بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ni adik saya yang lukis
Alhamdulillah, hari ni hari jumaat, sayyidul ayyam..yakni penghulu segala hari =)
Perkara-perkara sunat yang saya tahu, pada hari jumaat, seperti memotong kuku, selawat ke atas Nabi SAW, mandi sunat hari jumaat.. Wallahua'lam.
Sebelum saya teruskan entri saya kali ini, saya nak ucapkan terima kasih kepada sahabat saya- alshaqina. Upgrade blog, adalah untuk upgrade iman dan amalan jua! InsyaALLAH.. (",)
Dan semestinya jutaan terima kasih, jazakumullah, buat anda, sahabat, yang bertandang ke sini.. Moga kita termasuk di dalam golongan hamba-hamba-NYA yang taat dan patuh dalam mentaati perintah ALLAH, amin Ya Rabbal 'Alamin =)
Semasa saya berumur 6 tahun sehingga 12 tahun, saya dan keluarga tinggal di sebuah apartment 5 tingkat. Agaknya, rumah saya tingkat keberapa? (",) Rumah saya di tingkat 4.. Setiap hari, kami sekeluarga dibiasakan dengan menaiki tangga.. Alhamdulillah, satu pengalaman yang tiada hitungnya dari ALLAH ^^
Yang menariknya tentang rumah saya itu, rumah saya ada 4 buah bilik! Hurm..biasanya kan apartment ada 2 buah bilik je..jadi, bagaimana ye rupa rumah saya itu?? Ayah saya beli 2 buah rumah(apartment), sebelah menyebelah.. Kemudian, ayah saya pecahkan sebahagian dinding yang memisahkan antara 2 buah rumah tersebut. Akhirnya, rumah saya jadi luas dan ada 4 buah bilik ^^
Ada lagi yang menarik tentang "4 buah bilik". Sebuah bilik untuk nenek, sebuah bilik untuk mak ayah saya, sebuah bilik untuk kami adik-beradik(sebab kami semua muslimat), dan sebuah bilik lagi..? Adalah sebagai bilik SURAU ^^
Di sana(bilik surau), kami yang perempuan, akan solat berjemaah.. Manakala yang lelaki, akan solat di surau atau masjid taman perumahan..
Dan setelah saya dan keluarga berpindah di rumah yang saya tinggal sekarang, kami masih menjadikan sebuah bilik sebagai bilik surau..
Ayuh, kita SOLAT BERJEMAAH! ^^
Wallahua'lam, misi memburu cinta dan redha Ilahi..amin (",)
subhanallah mun..sy jeles^_^
ReplyDelete>mariposa
ReplyDeletenanti,bila aimi ada rumah sendiri,bolehlah aimi jadikan sebuah bilik sbg bilik surau ^^,
kita pun impikan mcm tu jika kita ada rumah sendiri..hanya ALLAH yg Maha Mengetahui.
solat kat bilik pun xmenjadi masalah,bg kita yg perempuan ni =) asalkan solat awal waktu..
wallahua'lam.
salam 'alaik.
ReplyDeleteBegitu kreatif dan hebat ayahanda ukhti mencipta rumah beliau. Kadang kala saya terfikir bagaimana rumah2 flat 2 tingkat dapat dipraktikkan amalan Islam di dalamnya. Maklumlah saya dibesarkan di rumah di atas tanah kerana di Kelantan amat jarang rumah flat. Namun, bukan soal rumah flat atau tidak tetapi ianya soal nak ke tak nak. Moga terus istiqamah dalam amalan.
> Al-Mua'llim
ReplyDeleteTrm ksh atas perkongsiannya,komen saudara sgt berharga buat diri dan laman ini. Na'am,walau di mana kita berada dan kondisi,kita sendiri yang menentukan, sama ada nak hidup dgn cara islam atau tidak, bertunjangkan keimanan dan ketaqwaan kpd Allah. Amin,atas doanya,doa yg sama buat saudara.
Dan terima kasih juga,atas kunjungan dan kesudian saudara membaca entri di sini.
barakallahu fik.