Pages

Sunday, January 29, 2012

Hari-hari dalam hidupku (1)

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah, saya dapat mesej tersebut pada tarikh 25 Januari 2012 jadi, keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2011 (STAM) keluar pada 26 Januari 2012 (Khamis). Terima kasih dik beritahu akak ^_~ akak sangat-sangat hargai. Apabila menerima mesej ini, saya teringat akan seseorang.. Seseorang yang istimewa di dalam hidup saya.

Hari-hari dalam hidupku.. Pada entri ini, saya senang untuk bercerita pengalaman dan perkara-perkara yang pernah berlaku di dalam hidup saya. Harapan saya, agar saya dan sahabat-sahabat yang membaca, dapat mengambil ibrah (pengajaran) dan motivasi daripadanya.. Dan insyaALLAH menjadi kenangan saya di masa hadapan ^_~

Basmah.. itulah gerangannya. Perempuan, dan muda setahun dari saya. Dia menduduki STAM 2011. Saya pernah belajar subjek STAM pada tahun 2010, tetapi saya hanya belajar selama 4 bulan, dan kemudian mengambil course saya sekarang. Melalui Basmah, banyak perkara yang saya belajar. Seorang yang nakal, ceria, baik hati - secara ringkasnya. Basmah bermaksud senyum/senyuman.

Perkenalan kami, ada keunikannya tersendiri. Sehingga kini, kenangan itu sering membuatkan saya tersenyum lebar, atau senyum sorang-sorang, ehee ^__^

Pada waktu itu, saya tingkatan 2 dan Basmah tingkatan 1. Saya bertekad dan berazam untuk sentiasa tersenyum dan mengucapkan salam kepada sesiapa sahaja (perempuan) di sekolah atau di asrama yang saya jumpa, tidak kira tua, muda atau sebaya (transformasi, hehe ^^,) Suatu hari, saya jumpa Basmah.. Lalu, saya beri salam padanya. Dengan tersenyum, Basmah menjawab salam saya.

Basmah : Ish akak ni..akak pula bagi salam. Patutnya saya sebagai yang muda ni yang patut bagi salam.

Saya : Ehee, takpe lah.. Kan memberi salam baik, siapa-siapa boleh bagi salam, tak kira umur. Pahala pun dapat lebih ^^

Basmah : Takpe2, lepas ni kita pastikan yang kita bagi salam dulu, nak pahala banyak juga.

Hari-hari berikutnya, apabila kami berjumpa, kami sering berlumba-lumba untuk memberi salam. Tetapi selalunya, sayalah yang dapat bagi salam dulu! ^_~ Hehe..lagilah Basmah geram! ^^, Namun, kadang-kadang Basmah dapat juga beri salam pada saya dahulu! ^_^

Alhamdulillah, daripada peristiwa ini, terjalinlah persahabatan antara kami.. Persahabatan antara adik dan kakak. Ukhwah yang terpatri dan berpaksi atas keimanan padaNYA, tanpa mengenal pelbagai faktor ^^

Dan alhamdulillah, semasa saya tingkatan 4, dan Basmah tingkatan 3, kami tinggal di dalam satu dorm..dorm 21. Katil di dorm kami, katil 2 tingkat, atau ayah saya panggil, katil double decker, hehe. Saya dan Basmah dapat katil yang sama, cuma bezanya katil Basmah di tingkat bawah, katil saya pula di tingkat atas. Pelik ke? Saya sendiri yang nak katil di tingkat atas, nak merasa apa yang bestnya katil di tingkat atas ^_~

Hampir setiap malam, kami bercerita.. Menambahkan lagi taaruf dan cuba memahami diri masing-masing.. Sampaikan, pernah sekali, warden round asrama. Kami tidak perasan kerana terlalu leka bercerita, sedangkan jam sudah melewati 12 malam. Apabila ustazah masuk, kelam kabut saya naik katil di tingkat atas. Tapi, tak sempat nak buat-buat tidur, sebab ustazah dah perasan..hee..malu kami.. ^_~ Ustazah tanya, "Ni kenapa tak tidur lagi ni? Sembang apa sampai tak tidur-tidur?" Hanya mampu menjawab dengan sengihan.. ^^

