Pages

Friday, December 28, 2012

U.S.R.A.H

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته



U.S.R.A.H
Untuk Semua Rasa ALLAH Hebat ^^,


Suatu hari, saya bersembang dengan sahabat saya, Izzah Farhanah;

"Munirah, awak tahu tak kenapa Imam Hassan al-Banna mewujudkan usrah?"
"Tak tahu. Kenapa?"
"Pada waktu itu (zamannya), institusi kekeluargaan telah rosak jadi, dia mengambil inisiatif untuk mengembalikan semula fungsi dan peranan keluarga Islam dengan mewujudkan usrah. Seperti yang kita tahu, usrah bermaksud keluarga di dalam Bahasa Arab."
"Oh, begitu."
"Jadi, kalau awak dah dididik dengan baik oleh ibu dan ayah awak, itulah usrah sebenar."

(,^^)(^^,)

Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri usrah wonderpets oleh kak Rozana. Serba-sedikit yang dapat saya kongsikan;

*Kawasan pedalaman di Sarawak mempunyai 3 tahap; pedalaman 1, pedalaman 2 dan pedalaman 3.

*Aqidah kita umpama harimau yang sedang tidur. Apakah sifat harimau? Ganas, makan manusia dan sebagainya. Tetapi bagaimana keadaannya apabila dia tidur? Sifat-sifat itu tadi akan hilang. Apabila kita kejutkan harimau itu daripada tidurnya, apa yang akan terjadi? Ia akan kembali kepada sifatnya yang asal.

Sekarang, suasana di sekeliling kita adalah suasana yang mengamalkan islam. Lahir dalam keluarga islam. Harimau kita (aqidah) tidak rasa terkejut. Tidak ada perkara-perkara atau soalan-soalan yang membuatkan aqidah kita terkejut.

Biasanya, sesiapa yang ke luar negara akan mengalami keadaan yang mana umat islam adalah minoriti sedangkan non-muslim adalah majoriti. Oleh itu, harimau kita akan terkejut. Sebagai contoh, katalah kita berada di Uganda (saya tak tahu ejaan sebenarnya). Orang di sana sangat gembira menerima kedatangan kita lalu, mereka memasang perangkap (bukan untuk perangkap kita tetapi untuk menjerat haiwan). Kemudian, ada seekor haiwan yang masuk perangkap tersebut. Haiwan apakah itu?

Zirafah rupa-rupanya. Alamak, ziarafah boleh makan ke? Kita tidak tahu jawapannya..

Baiklah, makanan dalam islam ada 2 kategori iaitu halal dan haram (asas). Mari kita lihat ciri-ciri haiwan yang haram dimakan. Ada tak ciri-ciri tersebut pada zirafah? Tiada kan. Jadi boleh makan.

Nak makan, kena sembelih dulu. Err, zirafah lehernya panjang, nak sembelih di mana ye? Ermm.. Haiwan apa yang lehernya panjang? Unta ^_^ Jadi, kita boleh sembelih zirafah sepertimana kita sembelih unta.

Pengajarannya? Carilah ilmu. Tuntutlah ilmu =) Dan iman sebagai pembimbing. Insyaallah, kita berupaya untuk mengamalkan ilmu tersebut. Ilmu + Iman = Amal yang benar.

Allahua'alam. Ini serba-sedikit yang saya ingat. Mohon betulkan jika ada yang salah (^_^). Ilal liqa' insyaallah! ^^, Seeru 'ala barakatillah~

Sunday, December 2, 2012

Diari Cuti

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH ^_^

10 - 18 November 2012, mahasiswa UM cuti sempena pertengahan semester.

Hari Selasa, kami sekeluarga melawat opah di kampung. Makan tengah hari bersama-sama opah. Kemudian, kami (opah sekali) keluar berjalan-jalan selepas solat Zohor.

Setiap kali kami ingin memulakan perjalanan jauh seperti balik kampung atau berjalan-jalan, ayah akan berpesan, "Anak-anak, ingat ye, kita balik kampung ni nak melihat kebesaran ALLAH (melalui pemandangan di kiri kanan jalan dan lain-lain)".

Salah satu pemandangan di Perak


Subhanallah. Maha Suci ALLAH ^^,

A003
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya? (Yunus 10:3)

Tadabbur juga ayat-ayat seterusnya.. (",)

Rabu pagi, ayah membawa kami bermain canoe dan memanah. Mak dan opah hanya memerhatikan kami bermain. Sebelum saya memanah, ayah berpesan sambil tersenyum, "Niat memanah untuk ambil sunnah Nabi". ^_^

Canoe yang disediakan, ada 2 tempat duduk. Ayah duduk di seat belakang dan saya dan adik-adik bergilir-gilir duduk di seat hadapan. Ini first time saya bermain canoe, begitu juga memanah. Kelakar bila saya dan adik kedua naik canoe bersama ;)

Khamis pagi, saya, mak dan adik-adik berjalan-jalan di tepi pantai. Teringat salah satu entri saya di sini, Melihat Lautan. Teruja melihat lubang-lubang ketam. Cuba mencari lubang yang ada ketam di dalamnya.


Laut ^^,


Nampak tak?


Di rumah pula, alhamdulillah, pokok rambutan, nangka dan mangga berbuah. Petik buah dari pokok dan terus makan, seronok!




Sekian dahulu daripada saya. Salah dan silap mohon dimaafi. Moga ada ibrah (pengajaran) yang boleh dikutip daripada entri ini. Jazakumullahu khairan kathira =)

~Hidup itu ujian~

Wednesday, November 28, 2012

Tahniah! Anda terpilih..

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Sahabat-sahabat yang boleh datang, dijemput hadir! :) Terbuka kepada semua kaum.. ^_^
FSSS adalah Fakulti Sastera & Sains Sosial ;) SGPI pula adalah Sains Gunaan & Pengajian Islam (salah satu program pengajian di UM).


~Manfaatkan malam Jumaat (Khamis malam) anda~

Saturday, November 10, 2012

Eidul Adha 1433H

السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH. Sahabat-sahabat apa khabar? Lama tak dengar cerita.. ;)

Hari Raya Aidiladha yang lepas, adalah kenangan yang sangat manis buat saya. Kenapa? Selalunya, Hari Raya Aidilfitri lebih meriah berbanding Hari Raya Aidiladha (bagi keluarga saya). Namun, Aidiladha kali ini kami sekeluarga menerima kedatangan ramai sanak-saudara..lagi-lagi yang agak lama kami tidak berjumpa (tak jumpa semasa Hari Raya Aidilfitri). Teruja sangat! ^_^

Ada mak long (tinggal di Melaka), kak Ina sekeluarga (sepupu), kak Ijan dan suami (sepupu), kak Nana (sepupu).. Ini adalah insan-insan yang agak lama kami tidak bersua. Alhamdulillah. Terima kasih kerana datang! =)

Tidak dilupakan, sanak-saudara yang selalu berkunjung ke rumah kami. Kami sangat-sangat hargai! ^_^ Mak lang dan kak Ogy, ateh, mak ngah,kak Nora dan anak-anak; Aiman dan Alia, mamak,acik dan Pieqa..

Moga kita sekeluarga terus thabat di atas jalan-NYA yang benar ^^,

Aidiladha. Haji.

