Pages

Monday, August 29, 2011

Kullu 'am wa antum bikhair

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pemergian Ramadan ditangisi,
Kedatangan Syawal disyukuri;
Keikhlasan amalan diberkati,
Setulus kemaafan dipohon.

Minal 'Aideen wal Faizeen.. Mudah-mudahan kita termasuk di dalam golongan yang kembali kepada fitrah (zero dosa) lalu menjadilah kita di kalangan orang-orang yang berjaya,amin. (",)

Muhasabah diri, BroHamzah - Zero Dosa

Tolong ingatkan saya, jika saya terlalai, jika saya teralpa.. Agar diri ini tidak terus leka..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, buat yang mengenali diri ini, sahabat-sahabat blogger, dan ANDA yang sudi membaca coretan saya ini. InsyaALLAH, kedatangan anda di sini membawa 1001 rahmat buat ummah, amin.

Sama-sama kita saling tembak doa buat semua saudara islam kita (",)

Akhir kalam, saya memohon ribuan kemaafan..daripada kalian, tulus dari hati. Moga kita terus istiqamah di dalam mentaati segala perintah-NYA dan dalam meninggalkan segala larangan-NYA, amin Ya Rabbal 'Alamin.

Saturday, August 27, 2011

Nuzul Al-Quran


بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

merenung langit..merenung hari-hari di bulan Ramadan yang kian sampai ke penghujung..


Coretan ini, mengimbas kembali peristiwa pada 17.8.2011.. ^_~

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, saya dapat menulis di sini..buat peringatan diri pastinya =)

Pada 17.8.2011 yang lalu (Rabu), saya dan sahabat-sahabat APIDS dijemput menghadiri majlis berbuka puasa, bersempena Hari Nuzul Quran, anjuran Surau Akademi Pengajian Islam UM (APIUM). Alhamdulillah, majlis bermula pada pukul 5.45 petang (setelah kami meredah hujan renyai-renyai), mendengar pengisian yang disampaikan oleh Prof. Dr. Abdul Aziz Mohd Zin, salah seorang pensyarah di APIUM, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Manusia.

Tajuk yang disampaikan oleh beliau adalah "AL-QURAN DALAM KEHIDUPAN BERORGANISASI".

Ustaz memulakan ceramah dengan 2 potong ayat Al-Quran, tetapi saya tidak dapat detect surah dan ayat apa, minta maaf. Point pertama ustaz adalah, MATLAMAT. Dalam setiap apa yang kita buat, perlu ada matlamat. Begitu juga sebuah organisasi, perlukan matlamat dan hala tujunya. Dan organisasi, bukanlah hanya terdapat dalam pentadbiran atau kepimpinan bahkan, diri kita juga adalah satu organisasi! Percaya tak? ^_~

Di dalam Al-Quran, banyak sangat ayat-ayat Al-Quran yang menawarkan kepada manusia pelbagai ganjaran dan akibat..seperti syurga dan neraka..pahala dan dosa.. Allah tahu, yang manusia ini sangat terinspirasi dengan ganjaran-ganjaran; itulah sifat manusia. Kita boleh mengambil pengajaran bahawa, hendak meletakkan sesuatu matlamat dan target, kita kena tahu UNTUNG & RUGI, dan matlamat tersebut hendaklah yang boleh mencapai keuntungan! Kita kena mengambil kira keuntungan duniawi dan ukhrawi.. ^_^

Misalnya, jika kita seorang mahasiswa, target dan matlamat kita di dalam exam adalah 4 flat. Jika kita seorang penulis buku, kita nak siapkan buku kita itu pada tarikh sekian, sekian. Dan, apabila kita sudah menentukan matlamat dan target, kita kena pegang target tersebut, dan bekerja ke arah itu (target)! ^^

Walau apa pun target dan matlamat kita itu, ingatlah, dasarilah ia (target) dengan niat kerana ALLAH dan untuk menggapai redha-NYA, dengan cara Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wasallam.. (",) ~peringatan untuk diri saya yang menulis ini.

Kenapa Al-Quran diturunkan? Saya dapat salin 2 point daripada ustaz..

1) Memberitahu perkara-perkara yang ghaib, yang kita tidak tahu.
2) Menyusun kehidupan manusia.


شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (Al-Baqarah 2:185)

The month of Ramadan in which was revealed the Qur'an, a guidance for mankind, and clear proofs of the guidance, and the Criterion (of right and wrong).

SUSUN ATUR, ada di dalam organisasi.. Kenapa perlu susun atur? Kerana terlalu banyak kewajipan dan larangan.. Dan di sinilah timbulnya, AULAWIYAT! Aulawiyat bermaksud, keutamaan.. Minta maaf ye, saya tidak arif untuk menjelaskan tentang aulawiyat. Sahabat-sahabat yang tahu, bolehlah berkongsi dengan saya ^^,

Dalam diri manusia, ada 2 perkara - boleh terima perkara baik, dan boleh juga terima perkara buruk. Manusia mempunyai banyak kehendak dan kemahuan. Kehendak manusia, kehendak syaitan dan kehendak ALLAH, semuanya saling bertarung.. Oleh itu, Al-Quran diturunkan untuk memperbetulkan hala tuju, yakni mengurus kehendak! (",)

Kenapa kadang-kadang kita ada rasa berat, atau susah?
1) Kurang hasrat atau motivasi yang lemah (keyakinan).
2) Kurang dalam menyusun atur.
3) Keseorangan (tidak beramai-ramai).
4) Keikhlasan kena penuh.

Bagi ustaz, pada diri seorang muslim, perlu ada 2 perkara yang 'tinggi' iaitu kekuatan diri yang dipandu iman (keyakinan tinggi, tahan lasak) dan kekuatan minda (stategi, susun atur).

Kemudian, ustaz mengulas surah Al-Insyirah.. InsyaALLAH jika kita baca banyak-banyak surah ini, kita akan awet muda ^_~ Jika kita teliti terjemahan surah Al-Insyirah, antara inti pati surah ini adalah lapang dada, bermaksud diangkat beban oleh ALLAH. Apa yang dimaksudkan dengan 'diangkat beban' ? Selalunya, yang kita faham dengan 'diangkat beban' adalah, beban berkurang.. Aha! Di sini saya ingin membawa satu pencerahan..satu dimensi yang lain..makna sebenar 'diangkat beban'.. 'Beban diangkat' bukanlah bermaksud beban kita dikurangkan, atau beban kita berkurang tetapi, kita tidak rasa berat dengan 'beban' tersebut! Sebagai contoh, dahulu, apabila kita baca 10 m/s Al-Quran, kita rasa berat.. Tetapi sekarang, baca 10 m/s rasa ok.. Meringankan beban bukan dengan mengurangkan beban (misalnya membaca 10 m/s kepada 5 m/s) tetapi menambah/memberi kekuatan kepada diri! Boleh nampak apa yang saya maksudkan? ^_^

Rezeki juga begitu.. Bertambahnya rezeki bukanlah zahirnya rezeki, harta kita dan lain-lain bertambah tetapi, sebagai contoh, tahun 2006, gaji kita sebanyak RM 3000, tetapi setiap kali balik kampung (pandu kereta), kita selalu dapat saman.. Pada tahun ini, gaji kita tetap sama, tetapi tiada saman yang perlu dibayar.. Allah.. Allah Maha Bijaksana! Tidakkah kita rasa begitu? (",)

Berat atau ringan sesuatu perkara itu, kita sendiri yang tentukan..selain situasi yang turut mempengaruhi..

Kemudian, pada ayat seterusnya, Allah berfirman bahawa kedudukan Nabi terangkat, senang di sebalik susah, kerja terus-menerus, yakni tidak berhenti-henti dan ada kasih sayang.

Senang di sebalik susah. Pernah tak kita rasa, kerehatan di sebalik sibuk? (",)

Apakah yang dimaksudkan dengan 'ada kasih sayang'? Daripada ayat اِلَى) , وَاِلَى رَبِّكّ فَارْغَب) bermaksud 'atas'. Allah atas, yakni makam yang tinggi. Manusia bawah, iaitu makamnya rendah,hina.. Jadi, cinta dan sayanglah pada yang ATAS (ALLAH)! =) Bila suka sama suka, tak jadi berat dah sesuatu amalan atau perkara itu.. ^_^

Akhir sekali, ustaz mengakhiri kalam-kalamnya dengan menceritakan hadis Fatimah. Sahabat-sahabat pernah mendengar kisah ini? Ceritanya lebih kurang begini, suatu hari, Fatimah rha., puteri Rasulullah SAW ingin berjumpa Rasulullah SAW, kerana ingin meminta pembantu rumah, bagi mengurangkan kepenatan atau beban yang dialaminya dalam melakukan kerja rumah.. Lalu Nabi SAW bersabda, "Hendakkah aku khabarkan kepadamu sesuatu yang lebih baik daripada pembantu rumah? Yakni sebelum tidur, bacalah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali (dan ada juga riwayat yang lain)" ~seperti yang kita baca di dalam wirid selepas solat~

Ustaz mengkhabarkan bahawa, zikir sebenarnya menstabilkan urat saraf. Oleh itu, tidur kita berkualiti.. Begitu juga doa, dan sebagainya. Pernah tak kita tertidur ketika kita tengah membaca Al-Fatihah, atau berzikir sebelum tidur? (",) Tenang kan..

Wallahua'lam. Jika ada salah dan silap di dalam perkongsian ini, jemput diperbetulkan dengan hemah.. (",) Inni ukhtukum fil islam! ^_^

Lagu Universiti Malaya

Sunday, August 21, 2011

Lailah Al-Qadr..rindukannya.. ^_^

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap reda Allah, maka dosa-dosa yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melaksanakan qiyam Ramadan atas dasar iman dan mengharap reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yang melakukan qiyam Lailatulqadar atas dasar iman dan mengharap reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sentiasa berwudhu'

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Apa khabar kalian? Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah.. =)

Alhamdulillah, hari ini, saya nak mencoret sesuatu..

Satu pengalaman dan pelajaran, yang saya dapat daripada seorang sahabat saya.. (",)

Sahabat yang saya maksudkan adalah, Fatimah Azzahra Binti Kamil. Saya mula rapat dengannya ketika saya di tingkatan 5, kelas 5 Hanafi. Di dalam kelas, saya duduk di sebelahnya. Bermula saat itulah, saya mula mengenali dia..rapat dengannya.. ^^

Antara perkara yang saya belajar daripadanya adalah, kepentingan menjaga wudhu' dan berdoa.. Setiap kali sebelum belajar, fatimah akan baca doa.. Dan sentiasa berwudhu'..kalau wudhu'nya batal, dia akan memperbaharui wudhu'nya. Subhanallah..

Maaf ye fatimah, kerana saya menceritakan hal ini dengan menyebut namamu.. Mudah-mudahan kita pun boleh ambil pengajaran daripada kisah ini.. ^_^

Wallahua'lam. Ilal liqa' insyaALLAH. Terima kasih atas doa kalian semua (",)

Saturday, August 20, 2011

Sahabat hati ^_^

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

majlis perpisahan asrama 2009


Alhamdulillah, entri kali ini, saya tujukan khas buat sahabat fid dunya wal akhirah saya, Siti Nurliana Zainudin. Sebenarnya, pada tarikh 20.8.2011 ini, merupakan hari lahirnya.. =)

Apabila berbicara tentang liana, saya teringat bagaimana saya boleh berkecimpung ke dalam dunia blog.. Pada September 2010, ukhti liana invite saya untuk menjadi penulis/author di blognya.. Bermula saat itulah, saya mula mengenal dunia blog..belajar erti menulis (menaip).. Subhanallah..

