalam kelas tutorial misalnya, siapa nak dapat markah/ markah banyak, kena cakap dalam Bahasa Arab (^_^) Akhir sekali, ustaz minta kami untuk cari contoh-contoh Hadith Ahad selain contoh yang terdapat di dalam buku beserta makna hadith tersebut. Tugasan-tugasan ini juga adalah untuk markah berterusan (continuous assessment) kami.

Ustaz bukan sahaja mengajar Ulum al-Hadith, bahkan ustaz turut berkongsi ilmu kehidupan, bekerja secara profesional dan lain-lain. Ketika pembentangan (presentation) misalnya, pakai kot ketika bentang, hantar slide pembentangan ke google mail (supaya jika apa-apa terjadi kepada laptop/pendrive kita, kita ada simpanan slide), menyatakan rujukan/kitab yang kita rujuk, dan sebagainya.

Nak masuk kelas, bagi salam, walaupun datang lambat. Jika datang secara berkumpulan, orang di hadapan/ masuk kelas dahulu yang beri salam. Penuhkan tempat duduk hadapan/ duduk di hadapan agar dekat dengan pengajar, terima ilmu dengan lebih jelas =)

Memandangkan kelas kami berakhir ketika menghampiri bulan Ramadhan@1435 Hijrah, ustaz berpesan, "Nak dekat Ramadan ni, bacalah hadith tentang puasa di dalam kitab hadith".

Ada beza (perasaan) rujuk hadith di dalam kitabnya yang asal/kitab hadith dengan merujuk di internet.

Berkaitan hadith di internet, ustaz kongsikan laman web yang berauthoriti untuk dirujuk. Antaranya www.islamweb.net, www.dorar.net dan www.lidwa.com/app. Ustaz turut menulis buku berkaitan perkara ini, sangat berguna untuk tahu cara-cara yang betul dalam menggunakan beberapa laman web hadis;




*************************************************

Sebelum Ramadan menjelang tiba, adik kepada kawan saya meninggal dunia dan junior kawan saya di Mesir meninggal dunia. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Mati itu pasti, hidup insha Allah (jika diizinkan Allah).

Alhamdulillah, kita dapat memasuki bulan Ramadan pada tahun ini.

Alhamdulillah, kita dapat tiba pada 10 hari/malam terakhir bulan Ramadan.

Lailah al-Qadr. Rebutlah peluang ini. Ikhlaskan hati mendekati-Nya. Allah tujuan kita.

Salam Jumu'ah. Selawat ke atas Nabi. Surah al-Kahfi. Potong kuku. Mandi sunat Juma'at.
Pray for Gaza.

Sekian, jazakumullah.
Nota kenangan: Bahasa Arab II, Semester Khas Sesi 2013/2014. Maktabah Syamilah.


Hari terakhir kelas Ulum al-Hadith.
SMPIS (Biokesihatan) dan Dr. Ishak.

Tuesday, May 20, 2014

Perjalanan


                                           بسم الله الرّحمن الرّحيم
                                      السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

18.5.2014 Ahad

Hari ini saya, Asma, Ili dan Dk keluar beli barang cenderahati untuk dinner ASIS. Kami singgah solat zohor di surau Mid Valley. Saya bersiap-siap nak keluar surau tiba-tiba, ada seorang kakak pegang tangan saya lalu berkata, "You look like my friend from New Zealand. I must tell you. I miss her."

Kakak tersebut memperkenalkan diri sebagai kak efa/ifa. Kawannya yang sama muka dengan saya, namanya Cher Linn (tak pasti ejaan namanya).

Alhamdulillah.


20.5.2014 Selasa

Amali hari ini berkaitan pokok/ tumbuh-tumbuhan. Jadi, kami kena melukis! Hehe ^_~

Saya, Ili dan Afiqah adalah pelajar terakhir yang meninggalkan makmal. Kami dapat makan buah durian belanda. Ini pertama kali saya rasa buah tersebut.

Alhamdulillah.


Berjalanlah di muka bumi. Dengan niat tadabbur. Untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.



Upcoming event.


