Pages

Monday, April 30, 2012

Hari-hari dalam hidupku (2)

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته



[ Abdulrahman Bakoo]

Danbo baca Quran! @viskayanesya @yasirmukhtar


Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH (^_^) Hari ini, saya suka untuk berkongsi pengalaman hidup saya. Pada saya, hari-hari dalam kehidupan di dunia ini adalah tarbiyyah (didikan) daripada ALLAH. Justeru, bergantung kepada diri kita, bagaimana kita mencerna sesuatu peristiwa dalam hidup kita..positif atau negatif, syukur atau kufur, redha atau putus asa, gembira atau sedih, dan lain-lain.

***Kisah 1***

Semasa saya di tingkatan 2, ada suatu peristiwa yang membuatkan saya berfikir.. Suatu hari, pada waktu antara maghrib dan isyak, ustaz azri memberi tazkirah (jika tidak silap, saya ingat-ingat lupa). Sekolah saya, setiap kali waktu solat fardhu, kami perlu solat di surau. Surau kami 2 tingkat; tingkat bawah untuk muslimin manakala tingkat atas adalah untuk muslimat. Kami akan solat berjemaah, dan salah seorang muslimin sebagai imam.

"Apa maksud surah An-Nas?" tanya ustaz.
"Apa maksud surah Al-Falaq?" Saya yang mendengar, jadi terkedu..

"Kita kan selalu baca surah An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas.. jadi, kita tahu tidak maknanya?" Persoalan ustaz itu mengetuk minda dan hati saya.. (Dalam hati) yelah, selama ni aku baca surah-surah tu, tak pernah nak atau terfikir untuk faham maksudnya.. apalagi surah Al-Fatihah, yang selalu aku baca setiap kali solat.. ='(

Jadi sahabat-sahabat, apa pengajarannya? Bacalah Al-Quran sentiasa/istiqamah, fahami maknanya, dan amalkan isi-isi di dalamnya..yang berupa perintah ALLAH. Saya sangat tertarik dengan kata-kata seorang akhowat, "Bersahabat baiklah dengan Al-Quran". Rasa macam nak bawa terjemahan Al-Quran atau Al-Quran je di sisi kita sentiasa.. =)


baca quran dalam lrt 560x746 Baca Quran dalam LRT, satu budaya baik
Baca Al-Quran dalam LRT - muazfaris.com


***Kisah 2***

2010. Waktu itu, pertandingan Kemahiran Amal Islami peringkat zon, di SAMBEST. Kawan baik saya, Liana, memasuki pertandingan Tafsir Menengah Atas (Perempuan). Saya berkesempatan untuk mendengarnya.

Liana (kepada semua) : Surah Al-Anfal, surah ke berapa dalam al-Quran?
Saya : ke berapa ye?

***Kisah 3***

Saya dan 2 orang kawan memasuki pertandingan kuiz. Soalan terakhir yang ditanya pada kumpulan kami adalah;

Soalan: Berikan 3 surah yang dinamakan dengan nama serangga?

Jawapan kami: Surah An-Naml (semut), surah An-Nahl (lebah) dan surah Al-'Ankabut (labah-labah).

Alhamdulillah, boleh jawab! ^_^
Saya hampir-hampir nak jawab surah Al-Fiil (gajah) ^_~


Ada beza antara terjemahan Al-Quran dan tafsir Al-Quran.


Al-Quran dan terjemahan -contoh


Tafsir Fi Zilalil Qur'an

Tafsir Fi Zilalil Qur'an oleh Sayyid Qutb - antara contoh tafsir Al-Quran


Al-Quran dan terjemahan, adalah Al-Quran dan maknanya dalam Bahasa Melayu, atau bahasa-bahasa lain, memandangkan Al-Quran diturunkan di dalam Bahasa Arab. Manakala tafsir Al-Quran adalah penafsiran makna setiap ayat Al-Quran, kerana ada sebahagian ayat Al-Quran yang boleh difahami tanpa huraian, dan ada juga ayat Al-Quran yang memerlukan huraian, asbab nuzul dan lain-lain, serta penafsiran ini tidak boleh dibuat tanpa ilmu yang benar, atau fahaman dan pendapat sendiri. Oleh itu, kita hendaklah belajar atau mendengar tafsir Al-Quran daripada pakar tafsir, dan lain-lain rujukan yang sohih. Antara tafsir Al-Quran yang saya tahu, tafsir fi zilalil qur'an, tafsir ibnu kathir, dan tafsir munir. Wallahua'lam.

Nak tanamkan rasa manisnya membaca Al-Quran, boleh dilakukan secara berdikit-dikit. Saya bagi contoh orang yang gastrik. Apakah antara perkara yang disyorkan oleh para doktor kepada yang mengalami gastrik? Mereka hendaklah kerap makan, tetapi makan dalam kuantiti yang sedikit (dalam sehari). Kata lah kita baca Al-Quran 4 muka surat, setiap kali selepas atau sebelum solat;

5 solat fardhu x 4 muka surat = 20 muka surat = 1 juzu' Al-Quran insyaALLAH.

Secara mudahnya, letakkan TARGET nak baca berapa halaman al-Quran dalam sehari. Jika kita nak baca;

sehari 6 muka surat = 2 muka surat x mana-mana 3 solat fardhu (daripada solat fardhu 5 yang kita lapang untuk baca al-Quran).

