Pages

Sunday, July 31, 2011

Saya sayang awak..!!! ^_^


بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته



الحديث المسلسل هو أحد من حيث اتّصال السند

تعريف حديث المسلسل : الحديث الّذي تتابع رواته على أمر واحد في الرّواية

والتّسلسل بين الرّواة يقوّي اتّصال السّند, ويزيل أدنى شك في ذلك

أقسام المسلسل : قولي, فعلي, قولي و فعلي

التّسلسل القولي, مثل: حدّثني أبو عبد الرّحمن عن الصّنابحيّ عن معاذ بن جبل أنّ رسول الله صلّى الله عليه وسلّم أخذ بيده وقال يا معاذ وَاللِه اِنِّي لَاُحِبُّكَ فقال أُوصِيكَ يَا معاذ لاَ تَدَعَنَّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ تَقُولُ اَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ. وأوصى بذلك معاذ الصّنابحيّ وأوصى به الصّنابحيّ أبا عبد الرّحمن (سنن أبي داود, كتاب الصلاة, رقم 1522) رجوعن: المنهاج الحديث في علوم الحديث

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di laman insani ini.. Mungkin sahabat-sahabat agak kehairanan, apa ye kaitan antara tajuk kali ini dengan bait-bait Bahasa Arab di atas??

Terima kasih kerana sudi menjengah laman saya ini! ^_^ Sebagai mukadimah, alhamdulillah saya merasa belajar subjek Ulum Hadis pada semester 2 yang lepas.. Murobbinya adalah Ustaz Najib Abdullah (sangat kagum dengannya ^^,).

Baiklah ,saya terjemahkan petikan Bahasa Arab di atas secara ringkas, menurut apa yang saya belajar dan faham..

Hadis terdiri daripada sanad dan matan. Dan antara hadis yang bersambung sanadnya adalah hadis musalsal (التَّسَلْسُلُ bermaksud perhubungan). Hadis musalsal ada 3 bahagian yakni: Qauli (perkataan), Fi'li (perbuatan), Qauli dan Fi'li (perkataan dan perbuatan). Dan contoh bagi At-Tasalsulul Qauli adalah perkataan yang saya bold dalam petikan Bahasa Arab di atas..

Kesimpulan daripada contoh hadis musalsal qauli:
- Nabi SAW kata pada Muaz, Muaz kata apa yang Nabi SAW kata padanya pada Sunabihi, Sunabihi kata sebagaimana Muaz kata padanya pada Abu 'Abdir Rahman

- Sunnah lafazkan sayang pada kawan! ( وَاللهِ اِنِّي لَاُحِبُّكَ -Demi Allah, sesungguhnya saya sayang awak) Tetapi jika kita tak kata وَاللهِ pun tidak mengapa, itu lafaz sumpah bagi menguatkan yang kita benar-benar sayang padanya ^_^ sayang sesama manusia kerana ALLAH..

- Uhibbuk fillah atau saya sayang awak atau i love you atau bahasa-bahasa lain, boleh je.. Allah Maha Mengetahui (",)

- Di era sekarang kan, ramai yang menzahirkan kasih sayang dengan memberi dunia(metafora), boleh, bukan saya kata tak boleh..memberi itu salah satu caranya..melafazkan sayang juga salah satu cara kita mengekspresikan sayang kita itu! ^^, Ha, cuba anda kata 'saya sayang awak' kat kawan sebelah anda sekarang? Kebanyakan kita ada rasa malu-malu.. Betul tak?

PERINGATAN: JANGANLAH SEBUT 'SAYA SAYANG AWAK' KEPADA YANG BERLAINAN JANTINA YANG BUKAN MAHRAM.

Hadis Nabi SAW adalah segala amal, percakapan, taqrir dan sifat yang disandarkan kepada Nabi SAW.. Dengan kata yang lebih mudah, hadis,sunnah Nabi SAW adalah apa yang Nabi buat,amal,cakap, dan lain-lain.. ^_^ Saya tanya soalan ye, pernah tak siapa-siapa di dunia ini yang setiap gerak-gerinya, sifatnya, tutur katanya, amalannya, dicatat oleh manusia?? Hanyalah Nabi SAW..

A003
Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. (An-Najm 53:3)

A004
Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (An-Najm 53:4)

pesanan: sila rujuk makna Surah An-Najm untuk lebih pencerahan.