Sahabat-sahabat, seeru 'ala barakatillah! (",)





Tuesday, October 30, 2012

(^_^)


"Hate no one, no matter how much they have wronged you.
Live humbly, no matter how wealthy you become.
Think positively, no matter how hard life is.
Give much, even if you have been given little.
Keep in touch with the ones who have forgotten you and
forgive who has wronged you and
don't stop praying for the best for those you love"
(Ali bin Abi Talib)

Allahua'lam. (^_^)

Thursday, September 20, 2012

Raya Aidilfitri





Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

19 Ogos 2012, Ahad, 1 Syawal 1433H. Alhamdulillah, aidilfitri tahun ini disambut di kampung; iaitu di Sitiawan, Perak. Kami sekeluarga bertolak dari rumah selepas solat Zohor. Pada hari raya pertama, pak long beraya bersama kami manakala pada hari raya kedua, pak ngah dan mak ngah pula datang beraya di kampung. Pagi 21 Ogos, kami bertolak pulang ke rumah.

Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung, kami terserempak dengan beberapa accident. Di kala itu, terlintas di fikiran saya, "Kereta yang mereka naiki dah rosak kerana kemalangan, macam mana lah mereka nak sampai ke destinasi?"

Nilai murni: Bersyukur kerana selamat sampai ke destinasi.

Ada yang kemalangan kerana mengantuk semasa memandu. Namun ada juga yang mengantuk tetapi selamat. Ada yang kemalangan kerana kenderaan lain yang merempuhnya, namun ada pemandu yang tidak berhati-hati ketika memandu tetapi tidak mengalami kemalangan. Itulah takdir atau ketentuan ALLAH Subhanahu Wa Taala Yang Maha Mengetahui. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Kita seringkali tidak dapat menyingkap hikmah tersebut lantaran kelemahan kita sendiri. Kita HAMBA ALLAH =')

Tidak semestinya perkara baik yang berlaku pada kita adalah baik untuk kita, dan tidak semestinya perkara buruk yang berlaku pada kita adalah tidak baik untuk kita. Renungkan firman ALLAH ini;

"... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah 2:216)

Saya teringat, sewaktu saya dan adik-adik masih kecil, ayah saya tak bagi kami main bunga api, apatah lagi mercun. Kami bertanya ayah, apakah sebabnya? Ayah memberikan 3 sebab;
1- Beli bunga api/mercun, umpama membakar duit (kerana aktiviti ini kurang berfaedah)
2- Kita seperti memberi jin makan (asap makanan jin)
3- Umpama kita bermain-main dengan api neraka, sedangkan matlamat kita adalah mahu dijauhkan dari api neraka (sebab bermain dengan api, niat saja-saja)

Wallahua'lam. Bukanlah saya hendak menghalang anda untuk bermain bunga api/mercun, cuma ingin memupuk kesedaran dalam setiap apa yang kita buat, kerana kita akan disoal di akhirat kelak atas setiap amalan kita, yang kecil mahupun yang besar.

Semasa saya Tingkatan 1, ayah ada lah beli sedikit bunga api, supaya kami dapat merasa bagaimana bermain bunga api. Ayah berpesan, istighfarlah semasa main bunga api tu. Memandangkan ayah beritahu kami sebab kenapa ayah tidak menggalakkan kami bermain bunga api, lama-kelamaan kami sendiri yang tidak mahu atau tidak kisah jika ayah tidak beli bunga api. Alhamdulillah, didikan dari rumah (ibu bapa) ^_^

Saya akhiri kalam saya untuk entri ini. Buat pembaca setia atau pengunjung yang sering datang ke blog ini, saya memohon jutaan kemaafan atas keterlewatan entri kali ini. Doakan kebaikan buat saudara islam kita =)

Salam mahabbah. ~CINTA ALLAH & RASUL~

Thursday, August 16, 2012

Menabung

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته


الحمْد لله ربّ العلميْن, والصّلاة والسّلام على اَشْرف الأنْبيآء والمرْسلين وعلى آله 
وصحْبه أجْمعيْن. أمّا بعْد


Sahabat-sahabat apa khabar? Moga terus ceria dan bertenaga di 10 malam terakhir Ramadhan.. (",) InsyaALLAH, hari ini, saya ingin bercerita serba sedikit tentang diri saya. Moga ada manfaatnya.

Pada awal bulan Ogos yang lepas, umur saya sudah menjangkau 20 tahun. Selalunya pada hari lahir seseorang, dia ingin menerima ucapan selamat hari lahir. Fitrah manusia, mahu dihargai.

Bagi yang menyambut hari lahir, kita merasakan bahawa kitalah yang patut menerima ucapan selamat hari lahir. Lalu, saya terfikir sesuatu. Saya merasakan bahawa insan yang lebih layak menerima ucapan pada hari lahir kita adalah ibu kita, dan ayah kita- pendapat saya. Jika ibu kita tidak melahirkan kita, kita tidak akan dapat menyambut hari lahir. Mungkin, kita boleh lakukan, di hari lahir kita, kita katakan pada ibu kita, "Terima kasih ibu kerana melahirkan saya, menjaga saya dan sebagainya". Dan tak lupa mendoakan kedua ibu bapa kita di dalam doa-doa kita..

Bagi yang pernah buat, syabas saya ucapkan! ^_^

Di dalam Islam, kita bukanlah hanya mengucapkan terima kasih dan mendoakan mereka (lisan dan syukur di dalam hati) bahkan, kita kena berusaha untuk berbuat baik, berbakti kepada mereka. Redha ALLAH terletak pada redha ibu bapa. Ibu bapa soleh, anak soleh insyaALLAH, amin (",)

Alhamdulillah, saya dapat course Sarjana Muda Pengajian Islam Dan Sains (Biokesihatan). 2 September 2012 adalah tarikh untuk saya mendaftar di KK11, Universiti Malaya. Doakan kesejahteraan untuk saya, jazakumullahu khoir!



Menabung. Menabung sifatnya berterusan atau terputus-putus? Berterusan kan.. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sebagai contoh, kita simpan 20 sen setiap hari. Setahun, berapa yang kita dapat simpan? RM 0.20 x 365 hari = RM 73.00. Syok tu! Lebih RM 50 dapat kita kumpul.. ^^,

Itu jika kita menabung duit. Begitu jugalah untuk kita menabung amalan soleh kita, sebagai persediaan untuk hari akhirat, untuk menghadap dan kembali kepada ALLAH SWT. Kunci menabung adalah istiqamah, iaitu berterusan.

Sebagai contoh, kita istiqamah berzikir atau berwirid setiap kali selepas solat. Kita istiqamah membaca al-Quran setiap hari. Solat fardhu 5 kali sehari semalam memang wajib. Dan pelbagai lagi amalan soleh.. =)

Ada yang kata, hidup atau masa muda cuma sekali, kena enjoy lah. Sebenarnya, jika hidup hanya SEKALI, dan MATI itu tidak diketahui tarikh dan masanya dengan tepat, adakah hidup ini perlu disia-siakan? Mari renungkan bersama..muhasabah diri..



Sahabat-sahabat pernah dengar IHSAN? Baginda Rasulullah SAW bersabda, "... Engkau menyembah ALLAH seolah-olah engkau melihat-NYA, jika engkau tidak melihatnya sesungguhnya DIA selalu melihatmu ..."  Lihat hadis ini yang lengkap - Ingatkah Kita Lagi?

ALLAH Maha Melihat.

Cuba bayangkan anda berada di dalam situasi ini. Anda seorang pekerja di pejabat. Bos anda meletakkan CCTV bagi memantau setiap gerak-geri pekerja-pekerjanya. Adakah kita akan culas atau berani untuk curi tulang ketika bekerja, sedangkan anda tahu bahawa bos anda sedang dan sentiasa memerhati anda.. Tidak kan? Anda semestinya akan BUAT YANG TERBAIK (dalam konteks ini, bekerja) untuk mendapatkan ganjaran yang terbaik juga..