Mudah kan? Tekadkan azam yang baik ^_^

Baca Al-Quran, yang paling penting adalah, baca dengan tajwid yang betul. Dan kalau bacaan kita sedap didengar, itu satu bonus. Sahabat-sahabat, jika kita berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar dan baca Al-Quran dengan baik, alhamdulillah (segala puji bagi ALLAH). Tidak mengapa jika kita lambat mahir, dan bagi yang mahir, bolehlah kita bantu yang kurang mahir ^^

Al-Quran dan hadis Nabi SAW adalah panduan utama umat Islam.

Akhir kalam, peringatan ini buat diri ini terutamanya, dan moga sahabat-sahabat beroleh manfaatnya. Marilah kita sama-sama saling ingat-mengingati ke arah redha-NYA (",)

~Generasi Al-Quran dan Hadis~

Sunday, April 22, 2012

My Friends

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, ALLAH izinkan saya untuk menulis di sini lagi. Sahabat-sahabat apa khabar? Teringin saya nak dengar cerita daripada sahabat-sahabat ^_~

Saya ceritakan serba sedikit perkembangan diri saya sekarang. Alhamdulillah, saya baru tamat final exam di PASUM. Selepas periksa, saya dan kawan-kawan join ASIS Recreation Day (ARD '12) yang diadakan oleh senior kami (pelajar degree). Dan kini, kami semua pulang ke kediaman masing-masing yang dirindui.. (",)

Dengan berakhirnya semester ini, maka telah 2 tahun kami mengharungi program asasi bersama-sama. Kami yang dimaksudkan di sini adalah saya dan kawan-kawan saya, yang mengambil jurusan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains di Universiti Malaya. InsyaALLAH, perjuangan akan diteruskan lagi dalam peringkat ijazah sarjana muda pada bulan 9 nanti. Mudah-mudahan kami dapat berbakti kepada ummah islam terutamanya, di dalam bidang sains dan agama insyaALLAH. Oleh itu, saya mohon doa sahabat-sahabat ye! ^_^

Entri kali ini, saya ingin memperkenalkan beberapa orang sahabat saya, yang saya kenali melalui blog. Matlamatnya, bukan sahaja untuk menambah kenalan dan menyebar ukhwah islamiyyah bahkan, dapat saling ingat-mengingati kepada ALLAH, dalam salah satu usaha untuk menggapai redha-NYA, insyaALLAH =)

Berikut antara sahabat-sahabat blogger saya:




Sahabat-sahabat dijemput berkunjung ke blog mereka, untuk bertukar-tukar dan berkongsi ilmu insyaALLAH ^^

Akhir kalam, jangan berputus asa dari rahmat ALLAH. Bangkitlah dari kesalahan dan kelalaian, lalu digantikan dengan kebaikan dan ketaatan pada-NYA. Kalau sedih, getarkanlah hati kita dengan membaca Al-Quran dan maknanya. Kasih ALLAH tiada terhitung ^_^

suara hati ~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~

Saturday, April 7, 2012

Booster diri!

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sahabat-sahabat, sihat? Bila sihat, banyak perkara yang kita boleh buat, tetapi bila sakit, baru kita tersedar yang sihat itu suatu nikmat. Pernah tak rasa begitu? Oleh itu, mari kita hargai sihat dengan jauhi maksiat! InsyaALLAH kerana ALLAH.. =)

Cintakan ALLAH, kita berusaha untuk melaksanakan segala perintahNYA dan menjauhi segala laranganNYA. TAQWA.

Alhamdulillah, tarikh ini, 6/4/2012, sudah seminggu saya hadapi final exam di PASUM. 9/4/2012, periksa Biologi/Matematik Kejuruteraan kertas akhir saya dan kawan-kawan APIDS. Doakan yang terbaik buat saya dan rakan-rakan, boleh? ^_^ Jazakumullah! (Terima kasih ^^,)

Takut + berdebar-debar kan, bila nak dapat/tahu result exam? Kalau berjaya, alhamdulillah. Kalau kurang berjaya, kita ada peluang lagi untuk perbaiki. Tetapi, bila kita sudah meninggal dunia, kita akan tahu result sebenar kita.. dan tiada peluang lagi.. peluang hanya bila kita masih di dunia, selagi nyawa masih tidak di kerongkongan, untuk bertaubat..

Justeru itu, mari hargai masa kita. ALLAH dah beritahu kita, bahawa kebanyakan manusia berada dalam kerugian, melainkan hamba yang beriman, beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan dengan sabar. ALLAH bersumpah dengan masa (والعصر) , menunjukkan ini bukan perkara main-main.

Wallahua'lam. Al-Quran dan As-Sunnah adalah panduan hidup kita. Moga beroleh manfaat dari yang sedikit ini. يا مقلّب القلوب ثبّت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك - Wahai Yang Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam agamaMU, dan dalam mentaatiMU, amin Ya ALLAH..

^^ Memahami tujuan diri diciptakan.. dan bergerak ke arahnya.

2/4/2012 - 9/4/2012
Tarikh dalam kenangan.


cenderahati saya buat anda~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...