Sunday, March 30, 2014

Amali Histologi


بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Subjek yang saya ambil pada semester 4 ini:

- Imunologi Am
- Histologi
- Amali Biokesihatan 1
- Akhlak wa Al-Tasawwuf
- Ulum Hadith
- Ilmu Wahyu & Fenomena Alam
- Sejarah Dan Sosiologi Sains & Teknologi Dunia Islam

Dalam seminggu, kami ada 2 kali amali untuk amali biokesihatan 1. 20/3/2014, kami tak dapat buat amali kerana makmal banjir (hujan lebat semalamnya). Namun untuk amali Histologi, kami teruskan amali-membuat slaid histologi di makmal lain. Minggu ini, amali Histologi adalah pada langkah memotong keratan tisu dan meletakkannya di atas slaid.







Seven students of Histology! ^_^
Ilal liqa' insha Allah =)

Thursday, February 20, 2014

Terapi Selawat

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Saya mendengar istilah 'terapi selawat' daripada satu ceramah oleh ustazah Norhafizah Musa yang saya hadiri. Mudahnya, ia tentang selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Ya, selawat ke atas Nabi Muhammad SAW ^_^

Antara waktu afdhal (terbaik) berselawat adalah hari Khamis malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat. Selain itu, ketika kita mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad SAW.

Sahabat-sahabat selalu dengar ayat al-Quran ini dibacakan jika kita membincangkan tentang selawat ke atas Nabi Muhammad SAW?

A056
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

Kita juga selalu dengar antara kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, mafhum hadis Nabi, sesiapa yang berselawat sekali kepada Nabi Muhammad, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali. Rujuk hadis berkaitan - Blog Ust Basit dan IslamGRID

Selain itu juga, kita selalu dengar akan amaran bagi sesiapa yang tidak berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW ketika kita mendengar nama Nabi Muhammad SAW disebut dan sebagainya. Hadis tentang amaran ini juga boleh dirujuk di link yang saya sertakan di atas.

Ustazah Norhafizah terangkan, Ibn Qayyim kata maksud Allah berselawat ke atas manusia adalah Allah keluarkan manusia dari keadaan tidak baik  kepada keadaan baik.

Menarik kan?

Terapi selawat. Berselawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW.

Image from Fasihah Zakariyya

Syok juga baca ini- Tanda Cinta Terhadap Rasulullah (",)

Wabillahi taufiq wal hidayah, ilal liqa' insha Allah~

Saturday, January 18, 2014

Biohealth Dinner

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم وحمة الله وبركاته


Alkisah, kami nak balik UM setelah tamat dinner. Batch kami adalah yang terakhir meninggalkan restoran memandangkan kami AJK dinner. Di parkir kereta, Ili picit kunci kereta tetapi kereta tak buka. Jadi, saya sarankan Ili supaya buka kereta guna kunci. Apabila kereta dah dapat dibuka, Ili start enjin kereta tetapi tidak hidup. Setelah Lisa mencari puncanya, rupa-rupanya ada masalah dengan bateri kereta.

Saya tahan kereta Nabila, nak minta tolong. Nabila panggil kawan-kawan yang lain. Mereka semua temankan kami. Jumper cable ada tetapi tiada siapa yang mahir menggunakannya.

Saya telefon mak cik saya yang tinggal berdekatan. Mak cik dan sepupu saya datang tolong. Alhamdulillah, kereta dapat dihidupkan semula. Kemudian, kami semua balik UM.

Saya ceritakan kisah ini pada mak keesokan harinya. Mak pesan, jika ada masalah, pertama, minta tolong Allah dahulu. Cerita pada Allah masalah kita. Kemudian, usahalah seperti minta tolong orang (dalam kisah ini, saya minta tolong mak cik dan sepupu saya) dan sebagainya. Muhasabah diri :')

Kawan-kawan Biohealth dari Fakulti Sains, kalau korang nak tahu, kami Biohealth dari API terharu sangat korang sudi teman kami sehingga kereta dapat dibaiki (kalau korang baca entry ni :p)

Dinner ni pada 20/12/2014, sama tarikh dengan hari lahir Dr. Yati. Kami buat suprise utk Dr. Yati ;)


Lokasi: Restoran Rebung


Dalam kenangan: Biro Teknikal. Joget Pahang.

Amar makruf nahi mungkar perlu diteruskan. Tarbiyah diri jangan diabaikan. Sehingga berjumpa lagi insha Allah. Wabillahi taufiq wal hidayah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...