Hebat kan Nabi kita? ALLAH itu Maha Hebat.. ^^

Apakah beza sirah Nabi SAW dengan sunnah Nabi SAW? Sirah Nabi SAW adalah episod-episod kehidupan baginda sebelum Nabi dilantik menjadi Rasul ALLAH.. manakalah sunnah Nabi SAW adalah segala apa yang Nabi SAW buat setelah baginda dilantik menjadi Rasulullah..

Wallahua'lam, ini hanyalah sekadar apa yang saya tahu.. Jika ada yang salah atau tersilap, teguran membina dari anda sangatlah membantu diri ini.. Saya minta maaf jika ada bahasa yang membuat anda berjauh hati.. Akhir kalam, moga berjumpa lagi insyaALLAH! Salam suci saya hulurkan, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. =)

Friday, July 29, 2011

Puasa Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH..atas segala kurnia dan nikmat-NYA yang tidak terhitung ke atas kita =) Selawat dan salam, allahumma solli 'ala muhammad, ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi wasallam (",)

Apabila Ramadhan makin dihampiri..saya terfikir, apa ye yang aku nak buat bila Ramadhan nak dekat ni?-dialog hati. Tiba-tiba ana teringat..NIAT PUASA! Saya takut saya terlupa niat puasa Ramadhan macam mana, jadi saya nak kongsikan di sini..


Lafaz Niat Puasa Ramadhan
Ertinya: "Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. "
Rujukan : Jabatan Agama Islam Selangor

.:Puasa di bulan Ramadhan termasuk di antara 5 rukun islam:.


Wallahua'lam, janganlah putus asa dalam menuntut ilmu. Rajin-rajinlah menghadiri,mencari atau mendengar majlis ilmu..pesanan untuk saya dan sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH ^_^

Asifah 'ala kulli hal~

Wednesday, July 27, 2011

Hidayah seorang pelajar

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bilik kuliah 3
xx/xx/2010 (tak ingat tarikh)

Pagi yang hening itu dimulakan dengan pengisian yang menyegarkan jiwa..oleh seorang ustazah berjiwa murobbiah, Ustazah Seripah. Bagi semester 2 yang lepas (di Akademi Pengajian Islam UM, Nilam Puri), ustazah Seripah mengajar saya dan sahabat-sahabat subjek Ulum Quran =)

"Kita selalu minta hidayah daripada ALLAH dalam solat kita..

A006
Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Al-Faatihah 1:6)

tetapi, apakah kita sudah berusaha untuk mendapat hidayah seorang pelajar?" soal ustazah.

Secara jujurnya, ini pertama kali saya mendengar perkataan hidayah seorang pelajar.. Tertanya-tanya juga saya, apakah yang dimaksudkan ustazah?

Ustazah menyambung, "Hidayah seorang pelajar ini, dia belajar kerana ALLAH, bersungguh-sungguh dalam belajar, datang kelas awal, hormat guru, siapkan kerja yang guru bagi...".

Adakah saya dan anda telah berusaha untuk meraih hidayah seorang pelajar? (",) Hanya pada ALLAH kita memohon..

Seorang sahabat pernah bertanya saya, "Apakah yang dimaksudkan dengan belajar kerana ALLAH?" Aha, saya terdiam untuk berkata-kata..

Secara spesifiknya, saya tidak dapat bagi jawapan yang tepat. Episod hidup yang membawa saya mengenal 'belajar kerana ALLAH' ini adalah ketika saya di tingkatan 4. Ketika itu saya belajar subjek hadis. Dan hadis yang saya belajar ketika itu adalah hadis pertama daripada hadis 40 susunan Imam Nawawi, boleh klik sini, insyaALLAH (",)

Ketika itu, baru saya terfikir..kenapa aku belajar?-dialog dalam hati. Dan apa yang saya dapat simpulkan adalah, belajar untuk diamalkan, tidak kiralah apa-apa subjek, selagi ilmu itu ilmu yang bermanfaat; dan periksa/exam adalah untuk mengukur sejauh mana tahap kefahaman saya dalam sesuatu subjek.. Lebih-lebih ilmu agama, ilmu fardhu ain. Jadi, bila belajar, berusahalah untuk faham..insyaALLAH mudah untuk diamalkan sebagai ibadah kita pada-NYA,amin ^^

Wallahua'lam, tengah berdebar untuk test mid semester sebenarnya. Untuk berubah, mulakanlah dengan diri sendiri, نبدأ بأنفسنا, insyaALLAH ^_^


Monday, July 25, 2011

Jangan tangguh-tangguh!


بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Gementar tangan ini ingin mengungkap bait-bait kata.. namun ku gagahkan jua agar diri ini tidak terus diulit alpa,amin.

