بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah..bertemu lagi kita di sini! ^_^ Segala puji dan puja hanya kepada ALLAH, Rabb Sekalian Alam, pemilik segala cinta (",) Selawat dan salam dititipkan buat baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang dirindui ^^
Pada entri kali ini, saya suka untuk menyentuh tentang 'kata-kata'. Kata-kata juga diibaratkan dalam bentuk penulisan, seperti penulisan buku, dan blog. Ehee, teringat pula saya tentang nasyid Bicara Kata kumpulan In-Team ^_~
Kadang-kadang, kita culas dalam 'peranan' sebuah kata-kata. Pernah tak kita duduk sebentar, muhasabah diri, berbisik di dalam hati.. 'Ya ALLAH, hari ini, aku ada bercakap, bersembang, bergurau.. Adakah setiap butir kata-kata yang ku lontarkan, tuturkan, membawaku dan orang sekelilingku kepadaMU Ya ALLAH? Adakah aku menimbang-nimbang, berfikir sebelum berbicara? Adakah aku mengambil enteng sesetengah kata-kata orang di sekelilingku, dan menjadikan kata-katanya sebagai suatu gurauan? Ya ALLAH, betapa hinanya diri ini.. aku sepatutnya menggunakan nikmat lidah yang KAU pinjamkan ini sebaik mungkin, sebagai tanda syukurku kepadaMU..'
Ini hanyalah sebahagian mutiara muhasabah, sebagai contoh. Merenung diri, merenung kembali setiap kata-kata yang kita lafazkan.. Kata-kata bisa menjadi penawar yang mujarab, atau racun yang membunuh! Antara kata-kata yang baik, seperti mengingatkan diri dan orang sekeliling akan kekuasaan ALLAH, menyampaikan ilmu, memberi motivasi, tidak mengaibkan orang lain, tidak bergurau berlebih-lebihan, tidak berdusta, dan sebaiknya yang boleh menyenangkan dan menggembirakan hati yang mendengar. Manakala kata-kata yang bisa menjadi racun adalah seperti mengumpat, mencerca, menghina, merendah-rendahkan orang lain, kata-kata kesat dan keji, tidak mengambil kira perasaan orang lain..
Solusinya? Jadikanlah kata-kata kita sebagai satu ibadah. Ya, satu ibadah! Kenapa tidak? Hidup dan mati kita ni kan kerana ALLAH.. Kata-kata kita boleh menjadi zikir kita padaNYA.. Best kan? Hati tenang,manusia pun sayang, dan ALLAH lagi-lagi sayang! ^^ Mukmin itu diamnya fikir, cakapnya zikir! (Tulisan juga umpama kata-kata.. ^^)
Beberapa situasi sebagai contoh;
~Jika kita terlanggar tangga, atau tersepak batu, atau sedih, katakanlah 'Alhamdulillah!', kerana ujian itu maksudnya ALLAH hendak mengampunkan kita =)
~Jika ada yang memuji, ucapkanlah 'Alhamdulillah!'
~Jika gembira, ucapkanlah 'Alhamdulillah!', sebagai tanda syukur.
Kenapa 'Alhamdulillah'? Saya tanya anda, apakah maksud 'Alhamdulillah'? 'Alhamdulillah' bermaksud 'Segala puji bagi ALLAH'. Jadi, kita kembalikan segala puji-pujian dan puja hanya kepada yang berhak menerima pujian yakni ALLAH SWT..
~Jika kita buat salah, beristighfarlah kepada ALLAH, atau 'minta maaf dan kembalikan hak' jika berbuat salah kepada manusia. 'Astaghfirullah' bermaksud 'Aku mohon ampun kepadaMU Ya ALLAH..'
~Jika kita kagum akan sesuatu perkara, ucapkanlah 'Subhanallah!' yang bermaksud 'Maha Suci ALLAH!', atau 'Allahu Akbar'- 'ALLAH Maha Besar', kerana DIA lah Pencipta Sekalian Alam, hatta bangunan yang tersergam indah pun, siapakah yang memberi ilham kepada manusia untuk menciptakannya jika bukan ALLAH Yang Maha Kuasa?