Begitulah juga kita sekarang, hamba ALLAH. ALLAH Maha Melihat, setiap apa yang kita buat sekarang. Bagaimanakah keadaan kita sekarang? Sedang melakukan ketaatan kepada-NYA atau bergelumang dengan maksiat? Adakah masih lalai dari mengingati-NYA? Astaghfirullah.. Aku mohon ampun pada-MU Ya ALLAH..Tuhan Sekalian Alam.

Ya ALLAH, kami mohon hidayah dan taufiq dari-MU, amin Ya Rabbal 'Alamin.

Moga penulisan dan pertemuan kita ini, menjadi zikir kita kepada-NYA, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Salah dan silap mohon dimaafi. Seeru 'ala barakatillah! ^_^

16 Ogos 2012, 27 Ramadhan 1433H.

Thursday, August 2, 2012

Jiwa dan Kaya

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Pada tarikh 19 Julai 2012 bersamaan 29 Sya'ban 1433H, bertempat di Menara Kuala Lumpur, cerapan anak bulan telah dilakukan antara jam 7.25 malam sehingga 8.35 malam. Keputusan cerapan- anak bulan tidak kelihatan. Justeru, bulan Sya'ban dicukupkan bilangannya menjadi 30 hari dan 1 Ramadhan di Malaysia jatuh pada tarikh 21 Julai 2012.


Ramadhan Kareem! ^_^

********************

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH ^^, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat Baginda =)

Bersih Jiwa. Itu yang perlu kita usahakan. Menarik untuk kita renungi kisah Umar bin Khattab, yang dikenali sebagai seorang yang tegas,garang dan keras hatinya sebelum memeluk Islam. Apabila mengetahui adiknya Fatimah menganut Islam, bergegas ia ke rumah adiknya. Fatimah dan suaminya telah dipukul oleh Umar, dan apabila Umar melihat darah di muka adiknya, kemarahannya menurun, hatinya menjadi lembut, lalu meminta kepada Fatimah helaian al-Quran untuk dibaca. Pengajaran- Kita akan mudah menerima kebenaran apabila hati kita lembut.

Besarnya peranan hati kepada jasad kita. Niat juga tempatnya di hati.

Jiwa bersih, apabila kita melakukan kebaikan. Jiwa kotor, apabila kita melakukan keburukan/kejahatan/maksiat.

Soalan: Jika saya sering solat lewat, adakah itu tanda jiwa saya kotor?
>>> Tanda jiwa kotor ada 4:

1) Tidak rasa bersalah ketika melakukannya
2) Kemudian,melazimi perkara tersebut
3) Kemudian,rasa seronok pula melakukannya
4) Kemudian,dia membela pula perkara tersebut

Ustaz Zamri (program Tanyalah Ustaz) banyak merujuk buku bertajuk 'Tazkiyatun Nafs' bagi membincangkan tajuk Bersih Jiwa ini. Mungkin kita pun boleh merujuk buku tersebut untuk lebih kefahaman dan panduan ^_^




Kaya. Mengikut ilmu Fiqh, kaya bermaksud kaya harta. Manakala menurut ilmu tasawwuf, kaya bermaksud kaya jiwa. Yang terbaik adalah yang kaya harta dan kaya jiwa.

Ada yang kaya harta, tetapi miskin jiwa. Ada yang miskin harta, tetapi kaya jiwa. Yang lebih parah lagi adalah yang miskin harta dan jiwa. Na'uzubillahi min zalik.

Kaya jiwa dengan sifat mahmudah. Miskin jiwa dengan sifat mazmumah. Kaya jiwa dengan melaksanakan perintah ALLAH/taat. Miskin jiwa apabila melanggar perintahNYA/ingkar. Kaya jiwa, jiwa jadi sihat. Miskin jiwa, jiwa sakit.



حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ حَدَّثَنَا أَبُو حَصِينٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ

Ahmad bin Yunus telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Bakr telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Hashin telah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Soleh daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w. beliau berkata: “Kekayaan sebenar bukanlah dengan kerana banyaknya harta benda tetapi kaya yang sebenar itu adalah kaya jiwa.” 

 - Riwayat Imam al-Bukhari dalam kitab Shahihnya

sumber link - Suka Hadis
Lain-lain pautan - ini, itu, sini, sana

Kita mungkin boleh beli tilam yang empuk, tetapi kita tidak dapat membeli lena. Kita mungkin boleh beli makanan yang sedap, tetapi kita tidak dapat membeli selera.

Makanan ada 3 jenis:
1. Makanan yang lazat
2. Makanan yang berzat
3. Makanan yang berkat

Berkat = bertambah pada kebaikan. Kebaikan seperti harta, kesihatan, zuriat dan lain-lain.

Wallahua'lam. Moga peroleh manfaat. Buat saya dan anda, selamat memanfaatkan Ramadhan kali ini! ^_^ Seeru 'ala barakatillah~

Friday, July 6, 2012

Bersyukur

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

15 Sya'aban, sekitar 7.00 pagi


Segala puji-pujian kita rafa'kan kepada ALLAH (الحمد لله), selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi wasallam (اللهمّ صلّ على محمّد).

Tasbih! (سبحان الله)
Tahmid! (الحمد لله)
Takbir! (الله أكبر)
Tahlil! (لا اله الاّ الله)

Hee..seperti rancangan Adik & al-Quran di TV9 pula. Inilah antara zikir yang kita boleh amalkan setiap hari. Nak latih diri, istiqamahlah berzikir/berwirid setiap kali selepas solat fardhu. Selepas itu,biasa-biasakan diri kita dengan mengamalkannya(zikir) selain selepas waktu solat. Sebagai contoh, ketika memasak, ketika tidak bercakap, ketika dalam kenderaan, ketika berjalan, dan sebagainya =)

InsyaALLAH, hari ini, saya nak menyentuh tentang bersyukur. Saya teringat perbualan dengan ayah saya suatu ketika;

Ayah: Anak-anak, dapat duduk, satu nikmat tak?
Anak-anak: Nikmat!
Ayah: Duduk sebenarnya satu nikmat, tetapi kita selalu mengeluh apabila kita sakit/lenguh akibat duduk terlalu lama.
Anak-anak: A'aa lah ayah..

Betul kan? Muhasabah diri kita..

Adik: Kak, sakitlah kaki sebab jalan lama sangat..
Kakak: Adik, alhamdulillah kita ada kaki, boleh berjalan ^^,

Lihat dan hargailah apa yang kita ada.
Tidak salah untuk mengimpikan sesuatu yang lebih baik, atau menginginkan sesuatu yang kita tiada, tetapi janganlah kerana itu, kita mensia-siakan apa yang kita ada sekarang.

Apa yang kita ada, bukanlah bermaksud harta semata-mata. Kesihatan, anggota badan seperti mata, hidung, lidah dan bibir, telinga, tangan, kaki, deria rasa, deria bau, ilmu, masa lapang, keluarga, kawan, dan banyak lagi. Tidak terkira nikmat yang ALLAH beri sejak kita kecil sehinggalah kini.

Yang lepas, jadikan pengajaran. Yang ada sekarang, hargai ia. Yang diimpikan, usahakan ia dengan niat dan cara yang ALLAH redhoi.

Fikir zikir.

