Pages

Thursday, February 20, 2014

Terapi Selawat

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Saya mendengar istilah 'terapi selawat' daripada satu ceramah oleh ustazah Norhafizah Musa yang saya hadiri. Mudahnya, ia tentang selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Ya, selawat ke atas Nabi Muhammad SAW ^_^

Antara waktu afdhal (terbaik) berselawat adalah hari Khamis malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat. Selain itu, ketika kita mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad SAW.

Sahabat-sahabat selalu dengar ayat al-Quran ini dibacakan jika kita membincangkan tentang selawat ke atas Nabi Muhammad SAW?

A056
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

Kita juga selalu dengar antara kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, mafhum hadis Nabi, sesiapa yang berselawat sekali kepada Nabi Muhammad, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali. Rujuk hadis berkaitan - Blog Ust Basit dan IslamGRID

Selain itu juga, kita selalu dengar akan amaran bagi sesiapa yang tidak berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW ketika kita mendengar nama Nabi Muhammad SAW disebut dan sebagainya. Hadis tentang amaran ini juga boleh dirujuk di link yang saya sertakan di atas.

Ustazah Norhafizah terangkan, Ibn Qayyim kata maksud Allah berselawat ke atas manusia adalah Allah keluarkan manusia dari keadaan tidak baik  kepada keadaan baik.

Menarik kan?

Terapi selawat. Berselawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW.

Image from Fasihah Zakariyya

Syok juga baca ini- Tanda Cinta Terhadap Rasulullah (",)

Wabillahi taufiq wal hidayah, ilal liqa' insha Allah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...