بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH. Pada entri ini, saya nak bercerita tentang pengalaman saya di Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM 2011) pada bulan Oktober 2011. Saya bukanlah di kalangan mahasiswa yang 'graduasi', tetapi ada kenangan manis yang saya peroleh di festival itu.
Sepanjang festival ini berlangsung selama seminggu, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang diadakan oleh pihak penganjur. Memandangkan saya ada kuliah pada waktu pagi dan petang, hanya pada waktu malam saya berkesempatan untuk menghadiri beberapa forum perdana bersama kawan-kawan. Antara forum ilmiah yang saya hadiri:
Tarikh : 5 Oktober 2011 (Rabu)
Masa : 9:00 malam
Tempat : Auditorium Pekan Siswa UM
Tajuk forum : Kecermelangan Ilmu Asas Generasi Rabbani
Ahli panel :
1) Dr Zaharuddin Abd Rahman
2)Prof Madya Dr Abu Hassan (pnsyrh kanan Jbtn Pengajian Media,UM)
3) Muhammad Safwan Anang@Talib (YDP Persatuan Mahasiswa Islam UM).
Antara input yang saya ingat:
- Untuk menjadi ilmuan yang cemerlang, kita kena cross disiplin ilmu. Maksudnya, jika kita mengambil kos ekonomi misalannya, kita kena juga belajar agama, dan ilmu-ilmu lain selain subjek dalam kos ekonomi. Dan sebaliknya, jika kita mengambil kos agama, kita juga perlu mendalami ilmu sains, atau media, atau bahasa, dan lain-lain.
- Media adalah instrumen atau wasilah yang bermanfaat JIKA penggunanya menggunakan media dengan cara yang betul. Media tidak bersalah, tetapi manusia sendiri yang menyalahgunakannya. Internet adalah media informasi (penyampaian maklumat) yang lebih baik berbanding television dan lain-lain. Ini kerana kadar pemberitahuan maklumat yang cepat, merentas dunia (bersifat antarabangsa) dan menyampaikan informasi yang benar insyaALLAH.
- Gunakanlah media untuk kebaikan, dan menyebar kebaikan.
- Mahasiswa, sifatnya mendekati masyarakat. Belajar untuk 'peduli' atau mengambil tahu akan isu semasa, dan hal-hal sekeliling. Ibarat kata Ustaz Hasrizal, penyakit 'AKU TIDAK PEDULISME'.
- Ujian ada dalam 2 bentuk - susah dan senang. Bencilah maksiat, bukan pelaku maksiat, tetapi pandanglah pelaku maksiat dengan rasa kasihan, kasih sayang, kerana ingin membawa dia ke arah jalan yang benar..
- Cabaran penuntut ilmu; dalam proses menuntut ilmu, memang kita akan merasa susah dan payahnya. Kemudian, jika kita bersungguh-sungguh, dan apabila dunia mula memandang dan memerlukan khidmat kita, dunia pula akan mengejar kita. Inilah ujian kesenangan, apabila kesenangan ditawarkan atau ada di depan kita.
- Ubatilah budaya 'malas berfikir'. Bagaimana kita hendak menjadi insan berminda kelas pertama? Selain menerima ilmu, kita juga hendaklah rajin membaca, mengkaji, dan lain-lain.
Video di bawah ini adalah antara yang dirakam semasa forum tersebut diadakan. Jemput nikmati kemanisan ilmu (=
Kalau sahabat-sahabat teruja untuk mendengar lagi isi-isi forum ini, sahabat-sahabat boleh taip 'Forum Feskum' di Youtube. Selamat memanfaatkan media! ^_^
Tulisan ini juga peringatan buat saya..
Appreciate you bloggingg this
ReplyDelete