Pages

Saturday, December 17, 2011

Dunia jambatan akhirat =)

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahlan wasahlan! Selamat datang! Welcome! ^_^


Alhamdulillah, bertemu lagi kita di sini. Mudah-mudahan pertemuan kita ini disertai dengan niat untuk mendapat redha, rahmat, dan pengampunan ALLAH, amin =) Suka saya bertanya, sahabat-sahabat apa khabar? Ingatlah, walau di mana dan situasi kita, kita (muslim) ada ALLAH! Sedih, kita ada ALLAH.. Gembira, kita ada ALLAH.. Hidup kita, untuk ALLAH.. Justeru, pabila semuanya kerana ALLAH, hendaklah kita mentaati segala perintah ALLAH dan meninggalkan segala larangan ALLAH, insyaALLAH boleh! ^_^

Perkongsian link - SABAR DAN SYUKUR

Hari ini, saya suka nak bercerita. Cerita tentang hidup saya. Serba sedikit pengenalan tentang diri saya, dan perjalanan hidup saya. Muhasabah di penghujung tahun 2011 ini, saya baru tersedar yang saya bakal mengakhiri umur belasan tahun. Bukanlah bermakna hari lahir saya pada bulan 12, cuma kalau mengikut tahun, tahun ini saya berumur 19 tahun. Lalu muncul pertanyaan di dalam diri, "Amalanku bagaimana?" "Sejauh mana ALLAH matlamatku?" Tanggungjawab dan amanah sebagai hamba ALLAH, sebagai umat Nabi Muhammad SAW, sebagai anak kepada kedua ibu bapaku, sebagai kakak kepada adik-adik, sebagai pelajar, sebagai sahabat, dan beberapa amanah yang dipertanggungjawabkan dalam organisasi.. Semuanya menuntut niat yang benar dan tawazun (keseimbangan)! Bagi sahabat-sahabat yang suka membaca buku, dan ingin lebih faham konsep tawazun, saya cadangkan novel VT tulisan saudara Hilal Asyraf (",)


cover-vt-201x300
best! (",)


Apa yang saya boleh kongsi tentang konsep tawazun dalam urusan kehidupan kita, tawazun bukan bermaksud 'bahagi sama rata' tetapi menyusun kehidupan mengikut keutamaan (aulawiyat). Kita belajar bersungguh-sungguh, dan dalam masa yang sama kita hendaklah menjaga perintah ALLAH. Kita beribadah mendekatkan diri pada-NYA, dan dalam masa yang sama kita jaga kesihatan, buat baik pada ibu bapa dan keluarga, dan lain-lain. Ringkasnya, seimbangkan antara dunia dan akhirat, agar mudah-mudahan kita beroleh kejayaan yang hakiki (kejayaan yang diredhaiNYA) di dunia dan di akhirat, amin =)

Alhamdulillah, tamat SPM pada tahun 2009 yang lepas, saya meneruskan pengajian di Universiti Malaya. Sebelum itu, saya sempat belajar subjek STAM di SAMT Kuala Kubu Bharu, Selangor. Saya ambil jurusan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains (APIDS). Kos ini cuma ada di UM je tau, jadi adik-adik yang berminat untuk sambung pengajian dalam kos ini, sangat-sangat dialu-alukan! ^_^ Boleh isi di dalam borang upu..

APIDS, tempoh asasi adalah selama 2 tahun/4 semester. 2 semester belajar subjek agama dan matematik di UM Nilam Puri, Kelantan, dan 2 semester lagi belajar subjek sains dan agama di UM Petaling Jaya (kampus induk). Kita boleh pilih sama ada nak sains hayat atau sains fizikal. Saya pilih sains hayat. Kemudian, tahun pertama  degree barulah ada pengkhususan; sesiapa yang ambil sains hayat boleh mohon untuk ambil Biokesihatan, Bioteknologi, Genetik atau Sains Alam Sekitar (SPAS). Sains fizikal pula sama ada nak Sains Fizik atau Sains Komputer. Tahun ke-2 degree pula, insyaALLAH ada pengkhususan lagi bagi jurusan masing-masing. Sebagai contoh, yang ambil biokesihatan, dia boleh pilih nak pengkhususan forensik, farmasi, dan lain-lain. Sekarang saya di dalam semester 4. Satu lagi tambahan, subjek Bahasa Arab adalah subjek wajib atau kemestian bagi sesiapa yang mengambil kos APIDS =)

Antara yang menarik pada saya adalah apabila ada lab. Kami bukan setakat belajar teori di dalam kuliah tetapi ada juga praktikalnya =) Setiap minggu, ada 3 lab iaitu lab biologi, fizik dan kimia (bagi sains hayat). Pada tarikh 12/12/2011 (isnin), eksperimen bio kami tentang 'nervous system'. Oleh itu, bahan eksperimen kami adalah anak katak. Dua orang, satu katak. Alhamdulillah, satu pengalaman dan pengajaran buat saya. Bagaimana untuk hadapi rasa 'takut' nak pegang katak, kenapa (niat) kita buat eksperimen terhadap katak itu.

Semester 3 yang lepas, kami kena bedah tikus putih, untuk eksperimen 'reproductive organ'. Setakat ni, itu sahajalah eksperimen biologi yang melibatkan haiwan. Selain itu, melukis spesimen under microscope, atau tumbuh-tumbuhan, dan lain-lain; mengikut tajuk dan keperluan sesuatu eksperimen. Kalau eksperimen fizik, berkaitan elektrik, atau cari nilai daya graviti, conservation of momentum, dan sebagainya. Eksperimen kimia banyak melibatkan cecair-cecair kimia seperti mengenal pasti cation mengikut Group, mengenalpasti ciri-ciri alkane, alkene, alkyne, toluene (aromatic compound).


suasana di makmal bio =)
credit to: aiman maripat

maaf,biasa-biasa sahaja.


Wallahua'lam. Jazakumullah (terima kasih) kerana sudi membaca di sini. Islah nafsi wad'u ghairi, peringatan untuk diri. Moga bertemu di dalam redhaNYA lagi, amin =)

6 comments:

  1. Pilih bidang yang terbaik naa.. ^_^ Moga Allah bersamamu...insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. jazakillah ukhti =)
    saya akui,agak sukar utk membuat keputusan,bidang apa yg saya minat dan mampu,hanya pada ALLAH kita mengabdikan diri dan memohon pertolongan(1:5);
    amin..atas doanya ^_^

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah kenali kebolehan diri naa...ana menyokong di belakang.. ^_^

    ReplyDelete
  4. Suka baca pengalaman ukhti.. pngalaman bedah katak.. takut x ? hehe..

    ReplyDelete
  5. > Ckin Kembaq

    jazakillah ukhti! ^_^ *gembira

    >lina asrar

    terima kasih farah ^-^ uhibbuki fillah,kita pun sokong awak dlm bertinta dakwah..^^,

    >ana sara

    ukhti..jazakillah khoir atas ziarahnya! ^^,
    katak tu tak dibedah, hanya tikus yang dibedah..
    eksperimen menggunakan katak itu adalah utk kaji ttg sistem saraf,sebagai contoh,bila kita picit kaki dia dengan forcep,apa reaksi katak itu? Katak tu tendang kaki dia..sebab sakit. Macam manusia juga,bila ada orang ketuk dia,atau terluka,dia akan bagi reaksi.. Begitulah ^^

    Nak pegang katak tu pada mulanya,memang ada rasa takut.. Tapi Alhamdulillah,dapat atasi rasa takut itu. Dan ia menjadi satu pengalaman (",)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...