بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, ALLAH izinkan saya untuk menulis di sini lagi. Sahabat-sahabat apa khabar? Teringin saya nak dengar cerita daripada sahabat-sahabat ^_~
Saya ceritakan serba sedikit perkembangan diri saya sekarang. Alhamdulillah, saya baru tamat final exam di PASUM. Selepas periksa, saya dan kawan-kawan join ASIS Recreation Day (ARD '12) yang diadakan oleh senior kami (pelajar degree). Dan kini, kami semua pulang ke kediaman masing-masing yang dirindui.. (",)
Dengan berakhirnya semester ini, maka telah 2 tahun kami mengharungi program asasi bersama-sama. Kami yang dimaksudkan di sini adalah saya dan kawan-kawan saya, yang mengambil jurusan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains di Universiti Malaya. InsyaALLAH, perjuangan akan diteruskan lagi dalam peringkat ijazah sarjana muda pada bulan 9 nanti. Mudah-mudahan kami dapat berbakti kepada ummah islam terutamanya, di dalam bidang sains dan agama insyaALLAH. Oleh itu, saya mohon doa sahabat-sahabat ye! ^_^
Entri kali ini, saya ingin memperkenalkan beberapa orang sahabat saya, yang saya kenali melalui blog. Matlamatnya, bukan sahaja untuk menambah kenalan dan menyebar ukhwah islamiyyah bahkan, dapat saling ingat-mengingati kepada ALLAH, dalam salah satu usaha untuk menggapai redha-NYA, insyaALLAH =)
Berikut antara sahabat-sahabat blogger saya:
Sahabat-sahabat dijemput berkunjung ke blog mereka, untuk bertukar-tukar dan berkongsi ilmu insyaALLAH ^^
Akhir kalam, jangan berputus asa dari rahmat ALLAH. Bangkitlah dari kesalahan dan kelalaian, lalu digantikan dengan kebaikan dan ketaatan pada-NYA. Kalau sedih, getarkanlah hati kita dengan membaca Al-Quran dan maknanya. Kasih ALLAH tiada terhitung ^_^
suara hati ~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~
nice..lme xdenga cerite :)
ReplyDelete>Abstract of Life
Deletejazakillah fiza nooh :) lama juga tak dengar cerita awak..sembang2..huhu
rindu! ;p
ingat kta dlm doa awak =)
Assalamualaikum kak ^^
ReplyDeletelama xdgr cite kak :)
apa khabr ya ;) eh! bru perasan ada letak nama sy :)
hihihi.. kak doakan saya ya..
luv u coz Allah ^^
> Wardatul Syauqah
DeleteWaalaikumussalam adik yang disayangi ALLAH ^^
ehee..entri ni dah ceritakan serba sedikit keadaan akak sekarang ;)
insyaALLAH, adik doakan akak juga ya! =)
Ahabbakallazi ahbabtanilahu ^^
Assalamualaikum wbt sahabatku sayang..
ReplyDeleteApa kbr? Mg sentiasa dalam rahmat-Nya.. ^^
Rasa terharu nama Fatin ada kt sini, Mg ukhwah kita kekal hingga ke syurga-Nya.. =)
salam sayang,
~permata yang dicari~
> wafa zinnirah92
DeleteWa'alaikumussalam wbt sahabatku sayang.. ^^
Alhamdulillah,munirah baik-baik di rumah. Jazakillah atas doanya..dan terus mengharap doanya.. ^^
Ameen. Moga ukhwah kita kekal hingga ke syurgaNYA ^_^
salam kasih dan sayang~
singgah jejak disini..
ReplyDeleteAlhamdulillah moga senantiasa dalam jagaanNa..teruskan belajar dan menimba ilmu.. alfu mabruk wa mubarak..
p/s- kenal @ kawan shikin kembaq ke?
> Ad-Dien
DeleteSharraftu biziaratik, wa jazakallah;
saya hanya kenal saudari ckin kembaq melalui blog,kerana dia rajin tinggalkan komen,tapi tidak mengenalinya secara mendalam.