Banyak perkara yang saya belajar daripada Basmah, terutama untuk lebih menghargai kedua ibu bapa kita. Basmah menceritakan pengalamannya ketika kematian ayahnya, sewaktu itu dia masih kecil. Dan suasana ketika ibunya meninggal dunia semasa umurnya 12 tahun. Kini, abangnya yang menjaganya. Memberi keinsafan kepada diri, untuk lebih menghargai dan berbuat baik kepada ibu bapa..Allah..

Setelah saya tamat tingkatan 5, kami cuma dapat berhubung melalui handphone. Namun begitu, ingatan saudara kepada saudaranya yang lain kan di dalam doa-doanya ^^

Alhamdulillah Ya ALLAH, atas ukhwah ini.. atas tarbiyahMU ini.. atas peluangMU ini.. Mudah-mudahan kami mengambil manfaat dan hikmah daripada qadar dan qada' MU, amin. Peringatan buat diri;


A023
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).


A024
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."


A006
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.



A014
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).



Marilah kita membaca..menghayati kalam ALLAH.. Bukakan dan lembutkan hati kita untuk menerima peringatanNYA.. Allahu Allah..


اَللَّهُمَّ اِنَّ نَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّة وَنَعُوْذُبِكَ مِن سَخَطِكَ وَالنَّار
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon redhaMU dan syurgaMU, dan peliharalah kami dari azab seksa nerakaMU (mafhum doa)

Amin..

Ibrah:

  1. Menyebarkan salam sesama orang islam terutamanya.
  2. Ukhwah Islamiyyah adalah persaudaraan atas keimanan kepada ALLAH.
  3. Berbuat baik kepada ibu bapa,dan mendoakan kebaikan mereka sama ada ketika mereka masih hidup ataupun telah meninggal dunia.

Sunday, January 22, 2012

Mujahadah Nafs

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH Subhanallahu wa Taala, kita masih dipertemukan dengan izin-NYA.. Dan sangatlah tinggi harapan saya agar mudah-mudahan pertemuan ini di dalam redhaNYA! Amin.. ^_^

Sahabat-sahabat apa khabar? Kesihatan adalah satu anugerah, nikmat dan ujian buat manusia. Oleh itu, marilah kita sama-sama bersyukur pada ALLAH (",) Iman kita pula apa khabar?  Di kala ini, jarang benar untuk kita saling membicarakan tentang iman, tentang kekuasaan ALLAH, tentang hari akhirat, tentang kematian, tentang tujuan dan matlamat hidup, dan sebagainya dalam meraih redha ALLAH SWT. Suka saya untuk sama-sama kita renungkan ayat ini, "Apabila semua berpaksikan kepada iman, ia akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa".

Sedikit coretan di sini, mudah-mudahan menjadi peringatan buat saya terutamanya, serta sahabat-sahabat yang membaca, dalam mengharungi hidup sebagai hamba ALLAH, dan merasai keagunganNYA, kebesaranNYA, kasih sayangNYA, rahmatNYA..

Allah Al-Ghaffar, Allah Al-Ghafur, Allah At-Tawwab, Allah Al-'Afuw.. Allah Maha Pengampun, Allah Maha Pengampun, Allah Maha Penerima Taubat, Allah Maha Pemaaf..

Ya ALLAH, Dikau ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa orang-orang yang beriman.. Maafkan kami kerana sering culas dan lalai dalam mentaati perintahMU dan dalam menjauhi laranganMU.. Ya ALLAH, Dikau bantulah kami, tetapkanlah kami dalam hidayah dan taufiqMU, dalam tetap teguh di atas jalanMU yang lurus Ya ALLAH..


A008
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.


