Pages

Monday, July 1, 2013

Kehidupan : Masa

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Alhamdulillah, hari ini berkesempatan lagi untuk mendengar pengisian ^^ Pengisian daripada ayah.

Jom dengar! Untuk mengisi hati kita. Memberi makan roh kita.


Masa.

Masa diibaratkan seperti ais batu.

Ais batu yang disimpan di dalam peti ais.

Kemudian, kita membawanya keluar.

Di mana kita nak letak/gunakan ais batu itu?

Jika kita letak ia di atas meja, ia akan cair..

Jika kita letak ia di atas lantai, ia akan cair..

Jika kita letak ia di dalam jag berisi air oren, air oren akan sejuk..

Kita boleh minum air tersebut;

Ais itu tetap akan mencair, tetapi ia memberi manfaat terlebih dahulu kepada air oren.

Begitulah masa.

Kita pasti akan mati (ibarat ais yang telah cair).

Persoalannya kepada diri, BAGAIMANA KITA MENGGUNAKAN MASA?

Jika dibiarkan begitu sahaja, yakni masa diisi dengan amalan yang sia-sia, dosa; kita akan mencair dengan sia-sia.. tanpa memberi manfaat kepada diri (bekal akhirat) dan orang lain.

Jika kita manfaatkan masa kita, dengan amalan-amalan yang memberi manfaat pada diri dan orang lain (amal soleh), ia menjadi modal kita di akhirat kelak.. setelah kita meninggalkan dunia.

Ya Allah, bantulah kami dalam mengingati-MU, mensyukuri nikmat-MU dan memperbaiki amalan kami kepada-MU, amin.

Niat. Perancangan. Doa. Tindakan. Tawakkal.

Kita tidak boleh mengubah orang lain. Tetapi kita boleh mengubah diri sendiri =')

2 comments:

  1. MashaAllah , very nice sharing. jomm manfaatkann masa sebaik mungkin utk cuti sem ni :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...