Pages

Monday, April 30, 2012

Hari-hari dalam hidupku (2)

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته



[ Abdulrahman Bakoo]

Danbo baca Quran! @viskayanesya @yasirmukhtar


Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH (^_^) Hari ini, saya suka untuk berkongsi pengalaman hidup saya. Pada saya, hari-hari dalam kehidupan di dunia ini adalah tarbiyyah (didikan) daripada ALLAH. Justeru, bergantung kepada diri kita, bagaimana kita mencerna sesuatu peristiwa dalam hidup kita..positif atau negatif, syukur atau kufur, redha atau putus asa, gembira atau sedih, dan lain-lain.

***Kisah 1***

Semasa saya di tingkatan 2, ada suatu peristiwa yang membuatkan saya berfikir.. Suatu hari, pada waktu antara maghrib dan isyak, ustaz azri memberi tazkirah (jika tidak silap, saya ingat-ingat lupa). Sekolah saya, setiap kali waktu solat fardhu, kami perlu solat di surau. Surau kami 2 tingkat; tingkat bawah untuk muslimin manakala tingkat atas adalah untuk muslimat. Kami akan solat berjemaah, dan salah seorang muslimin sebagai imam.

"Apa maksud surah An-Nas?" tanya ustaz.
"Apa maksud surah Al-Falaq?" Saya yang mendengar, jadi terkedu..

"Kita kan selalu baca surah An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas.. jadi, kita tahu tidak maknanya?" Persoalan ustaz itu mengetuk minda dan hati saya.. (Dalam hati) yelah, selama ni aku baca surah-surah tu, tak pernah nak atau terfikir untuk faham maksudnya.. apalagi surah Al-Fatihah, yang selalu aku baca setiap kali solat.. ='(

Jadi sahabat-sahabat, apa pengajarannya? Bacalah Al-Quran sentiasa/istiqamah, fahami maknanya, dan amalkan isi-isi di dalamnya..yang berupa perintah ALLAH. Saya sangat tertarik dengan kata-kata seorang akhowat, "Bersahabat baiklah dengan Al-Quran". Rasa macam nak bawa terjemahan Al-Quran atau Al-Quran je di sisi kita sentiasa.. =)


baca quran dalam lrt 560x746 Baca Quran dalam LRT, satu budaya baik
Baca Al-Quran dalam LRT - muazfaris.com


***Kisah 2***

2010. Waktu itu, pertandingan Kemahiran Amal Islami peringkat zon, di SAMBEST. Kawan baik saya, Liana, memasuki pertandingan Tafsir Menengah Atas (Perempuan). Saya berkesempatan untuk mendengarnya.

Liana (kepada semua) : Surah Al-Anfal, surah ke berapa dalam al-Quran?
Saya : ke berapa ye?

***Kisah 3***

Saya dan 2 orang kawan memasuki pertandingan kuiz. Soalan terakhir yang ditanya pada kumpulan kami adalah;

Soalan: Berikan 3 surah yang dinamakan dengan nama serangga?

Jawapan kami: Surah An-Naml (semut), surah An-Nahl (lebah) dan surah Al-'Ankabut (labah-labah).

Alhamdulillah, boleh jawab! ^_^
Saya hampir-hampir nak jawab surah Al-Fiil (gajah) ^_~


Ada beza antara terjemahan Al-Quran dan tafsir Al-Quran.


Al-Quran dan terjemahan -contoh


Tafsir Fi Zilalil Qur'an

Tafsir Fi Zilalil Qur'an oleh Sayyid Qutb - antara contoh tafsir Al-Quran


Al-Quran dan terjemahan, adalah Al-Quran dan maknanya dalam Bahasa Melayu, atau bahasa-bahasa lain, memandangkan Al-Quran diturunkan di dalam Bahasa Arab. Manakala tafsir Al-Quran adalah penafsiran makna setiap ayat Al-Quran, kerana ada sebahagian ayat Al-Quran yang boleh difahami tanpa huraian, dan ada juga ayat Al-Quran yang memerlukan huraian, asbab nuzul dan lain-lain, serta penafsiran ini tidak boleh dibuat tanpa ilmu yang benar, atau fahaman dan pendapat sendiri. Oleh itu, kita hendaklah belajar atau mendengar tafsir Al-Quran daripada pakar tafsir, dan lain-lain rujukan yang sohih. Antara tafsir Al-Quran yang saya tahu, tafsir fi zilalil qur'an, tafsir ibnu kathir, dan tafsir munir. Wallahua'lam.

Nak tanamkan rasa manisnya membaca Al-Quran, boleh dilakukan secara berdikit-dikit. Saya bagi contoh orang yang gastrik. Apakah antara perkara yang disyorkan oleh para doktor kepada yang mengalami gastrik? Mereka hendaklah kerap makan, tetapi makan dalam kuantiti yang sedikit (dalam sehari). Kata lah kita baca Al-Quran 4 muka surat, setiap kali selepas atau sebelum solat;

5 solat fardhu x 4 muka surat = 20 muka surat = 1 juzu' Al-Quran insyaALLAH.

Secara mudahnya, letakkan TARGET nak baca berapa halaman al-Quran dalam sehari. Jika kita nak baca;

sehari 6 muka surat = 2 muka surat x mana-mana 3 solat fardhu (daripada solat fardhu 5 yang kita lapang untuk baca al-Quran).

Mudah kan? Tekadkan azam yang baik ^_^

Baca Al-Quran, yang paling penting adalah, baca dengan tajwid yang betul. Dan kalau bacaan kita sedap didengar, itu satu bonus. Sahabat-sahabat, jika kita berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar dan baca Al-Quran dengan baik, alhamdulillah (segala puji bagi ALLAH). Tidak mengapa jika kita lambat mahir, dan bagi yang mahir, bolehlah kita bantu yang kurang mahir ^^

Al-Quran dan hadis Nabi SAW adalah panduan utama umat Islam.

Akhir kalam, peringatan ini buat diri ini terutamanya, dan moga sahabat-sahabat beroleh manfaatnya. Marilah kita sama-sama saling ingat-mengingati ke arah redha-NYA (",)

~Generasi Al-Quran dan Hadis~

6 comments:

  1. teruskan menulis benda2 rohani ni.. moga ramai yg terkesan..

    psl gambar tu, no hal la kalo ade backlink pd gambar yg betul.. tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. > Muaz Faris

      Terima kasih. Doa, sokongan dan nasihat kalian amat saya hargai.
      Siiru 'ala barkatillah.

      Delete
  2. rasa lagi bersemangat untuk mendalami Al-Quran..betul jugak tu..selalu baca tapi tak tau maksud nama surah... kena byk dalami lagi..inshaAllah.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. > Ckin Kembaq

      Jazakillah ukhti, atas titipannya ^_^
      Jemput datang lagi (",)

      Delete
  3. al-qur'an lah penawar...bagi mukmin,jika mereka benar2 mentadabburinya.bak kata mujtahidah 'sms' dari ALLAH.^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. > :::KHALIFATULLAH::

      Na'am ya ukhti habibati ^^ ukhti juga mendapat sahamnya,kerana mendorong diri ini untuk lebih mentadabburi al-Quran.

      Liana,teruskan mengajar al-Quran kepada orang lain..moga ALLAH merahmatimu =)

      Bantu kta jua dalam meraih redhaNYA :)

      Uhibbuki fillah (",)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...