Saya pun masih dalam proses melatih diri untuk bersyukur. Practice makes perfect. Kita tidak perlu melihat ke luar(orang lain), cukuplah dengan melihat ke dalam(diri sendiri). Sama-sama kita berusaha bersyukur ye? Bila bersama-sama, barulah kita kuat insyaALLAH (^_^)

Kepada siapa kita harus bersyukur? Semestinya kepada ALLAH.
DIA mempunyai nama-nama yang indah, yang melambangkan sifat-sifat keagunganNYA, antaranya Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki), Al-Ghaniyy (Maha Kaya) dan Al-Mughni (Maha Pemberi Kekayaan). Marilah kenali ALLAH =)

Cadangan buku


Sahabat-sahabat pernah dengar cerita ini? Saya olahkannya di dalam bentuk dialog.

Suami: Ni abang ada beli buah tembikai.
Isteri: Alhamdulillah, terima kasih bang. Saya potongkannya ye?

Seketika kemudian,

Isteri: Ish, kenapalah tembikai ini tidak sedap?! (nada marah)
Suami: Awak marahkan siapa?
Isteri: Ni ha, tembikai ni tak sedap!
Suami: Awak marahkan tembikai tu atau ALLAH?
Isteri: Astaghfirullah! Kenapa saya nak marahkan ALLAH pula?
Suami: Ye la, yang ciptakan buah tembikai tu adalah ALLAH. Penjual, tidak tahu sama ada buah yang dijualnya manis atau tidak, dia cuma mengharapkan agar buah yang dijualnya sedap, agar ada yang nak beli. Petani pun tidak tahu sama ada buah yang ditanamnya manis atau tidak. Jadi, bila awak marahkan tembikai tu tak sedap, seperti marahkan yang mencipta buah tembikai itu!
Isteri: Gurlp!

Berhati-hati ketika bercakap, dan bersangka baiklah kepada ALLAH.

Bagaimana nak bersyukur?
Ucapkan Alhamdulillah - segala puji kepada ALLAH (lisan).
Merasai bahawa nikmat yang kita perolehi adalah kurniaan ALLAH (hati).
Dan, gunakan nikmat yang kita dapat/ada selaras dengan tujuan ALLAH berikan nikmat (perbuatan/amalan).

ALLAH beri kita mata untuk melihat tanda-tanda kekuasaanNYA seperti alam; lalu mengakui tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH, mata untuk memandang ke tempat sujud ketika solat, mata untuk melihat ayat-ayat al-Quran dan membacanya, mata untuk menatap bait-bait ilmu, mata yang melihat perkara-perkara yang baik sahaja..
ALLAH beri kita ilmu untuk diamalkan dan disampaikan.
ALLAH beri kita kesihatan dan masa untuk melakukan ketaatan padaNYA.
Allahuakbar! Sudahkah kita?

Wallahua'lam. Moga menjadi peringatan yang berterusan buat diri yang menulis dan yang membaca. ALLAH Maha Besar.

p/s: nak tanya, nikmat dan rezeki, sama tak maksudnya? jazakumullah =)

Thursday, June 21, 2012

Teka-teki (",)

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH.. (",)

Sahabat-sahabat apa khabar? Hari ini saya nak tanya teka-teki ye.. =)

1) Kalau pencuri,dia kena tangkap sebab dia mencuri. Kalau perompak,dia kena tangkap sebab merompak. Kalau penjual ayam,kenapa dia kena tangkap?

2)Ayam berkokok, harimau?

3)Ada seekor kura-kura,dia panjat pokok kelapa.. Kemudian,bila dia sampai ke atas pokok,dia pandang bawah. Dia nampak apa?

Wallahua'alam. 1 Syaaban,menghampiri 1 Ramadhan~ ^_^





Wednesday, June 13, 2012

Jangan berhenti!

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah,segala puji-pujian hanya kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala.. ^^,

Jangan berhenti! Banyak tafsiran yang kita boleh buat apabila membaca tegahan ini.. Baiklah, sebenarnya saya hendak sentuh mengenai kewajipan menuntut ilmu yakni, jangan berhenti daripada belajar!


Sebelum itu, saya nak kongsikan satu tips untuk menghafal pelajaran, menghafal al-Quran, memahami pelajaran.. insyaALLAH (dengan izin ALLAH). Tips ini saya dengar dari Ustaz Abu Hassan bin Din dalam rancangan Pesan Atok di TV9. Tips ini mesti dilakukan sebelum waktu Subuh ^_^

Rentetan cara:
  1. Solat sunat 2 rakaat
  2. Selepas memberi salam, selawat ke atas Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi wasallam
  3. Kemudian, baca surah Al-Insyirah
  4. Setelah itu, letak tapak tangan di atas jantung
  5. Dan baca surah Al-A'laa sehingga ayat ke-6
  6. Buka telapak tangan, tanpa mengalihkannya daripada kedudukan tadi (di jantung), sehingga tapak tangan itu  berkedudukan melintang
  7. Lalu tiup di tapak tangan yang terbuka itu, dan kembalikan ke kedudukan asal
  8. Baca ayat ke-6 surah Al-A'laa, dan ulang langkah 6 dan 7
  9. Baca sekali lagi ayat ke-6 surah Al-A'laa, dan ulang langkah 6 dan 7
  10. Kemudian, selawat ke atas Nabi seperti di dalam akhir doa kita ^_^

Wallahua'lam. InsyaALLAH, kita berusaha dan berdoa, dan natijahnya, dalam bidang kuasa ALLAH Subhanahu wa Ta'ala.. (^_^)

Nak tahu jantung di mana? Lari turun naik tangga sehingga jantung berdegup kencang~ Di mana kita rasa degupan itu, di situlah jantung kita! (",) kalau nak cuba lah.. ^^,

Apa yang saya faham, dalam setiap amalan kita, berikut adalah rentetannya;
- Niat - Azam - Usaha bersungguh-sungguh + doa - Tawakkal - Redha dengan keputusan -

Sebagai contoh: Belajar, periksa (exam)


*Ulama' membahagikan ibadah kepada 3:
  1. Ibadah asas - mencakupi Rukun Islam dan Rukun Iman
  2. Ibadah sunat
  3. Ibadah umum -merangkumi seluruh kehidupan kita

Syarat asas untuk sesuatu amalan menjadi ibadah:
  1. Ikhlas kerana ALLAH
  2. Bertepatan dengan sunnah Nabi Muhammad SAW

Huraian syarat (contoh: makan) :
  1. Niat makan untuk mendapat tenaga untuk beribadah kepada ALLAH
  2. Hukum makan itu HARUS
  3. Pelaksanaan yang baik
  4. Makanan yang BAIK & HALAL -buat secara optimum (usaha)
  5. Tidak meninggalkan ibadah asas
  6. Natijah/hasil dari pemakanan adalah KEBAIKAN


*Di dalam diri manusia, ada 3 elemen yang perlu dijaga dan diseimbangkan, atau saling dikaitkan..
  • Hati - iman
  • Akal - dengan memberi ilmu
  • Nafsu - nafsu akan mengikut kebiasaan kita. Jika kita biasa buat baik, ia akan terdorong pada kebaikan. Jika kita biasa buat jahat, ia akan terdorong pada perkara-perkara kejahatan.

Selalu kita dengar persoalan, kita tahu sesuatu perkara itu tetapi kenapa kita tak buat? Sebagai contoh, kita tahu menutup aurat itu wajib di dalam Islam tetapi, kita tidak menutup aurat. Tahu itu ilmu (akal), tetapi apabila tidak digabungkan dengan iman (hati), kita tak buat.. Nafsu pula untuk dididik, bukan diikuti.. agar ia terdorong pada perkara-perkara kebaikan ^_^

Wallahua'alam. Jazakumullahu khairan kathira kerana sudi menziarahi dan membaca di sini. Sebarang perkongsian yang sihat amat dialu-alukan. Yang baik itu datangnya dari ALLAH, dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri, lantaran lalai akan perintah-NYA.

