بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, sahabat-sahabat apa khabar? Maaf ye kerana agak lama saya tak bertanya khabar kalian.. Iman kita pula apa khabar? Jangan lupa recheck selalu ye, dengan memuhasabah dan mengkoreksi diri dan amalan.. (^_^)
Sahabat-sahabat, apakah yang akan berlaku kepada diri dan iman, jika kita lalai dan leka? Keadaan ini akan membuatkan kita jauh dari ALLAH. Apabila kita jauh dari ALLAH, kita susah untuk terima kebaikan, atau liat untuk melaksanakan ketaatan. Pelbagai alasan akan dibina.. keburukan dan kejahatan mudah meresap dalam diri.. Jika begitulah keadaanya, adakah hati kita tenang? Kehidupan kita tenteram? Urusan kita dipermudahkan-NYA? Secara ringkasnya, jika kita tidak penuhkan hati kita dengan mengingati ALLAH, kebaikan, taat perintah ALLAH, hati kita akan diisi dengan jahiliyyah. Oleh itu, ayuh kita sama-sama berhijrah ke arah kebaikan setiap masa! (",)
Baiklah terus kepada tajuk. Sebelum itu, saya mohon sahabat-sahabat untuk 'start' dan 'pause' video di atas, mudah-mudahan kita dapat top up ilmu dan lebih menghayati tajuk perkongsian kita kali ini ^_^
Saya terfikir..hamba yang baik adalah hamba yang tidak riyak, atau bahasa mudahnya, ikhlas. Hamba yang saya maksudkan adalah kedudukan kita sebagai hamba ALLAH. Semasa saya nak tulis tajuk entri kali ini, saya menimbang-nimbang, nak tulis tajuk 'Hamba yang baik tidak riyak' atau 'Orang baik tidak riyak'? Akhirnya, saya memilih tajuk di atas..agar mudah-mudahan kita merasai diri kita sebagai hamba-NYA =)
Riyak adalah antara penyakit hati, dan sifat mazmumah yang perlu dihindari dan diubati. Imam Ghazali menggariskan sifat mazmumah (tercela) kepada beberapa bahagian:
- Gemar makan dan minum - Sesiapa yang kekenyangan akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana terdorong untuk tidur dan berehat.
- Banyak berkata-kata (yang sia-sia) - Bencana lisan merangkumi mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar.
- Marah - Berpunca daripada kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Ia juga didorong oleh pengaruh syaitan.
- Hasad, dengki dan iri hati - Lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain.
- Kasih pada harta - Tiada salah memiliki kemewahan, tetapi jika bersikap bakhil, tamak dan membazir itulah yang dibenci oleh islam.
- Takbur - Antara sebab takbur ialah keturunan (tinggi), kekuasaan, kecantikan, kekayaan, kepandaian, pengaruh dan kuat beribadat (menunjuk-nunjuk).
- Riyak - Sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik semata-mata ingin pujian, pangkat dan kedudukan.
- Ujub - Sifat bangga diri dengan keistimewaan yang ada pada diri seperti kecantikan, kepandaian, kekayaan dan lain-lain.
- Kasih akan dunia - Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati.
Majalah remaja terbaik! =)
Riyak, penyakit hati. Apa yang kita gambarkan tentang penyakit? Penyakit ni biasanya sesuatu yang membawa mudharat, atau kesakitan, sama ada untuk tempoh yang sekejap atau long lasting. Jadi, sifat riyak adalah penyakit atau virus yang berbahaya kepada hati kita, kerana ia boleh membawa kepada sifat-sifat mazmumah yang lain seperti ujub dan lain-lain. Dan apabila hati kita dicemari dan dikotori dengan sifat-sifat mazmumah, mampukah segala amalan kita, anggota badan kita bergerak semata-mata mentaati-NYA?
Ikhlas, lawan kepada sifat riyak. Ikhlas adalah sifat mahmudah, melakukan sesuatu perkara hanya kerana ALLAH. Sebagaimana mafhum hadis Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, "Sesungguhnya setiap amalan itu dinilai melalui niat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Untuk mencapai ikhlas, niat adalah elemen yang sangat penting. Niat yang betul akan menyebabkan setiap amalan yang dilakukan menjadi suatu ibadah.
Bagaimana kita nak tahu niat kita betul atau tidak? Niat bergantung kepada 2 perkara yakni sah atau batal, dan dapat pahala atau dapat dosa. Maksudnya, perkara yang kita nak buat/niatkan itu adakah membawa kepada sah atau batal amalan kita, mengikut syariat islam, serta perbuatan itu mendapat pahala atau dosa di sisi ALLAH SWT. Jelas? Kalau tak jelas, boleh tanya insyaALLAH =)
Kronologinya, niat (di dalam hati) boleh mencapai rasa ikhlas kerana ALLAH. Bukti kepada niat yang betul dan ikhlas, setiap amalan/perbuatan yang dilakukan boleh bertukar menjadi ibadah kepada-NYA dan mendapat pahala. Dari sekecil-kecil amalan sehinggalah sebesar-besar amalan. Amin.
Wallahua'lam. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH, agar hati kita, hati ahli keluarga kita, hati sahabat-sahabat kita, dijauhkan daripada sifat-sifat mazmumah (tercela). Silap dan salah, mohon dimaafkan dan diperbetulkan secara hemah. Saya akhiri entri ini dengan seungkap kata-kata;
Usaha tanpa doa adalah sombong,
Doa tanpa usaha adalah bohong!
Wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Siiru 'ala barkatillah =)
No comments:
Post a Comment