Pages

Saturday, October 1, 2011

Hakikat Iman

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Alhamdulillah wa syukru lillah. Kita masih diizinkan oleh-NYA untuk bertemu di majlis zikir dan ilmu ini insyaALLAH ^_^

InsyaALLAH, 4/10/2011 - 11/10/2011 merupakan tarikh bagi PMR, dan 12/10/2011 - 20/10/2011 pula tarikh bagi periksa STAM. Bittaufiq wannajah buat adik-adik ^_^

Setiap kali saya atau ayah saya berjauhan (kerana belajar, outstation dan lain-lain), ayah saya akan berpesan, "Anak-anak, ingatlah, mak dan ayah tidak dapat bersama dengan kamu selalu tetapi, Allah sentiasa bersama dengan kamu, dengan hamba-hamba-NYA. Jadi, mohonlah pertolongan dan pergantungan hanya kepada-NYA.."

Kalimah لا اله الاّ الله adalah kalimah iman, manakala kalimah محمد رسول الله adalah kalimah amal. Beriman kepada Allah, kita perlu yakin dengan Allah, syurga, neraka dan lain-lain, dengan cara Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Satu analogi yang menarik, tentang beriman kepada hari akhirat, syurga neraka..

Emak ikan berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, jika kamu nampak cacing di permukaan air, janganlah kamu pergi kepadanya. Kerana di sebalik cacing itu, adanya mata kail yang sangat tajam. Jika kamu terperangkap pada mata kail itu, kamu akan dibawa ke darat, kemudian disiang, dikelar, dimasak di dalam kuali yang panas, dicubit-cubit untuk dimakan, dan tulang-tulang kamu akan dipatah-patahkan bagi menjadi makanan kucing..".

Lalu si anak ikan ini berlegar-legar di dalam air. "Tiada pun kuali panas di sini. Macam tak percaya je.." komen si anak ikan di dalam hati.

Tidak lama kemudian, anak ikan ternampak seekor cacing di permukaan air. Tanpa menghiraukan pesanan ibunya sebelum ini, dia pun mencuba.. Lalu, anak ikan itu pun ditarik keluar daripada air, menuju ke alam lain (darat). Terbayanglah pesanan-pesanan ibunya tatkala itu tetapi apakan daya, tiada apa yang mampu dibuatnya sekarang..

Begitu jugalah kita. Dunia, pasangannya adalah akhirat. Setiap benda ada pasangannya kecuali ALLAH, ALLAH Maha Esa. Kita tidak sebut ALLAH itu satu, kerana satu pasangannya adalah dua. Tetapi, ALLAH Maha Esa! Tidak ada sekutu bagi-NYA.. Subhanallah (Maha Suci Allah).


A008
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (A-li'Imraan 3:8)


Wallahua'lam. Jika kita susuri kisah para sahabat, betapa hebatnya keimanan dan kepercayaan mereka kepada ALLAH, Allahuakbar.
Jazakumullah sahabat-sahabat, ilal liqa' insyaALLAH. Harapan saya, moga ALLAH redha akan saya dan anda, amin (",)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...