Buat diri, jangan tangguh-tangguh! Lantas ku teringat sebuah firman-NYA..


فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٲتِ‌ۚ
so vie with one another in good works.
oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan;
(Al-Baqarah 2: ayat 148)

Teringat jua firman-NYA yang lain,

A021
Race one with another for forgiveness from your Lord and a Garden whereof
the breadth is as the breadth of the heavens and the earth, which is in store for those who believe in Allah and His messengers. Such is the bounty of Allah, which He bestoweth upon whom He will, and Allah is of Infinite Bounty. (21)

Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. (Al-Hadiid 57:21)


Ya ALLAH, ku memohon kekuatan dari-MU..

اَللَّهُمَّ أَعِنٍّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksudnya: "Ya ALLAH S.W.T., tolonglah aku agar dapat berzikir kepada-MU (mengingati-MU), bersyukur kepada-MU dan memperelokkan ibadah kepada-MU." (Riwayat Abu Daud)



Amin Ya Rabbal 'Alamin.. =)
Al-Quran penyejuk jiwa, doa tanda pergantungan hanya pada-NYA,
Wallahua'lam.

Sunday, July 24, 2011

اللهم بلغنا رمضان



اَللَّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَان

Alhamdulillah..Alhamdulillah.. (bunyi tanda mesej masuk handphone)

"Salam! Nama saya Sya'ban. Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya iaitu Rezeki dan kedua-dua anak mereka iaitu Sahur dan Iftar(berbuka puasa). Mereka juga akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakah dan Maghfirah. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan Eidul Airlines. Hargailah mereka dan anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda, insya-Allah. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak!"

Buat sahabat-sahabat samada yang pernah atau tidak pernah menerima sms ini, anggaplah ana hantar sms ini kepada kalian! ^_^

Semenjak di bulan Rejab lagi, ana dapat merasakan kemeriahan Ramadhan apabila ana berkunjung ke beberapa buah blog..sahabat-sahabat rasa begitu? =)

Pada 17 Julai yang lepas, bertempat di surau Akademi Pengajian Islam UM, ana dan sahabat-sahabat berpeluang mendengar pengisian daripada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, berkaitan Ramadhan. Ana rasa rugi jika pengisian tersebut ana tidak sampaikan..apatah lagi diamalkan..

Point pertama yang ana dapat adalah, what you see is what you get! Bagaimana kita melihat Ramadhan, itulah yang kita akan dapat. Sebagai contoh, ada yang melihat/menganggap ramadhan sebagai medan kesihatan. Ada juga yang melihat Ramadhan sebagai peluang perniagaan/rezeki. Dan ada juga yang melihat Ramadhan sebagai medan untuk menambah pahala. Tetapi apa yang ingin ustaz tekankan adalah, bulan Ramadhan sebagai satu proses. Proses apa?

Ustaz berkongsi satu analogi.. Katalah kita nak buat kuih bahulu, perlu ada bahan-bahannya,cara nak buat/proses, dan akhir sekali adalah hasilnya..

A183
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah 2:183)

Ustaz hightlightkan perkataan;

Wahai orang-orang yang beriman! - iman diibaratkan sebagai bahan-bahan nak buat bahulu;
Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, -puasa sebagai cara nak buat/proses kuih bahulu;
supaya kamu bertaqwa. -taqwa sabagai kuih bahulu,yakni hasilnya..

Kalau bahan-bahannya baik, dengan cara proses yang betul, insyaALLAH akan terhasillah kuih bahulu yang sedap, cantik acuannya, dan menyelerakan.. Jikalau sebaliknya? Renung-renungkanlah..dan mari kita sama-sama amalkan dalam kehidupan insyaALLAH! (",)

Seterusnya, ustaz ulas tentang taqwa.. Ustaz datangkan analogi para sahabat iaitu perbualan antara Umar Al-Khattab dengan Ubay Bin Ka'ab r.a..