Ya ALLAH, ku sedar bahawa Dikau Maha Pengampun; dan sifat Maha Pengampun Dikau bukanlah tiket untuk kami bebas atau berulang kali melakukan dosa dan maksiat. Maha Pengampun MU membawa maksud bahawa pintu pengampunanMU sentiasa terbuka luas buat hamba-hambaMU yang ingin bertaubat, yang ingin kembali kepadaMU, yang ingin kembali ke jalan yang lurus justeru, memberi hamba-hambaMU semangat untuk lebih mendekatiMU. Selagi kita masih terjaga daripada tidur yang umpama kematian kecil, nyawa masih tidak di kerongkongan, selagi itulah pintu taubat masih terbuka.. Subhanallah.. Marilah kita merebut keampunan, keredhaan dan rahmatNYA! Jangan tangguh-tangguh! Just do it! For our sake in hereafter..


A133
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;



A134
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;



A135
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).



A136
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.



Surah An-Nisa' : ayat 17-18



Surah Az-Zumar : ayat 53



Dan, untuk istiqamah (konsisten) dalam memperbaiki diri, dan mengajak yang lain untuk sama-sama mendekatkan diri dan mencintai ALLAH, pentingnya mujahadah. Mujahadah bermaksud berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. Istilah "mujahadah" berasal daripada kata "al-jihad" iaitu berusaha dengan segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diyakini benar.

Contoh situasi, khusyuk di dalam solat. Sememangnya kita tahu bahawa khusyuk sangat dituntut di dalam solat, sebagaimana firmanNYA, Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; (Al-Mu'minuun : 1-2) Bagaimana jika di dalam solat, kita terfikir atau memikirkan hal lain? Pemikiran dan hati tidak terarah hanya semata-semata kepada ALLAH? Berusahalah untuk khusyuk..bawa hati kepada ALLAH.. Pabila diserang kelalaian, segeralah mengingati ALLAH.. Mujahadah dalam setiap rakaat solat.. Mujahadah dalam setiap pergerakan solat kita..bacaan solat kita.. Walaupun kita tidak dapat mencapai tahap khusyuk yang tinggi, tetapi dengan berusaha bersungguh-sungguh (mujahadah nafs) di dalam solat, mudah-mudahan ALLAH terima amal kita, amin.

Untuk khusyuk di dalam solat, khusyuk boleh diraih (dengan keazaman dan usaha) sebelum solat lagi. Misalnya, mujahadah untuk solat di awal waktu, mujahadah untuk solat berjemaah, mujahadah untuk solat sunat rawatib, mujahadah untuk wirid walaupun sebentar selepas solat, dan sebagainya. Ya ALLAH, Dikau bantulah hambaMU ini.

Ringkasnya, ilmu, taktik dan strategi melawan hawa nafsu wajib kita pelajari. Kita tidak akan menang dalam menempuh jalan mujahadah jika hanya dilakukan dengan semberono. Pelajarilah ilmu tentang mujahadah dan strategi melawan hawa nafsu. Ada beberapa prinsip asas dalam melawan hawa nafsu, dan langkah-langkah jalan mujahadah. Saya cadangkan untuk kita mendapat input-input tersebut dengan membaca Majalah Solusi Isu No. 25 - Mujahadah Melawan Nafsu. Mudah-mudahan saya dan sahabat-sahabat dapat memanfaatkan dan mengamalkan peringatan ini ^^


Solusi 25



Wallahua'lam. Ke arah menggapai redha ALLAH, amin. Moga bertemu lagi di dalam cinta dan redhaNYA. Wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mohon maaf atas segala-galanya, dan jazakumullah khoir (terima kasih banyak-banyak)!

