بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH ^^ Saya baru selesai membaca buku ustaz Hasrizal yang bertajuk Murabbi Cinta. Biasanya, selepas kita membaca sesebuah buku, kita masih ingat beberapa point di dalam buku tersebut kan? Tetapi setelah merentasi perjalanan masa, kita akan melupakannya sedikit demi sedikit.. melainkan jika kita berusaha untuk mengamalkan ilmu yang kita dapat (",)
Oleh itu, saya bercadang untuk mencatat beberapa point dan ibrah(pengajaran) yang saya peroleh daripada buku tersebut. InsyaALLAH, kita sama-sama amalkan, dan sampaikan kepada saudara islam yang lain ^^ Mudah-mudahan, apa yang saya faham daripada pembacaan ini, adalah fahaman yang benar di sisi-NYA, amin.
Kombinasi Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga dan Murabbi Cinta. |
InsyaALLAH, antara pengajaran-pengajarannya:
1) Murabbi Cinta. Murabbi bermaksud pendidik. Murabbi umpama guru tetapi bezanya, guru yang mengajar mencetus TAHU, manakala guru yang mendidik mencetus MAHU agar bergerak menuju MAMPU (untuk mengamalkan ilmu yang diperoleh).
Ibu bapa juga seorang murabbi kan? ^_^
Dan murabbi yang agung adalah Nabi Muhammad SAW.
Oleh itu, belajarlah mengenal cinta daripada keperibadian Nabi Muhammad SAW, utusan ALLAH yang mulia! (",)
2) Mendidik diri BERFIKIR. Mendidik anak-anak BERFIKIR (bagi ibu bapa).
Zikir (mengingati ALLAH) dengan berfikir, dan berfikir dengan zikir.
Zikir dengan ayat-ayat ALLAH yang dibaca, manakala fikir pada ayat-ayat ALLAH yang dilihat dan diperhati.
Untuk lebih kefahaman - Menguasai Dua Ayat
3) Mekanisme puasa. Puasa bukan kerana kita tiada makanan atau minuman tetapi untuk MENTAATI perintah ALLAH. Oleh itu, mencetus KAWALAN DIRI. Yakni, kita tidak makan dan minum (puasa) bukan kerana kita tiada makanan atau minuman tetapi, untuk melatih diri berkata TIDAK pada sesetengah kemahuan dan hawa nafsu kita.
Kita ada makanan dan minuman, tetapi kita MEMILIH untuk taat perintah ALLAH =)
Rasulullah SAW bersabda:
"Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan daripada makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri daripada perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah, "Sesungguhnya aku berpuasa."
(Riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim/Sahih al-Targhib 1068)
4) Tingkatkan potensi diri dengan memahami pelantikan diri sebagai khalifah (al-Baqarah: ayat 30),
dan takut kepada ALLAH dengan menghayati diri sebagai hamba ALLAH (adh-Dhariyat: ayat 56).
Dengan itu, kita akan terdorong untuk menjadi hamba-NYA yang cemerlang dalam setiap aspek hidup, di dunia dan di akhirat, insyaALLAH wa amin ^_^
5) Perkahwinan bukan sekadar sebuah penyelesaian tetapi, ia adalah sebuah gagasan!
Cinta yang hendak dibawa hingga ke syurga,
Cinta yang menyatukan dua individu dalam meniti kehidupan; beserta tanggungjawab,
Cinta yang mendidik anak-anak,
Ke arah cinta ALLAH dan Rasul-NYA!
Wallahua'lam. Moga ALLAH redha, amin. Segala yang baik itu datangnya daripada ALLAH, dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri, kerana alpa akan perintah-NYA. Mohon tunjuk ajar (",)
yang terbaru! ^^,
klik sini untuk mengetahuinya lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment