Pages

Tuesday, September 24, 2019

Kembara Pascasiswazah (1)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Temu bual dengan pihak Darussyifa' Bangi


Awal bulan 2 tahun 2017, saya bekerja sebagai pembantu penyelidik di APIUM.

Niat untuk sambung belajar, masih ada. Cuma masih tiada tajuk kajian.

Saya ingin buat kajian yang ada pengajian islam dan sains tumbuhan ubatan. Sukakan kerja-kerja makmal, tetapi juga masih ingin belajar subjek agama.

Maka bermula kisah untuk mencari tajuk kajian...

Mula-mula, saya bertanya pensyarah Sains Biokesihatan yang menjadi penyelia projek tahun akhir ijazah sarjana saya, Dr. J. Dr. J mencadangkan kajian teks yang melibatkan tumbuhan dan pengubatan Islam, iaitu meneliti buku-buku terbitan Darussyifa' sebagai kajian sarjana. Kemudian, saya kembangkan kaedah kajian tersebut kerana saya mahu buat kerja makmal, selain analisis teks. Asalnya, saya nak jadikan kajian ini sebagai kajian sarjana, namun kemudian saya berubah fikiran apabila Dr. S mencadangkan saya untuk buat fast track.

Setelah saya kembangkan idea asal yang dicadangkan Dr. J, saya berjumpa beberapa pensyarah untuk bertanyakan pendapat. Pertama, saya bertanya pendapat Dr. Ma. Antara nasihat daripada Dr. Ma:
1) Jika nak buat kajian tentang tumbuhan dan pengajian islam, ada 3 skop yang boleh dipilih iaitu tumbuhan dan sejarah Islam/ tumbuhan dan al-Quran dan hadith/ tumbuhan dan perubatan Islam/fiqh.
2) Ada 3 cara untuk dapatkan maklumat iaitu sorotan literatur (literature review), hadiri seminar atau persidangan dsb, & bertanya kepada yang pakar atau ahli.

Kemudian, saya berjumpa beberapa pensyarah API yang kepakarannya ada kaitan dengan tumbuhan dan perubatan islam. Saya membuat temu janji dengan Dr. R, Dr. A dan Dr. K. Selain itu, saya juga bertanya pendapat Dr. Mu melalui mesej (kerana Dr. Mu agak sibuk ketika itu untuk berjumpa).

Dalam masa yang sama, Dr. S mencadangkan kajian berkaitan reproduction dan bioetika sebagai kajian doktor falsafah saya.

Setelah saya bertanya pendapat beberapa pensyarah, saya merasakan kajian yang saya nak buat ini iaitu berkaitan tumbuhan dan perubatan Islam, nampaknya seperti tiada masalah kajian untuk dibincangkan. Maka, saya berjumpa dengan Dr. R, dan memberitahunya bahawa saya mungkin tidak jadi meneruskan tajuk ini (kerana jika saya buat kajian bidang ini, saya akan menjadikannya sebagai salah seorang penyelia). Jika saya tidak buat kajian ini, saya mungkin akan buat kajian seperti yang dicadangkan Dr. S.

Namun, Dr. R memberi kata-kata semangat yang membuatkan saya ingin meneruskan kembali kajian berkaitan tumbuhan dan perubatan Islam. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk teruskan merangka kajian tersebut.

Timbul persoalan, tumbuhan-tumbuhan yang digunakan sebagai rawatan penyakit fizikal seperti mana saranan dan amalan di Darussyifa', adalah banyak. Maka, saya nak kaji tumbuhan apa?

Oleh itu, saya membuat temu janji dengan pihak Darussyifa' Bangi bagi memilih tumbuhan sebagai sampel kajian. Ketika saya pergi Darussyifa' Bangi (bulan 4 tahun 2017), alhamdulillah saya ditemani Ummi Aiman =)

Oh ya, saya buat semua ini ketika saya bekerja sebagai pembantu penyelidik (bila ada masa lapang, dan atas keizinan majikan saya).

Kemudian, saya berjumpa dengan Dr. J, dan memberitahu dapatan temu bual saya dengan Darussyifa', beserta cadangan saya dalam merangka kajian bagi tahap kajian doktor falsafah. Dr. J setuju. Jadi, saya pun mula lah nak tulis proposal untuk memohon menjadi pelajar doktor falsafah di UM, di bawah seliaan Dr. J dan Dr. R.

Sebelum tu, setiap kali saya berjumpa Dr. R, Dr. R selalu tanya cadangan tajuk kajian. Saya rangka tajuk kajian, dan Dr. R ada bagi cadangan bagi menambah baik tajuk tersebut.

Saya ambil masa sebulan lebih nak siapkan proposal (dalam masa yang sama, saya kena buat sorotan literatur untuk projek yang saya jadi pembantu penyelidik, dan bidang kajian projek tersebut sangat berlainan dengan minat kajian saya iaitu berkaitan spiritual dan well-being).

- saya tanya pendapat Dr. D dan Dr. S nak daftar fakulti mana. Juga tanya beberapa senior yang buat kajian berkaitan pengajian islam dan sains, tentang kenapa mereka pilih API/ IPS/ Sains sebagai fakulti mereka.

Saya hantar permohonan belajar pada bulan 7 tahun 2017.

Memandangkan saya hantar permohonan pada bulan 7, maka permohonan saya adalah bagi kemasukan semester 2 sesi 2017/2018.

Setiap bulan, saya telefon IPS untuk bertanya status permohonan saya. Oleh kerana saya mohon fast track, maka staf IPS kata, mereka akan set temu bual sebelum permohonan diluluskan.

Bersambung...


Nota: Kak S bantu saya untuk approach Dr. J mula-mula. Sebab saya dapat tahu Dr. J ada kolaborasi dengan USIM tentang kajian tumbuhan dan islam/teks Melayu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...