Namun, sahabat di hati saya ini, pengorbanannya bukanlah bermula daripada peristiwa tersebut bahkan, sebelum itu lagi..yakni, ketika kami sama-sama di sekolah menengah yang sama.. Rasa sayu apabila mengenang kembali saat-saat manis kami bersama dahulu.. (",)

Betapa hati ini rasa sangat bersyukur..dikurniakan sahabat yang solehah..yang membawa diri ini lebih mendekati-NYA.. Allah.. Rindu rasa itu..yakni, rasa bahawa walau kami sukar untuk bersua muka selalu tetapi, kami dapat merasai kehadiran masing-masing di hati kami..seolah roh kami saling bertaut..hati kami saling menyatu kerana ALLAH semata..amin. Dengan kata mudah, kami sering berjumpa di dalam hati! ^^

Alhamdulillah, sahabatku ini bakal melanjutkan perjuangannya (menimba ilmu) ke bumi Mesir. InsyaALLAH, pada 19 atau 20 September kelak.. (",)

Wallahua'lam. Mengharap pada-NYA Yang Maha Agung.. ^^

Friday, August 12, 2011

Baiti Jannati ^^


بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ni adik saya yang lukis


Alhamdulillah, hari ni hari jumaat, sayyidul ayyam..yakni penghulu segala hari =)
Perkara-perkara sunat yang saya tahu, pada hari jumaat, seperti memotong kuku, selawat ke atas Nabi SAW, mandi sunat hari jumaat.. Wallahua'lam.

Sebelum saya teruskan entri saya kali ini, saya nak ucapkan terima kasih kepada sahabat saya- alshaqina. Upgrade blog, adalah untuk upgrade iman dan amalan jua! InsyaALLAH.. (",)
Dan semestinya jutaan terima kasih, jazakumullah, buat anda, sahabat, yang bertandang ke sini.. Moga kita termasuk di dalam golongan hamba-hamba-NYA yang taat dan patuh dalam mentaati perintah ALLAH, amin Ya Rabbal 'Alamin =)

Semasa saya berumur 6 tahun sehingga 12 tahun, saya dan keluarga tinggal di sebuah apartment 5 tingkat. Agaknya, rumah saya tingkat keberapa? (",) Rumah saya di tingkat 4.. Setiap hari, kami sekeluarga dibiasakan dengan menaiki tangga.. Alhamdulillah, satu pengalaman yang tiada hitungnya dari ALLAH ^^

Yang menariknya tentang rumah saya itu, rumah saya ada 4 buah bilik! Hurm..biasanya kan apartment ada 2 buah bilik je..jadi, bagaimana ye rupa rumah saya itu?? Ayah saya beli 2 buah rumah(apartment), sebelah menyebelah.. Kemudian, ayah saya pecahkan sebahagian dinding yang memisahkan antara 2 buah rumah tersebut. Akhirnya, rumah saya jadi luas dan ada 4 buah bilik ^^

Ada lagi yang menarik tentang "4 buah bilik". Sebuah bilik untuk nenek, sebuah bilik untuk mak ayah saya, sebuah bilik untuk kami adik-beradik(sebab kami semua muslimat), dan sebuah bilik lagi..? Adalah sebagai bilik SURAU ^^

Di sana(bilik surau), kami yang perempuan, akan solat berjemaah.. Manakala yang lelaki, akan solat di surau atau masjid taman perumahan..

Dan setelah saya dan keluarga berpindah di rumah yang saya tinggal sekarang, kami masih menjadikan sebuah bilik sebagai bilik surau..

Ayuh, kita SOLAT BERJEMAAH! ^^

Wallahua'lam, misi memburu cinta dan redha Ilahi..amin (",)

Tuesday, August 9, 2011

Ya ALLAH, laparnya..


بسم االه الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH yang dicintai.. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang dirindui.. (",)

Saya nak tanya satu soalan boleh? Apabila kita lapar atau dahaga, apakah yang kita fikirkan? Apakah yang berlegar-legar di fikiran kita atau kata hati kita? Kalau saya, saya akan terfikir.."nak makan atau minum lah..bagi menghilangkan lapar dan dahaga.." Sahabat-sahabat sependapat ke dengan saya?