Mari memburu cinta ALLAH dan Rasul-NYA! Mari menggapai redha ALLAH~ ^_^


Saturday, June 2, 2012

Salam bila masuk rumah

بسم الله الرّحمن الرّحيم




Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH =) Tak mudah kan untuk bina zouq ketika nak menulis? Moga tulisan ini menjadi salah satu penguat diri dengan izin ALLAH ^^

Tajuk di atas merupakan salah satu tajuk di dalam rancangan 'Pesan Atok' yang bersiaran di TV9 pada setiap hari Isnin sehingga Khamis, 8.30 pagi. Adik-adik yang sedang cuti sekolah sekarang, dan sesiapa yang mempunyai masa lapang pada waktu ini, bolehlah jadikan rancangan 'Pesan Atok' sebagai medan menambah ilmu dan mendekatkan diri pada ALLAH^^


Rumah sendiri

فَإِذَا دَخَلۡتُم بُيُوتً۬ا فَسَلِّمُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُمۡ تَحِيَّةً۬ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ مُبَـٰرَڪَةً۬ طَيِّبَةً۬‌ۚ
Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik. (An-Nuur 24:61)

Apabila nak masuk rumah sendiri:

  1. Masuk rumah dahulu.
  2. Beri salam.
  3. Wajib bagi yang mendengar salam (di dalam rumah) menjawab salam.
Masuk rumah, sunnah dengan kaki kanan. Beri salam, memadai dengan salam yang pendek - Assalamualaikum. Kalau dalam rumah tiada orang, malaikat yang akan jawab salam kita tetapi, jika syaitan yang ada di dalam rumah kita, salam itu akan memedihkan telinga syaitan, dan membuatnya lari.


Rumah orang lain
A027
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu). (An-Nuur 24:27)

A028
Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin; dan jika dikatakan kepada kamu "baliklah", maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan. (An-Nuur 24:28) 


Apabila nak masuk rumah orang lain:
  1. Jangan masuk rumah dia dahulu.
  2. Beri salam.
  3. Palingkan muka dari pintu rumah.
  4. Setelah mendapat keizinan tuan rumah, barulah boleh masuk.
Beri salam kepada tuan rumah, maksimum adalah 3 kali, secara tenang. Beri salam sekali, tunggu sebentar. Beri salam kedua pula, tunggu sebentar. Dan kemudian, beri salam ketiga. Ada 2 keadaan;
  • Jika tuan rumah tidak menjawab salam dan tidak membenarkan kita masuk, walaupun kita dengar ada pergerakan di dalam rumah tersebut (maksudnya rumah tersebut ada orang), hendaklah kita balik.
  • Jika tuan rumah menjawab salam dan mengizinkan kita masuk, dalam tempoh 3 salam yang diberi itu, kita boleh masuk.
Kenapa kena palingkan muka dari muka pintu? Untuk menjaga pandangan mata kita dan aurat keluarga tuan rumah. Mana tahu, ketika tuan rumah membuka pintu, anak perempuannya masih tidak sempat memakai tudung, dan lain-lain.

Wallahua'lam. Marilah kita sama-sama amalkan dalam kehidupan seharian kita. Moga hari ini lebih baik dari semalam =) Salah dan silap mohon diberi tunjuk ajar. Sahabat-sahabat tahu maksud 'Assalamualaikum' atau 'Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh'? Soalan saya untuk diri anda ^_^

Thursday, May 24, 2012

Ibuku Temanku

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALLAH Ar-Rahim


Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH (",) Tajuk di atas merupakan salah satu topik perbincangan dalam rancangan Tanyalah Ustazah di TV9. Suka saya untuk mencoretkannya di sini bagi peringatan bersama.

Ada 5 pandangan yang apabila kita melihatnya sahaja, kita beroleh pahala. Apa dia?
  1. Melihat mashaf Al-Quran
  2. Melihat Kaabah
  3. Melihat air zam-zam
  4. Melihat muka ibu dan ayah
  5. Melihat lautan
Subhanallah! Maha Suci ALLAH.. ^^

Melihat mashaf Al-Quran, dapat pahala. Membaca Al-Quran pula, satu huruf yang dibaca bersamaan dengan 10 ganjaran. Melihat Kaabah dapat pahala, apatah lagi apabila kita bertawaf mengelilinginya. Melihat air zam-zam dapat pahala, bayangkan pula kebaikan yang kita bakal peroleh apabila meminumnya. Melihat muka ibu dan ayah dapat pahala, apatah lagi jika berbuat baik kepada mereka, sebagaimana yang disyariatkan ALLAH. Melihat lautan juga dapat pahala, apatah lagi apabila kita menjaganya daripada sebarang pencemaran dan kerosakan, bahkan mentadabburinya sebagai salah satu tanda-tanda kekuasaan ALLAH Subhanahu wa Ta'ala =)

"Para ibu dan bapa, kalau kita nak anak yang soleh, kita dahulu yang kena jadi soleh!"

Semua orang adalah anak, ada ibu dan bapa, melainkan Nabi Adam dan Hawa serta Nabi Isa.

Salah seorang audiens bertanya, "Macam mana kita nak jadi ibu yang solehah?"
Yang pertama, kita kena jaga solat.
Bagi bapa, ajaklah anak lelaki solat berjemaah di masjid atau surau.. Para ibu pula, solatlah di awal waktu..
InsyaALLAH, apabila kita bimbing diri kita dan anak-anak kita solat, kelak anak-anak kita pula akan membimbing tangan kita untuk bertawaf di Kaabah, menolak kerusi roda untuk melaksanakan sai'e antara Safa dan Marwah.. Nice,right? ^^
Ibu-ibu dan bapa-bapa, bangunlah solat di waktu malam..merayulah pada ALLAH..

Kedua, hormatilah ibu kita;
lagi-lagi buat anak lelaki, kerana anak lelaki perlu taat pada ibunya sehingga mati.
Bagi isteri, ingatkan suami untuk sentiasa tanya khabar ibunya (mak mentua).
Ibu dan ayah kita sekarang, juga adalah anak kepada ibunya (nenek kita). Dan kita juga adalah ibu atau ayah kepada anak-anak kita atau bakal ibu atau ayah (sama ada telah berkahwin atau belum).
Kita lengkapkan barang-barang keperluan kita di rumah, adakah kita bertanya ibu kita di kampung, "Mak, beras ada tak mak? Kalau dah kurang, boleh saya telefon kedai depan rumah mak untuk hantarkan."
Kita di rumah dapat makan kenyang-kenyang, ibu di kampung tidak lalu makan kerana teringatkan anaknya, adakah kita bertanyakan si ibu makan apa hari ini?

Contoh-contoh ibu solehah yang boleh kita ambil pelajaran?
Saidatina Siti Khadijah, Siti Hajar dan Siti Maryam..
Siti Maryam, ibu Nabi Isa..di saat dia melahirkan Nabi Isa, dengan kesakitan yang tiada tertanggung, tiada siapa di sisinya..
Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim, ibu kepada Nabi Ismail..saat ditinggalkan di padang pasir bersama bayinya atas arahan ALLAH, berulang-alik antara bukit Safa dan Marwah, dan berakhir di Marwah, justeru air zam-zam itulah bukti pengorbanan beliau..
Hebatnya dugaan mereka; namun mereka tetap taat akan perintah ALLAH, lalu jadilah mereka insan-insan yang hebat pada pandangan ALLAH Subhanahu wa Ta'ala.