Ubay bin Ka’ab umpamanya, telah memberi satu analogi yang sangat jelas bila dia ditanya oleh Sayidina Umar r.a, apakah itu taqwa? Dia menjawab; “Pernahkah kamu melalui jalan berduri?” Umar menjawab; “Pernah!” Ubay menyambung, “Lalu apa yang kamu lakukan?” Umar menjawab; “Aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan.” Maka Ubay berkata; “Maka demikian pulalah taqwa!” (ana rujuk Genta Rasa- Pesan Taqwa)

Ustaz menjelaskan beza antara muslim yang reaktif dengan muslim yang proaktif. Apa bezanya? Reaktif, dia bertindak pada rangsangan, yakni kalau gembira, dia gembira.. kalau marah, dia marah.. Tetapi jika proaktif, dia akan berfikir sebelum bertindak, sebelum mengekspresikan tindakannya..mengikut kesesuaian dan keadaan. Mana yang lebih baik? ^^

Puasa juga, mengajar kita upaya mengawal diri. Kita ada makanan, minuman, tapi kita memilih untuk tidak makan dan minum kerana mentaati perintah ALLAH =) Mengajar kita untuk mengatakan TIDAK pada sesetengah keinginan kita..kerana mentaati ALLAH! (",) Akhir sekali, ustaz memberikan kami assignment.. Wah, ada tugasan tu.. Begini, ustaz kata, bila kamu pergi ke Bazar Ramadhan, belilah makanan yang kamu nak (tapi jangan berlebih-lebih), kemudian, kamu nampak 1 makanan yang kamu suka sangat! Tetapi nak beli, kamu dah ada makanan.. Jadi, tahan diri kamu, dan pulanglah dengan membawa kekecewaan yang disengajakan! Bila kamu pergi ke Bazar Ramadhan lagi, buatlah tugasan itu lagi..insyaALLAH kamu akan dapati kamu mempunyai kawalan diri yang baik! ^_^

Ada banyak lagi yang ustaz kongsikan, tetapi ana terlupa..asifah ye. Sahabat-sahabat dijemput membaca salah satu buku ustaz Hasrizal yang bertajuk 'Transformasi Ramadhan'.



Ana pernah baca tulisan ustaz Zul Ramli, penulis buku 'U-Turn Ke Jalan Lurus' (ana sangat suka baca buku tersebut) di sebuah majalah Anis, ana sangat-sangat berharap dapat berkongsi dengan sahabat-sahabat tulisannya yang berkaitan tentang Ramadhan..sangat-sangat inspiring(bagi ana). Sahabat-sahabat bolehlah ikuti pengisiannya di Ramadhan- Pelampung Ajaib!

Wallahua'lam, moga bermanfaat untuk kita semua! =)
Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Thursday, July 21, 2011

Sibuk tetapi Khusyuk

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ermm, ada masa kita sibuk dan ada masa kita lapang. Masa lapang merupakan salah satu antara 2 nikmat yang manusia selalu alpa, selain nikmat sihat. Saya nak sentuh tentang 'bila kita sibuk'. Sibuk, atau masa pack, kerana dipenuhi dengan kuliah misalnya (untuk pelajar), atau kerja, atau lain-lain amanah..



Memandangkan saya bergelar pelajar di sebuah universiti tempatan, jadi saya ada jadual kuliah. Dan jadual kuliah tersebut, tidak lekang daripada kuliah, kelas tutorial mahupun eksperimen makmal. Ada sebahagian hari, kelas sampai pukul 1.00 petang, dan sebelum pukul 2.00 petang dah perlu ada di dalam makmal/dewan kuliah. Masuk waktu solat Zohor pula sekitar 1.22 petang. Jadi, saya perlu segera solat (segera, bukan solat secara laju/cepat) apabila telah masuk waktu.. Dan apa yang saya nak kongsi adalah, dalam masa yang singkat tersebut, adakah kita khusyuk dalam solat? Berusaha untuk khusyuk dalam solat? Peringatan untuk diri ini..dan sahabat-sahabat =)

Walau kita dalam keadaan macam mana sekalipun, terkejar-kejar atau lapang, marilah kita pelihara solat kita..datangkan khusyuk di dalam solat kita..solat awal waktu..+ berjemaah..seolah-olah itulah solat kita yang terakhir..kita tak tahu bila kita akan meninggalkan dunia ini..


A045
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al-Baqarah 2:45)
A046
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. (Al-Baqarah 2:46)


Bismillah

A001
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (Al-Mu'minuun 23:1)
A002
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; (Al-Mu'minuun 23:2)


Wallahua'lam. Apa yang ditulis/diucap/disebarkan, perlulah diiringi dengan amal. Marilah kita sama-sama memohon kekuatan dari-NYA, amin.

