Pages

Friday, July 18, 2014

Ulum al-Hadith


بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Semester 4 yang lepas, saya dan kawan-kawan belajar subjek Ulum al-Hadith yang diajar oleh Dr. Ishak. Subjek ini diajar dan belajar di dalam Bahasa Arab. Pembelajaran pertama menyentuh mengenai tajuk 'Prinsip Ulum al-Hadith' (ِمَبَادِئُ عُلُوْمُ الْحًدِيْث) . Antara sub-topik di dalamnya ialah: Bahagian Ulum al-Hadith (ِأَقْسَامُ عُلُوْمُ الْحَدِيْث). Ulum Hadith terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

1- Ilmu Riwayah al-Hadis (ِعِلْمُ رِوَايَةُ الْحَدِيْث)
2- Ilmu Dirayah al-Hadis (ِعِلْمُ دِرَايَةُ الْحَدِيْث)
- merujuk buku 'Ulum al-Hadith: Asiluha wa Ma'asiruha tulisan Muhammad Abu al-Laith al-Khair Abadi, m/s 7 (علوم الحديث أصيلها ومعاصرها/ تأليف محمد أبو الليث الخير آبادي)

Antara faedah belajar Ulum al-Hadith/Hadith adalah untuk meningkatkan iman kita. Apabila kami belajar tentang sesuatu hadith yang thabit daripada Nabi Muhammad misalnya, ustaz akan bertanya, "Bertambah tak iman kamu bila dengar/tahu hadith ini?" ^_^

Selain itu, ustaz banyak mengadakan aktiviti agar kami bersungguh-sungguh dan seronok belajar Ulum al-Hadith dan mengetahui hadith-hadith Nabi. Antaranya, semua pelajar kena bawa laptop ketika kelas tutorial. Sebabnya? Pernah sekali, ustaz minta kami untuk cari satu hadith beserta sanad dan matan, makna hadith dan takhrij hadith. Kemudian, hantar kepada ustaz secara online dalam masa 15 minit! Kelam-kabut kami cari..hee..

Ustaz juga pernah arahkan kami untuk pergi ke perpustakaan API, cari 3 buah buku/kitab iaitu 2 buah kitab hadith yang utama yang berlainan penulis (contoh: Kitab Sohih al-Bukhari dll) dan 1 kitab syarah hadith. Ustaz bagi masa 15 ke 30 minit untuk kami pergi perpustakaan, cari buku, pinjam buku dan kembali ke kelas. Satu kelas pergi ke perpustakaan beramai-ramai (",). Apabila kami kembali semula ke kelas, ustaz tanya setiap seorang, kitab yang diambilnya. Kemudian, ustaz bagi tugasan iaitu: Cari 2 buah hadith yang sama matan di dalam 2 buah kitab hadith yang kami pinjam, serta syarahan hadis tersebut di dalam kitab syarah hadith.

Err.. Saya tak jumpa 2 matan hadith yang sama di dalam kitab hadith yang saya pinjam, begitu juga syarah hadith. Sebagai contoh, saya pinjam Sohih Muslim (Kitab Solat) dan Jami' al-Tarmidhi (Kitab Puasa) serta kitab Fathul Bari (kitab syarah bagi hadith-hadith di dalam Sohih Bukhari). Jadi, saya kena cari kembali kitab yang saya perlu pinjam untuk menyiapkan tugasan ini. Di dalam kitab hadith yang enam (ُالكُتُبُ السِّتَّة) misalnya, hadith-hadith dikategorikan di dalam 'kitab'. Di dalam 'kitab' pula dipecahkan kepada 'bab'. Pengajaran daripada tugasan ini, cari dan pinjam kitab/buku yang saling berkaitan, jangan main pinjam sahaja ^_~

Hadith serta syarahan yang kami pilih, perlulah dibentang di hadapan kelas di dalam Bahasa Arab. Walaupun kami tersekat/ tak tahu sesuatu perkataan di dalam Bahasa Arab, ustaz suruh juga kami untuk bercakap di dalam Bahasa Arab. Berlatih (",) Perbincangan di dalam kelas tutorial misalnya, siapa nak dapat markah/ markah banyak, kena cakap dalam Bahasa Arab (^_^) Akhir sekali, ustaz minta kami untuk cari contoh-contoh Hadith Ahad selain contoh yang terdapat di dalam buku beserta makna hadith tersebut. Tugasan-tugasan ini juga adalah untuk markah berterusan (continuous assessment) kami.

Ustaz bukan sahaja mengajar Ulum al-Hadith, bahkan ustaz turut berkongsi ilmu kehidupan, bekerja secara profesional dan lain-lain. Ketika pembentangan (presentation) misalnya, pakai kot ketika bentang, hantar slide pembentangan ke google mail (supaya jika apa-apa terjadi kepada laptop/pendrive kita, kita ada simpanan slide), menyatakan rujukan/kitab yang kita rujuk, dan sebagainya.

Nak masuk kelas, bagi salam, walaupun datang lambat. Jika datang secara berkumpulan, orang di hadapan/ masuk kelas dahulu yang beri salam. Penuhkan tempat duduk hadapan/ duduk di hadapan agar dekat dengan pengajar, terima ilmu dengan lebih jelas =)

Memandangkan kelas kami berakhir ketika menghampiri bulan Ramadhan@1435 Hijrah, ustaz berpesan, "Nak dekat Ramadan ni, bacalah hadith tentang puasa di dalam kitab hadith".

Ada beza (perasaan) rujuk hadith di dalam kitabnya yang asal/kitab hadith dengan merujuk di internet.

Berkaitan hadith di internet, ustaz kongsikan laman web yang berauthoriti untuk dirujuk. Antaranya www.islamweb.net, www.dorar.net dan www.lidwa.com/app. Ustaz turut menulis buku berkaitan perkara ini, sangat berguna untuk tahu cara-cara yang betul dalam menggunakan beberapa laman web hadis;




*************************************************

Sebelum Ramadan menjelang tiba, adik kepada kawan saya meninggal dunia dan junior kawan saya di Mesir meninggal dunia. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Mati itu pasti, hidup insha Allah (jika diizinkan Allah).

Alhamdulillah, kita dapat memasuki bulan Ramadan pada tahun ini.

Alhamdulillah, kita dapat tiba pada 10 hari/malam terakhir bulan Ramadan.

Lailah al-Qadr. Rebutlah peluang ini. Ikhlaskan hati mendekati-Nya. Allah tujuan kita.

Salam Jumu'ah. Selawat ke atas Nabi. Surah al-Kahfi. Potong kuku. Mandi sunat Juma'at.
Pray for Gaza.

Sekian, jazakumullah.
Nota kenangan: Bahasa Arab II, Semester Khas Sesi 2013/2014. Maktabah Syamilah.


Hari terakhir kelas Ulum al-Hadith.
SMPIS (Biokesihatan) dan Dr. Ishak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...