Dahulu, saya kurang jelas.. apakah maksud 'ALLAH Maha Besar'? Alhamdulillah, saya ada dengar ceramah ustazah Asni, kan bila kita takbiratul ihram, kita sebut 'Allahu Akbar'? Apabila kita bertakbir, kita mengatakan hanya ALLAH Yang Maha Besar.. yakni segala perkara ketika itu (dalam situasi ini, adalah solat), semuanya kecil-kecil belaka.. kerja sekolah kecil, kerja rumah kecil, masalah kecil, belajar kecil, perkara-perkara dunia kecil.. hanya ALLAH Yang Maha Besar ^^ Dan setahu saya, maksud 'Maha Suci ALLAH' ialah Allah Maha Suci daripada apa-apa yang dipersekutukan dengan-NYA! Ya ALLAH, KAU thabatkanlah (tetapkanlah) hati kami ini di atas jalanMU yang benar dan lurus (siratul mustaqim) dalam meyakini, beriman dan menyintaiMU Ya ALLAH, amin.. (",)
~Jika mendengar sesuatu musibah, ucapkanlah 'Inna lillahi wa inna ilahi raji'un', maksudnya 'Sesungguhnya kami milik ALLAH dan kepada-NYAlah kami kembali'. (Surah Al-Baqarah: ayat 156)
~Jika ingin berjanji, ucapkanlah 'InsyaALLAH'. Maksudnya 'Dengan izin ALLAH'. (Surah Al-Kahfi: ayat 23-24). Tetapi diingatkan, ucapkanlah 'InsyaALLAH' dengan niat untuk berusaha sebaik mungkin bagi memenuhi janji itu, bukan sebagai ungkapan untuk mengelak daripada memenuhi janji. Telus dan jujurlah dalam berkata-kata! ^_^
~Jika berjumpa dengan saudara seislam, ucapkanlah 'Assalamualaikum' - 'Salam sejahtera ke atasmu'. Ini bermakna kita mendoakan kesejahteraan untuknya! (",) Dan sebaiknya, ucapkanlah salam kepada yang sejantina, Islam ada menggariskan adab-adab dalam memberi dan menjawab salam, mengikut acuan ALLAH dan Rasul-NYA..
Pengalaman saya, apabila saya memberi salam kepada yang dikenali atau tidak dikenali, mereka akan menjawabnya dengan gembira. Tetapi apabila saya ucapkan kata 'Hai!', mereka tidak tahu bagaimana untuk menjawab sapaan saya.. Oleh itu, jangan segan-segan untuk memberi salam, lebih-lebih lagi kepada saudara seislam yang tidak dikenali, yang kita bertembung dengannya.. Antara huruf 'A' untuk 'Assalamualaikum' dan huruf 'H' untuk 'Hai', mana yang lagi utama? Ehee, takdelah, gurau je.. ^_~ (Salam mempunyai makna yang lebih baik, dan insyaALLAH bisa menyuburkan kasih sayang dan ikatan silaturrahin sesama saudara islam). Jikalau kita menyapa yang bukan islam pun, sangat bagus.. sebagai salah satu strategi dakwah, menonjolkan keindahan Islam ^_^
~Jika ada sahabat-sahabat kita yang dirundung masalah atau kurang keyakinan diri, risau dan sebagainya, ucapkanlah kata-kata yang baik dan perangsang.. Kata-kata yang membawa kita dan si dia ke arah mengingati kebesaran-NYA dan mendekati-NYA itu lebih utama! ^^ Contoh situasi, seperti selepas menjawab soalan periksa, atau ketika dia malu kerana sesuatu perkara (cuba untuk tidak ketawa walaupun perkara itu kelakar, tetapi memalukan baginya.. Kalau terlepas ketawa, mohonlah maaf padanya..)
~Tidak lokek untuk ucap 'Terima kasih' kepada manusia, dan berterima kasih pada ALLAH atas nikmat-NYA yang tidak terhitung! (Nikmat iman, islam, tubuh badan, kesihatan, masa lapang, makanan, dan lain-lain.. sejak kita lahir hinggalah kini, semuanya pemberian ALLAH melalui asbab manusia, kerja, usaha dan sebagainya..)