Monday, July 18, 2011

Gembira dalam Sujud ^^


بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Gembira dalam sujud.. apa maknanya? Istilah ini saya yang reka sendiri, tetapi ada sebabnya. Jom berkongsi ilmu ;)

Saya pernah dengar sebuah hadis, lebih kurang begini maksudnya, Semasa penciptaan Nabi Adam 'Alaihis salam, kan ALLAH perintahkan para malaikat untuk tunduk hormat kepada Nabi Adam, maka mereka pun tunduk hormat kecuali iblis laknatullah.. kerana sifat takbur! Dalam solat, ada rukun sujud kan? Dan kita patuh untuk sujud menyembah-NYA kan? Tidak ke kita berasa 'gembira' kerana kita hamba-NYA tunduk patuh kepada-NYA dengan bersujud tetapi iblis enggan untuk tunduk hormat kepada Nabi Adam atas perintah ALLAH? -peringatan : ini bukan matan hadis tersebut.


A034
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. (Al-Baqarah 2:34) |

Wallahua'lam. Ambillah apa yang baik untuk dijadikan pengajaran, dan apa yang salah, sila-silalah perbetulkan ye ^^,
Ilal liqa' insyaALLAH.

Sunday, July 17, 2011

Nisfu Sya'aban

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Sallahu 'alaihi wasallam =)

Hari jumaat lepas, saya tanya 2 orang ustaz saya (saya kenal mereka ketika saya belajar di Nilam Puri dulu), ustaz Muhideen dan ustaz Mahyudin, melalui khidmat pesanan ringkas(sms), tentang nisfu sya'aban. Ustaz Muhideen merupakan pakar hadis, manakala ustaz Mahyudin pula pakar dalam ilmu fiqh dan Al-Quran,tarannum.

Saya: Assalamualaikum ustaz. Nak tanya, adkh nisfu syaaban merupakan peristiwa penting dlm islam? Dan ada amalan2 yg dikhususkan pd mlm nisfu syaaban ke? Syukran ustaz.

Ustaz Muhideen: Tak dak.

Ustaz Mahyudin: Nisfu syaaban malam berkat. Ihya'(menghidupkan) malam ni sunat. Buatlah apa saja kebajikan. Paling baik solat tasbih dan banyakkan doa. Pastu puasa esoknya.

Alhamdulillah, jaza' ALLAH ustaz! :D

Setiap bulan dalam kalendar hijrah, ada keistimewaannya. Bulan-bulan selain Ramadhan, diibaratkan seperti kelebihan Rasulullah ke atas Nabi-nabi yang lain; manakala kelebihan bulan Ramadhan umpama keutamaan ALLAH ke atas manusia. Rasa bertuhan itu adalah fitrah manusia =) Mari asah diri menjadi hamba-NYA yang terbaik! Cinta ALLAH, ikutlah Nabi Muhammad Sallahu 'alaihi wasallam..


A031
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (A-li'Imraan 3:31)
A032
Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (A-li'Imraan 3:32)

Wallahua'lam. Al-Quran itu penyejuk jiwa ;)

Rendah Hati

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH =)
1st entri ni, saya nak ingatkan diri tentang RENDAH HATI.
Sahabat-sahabat pernah dengar perkataan ini? Biasanya kita mendengar perkataan RENDAH DIRI kan..
Saya dapat daripada naqibah saya, katanya, kalau rendah hati, maknanya kita tunduk,bawa hati kita kepada ALLAH.. rendah diri? Kita merasa diri kita ni tak layak, tak bagus seperti orang lain.. Rendah diri itu akhlak mahmudah, cuma jangan terlalu merendah diri, kerana setiap insan mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing, dan dalam masa yang sama tidak sombong,bangga diri atau riyak, tetapi sebaiknya merendah hati..
Manusia ini adalah sebaik-baik kejadian, jadi kita kena sentiasa buat yang TERBAIK dalam usia kehidupan ini..ke arah menggapai redha ALLAH!


A205

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. (Al-A'raaf 7:205)


Saya pernah mendengar pengisian daripada ustaz Hasrizal, tentang menjadi yang terbaik. Kita sedia maklum yang ada 10 orang sahabat baginda Sallahu 'Alaihi wasallam yang dijanjikan syurga..sejak di dunia lagi mereka telah mendengar khabar gembira ini. Sebagai contoh, kita lihat Abu Bakar As-Siddiq, Saidatina Khadijah rha.. Mereka dijanjikan dengan syurga, dan mereka adalah orang yang SANGAT HEBAT dalam sejarah islam..kan? Oleh itu, nak masuk syurga, kita kena jadi yang TERBAIK! Kerana syurga hanya menerima keahlian yang terbaik.. InsyaALLAH lillah =)

Wallahu'alam. Terus-teruslah mengingatkan diri ini.
Ilal liqa' insyaALLAH. Moga istiqamah menjadi amalan saya dan kita,amin.

...15 Sya'ban...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...