Pages

Wednesday, July 27, 2011

Hidayah seorang pelajar

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bilik kuliah 3
xx/xx/2010 (tak ingat tarikh)

Pagi yang hening itu dimulakan dengan pengisian yang menyegarkan jiwa..oleh seorang ustazah berjiwa murobbiah, Ustazah Seripah. Bagi semester 2 yang lepas (di Akademi Pengajian Islam UM, Nilam Puri), ustazah Seripah mengajar saya dan sahabat-sahabat subjek Ulum Quran =)

"Kita selalu minta hidayah daripada ALLAH dalam solat kita..

A006
Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Al-Faatihah 1:6)

tetapi, apakah kita sudah berusaha untuk mendapat hidayah seorang pelajar?" soal ustazah.

Secara jujurnya, ini pertama kali saya mendengar perkataan hidayah seorang pelajar.. Tertanya-tanya juga saya, apakah yang dimaksudkan ustazah?

Ustazah menyambung, "Hidayah seorang pelajar ini, dia belajar kerana ALLAH, bersungguh-sungguh dalam belajar, datang kelas awal, hormat guru, siapkan kerja yang guru bagi...".

Adakah saya dan anda telah berusaha untuk meraih hidayah seorang pelajar? (",) Hanya pada ALLAH kita memohon..

Seorang sahabat pernah bertanya saya, "Apakah yang dimaksudkan dengan belajar kerana ALLAH?" Aha, saya terdiam untuk berkata-kata..

Secara spesifiknya, saya tidak dapat bagi jawapan yang tepat. Episod hidup yang membawa saya mengenal 'belajar kerana ALLAH' ini adalah ketika saya di tingkatan 4. Ketika itu saya belajar subjek hadis. Dan hadis yang saya belajar ketika itu adalah hadis pertama daripada hadis 40 susunan Imam Nawawi, boleh klik sini, insyaALLAH (",)

Ketika itu, baru saya terfikir..kenapa aku belajar?-dialog dalam hati. Dan apa yang saya dapat simpulkan adalah, belajar untuk diamalkan, tidak kiralah apa-apa subjek, selagi ilmu itu ilmu yang bermanfaat; dan periksa/exam adalah untuk mengukur sejauh mana tahap kefahaman saya dalam sesuatu subjek.. Lebih-lebih ilmu agama, ilmu fardhu ain. Jadi, bila belajar, berusahalah untuk faham..insyaALLAH mudah untuk diamalkan sebagai ibadah kita pada-NYA,amin ^^

Wallahua'lam, tengah berdebar untuk test mid semester sebenarnya. Untuk berubah, mulakanlah dengan diri sendiri, نبدأ بأنفسنا, insyaALLAH ^_^


2 comments:

  1. subhanallah...tatkala hidayah menyapa hambaNya...

    ReplyDelete
  2. > Saleem Wahab

    syukran 'ala ziarah, moga kita berusaha memelihara hidayah dari-NYA,amin (Ali-'Imran 3:ayat 8)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...