Bagaimana pula untuk menjadi anak yang soleh?

(Al-Israa' : ayat 23-24)
(Luqman : ayat 14-15)

Link to this post- Apa hala tuju hidup kita?

Wallahua'alam. Ilmu keibubapaan adalah antara ilmu yang boleh kita pelajari dan timba, sama ada sudah berkahwin atau pun belum. Ini serba sedikit yang saya ingat dan faham daripada kuliah tersebut. InsyaALLAH, apabila kita niat dan berazam, kita bisa mendorong anggota badan kita untuk mengamalkannya =)

Moga bertemu dalam redhaNYA lagi insyaALLAH. Barakallahu fikum! ^_^

Monday, May 14, 2012

Murabbi Cinta

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH ^^ Saya baru selesai membaca buku ustaz Hasrizal yang bertajuk Murabbi Cinta. Biasanya, selepas kita membaca sesebuah buku, kita masih ingat beberapa point di dalam buku tersebut kan? Tetapi setelah merentasi perjalanan masa, kita akan melupakannya sedikit demi sedikit.. melainkan jika kita berusaha untuk mengamalkan ilmu yang kita dapat (",)

Oleh itu, saya bercadang untuk mencatat beberapa point dan ibrah(pengajaran) yang saya peroleh daripada buku tersebut. InsyaALLAH, kita sama-sama amalkan, dan sampaikan kepada saudara islam yang lain ^^ Mudah-mudahan, apa yang saya faham daripada pembacaan ini, adalah fahaman yang benar di sisi-NYA, amin.


Kombinasi Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga dan Murabbi Cinta.


InsyaALLAH, antara pengajaran-pengajarannya:

1) Murabbi Cinta. Murabbi bermaksud pendidik. Murabbi umpama guru tetapi bezanya, guru yang mengajar mencetus TAHU, manakala guru yang mendidik mencetus MAHU agar bergerak menuju MAMPU (untuk mengamalkan ilmu yang diperoleh).

Ibu bapa juga seorang murabbi kan? ^_^

Dan murabbi yang agung adalah Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu, belajarlah mengenal cinta daripada keperibadian Nabi Muhammad SAW, utusan ALLAH yang mulia! (",)


2) Mendidik diri BERFIKIR. Mendidik anak-anak BERFIKIR (bagi ibu bapa).

Zikir (mengingati ALLAH) dengan berfikir, dan berfikir dengan zikir.

Zikir dengan ayat-ayat ALLAH yang dibaca, manakala fikir pada ayat-ayat ALLAH yang dilihat dan diperhati.

Untuk lebih kefahaman - Menguasai  Dua Ayat


3) Mekanisme puasa. Puasa bukan kerana kita tiada makanan atau minuman tetapi untuk MENTAATI perintah ALLAH. Oleh itu, mencetus KAWALAN DIRI. Yakni, kita tidak makan dan minum (puasa) bukan kerana kita tiada makanan atau minuman tetapi, untuk melatih diri berkata TIDAK pada sesetengah kemahuan dan hawa nafsu kita.

Kita ada makanan dan minuman, tetapi kita MEMILIH untuk taat perintah ALLAH =)

Rasulullah SAW bersabda:
"Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan daripada makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri daripada perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah, "Sesungguhnya aku berpuasa."
(Riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim/Sahih al-Targhib 1068)


4) Tingkatkan potensi diri dengan memahami pelantikan diri sebagai khalifah (al-Baqarah: ayat 30),

    dan takut kepada ALLAH dengan menghayati diri sebagai hamba ALLAH (adh-Dhariyat: ayat 56).

Dengan itu, kita akan terdorong untuk menjadi hamba-NYA yang cemerlang dalam setiap aspek hidup, di dunia dan di akhirat, insyaALLAH wa amin ^_^


5) Perkahwinan bukan sekadar sebuah penyelesaian tetapi, ia adalah sebuah gagasan!

Cinta yang hendak dibawa hingga ke syurga,

Cinta yang menyatukan dua individu dalam meniti kehidupan; beserta tanggungjawab,

Cinta yang mendidik anak-anak,

Ke arah cinta ALLAH dan Rasul-NYA!


Wallahua'lam. Moga ALLAH redha, amin. Segala yang baik itu datangnya daripada ALLAH, dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri, kerana alpa akan perintah-NYA. Mohon tunjuk ajar (",)


yang terbaru! ^^,
klik sini untuk mengetahuinya lebih lanjut.


Sunday, May 6, 2012

Segmen : Geng Blogger

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH. Sahabat-sahabat apa khabar? Mari kita sentiasa memuhasabah diri.. dengan menilai bagaimana kita mengisi setiap detik dalam kehidupan kita, ALLAH sebagai pengawas yang sebenar-benarnya.

Blog Aisyah Humaira' adalah blog kawan saya, dan kami mempunyai nama yang sama, iaitu Munirah ^^ Saya mengenalinya semasa kami sama-sama mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di SAMT Kuala Kubu Bharu.

Entri ini, saya khususkan buat niera, pemilik blog Aisyah Humaira', bagi menyertai Segmen : Geng Blogger Sahabat-sahabat juga sangat dialu-alukan untuk menyertai segmen ini, sebagai tanda sokongan dan perkenalan :)

Saya Geng Blogger C ^_^

Tarikh tutup: 12 Mei 2012 (Sabtu), 11.59 malam

Andai saya tidak bertahan lama dalam dunia blog, moga saya menyumbang sesuatu jua kepada ummah dan islam walau dalam bidang lain. Doakan kebaikan sesama muslim =)

Ilal liqa' insyaALLAH (",)

Monday, April 30, 2012

Hari-hari dalam hidupku (2)

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته



[ Abdulrahman Bakoo]

Danbo baca Quran! @viskayanesya @yasirmukhtar


Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH (^_^) Hari ini, saya suka untuk berkongsi pengalaman hidup saya. Pada saya, hari-hari dalam kehidupan di dunia ini adalah tarbiyyah (didikan) daripada ALLAH. Justeru, bergantung kepada diri kita, bagaimana kita mencerna sesuatu peristiwa dalam hidup kita..positif atau negatif, syukur atau kufur, redha atau putus asa, gembira atau sedih, dan lain-lain.

***Kisah 1***

Semasa saya di tingkatan 2, ada suatu peristiwa yang membuatkan saya berfikir.. Suatu hari, pada waktu antara maghrib dan isyak, ustaz azri memberi tazkirah (jika tidak silap, saya ingat-ingat lupa). Sekolah saya, setiap kali waktu solat fardhu, kami perlu solat di surau. Surau kami 2 tingkat; tingkat bawah untuk muslimin manakala tingkat atas adalah untuk muslimat. Kami akan solat berjemaah, dan salah seorang muslimin sebagai imam.

"Apa maksud surah An-Nas?" tanya ustaz.
"Apa maksud surah Al-Falaq?" Saya yang mendengar, jadi terkedu..

"Kita kan selalu baca surah An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas.. jadi, kita tahu tidak maknanya?" Persoalan ustaz itu mengetuk minda dan hati saya.. (Dalam hati) yelah, selama ni aku baca surah-surah tu, tak pernah nak atau terfikir untuk faham maksudnya.. apalagi surah Al-Fatihah, yang selalu aku baca setiap kali solat.. ='(

Jadi sahabat-sahabat, apa pengajarannya? Bacalah Al-Quran sentiasa/istiqamah, fahami maknanya, dan amalkan isi-isi di dalamnya..yang berupa perintah ALLAH. Saya sangat tertarik dengan kata-kata seorang akhowat, "Bersahabat baiklah dengan Al-Quran". Rasa macam nak bawa terjemahan Al-Quran atau Al-Quran je di sisi kita sentiasa.. =)


baca quran dalam lrt 560x746 Baca Quran dalam LRT, satu budaya baik
Baca Al-Quran dalam LRT - muazfaris.com


***Kisah 2***

2010. Waktu itu, pertandingan Kemahiran Amal Islami peringkat zon, di SAMBEST. Kawan baik saya, Liana, memasuki pertandingan Tafsir Menengah Atas (Perempuan). Saya berkesempatan untuk mendengarnya.