Komentar saya, saya lebih suka menggunakan 'Jazakallah' atau 'Jazakallahu khairan kathira' atau 'Jazakallahu khairal jaza'' bagi menggantikan 'Terima kasih'. Kenapa ye? Bagi saya, kata-kata itu satu doa.. Dan sebaiknya, biarlah apa yang keluar daripada lisan kita adalah satu doa, dan doa sifatnya baik-baik. 'Jazakallah' maksudnya 'Moga ALLAH membalas kebaikan kamu'. 'Jazakallahu khairan kathira' - 'Moga ALLAH membalas kamu dengan kebaikan yang banyak'. 'Jazakallahu khairal jaza'' - 'Moga ALLAH membalas kamu dengan sebaik-baik balasan'. Jika anda yang menerima ucapan ini, anda rasa apa? Kalau saya, saya rasa sangat gembira!! ^_^ Kerana si dia mendoakan yang baik-baik untuk kita.. Sang pengucap itu pun dapat pahala kerana menggembirakan orang sekelilingnya dengan ucapan yang baik dan menyenangkan hati..berbeza dengan kata-kata yang mengampu atau lain-lain..
Selain itu, dalam kita nak menegur kesalahan, gunalah kata-kata, penulisan atau cara yang berhikmah. Cantik peribadi Nabi menawan hati orang di sekelilingnya. Marah kerana ALLAH itu perlu, dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran juga perlu (Al-'Asr: ayat 3). Dan jangan lupa, diri sendiri juga perlu untuk diingati, dinasihati =) Contoh dengan perbuatan, amalan kita.. insyaALLAH memberi kesan kepada diri kita semestinya dan orang sekeliling; dakwah bilhal, selain dakwah bil lisan.
Saya sangat terinspirasi dengan tulisan sahabat saya Zahratu Billaurah. Jemputlah menjenguk tulisannya (",)
Dalam kita berkata-kata, adakalanya ia berkaitan dengan aqidah kita.. Sahabat-sahabat pernah dengar tentang kisah buah tembikai? Ceritanya lebih kurang begini, seorang suami membeli sebiji tembikai lalu diberikan kepada isterinya untuk dipotong. Apabila si isteri itu makan buah tembikai tersebut, mukanya berkerut, lalu berkata, "Kenapa tembikai ini tidak sedap?" Sang suami yang mendengar kata-kata isterinya itu bertanya, "Awak marahkan tembikai atau ALLAH? ALLAH yang menciptakan tembikai itu.. petani dan penjual masing-masing tidak tahu rasa buah tembikai yang mereka tanam dan jual.. Jika awak marahkan tembikai itu, maksudnya awak marah ALLAH yang menciptakan buah tembikai itu!" Allahuakbar!
Lebih kurang begitu ceritanya.. maaf jika tersalah, sahabat-sahabat boleh perbetulkan mana yang silap. Atau sahabat-sahabat pernah hadapi situasi ini, "Aish, macam nak hujan je.. janganlah hujan!" Setahu saya, hujan adalah rahmat daripada-NYA.. Jika kita takut dibasahi hujan, kita boleh berdoa kepada ALLAH, "Ya ALLAH, sempatkanlah aku sampai ke rumah/tempat berteduh/destinati yang dituju sebelum hujan turun..". Ini hanyalah komentar seorang hamba, ambillah apa yang baik, yang salah minta diperbetulkan dengan cara yang baik.
Tiada ruginya kita bercakap perkara yang baik-baik, menuturkan kata-kata yang bermanfaat. Jika kita tidak dapat bantu orang, kita jangan susahkan mereka.
Wallahua'lam, moga bermanfaat buat diri ini dan sahabat-sahabat. Terus dan terus mencari redha Ilahi! Islah diri tidak mengira masa.. (",) Kemudian, istiqamahlah.. Saya mohon maaf atas segalanya.
~Aidul adha 1432 H (6/11/2011)
sgt terinspirasi dgn tulisan anda jugaa ;)
ReplyDelete>amal
ReplyDeleteamal,jazakillah atas titipannya di sini ;)
moga ALLAH membimbing segala amal perbuatan kita ke arah redha-NYA,amin ^_^ dan kita juga perlu persiapkan diri untuk mendekatiNYA..