Pages

Sunday, February 24, 2013

Bagaimana mencintai ALLAH?

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Sahabat-sahabat, apa khabar? Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH ^_^

Berpandukan tajuk di atas beserta lagu di blog ini, sahabat-sahabat boleh agak kan saya nak cerita tentang apa? Ya, cinta ALLAH.. ^^

Cinta itu indah. Cinta itu kasih sayang. Apa rasanya orang yang bercinta?

Mari bercinta dengan ALLAH ^^

Saya dengar cara-cara untuk mencintai ALLAH ini daripada satu rancangan agama di televisyen. Saya tak ingat rancangan apa, tak silap rancangan Tanyalah Ustaz, wallahua'lam.

Cinta ALLAH:

1) Taat perintah ALLAH dengan ikut/amal Nabi.


A031

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



A032

Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.

2) Mencari jalan untuk taqarrub kepada ALLAH.

3) Cinta Rasul. Cinta Rasul

4) Cinta al-Quran.

5) Takut akan kebesaran ALLAH.

Apa maksud halawatul iman? Halawatul iman bererti kemanisan iman. Bila iman terasa manis, kita akan rasa seronok (",) Seronok apa? Tepuk dada tanya iman =)



عن أنس عن النبي صلي الله عليه وسلم أنه قال: ( ثلاث من كُن فيه وجد حلاوة الإيمان ’ أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سِواهما ’ وأن يحب المرء لايحبه إلا لله ’ وأن يكره أن يعود في الكفر كما يكره أن يقذف في النار ) رواه البخاري.

Dari Anas bin Malik dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: "Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman: Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya. Jika ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Dan dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka." (HR Bukhari)

Allahu Rabbi =')

Di sini ada sedikit tulisan saya yang ada kaitan dengan tajuk ini - Coretan Buat Jiwa

Saya jumpa site ini ketika mencari hadis halawatul iman, jom baca bersama saya =)

Akhir kalam, terima kasih buat saudara Brohamzah kerana mencadangkan laman yang bagus untuk merujuk/membaca hadis-hadis, terutama sunan sittah.

Jazakumullah buat kalian yang sudi membaca, menyokong dan lain-lain. Jika ada salah dan silap, mohon tegurannya dan kemaafan dipinta. Mari menggapai redha Allah! ^_^

~CINTA ALLAH & RASUL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...