Liana (kepada semua) : Surah Al-Anfal, surah ke berapa dalam al-Quran?
Saya : ke berapa ye?

***Kisah 3***

Saya dan 2 orang kawan memasuki pertandingan kuiz. Soalan terakhir yang ditanya pada kumpulan kami adalah;

Soalan: Berikan 3 surah yang dinamakan dengan nama serangga?

Jawapan kami: Surah An-Naml (semut), surah An-Nahl (lebah) dan surah Al-'Ankabut (labah-labah).

Alhamdulillah, boleh jawab! ^_^
Saya hampir-hampir nak jawab surah Al-Fiil (gajah) ^_~


Ada beza antara terjemahan Al-Quran dan tafsir Al-Quran.


Al-Quran dan terjemahan -contoh


Tafsir Fi Zilalil Qur'an

Tafsir Fi Zilalil Qur'an oleh Sayyid Qutb - antara contoh tafsir Al-Quran


Al-Quran dan terjemahan, adalah Al-Quran dan maknanya dalam Bahasa Melayu, atau bahasa-bahasa lain, memandangkan Al-Quran diturunkan di dalam Bahasa Arab. Manakala tafsir Al-Quran adalah penafsiran makna setiap ayat Al-Quran, kerana ada sebahagian ayat Al-Quran yang boleh difahami tanpa huraian, dan ada juga ayat Al-Quran yang memerlukan huraian, asbab nuzul dan lain-lain, serta penafsiran ini tidak boleh dibuat tanpa ilmu yang benar, atau fahaman dan pendapat sendiri. Oleh itu, kita hendaklah belajar atau mendengar tafsir Al-Quran daripada pakar tafsir, dan lain-lain rujukan yang sohih. Antara tafsir Al-Quran yang saya tahu, tafsir fi zilalil qur'an, tafsir ibnu kathir, dan tafsir munir. Wallahua'lam.

Nak tanamkan rasa manisnya membaca Al-Quran, boleh dilakukan secara berdikit-dikit. Saya bagi contoh orang yang gastrik. Apakah antara perkara yang disyorkan oleh para doktor kepada yang mengalami gastrik? Mereka hendaklah kerap makan, tetapi makan dalam kuantiti yang sedikit (dalam sehari). Kata lah kita baca Al-Quran 4 muka surat, setiap kali selepas atau sebelum solat;

5 solat fardhu x 4 muka surat = 20 muka surat = 1 juzu' Al-Quran insyaALLAH.

Secara mudahnya, letakkan TARGET nak baca berapa halaman al-Quran dalam sehari. Jika kita nak baca;

sehari 6 muka surat = 2 muka surat x mana-mana 3 solat fardhu (daripada solat fardhu 5 yang kita lapang untuk baca al-Quran).

Mudah kan? Tekadkan azam yang baik ^_^

Baca Al-Quran, yang paling penting adalah, baca dengan tajwid yang betul. Dan kalau bacaan kita sedap didengar, itu satu bonus. Sahabat-sahabat, jika kita berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar dan baca Al-Quran dengan baik, alhamdulillah (segala puji bagi ALLAH). Tidak mengapa jika kita lambat mahir, dan bagi yang mahir, bolehlah kita bantu yang kurang mahir ^^

Al-Quran dan hadis Nabi SAW adalah panduan utama umat Islam.

Akhir kalam, peringatan ini buat diri ini terutamanya, dan moga sahabat-sahabat beroleh manfaatnya. Marilah kita sama-sama saling ingat-mengingati ke arah redha-NYA (",)

~Generasi Al-Quran dan Hadis~

Sunday, April 22, 2012

My Friends

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, ALLAH izinkan saya untuk menulis di sini lagi. Sahabat-sahabat apa khabar? Teringin saya nak dengar cerita daripada sahabat-sahabat ^_~

Saya ceritakan serba sedikit perkembangan diri saya sekarang. Alhamdulillah, saya baru tamat final exam di PASUM. Selepas periksa, saya dan kawan-kawan join ASIS Recreation Day (ARD '12) yang diadakan oleh senior kami (pelajar degree). Dan kini, kami semua pulang ke kediaman masing-masing yang dirindui.. (",)

Dengan berakhirnya semester ini, maka telah 2 tahun kami mengharungi program asasi bersama-sama. Kami yang dimaksudkan di sini adalah saya dan kawan-kawan saya, yang mengambil jurusan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains di Universiti Malaya. InsyaALLAH, perjuangan akan diteruskan lagi dalam peringkat ijazah sarjana muda pada bulan 9 nanti. Mudah-mudahan kami dapat berbakti kepada ummah islam terutamanya, di dalam bidang sains dan agama insyaALLAH. Oleh itu, saya mohon doa sahabat-sahabat ye! ^_^

Entri kali ini, saya ingin memperkenalkan beberapa orang sahabat saya, yang saya kenali melalui blog. Matlamatnya, bukan sahaja untuk menambah kenalan dan menyebar ukhwah islamiyyah bahkan, dapat saling ingat-mengingati kepada ALLAH, dalam salah satu usaha untuk menggapai redha-NYA, insyaALLAH =)

Berikut antara sahabat-sahabat blogger saya:




Sahabat-sahabat dijemput berkunjung ke blog mereka, untuk bertukar-tukar dan berkongsi ilmu insyaALLAH ^^

Akhir kalam, jangan berputus asa dari rahmat ALLAH. Bangkitlah dari kesalahan dan kelalaian, lalu digantikan dengan kebaikan dan ketaatan pada-NYA. Kalau sedih, getarkanlah hati kita dengan membaca Al-Quran dan maknanya. Kasih ALLAH tiada terhitung ^_^

suara hati ~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~

Saturday, April 7, 2012

Booster diri!

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sahabat-sahabat, sihat? Bila sihat, banyak perkara yang kita boleh buat, tetapi bila sakit, baru kita tersedar yang sihat itu suatu nikmat. Pernah tak rasa begitu? Oleh itu, mari kita hargai sihat dengan jauhi maksiat! InsyaALLAH kerana ALLAH.. =)

Cintakan ALLAH, kita berusaha untuk melaksanakan segala perintahNYA dan menjauhi segala laranganNYA. TAQWA.

Alhamdulillah, tarikh ini, 6/4/2012, sudah seminggu saya hadapi final exam di PASUM. 9/4/2012, periksa Biologi/Matematik Kejuruteraan kertas akhir saya dan kawan-kawan APIDS. Doakan yang terbaik buat saya dan rakan-rakan, boleh? ^_^ Jazakumullah! (Terima kasih ^^,)

Takut + berdebar-debar kan, bila nak dapat/tahu result exam? Kalau berjaya, alhamdulillah. Kalau kurang berjaya, kita ada peluang lagi untuk perbaiki. Tetapi, bila kita sudah meninggal dunia, kita akan tahu result sebenar kita.. dan tiada peluang lagi.. peluang hanya bila kita masih di dunia, selagi nyawa masih tidak di kerongkongan, untuk bertaubat..

