Pages

Sunday, November 27, 2011

Bercakap benar bersifat jujur

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Alhamdulillah, thank you ALLAH =) Sebelum saya meneruskan tinta pena ini, saya memohon ribuan kemaafan kepada sahabat-sahabat. Harap saya dan sahabat-sahabat terus ceria dan bermotivasi sebagai hamba ALLAH (",)

18 September 2011 yang lepas, saya ada mendengar satu tazkirah di radio ikim.fm, tetapi saya cuma mendengarnya di pertengahan tazkirah. Jadi, saya tidak tahu tajuknya yang sebenar, dan siapa gerangannya yang memberi tazkirah. Berdasarkan beberapa isi tazkirah yang saya sempat dengar, saya menyimpulkan tazkirah tersebut berkaitan dengan bercakap benar.

Alhamdulillah, hari ini, saya dapat kongsikan 'coretan' tazkirah saya yang asalnya ditulis di atas sekeping kertas kecil, diterjemahkan di dalam taipan tangan ini ^_~ Saya ada sedikit kisah, sebelum saya menyentuh tajuk entri kali ini, boleh? ^_^

Sebenarnya, saya tak ingat saya letak mana 'nota' tazkirah saya tu.. Puas saya mencari, mengingati, saya tak jumpa-jumpa.. Sedih, dan tak tahu nak buat apa. Dalam hati, cuma mengharap pada-NYA agar dipertemukan kembali nota itu; setelah usaha sebaik mungkin insyaALLAH. Kemudian, ayah saya panggil kami sekeluarga untuk ta'lim. Ta'lim adalah perkataan bahasa arab, bermaksud pendidikan*. Kami mengamalkan ta'lim sebelum tidur, yakni salah seorang ahli keluarga akan membaca kitab-kitab hadis, misalnya kitab Muntakab Hadis susunan Hadzrat Maulana Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi.

Kadang-kadang, kita susah untuk menerima, mendengar kata-kata nasihat daripada manusia.. Tetapi, Al-Quran dan As-Sunnah (hadis Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam) bisa menembus ke dalam sanubari kita, kerana kedua-duanya adalah daripada ALLAH Subhanahu wa Taala =) Hati tenang mengingati-NYA.. Setelah kami tamat ta'lim, alhamdulillah, ALLAH ingatkan saya di mana saya letakkan nota tazkirah saya itu.. Alhamdulillah! Jadi, bolehlah saya berkongsi dengan sahabat-sahabat sekarang ilmunya.. ^_~

A119
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar. (At-Taubah 9:119)


وَٱجۡتَنِبُواْ قَوۡلَ ٱلزُّورِ
serta jauhilah perkataan yang dusta, - (Al-Hajj 22:30)


Bagaimana hendak memupuk sifat bercakap benar? Sebagai ibu bapa, bakal ibu bapa, ajar anak untuk tidak berbohong.

  • Mula daripada ibu bapa
- Ibu bapa adalah role model, qudwah kepada anak-anak. Jika kita mahu anak kita bercakap benar, maka kita juga perlu bercakap benar. Ada sebuah hadis riwayat Muslim, jika saya tidak silap (jika tersalah, mohon perbetulkan kesilapan saya), mafhum hadisnya begini, Ada seorang sahabat, dan ketika itu Nabi Muhammad duduk bersama-samanya. Kemudian, ibu kepada sahabat Nabi itu memanggil anaknya, "Mari ke sini sebentar, ibu nak bagi sesuatu." Lalu Nabi bertanya kepada ibu itu, "Betulkah kamu hendak memberi sesuatu kepadanya? Kalau tidak, kamu dikira berdusta." Ibu itu menjawab, "Aku mahu memberi tamar kepadanya."

  • Hadis Nabi SAW
- Bercakap bohong atau dusta adalah antara sifat-sifat orang munafik. (إِذَا حّدَّثَ فَكَذَبَ) Ciri-ciri orang munafik.

Walaupun kita bukan bergelar ibu bapa, tetapi kita sedar bahawa bercakap benar adalah sifat mahmudah, akhlak islam, maka marilah kita bersegera untuk mengamalkan sifat ini di dalam hati kita, dalam lisan dan perbuatan kita, insyaALLAH lillah. Demi meraih redha-NYA.. (^_^)

Terdapat beberapa kisah/cerita tentang bercakap benar. Kita boleh mengambil iktibar daripadanya, dan menceritakan kepada anak-anak misalnya =)

Kisah 1:

Kisah ini tentang seorang ulama' bernama Sheikh Abdul Kadir Al-Jailani, semasa beliau masih budak. Beliau ingin menuntut ilmu di kota Baghdad, lalu ibunya memberi 40 dinar sebagai nafkah belajar. Ibunya berpesan agar sentiasa bercakap benar. Di dalam perjalanan, tiba-tiba sekumpulan perompak merompak gerombolan kafilah yang disertai oleh beliau. Kemudian, perompak itu bertanya kepadanya, "Apa yang kau ada?", lalu dia menjawab, "Aku ada 40 dinar yang diberikan oleh ibuku". Si perompak ini terpana, sangat terkejut! "Kenapa kamu beritahu kami hal yang sebenar? 40 dinar bukanlah jumlah yang sedikit." Beliau menjawab, "Ibuku berpesan agar sentiasa bercakap benar." Ketua perompak yang mendengar jawapan Sheikh Abdul Kadir Al-Jailani itu, berasa sangat insaf, lalu bertaubat. Dan ketua perompak itu mengajak anak-anak buahnya untuk turut bertaubat.

Kisah 2:

Kita juga boleh mengambil pelajaran daripada kisah-kisah rakyat. Sebagai contoh, kisah tentang budak penggembala kambing yang menipu kambingnya dimakan oleh serigala. Pada kali pertama dan kedua dia menjerit meminta tolong tetapi ternyata dia hanya menipu. Namun apabila kali ketiga dia meminta tolong, dan benar-benar kambingnya hendak dimakan oleh serigala, tetapi orang lain tidak mempedulikan lagi jeritan meminta tolongnya kerana mereka telah hilang kepercayaan kepadanya, akibat daripada berkata bohong sebelum itu.

Wallahua'lam. Terima kasih kepada sahabat-sahabat kerana sudi membaca =) Dan saya memohon maaf atas segala salah dan silap. Teruskan berusaha menggapai redha ilahi! (",) Bawa hati kepada ALLAH..

*Rujukan : Kamus Al-Farid

~1 Muharram 1433 Hijrah~

2 comments:

  1. Assalamualaikum wbt. Saudari, dimana saya boleh dapat mp3 lagu Astaghfirullah yg berkumandan di blog ini? Terima kasih ya ukhti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam wbt. Saya dapatkan lagu Astaghfirullah tersebut di youtube; saya tak muat turun ia. Boleh cuba 4shared.com atau google Astaghfirullah mp3. Sama-sama.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...