Aha..ni saya nak bagi correction sedikit..semestinya nasihat untuk saya, dan dalam masa yang sama, menyampaikan kepada orang lain..untuk diamalkan kerana ALLAH insyaALLAH =)

Siapa yang bagi kita lapar dan dahaga? Dan yang paling penting, siapa pula yang memberi kita kenyang? Jawapannya, semestinya ALLAH S.W.T. Kita meyakini bahawa ALLAH lah pemberi rezeki, Ar-Razzaq. Jadi, bila kita lapar atau dahaga, kita cakaplah.. "Ya ALLAH, hanya Engkau yang bisa menghilangkan rasa lapar dan dahagaku ini.. Makanan dan minuman hanyalah asbab(sebab) atau wasilah(cara/jalan) atau usaha untuk menghilangkan lapar dan dahaga.. Ya ALLAH, Dikau ampunilah dosa-dosa hamba-MU ini.. Hamba-MU ini lemah tanpa pertolongan dari-MU.."

Ustaz Haider, mengajar saya bahasa arab, tauhid, fiqh dan lain-lain di SAMER, pernah berkongsi.. "Kita makan, bukan sebab kita lapar, tetapi kerana makan adalah fitrah manusia! Dalam meneruskan kehidupan insyaALLAH.."

Nampak tak? Dalam hal makan dan minum pun, ada kaitan dengan tauhid, keimanan kita kepada ALLAH..kebergantungan kita kepada ALLAH.. Jadi, sejauh manakah kita meletakkan ALLAH dalam kehidupan kita? ^_^ Sama-sama saling mengingati kerana-NYA..


A055
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. (Adz-Dzaariyaat 51:55)

Wallahua'lam. Ilal liqa' (sehingga berjumpa lagi) insyaALLAH,
Sharraftu biziaratikum.

Friday, August 5, 2011

Islah Blog


بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

InsyaALLAH, buat masa ini, saya dalam proses belajar untuk menceriakan blog saya ini, agar mesra pembaca. Oleh itu, sebarang cadangan, teguran dan komen yang membina amat saya alu-alukan daripada anda. Moga jasa baik kalian akan memberatkan lagi timbangan amalan kebaikan anda dan saya, bi iznillah =) Dan yang paling utama, moga ALLAH meredhai usaha kita ini, amin.

Mohon tunjuk ajar,
Faqir ilallah- hamba yang berhajat pada-NYA ^^,

Thursday, August 4, 2011

Rumah dan keluarga


بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya kepada-NYA.. Sehingga saat ini, kita masih dibenarkan bernafas dan berada di dalam bulan Ramadan Kareem.. =)

Ermm, gambar di atas tu, adalah pemandangan di belakang rumah saya, dari bilik kami adik-beradik. Saya suka suasana di rumah saya, dikelilingi oleh bukit-bukau nan hijau, menyejukkan pandangan mata yang melihat, dan membawa kita mengisafi kejadian diri, betapa berkuasanya ALLAH, yang mencipta alam ini.. Subhanallah..Maha Suci Allah..Tuhan Sekalian Alam.. (",)


A057

Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya); akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui. (Ghaafir 40:57)

Belajarlah daripada alam..tadabbur alam.. Saya pernah dengar pengisian daripada Dr. Danial Zainal Abidin, bahawa kita umat Islam perlu menguasai DUA AYAT. Apakah dua ayat itu? AYAT AL-QURAN dan AYAT ALAM. Saya ada kongsikan penjelasannya di sini, jemput datanglah ye ^^

Sebenarnya, saya rasa rindu nak balik rumah..nak berada bersama-sama dengan mak dan ayah yang disayangi kerana Allah, insyaALLAH =) Keluarga yang sakinah, impian semua orang.. Saya pernah baca tulisan Ustaz Hasrizal, tentang bilamana ustaz rasa resah, gelisah, ustaz nak sangat balik ke kampung untuk berjumpa dengan ibunya..memohon redha, kemaafaan.. Di sini membawa maksud, apabila kita di dalam keadaan yang resah, atau hati tidak tenang, kita akan selesa untuk kembali ke tempat asal kita..

Begitu juga kita sebagai hamba Allah, kembalilah kepada ALLAH.. (",)

Wallahua'lam, لا حول ولا قوّة الاّ بالله
Isilah rohani dan Ramadan kita..ila mardhotillah (ke arah menggapai redha ALLAH), insyaALLAH wa amin =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...