Justeru itu, mari hargai masa kita. ALLAH dah beritahu kita, bahawa kebanyakan manusia berada dalam kerugian, melainkan hamba yang beriman, beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan dengan sabar. ALLAH bersumpah dengan masa (والعصر) , menunjukkan ini bukan perkara main-main.

Wallahua'lam. Al-Quran dan As-Sunnah adalah panduan hidup kita. Moga beroleh manfaat dari yang sedikit ini. يا مقلّب القلوب ثبّت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك - Wahai Yang Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam agamaMU, dan dalam mentaatiMU, amin Ya ALLAH..

^^ Memahami tujuan diri diciptakan.. dan bergerak ke arahnya.

2/4/2012 - 9/4/2012
Tarikh dalam kenangan.


cenderahati saya buat anda~

Monday, March 26, 2012

Cinta No. 1 ~(^_^)~

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, thank you ALLAH.. (",) Sahabat-sahabat apa khabar? Moga dalam rahmat ALLAH sentiasa, amin ^_^


Pada suatu hari, saya bersama-sama Nadia siapkan tutorial kimia. Sambil-sambil kami buat tutorial, Nadia buka video yang didownloadnya. Nak tahu video tentang apa? Aha, video di bawah ini.. (dalam entri ini). Dengarlah, best sangat (",) Kalau dah pernah dengar, atau sahabat-sahabat sendiri yang pergi ke majlis ilmu itu, mari kita sama-sama amalkan, insyaALLAH =)

Cinta utama kita adalah CINTA KEPADA ALLAH yang menciptakan.. Cinta nombor 1 ^^

Allahu Rabbuna, Allah Tuhan kita, Tuhan sekalian alam.

Di sini, ada sedikit perkongsian yang menarik.. yang saya petik dari video di bawah ini.
Cara untuk luahkan cinta kepada ALLAH :

  1. Selalulah baca sms dan e-mel dari ALLAH. Apakah sms dan e-mel dari ALLAH? Al-Quranul Karim. Al-Quran adalah panduan dan peringatan buat kita. Jika kita dekat dengan panduan kita, kita akan dekat dengan ALLAH.
  2. Kena cepat-cepat jawab call dari ALLAH. ALLAH panggil kita dengan azan. Kalau ada orang call kita, kita akan cepat-cepat angkat kan?
  3. Selalu tengok MMS dari ALLAH. Apakah MMS dari ALLAH? Alam ini.. tadabbur (menghayati) alam.. tanda kekuasaan ALLAH.. kita puji-NYA..
  4. Kita nak rasa malu-malu ketika dating dengan ALLAH; tak naklah time dating, muka kita ke lain, fikiran menerawang, tiada ketundukan hati pada ALLAH. Bila kita dating dengan ALLAH? Ketika solat.. Nak lagi special, dating pada sebahagian waktu malam (qiamullail) ^_~
  5. Kita nak tunjukkan kita suka apa saja yang ALLAH suka, dan benci apa saja yang ALLAH benci.
  6. Rasa cemburu apabila ada orang yang lebih rapat dengan ALLAH. Ini cemburu yang positif. Bila kita tengok ada orang sof depan, kita rasa cemburu, kita pun nak sof depan selepas ini. Bila ada kawan kita yang baca Al-Quran sejuzuk sehari, kita rasa cemburu, kita pun cuba nak baca Al-Quran sejuzuk sehari, dan seumpamanya.





** Saya ingin berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat. Moga ada manfaatnya ^^ **

Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, Universiti Malaya. Pada malam itu, antara maghrib dan isyak, saya berkunjung ke bilik kawan saya, Farah. Biliknya dekat dengan surau perempuan iaitu di tingkat 4 jadi, dapatlah saya menziarahinya selepas solat maghrib.

"Munirah, awak pergi tak Masjid Ar-Rahman?" tanya Farah.

"Eh, ada apa kat sana?" soal saya.

"Ada ceramah tentang Fizik dalam Islam. Jumaat lepas, ceramah tentang Kimia dalam Islam. Kawan-kawan yang  pergi ceramah minggu lepas, katanya sangat best! Free tak malam ni? Jomlah join."

"Siapa lagi yang pergi?"

"Qiba, hanun, farida, wan, dija, aminah, setakat ni lah."

"InsyaALLAH, nak. Pukul berapa start?"

"Selepas isyak."

"Hah!? Sempat ke kita nak sampai sana? Kalau jalan kaki, ambil masa dalam 20 minit paling kurang. Saya pun tak berpakaian lengkap lagi ni." (selalunya, kami jalan kaki jika nak pergi ke mana-mana ceramah kat dalam UM)

"InsyaALLAH, kata diorang yang pergi minggu lepas, kalau lepas solat Isyak di kolej, kemudian terus pergi sana, sempat lagi."

Moga ALLAH mudahkan.. -doa dalam hati.


Selepas isyak.
Saya tekan butang lif, untuk turun ke ground floor, memandangkan bilik saya di tingkat 6.

Apabila pintu lif terbuka,

"Eh, miza!" tersenyum saya memandangnya. Miza adalah kawan kepada roommate saya.

"Oh, akak." sambil membalas senyum saya.

"Miza nak pergi mana ni?"

"Miza nak balik rumah. Akak pula nak pergi mana?"

"Akak nak pergi Masjid Ar-Rahman. Ada pengisian."

"Nak kita tumpangkan?" tanya miza.

Dalam hati, ada perasaan gembira.. "Takpe ke, miza? Awak lalu Masjid Ar-Rahman ke?"

"Lalu. Jangan risau, ayah kita baik."

"Tapi, akak pergi dengan kawan-kawan akak. Muat ke kalau akak bawa kawan-kawan akak sekali?"

"Takpe, kita tengok ayah kita bawa kereta apa ye." (",)

---------

"Kak, marilah, ayah kita bawa Toyota Estima."


Alhamdulillah.. ALLAH mudahkan saya dan kawan-kawan. Cuma saya dan 3 orang kawan je yang tumpang kereta ayah miza, sebab yang lain-lain segan. Kalau diikutkan, saya pun segan sebenarnya, tetapi miza dah ajak, saya terimalah pelawaannya. Jazakumullahu khairon kathira! Hanya ALLAH yang dapat membalas kebaikan miza dan ayahnya, dengan sebaik-baik balasan.. =')

Cerita ini mungkin biasa-biasa sahaja. Bagi saya, saya rasa sangat gembira.. kerana dengan izin ALLAH, Dia permudahkan saya untuk ke ceramah itu.. tanpa saya sangka..

Alhamdulillah, masa saya sampai ke masjid, ceramah dah bermula, tapi dapat juga saya 'tangkap' sedikit isi-isinya.

Ibrah (pengajaran) buat diri saya - teruskan usaha dalam mendekatkan diri pada ALLAH.. teruskan usaha untuk lebih mengenali dan seterusnya mencintai ALLAH.. -

Wallahua'lam, moga beroleh manfaat dan ibrah. Setiap yang berlaku dalam kehidupan kita, ada hikmahnya. Dan ada nilai tarbiyyah (didikan) dari ALLAH. Bergantung kepada cara kita melihat sesuatu kesusahan atau kesenangan itu, dan apakah usaha kita dalam lebih mendekatkan diri padaNYA, dengan cara Nabi Muhammad SAW, ke arah redha ALLAH (ila mardhotillah).

Akhir kalam, jazakumullahu khoir, dan minta maaf atas segalanya. Apa-apa perkongsian bermanfaat dialu-alukan ^^

-Mari menjadi hamba yang soleh, ila mardhotillah-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...