Pages

Saturday, September 17, 2011

Bicara Hati

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Alhamdulillah, hari Jumaat (16.9.2011), sahabat baik saya mengadakan majlis doa selamat, sempena keberangkatannya ke Mesir pada hari Rabu nanti, 21 September 2011. Tetapi, saya tidak dapat hadir ke rumahnya untuk memenuhi jemputannya ='( Takpelah liana, kita jumpa dalam hati lah ye! ^_^ Saya tersentuh apabila saya telefon liana, memberitahu dia akan ketidakhadiran saya, salah satu kata-katanya.. "Munirah, awak jangan lupakan kita tau! ^_^ " InsyaALLAH liana.. =)

Membina hubungan baik dengan kawan; jangan lupa juga untuk membina hubungan baik dengan ahli keluarga, mak ayah kita.. dan yang paling utama, hubungan baik dengan Allah =) Pernah dengar ungkapan hablum minallah wa hablum minannas? ^^,

Di sini, saya ingin mencoret peringatan buat diri.. Setiap masa, setiap hari, kita berusaha untuk memperbaiki diri, berubah ke arah yang lebih diredhai-NYA.. kerna kita tahu, setiap manusia itu tidak lepas daripada melakukan dosa dan kesalahan, lantaran kelemahan dan kelalaian diri daripada perintah-perintah Allah dan Rasul-NYA tetapi kita yakin, sebaik-baik pendosa adalah hamba yang bertaubat! Ayuh diri, sucikan dirimu.. jangan tangguh-tangguh untuk bertaubat! Moga ALLAH membantu kita dalam mendekati-NYA, amin.. Ya Allah, kami mohon hidayah-MU yang berterusan, amin.. =)

Pertama kali saya mendengar tentang 10 Muwassafat Tarbiyah, adalah ketika saya belajar di Nilam Puri. Benarlah, ilmu itu perlu dicari, dipelajari, diamalkan dan disampaikan..




Comel kan ilustrasi di atas? Moga saya dan anda mampu untuk membumikan sifat-sifat yang baik di atas, di dalam diri, buat penguat rohani, insyaALLAH lillah =)

Hati, milik Allah, pinjaman dari Allah buat kita.. Allah Maha Melihat, Maha Mengetahui~
Hati menjadi salah satu amanah kita, bagaimana kita menjaganya, dan mencorakkannya. Mengimbas kembali sabda Nabi SAW;


عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: ((إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَ إِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَ بَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَ عِرْضِهِ، وَ مَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ، أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلاَ وَ إِنَّ حِمَى اللَّهِ مَحَارِمُهُ، أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَ هِيَ الْقَلْبُ.))

رواه البخاري [ رقم : 52 ] ومسلم [ رقم : 1599 ]

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."

Sumber - Hadis 40.

Allahua'lam. Islah hati, insyaALLAH islahlah diri kita (",)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...