Pages

Sunday, January 22, 2012

Mujahadah Nafs

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH Subhanallahu wa Taala, kita masih dipertemukan dengan izin-NYA.. Dan sangatlah tinggi harapan saya agar mudah-mudahan pertemuan ini di dalam redhaNYA! Amin.. ^_^

Sahabat-sahabat apa khabar? Kesihatan adalah satu anugerah, nikmat dan ujian buat manusia. Oleh itu, marilah kita sama-sama bersyukur pada ALLAH (",) Iman kita pula apa khabar?  Di kala ini, jarang benar untuk kita saling membicarakan tentang iman, tentang kekuasaan ALLAH, tentang hari akhirat, tentang kematian, tentang tujuan dan matlamat hidup, dan sebagainya dalam meraih redha ALLAH SWT. Suka saya untuk sama-sama kita renungkan ayat ini, "Apabila semua berpaksikan kepada iman, ia akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa".

Sedikit coretan di sini, mudah-mudahan menjadi peringatan buat saya terutamanya, serta sahabat-sahabat yang membaca, dalam mengharungi hidup sebagai hamba ALLAH, dan merasai keagunganNYA, kebesaranNYA, kasih sayangNYA, rahmatNYA..

Allah Al-Ghaffar, Allah Al-Ghafur, Allah At-Tawwab, Allah Al-'Afuw.. Allah Maha Pengampun, Allah Maha Pengampun, Allah Maha Penerima Taubat, Allah Maha Pemaaf..

Ya ALLAH, Dikau ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa orang-orang yang beriman.. Maafkan kami kerana sering culas dan lalai dalam mentaati perintahMU dan dalam menjauhi laranganMU.. Ya ALLAH, Dikau bantulah kami, tetapkanlah kami dalam hidayah dan taufiqMU, dalam tetap teguh di atas jalanMU yang lurus Ya ALLAH..


A008
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.


Ya ALLAH, ku sedar bahawa Dikau Maha Pengampun; dan sifat Maha Pengampun Dikau bukanlah tiket untuk kami bebas atau berulang kali melakukan dosa dan maksiat. Maha Pengampun MU membawa maksud bahawa pintu pengampunanMU sentiasa terbuka luas buat hamba-hambaMU yang ingin bertaubat, yang ingin kembali kepadaMU, yang ingin kembali ke jalan yang lurus justeru, memberi hamba-hambaMU semangat untuk lebih mendekatiMU. Selagi kita masih terjaga daripada tidur yang umpama kematian kecil, nyawa masih tidak di kerongkongan, selagi itulah pintu taubat masih terbuka.. Subhanallah.. Marilah kita merebut keampunan, keredhaan dan rahmatNYA! Jangan tangguh-tangguh! Just do it! For our sake in hereafter..


A133
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;




A134
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;




A135
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).




A136
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.



Surah An-Nisa' : ayat 17-18



Surah Az-Zumar : ayat 53



Dan, untuk istiqamah (konsisten) dalam memperbaiki diri, dan mengajak yang lain untuk sama-sama mendekatkan diri dan mencintai ALLAH, pentingnya mujahadah. Mujahadah bermaksud beusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. Istilah "mujahadah" berasal daripada kata "al-jihad" iaitu berusaha dengan segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diyakini benar.

Contoh situasi, khusyuk di dalam solat. Sememangnya kita tahu bahawa khusyuk sangat dituntut di dalam solat, sebagaimana firmanNYA, Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; (Al-Mu'minuun : 1-2) Bagaimana jika di dalam solat, kita terfikir atau memikirkan hal lain? Pemikiran dan hati tidak terarah hanya semata-semata kepada ALLAH? Berusahalah untuk khusyuk..bawa hati kepada ALLAH.. Pabila diserang kelalaian, segeralah mengingati ALLAH.. Mujahadah dalam setiap rakaat solat.. Mujahadah dalam setiap pergerakan solat kita..bacaan solat kita.. Walaupun kita tidak dapat mencapai tahap khusyuk yang tinggi, tetapi dengan berusaha bersungguh-sungguh (mujahadah nafs) di dalam solat, mudah-mudahan ALLAH terima amal kita, amin.

Untuk khusyuk di dalam solat, khusyuk boleh diraih (dengan keazaman dan usaha) sebelum solat lagi. Misalnya, mujahadah untuk solat di awal waktu, mujahadah untuk solat berjemaah, mujahadah untuk solat sunat rawatib, mujahadah untuk wirid walaupun sebentar selepas solat, dan sebagainya. Ya ALLAH, Dikau bantulah hambaMU ini.

Ringkasnya, ilmu, taktik dan strategi melawan hawa nafsu wajib kita pelajari. Kita tidak akan menang dalam menempuh jalan mujahadah jika hanya dilakukan dengan semberono. Pelajarilah ilmu tentang mujahadah dan strategi melawan hawa nafsu. Ada beberapa prinsip asas dalam melawan hawa nafsu, dan langkah-langkah jalan mujahadah. Saya cadangkan untuk kita mendapat input-input tersebut dengan membaca Majalah Solusi Isu No. 25 - Mujahadah Melawan Nafsu. Mudah-mudahan saya dan sahabat-sahabat dapat memanfaatkan dan mengamalkan peringatan ini ^^


Solusi 25



Wallahua'lam. Ke arah menggapai redha ALLAH, amin. Moga bertemu lagi di dalam cinta dan redhaNYA. Wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mohon maaf atas segala-galanya, dan jazakumullah khoir (terima kasih banyak-banyak)!

6 comments:

  1. Assalamualaikum wbt ya ukht habibati...^^

    Mohon share entry ini.. mg bermanfaat untuk ummah yang lain..

    Fatin nak simpannya.. ^^

    Jazakillah=)

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
    Replies
    1. > wafa zinnirah92

      Wa'alaikumussalam wbt ya sodiqati habibati.. ^^
      Ilmu itu milik ALLAH, dan munirah tidak kisah jika Fatin dan sahabat-sahabat ingin kongsikannya bagi maslahah ummah, atau untuk simpanan sendiri ^_^
      Munirah pun kadang-kadang simpan kata-kata/peringatan drpd shbt-shbt..sebagai peringatan di masa depan (",)

      Afwan, wa jazakillah khoir aidhon =)
      uhibbuki fillah~ Alhamdulillah.. ^_^

      Delete
  2. jazakallah atas infonya. semoga dpt memberi manfaat yg berguna buat para pembaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jazakallah atas ziarah dan doa dari saudara,amin.

      Delete
  3. Replies
    1. alhamdulillah,thank you ALLAH,terima kasih ukhti..^_^
      gembira dengan kunjungan dari ukhti ^^
      sama-sama kita mendekatkan diri dan mencintai ALLAH (",)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...