Sunday, January 8, 2012

Jogging ^^

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar sahabat-sahabat? ^_^ Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH.. Sehingga saat ini, kita masih boleh bernafas dengan kasih sayangNYA, kita masih celik atau jaga walaupun setelah tidur dengan rahmatNYA; memberi kita peluang dan ruang untuk bertaubat, memperbaiki diri, dan menegakkan kalimahNYA. Hidup aman di dunia akhirat menjadi impian, mengingati mati membawa waspada pada diri, bahawa sesungguhnya ALLAH lah tempat kembali kita..

Alhamdulillah, pagi tadi (8/1/2012) saya dan sahabat-sahabat saya, fadzlina dan khalilah (ila) pergi jogging!^^ Kami tak lah berlari..cuma berjalan kaki.. itu pun dah berpeluh-peluh, alhamdulillah ^_~ Nak tahu laluan jogging kami? Mai dengar cerita saya, hee.. Di bawah ini, adalah peta kampus Universiti Malaya. Saya dan sahabat-sahabat APIDS tinggal di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah @ kolej 12 @ kk12. Dari kk12, kami berjalan menuju ke Rimba Ilmu (Botanical Garden) -warna hijau dalam Gambar Rajah 1.1.





Gambar Rajah 1.1



Gambar Rajah 1.2


Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke kem latihan PALAPES (saya tak tahu nama tempat itu yang sebenarnya, dan ia tiada di dalam gambar rajah), ia merupakan 'tempat latihan' bagi ahli-ahli PALAPES (kalau saya salah, maafkan saya, dan mohon pembetulan). Di sana, saya mengambil kesempatan untuk mencuba beberapa 'fasilitati' untuk latihan. Tempat ini berada di tepi laluan jalan raya, sebelum sampai ke kolej kediaman 10. Sahabat-sahabat boleh click atau right click di gambar rajah di atas, untuk image yang lebih besar dan jelas.






Antara 'fasilitati' yang saya cuba ^^


Semasa nak pergi ke Rimba Ilmu dan kem latihan PALAPES, saya rasa 'macam lama je' nak sampai ke sana.. Tetapi, bila saya dan kawan-kawan pulang ke kk12, rasa seperti tak jauh / dekat je nak balik semula ke kolej kediaman.. =) Apa yang dapat saya simpulkan, nak mencapai atau mendapat sesuatu, kita perlu bersusah-payah..atau mengalami kesusahan, kesakitan, dan sebagainya..lumrah kehidupan.. Tetapi kemudian, kesusahan itu tidak akan kekal selama-lamanya..kerana ada kesenangan setelah atau bersama itu..insyaALLAH.. Analogi ini mebuatkan saya teringat firmanNYA:


A005
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,




A006
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.


Kemudahan pada pandangan ALLAH, tidak sama dengan pandangan manusia.. Mungkin kita fikir, sebagai contoh, bila kita belajar bersungguh-sungguh, kita akan dapat kejayaan seperti mana yang kita nak. Sama ada ALLAH akan bagi sepertimana hajat kita, atau ALLAH akan bagi dalam bentuk lain, misalnya, kata lah kita dapat result exam biasa-biasa sahaja, tetapi ALLAH mudahkan kita untuk dapat kerja, atau sambung belajar, atau dipermudahkan urusan keluarga, atau kewangan, atau hati rasa tenang, atau kita ada ramai kawan yang baik-baik,soleh solehah.. dan sebagainya. Mungkin kita tidak dapat apa yang kita mahu, tetapi kita dapat apa yang kita perlukan. Oleh itu, ambillah setiap peristiwa sedih dan gembira dalam kehidupan ini, sebagai didikan daripada ALLAH.. kerana pasti ada hikmah di sebaliknya, jika tidak hari ini, hari akan datang, insyaALLAH.. Yakinlah dengan janji-janji ALLAH.. Pasakkan pergantungan hanya padaNYA.. Dan jangan lupa untuk taat segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA, Ya ALLAH, kami memohon hidayah dan taufiq(kekuatan melakukan amal) dariMU,amin.. Ini mengikut apa yang saya faham ^^

Selain itu, saya teringat, apabila saya dan keluarga nak berjalan-jalan, atau melancong, atau nak pergi mana-mana, ayah saya selalu berpesan, "Anak-anak, niatkan perjalan kita ini, untuk tadabbur (menghayati) ciptaan ALLAH, memikirkan kebesaran ALLAH.. Dan yang paling penting, untuk dapat redha ALLAH.." Amin.. =)

Muhasabah diri sebentar, agar iman kembali subur.

