Pages

Wednesday, June 13, 2012

Jangan berhenti!

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah,segala puji-pujian hanya kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala.. ^^,

Jangan berhenti! Banyak tafsiran yang kita boleh buat apabila membaca tegahan ini.. Baiklah, sebenarnya saya hendak sentuh mengenai kewajipan menuntut ilmu yakni, jangan berhenti daripada belajar!


Sebelum itu, saya nak kongsikan satu tips untuk menghafal pelajaran, menghafal al-Quran, memahami pelajaran.. insyaALLAH (dengan izin ALLAH). Tips ini saya dengar dari Ustaz Abu Hassan bin Din dalam rancangan Pesan Atok di TV9. Tips ini mesti dilakukan sebelum waktu Subuh ^_^

Rentetan cara:
  1. Solat sunat 2 rakaat
  2. Selepas memberi salam, selawat ke atas Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi wasallam
  3. Kemudian, baca surah Al-Insyirah
  4. Setelah itu, letak tapak tangan di atas jantung
  5. Dan baca surah Al-A'laa sehingga ayat ke-6
  6. Buka telapak tangan, tanpa mengalihkannya daripada kedudukan tadi (di jantung), sehingga tapak tangan itu  berkedudukan melintang
  7. Lalu tiup di tapak tangan yang terbuka itu, dan kembalikan ke kedudukan asal
  8. Baca ayat ke-6 surah Al-A'laa, dan ulang langkah 6 dan 7
  9. Baca sekali lagi ayat ke-6 surah Al-A'laa, dan ulang langkah 6 dan 7
  10. Kemudian, selawat ke atas Nabi seperti di dalam akhir doa kita ^_^

Wallahua'lam. InsyaALLAH, kita berusaha dan berdoa, dan natijahnya, dalam bidang kuasa ALLAH Subhanahu wa Ta'ala.. (^_^)

Nak tahu jantung di mana? Lari turun naik tangga sehingga jantung berdegup kencang~ Di mana kita rasa degupan itu, di situlah jantung kita! (",) kalau nak cuba lah.. ^^,

Apa yang saya faham, dalam setiap amalan kita, berikut adalah rentetannya;
- Niat - Azam - Usaha bersungguh-sungguh + doa - Tawakkal - Redha dengan keputusan -

Sebagai contoh: Belajar, periksa (exam)


*Ulama' membahagikan ibadah kepada 3:
  1. Ibadah asas - mencakupi Rukun Islam dan Rukun Iman
  2. Ibadah sunat
  3. Ibadah umum -merangkumi seluruh kehidupan kita

Syarat asas untuk sesuatu amalan menjadi ibadah:
  1. Ikhlas kerana ALLAH
  2. Bertepatan dengan sunnah Nabi Muhammad SAW

Huraian syarat (contoh: makan) :
  1. Niat makan untuk mendapat tenaga untuk beribadah kepada ALLAH
  2. Hukum makan itu HARUS
  3. Pelaksanaan yang baik
  4. Makanan yang BAIK & HALAL -buat secara optimum (usaha)
  5. Tidak meninggalkan ibadah asas
  6. Natijah/hasil dari pemakanan adalah KEBAIKAN


*Di dalam diri manusia, ada 3 elemen yang perlu dijaga dan diseimbangkan, atau saling dikaitkan..
  • Hati - iman
  • Akal - dengan memberi ilmu
  • Nafsu - nafsu akan mengikut kebiasaan kita. Jika kita biasa buat baik, ia akan terdorong pada kebaikan. Jika kita biasa buat jahat, ia akan terdorong pada perkara-perkara kejahatan.

Selalu kita dengar persoalan, kita tahu sesuatu perkara itu tetapi kenapa kita tak buat? Sebagai contoh, kita tahu menutup aurat itu wajib di dalam Islam tetapi, kita tidak menutup aurat. Tahu itu ilmu (akal), tetapi apabila tidak digabungkan dengan iman (hati), kita tak buat.. Nafsu pula untuk dididik, bukan diikuti.. agar ia terdorong pada perkara-perkara kebaikan ^_^

Wallahua'alam. Jazakumullahu khairan kathira kerana sudi menziarahi dan membaca di sini. Sebarang perkongsian yang sihat amat dialu-alukan. Yang baik itu datangnya dari ALLAH, dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri, lantaran lalai akan perintah-NYA.

Mari memburu cinta ALLAH dan Rasul-NYA! Mari menggapai redha ALLAH~ ^_^


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...