Wallahua'lam. Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi ALLAH, syukur pada ALLAH, kerana mengizinkan saya untuk berkongsi entri baru, dan memudahkan sahabat-sahabat untuk membaca dan memahami entri saya ini ^^ Ilal liqa' fi mardhotillah, amin. Salam mahabbah fillah. Sama-sama kita saling ingat-mengingati, dan menjaga masa, menuju kebahagiaan hakiki di akhirat sana. Wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (n_n)

Sunday, January 1, 2012

Perbaharui niat kita

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, ya ALLAH.. =) Merasai bahawa diri adalah hamba kepadaNYA, dan kita (orang islam) ada ALLAH-rasa bertuhan, membuatkan diri berasa gembira ^_^ Menyuburkan iman kembali dengan firmanNYA:


A056
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56)


Ingatlah tujuan diri diciptakan..nescaya ALLAH adalah tujuan kita, Rasulullah teladan kita, Al-Quran pedoman hidup kita, jihad adalah jalan juang kita, dan mati di jalan ALLAH adalah cita-cita tertinggi. Ustazah saya pernah membacakan makna doa iftitah, dan maknanya sangat menggetarkan jiwa! Doa iftitah umpama ikrar kita sebagai seorang muslim.. Dan salah satu ayat di dalam doa iftitah,


A162
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'aam 6:162


Segala-galanya untuk ALLAH.. kerana ALLAH.. ke arah mencapai redha, rahmat dan ampunan ALLAH..

Sahabat-sahabat pernah tak hadapi situasi, sebagai contoh, belajar. Kita belajar, belajar dan belajar.. Dan niat kita belajar adalah kerana ALLAH, belajar untuk amal. Tetapi, setelah sekian lama kita belajar, kita rasa penat, susah, tak larat, jiwa tak tenang.. Kenapa ye? Apabila memuhasabah diri kembali, kita akan tersedar yang niat asal kita belajar sedikit lari.. Mungkin, kita belajar hanya untuk jawab periksa, atau sekadar nak tahu tetapi tidak mahu amalkan ilmu yang dipelajari, dan sebagainya. Apakah solusinya? Pada pendapat dan fahaman saya, pentingnya untuk kita perbaharui niat kita sentiasa.


HADIS 1
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : ( hadis nombor 1908).

Hadis di atas adalah antara hadis 40 susunan Imam Nawawi. InsyaALLAH untuk mengetahui sanad dan matan hadis tersebut, boleh lihat di http://www.freewebs.com
Alhamdulillah, umat islam telah menyambut maal hijrah (1 Muharram 1433H) pada 27 November 2011. Dan pada 1 Januari 2012 pula, membuka lembaran tahun masihi. Ada yang mengambil kesempatan ini untuk memperbaharui azam, membuat perubahan, dan lain-lain. Alhamdulillah. Namun kita semua kena ingat bahawa perubahan (hijrah) dan islah (memperbaiki) itu bukan bersifat sementara, atau ada tarikh-tarikh dan masa-masa yang tertentu untuk kita berubah bahkan sebenarnya, proses perubahan itu berlaku setiap masa, dan boleh setiap hari.
Manfaatkan hari ini, ambillah pengajaran dari hari semalam, dan rancanglah untuk hari esok. Meniti hari-hari dalam kehidupan, dengan keimanan dan kepercayaan bahawa ada hari akhirat yang bakal kita hadapi.
Peringatan untuk diri, dan mudah-mudahan manfaatnya tersebar kepada semua, amin. Terus dan terus menyubur cinta kepadaNYA ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...