Pages

Saturday, February 11, 2012

Muhasabah diri

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan ke hadrat ilahi, ALLAH S.W.T. yang tercinta, serta selawat dan salam berterusan ke atas Nabi Muhammad S.A.W. yang dirindui.

Sedikit kata-kata untuk muhasabah diri.

Saya pernah berkongsi rasa dengan ayah, "Ayah, akak risaukan kawan-kawan akak.. Dari segi menutup aurat, pergaulan antara lelaki dan perempuan, dan masalah-masalah yang lain.."

Lalu ayah berpesan, "Nasihatilah mereka dengan baik. Usaha nasihat itu cumalah 10% sahaja, lagi 90% lihatlah pada zikir pagi dan petang kita, doa kita, solat tahajud kita..adakah kita mendoakan mereka, kerana hidayah dan taufiq itu adalah milik ALLAH."

AllahuAkbar!

Kadangkala kita teralpa dari melihat kesalahan diri.. Kuncinya terletak pada HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH.. Dan orang yang baik hubungannya dengan ALLAH, insyaALLAH akan baik juga hubungannya dengan manusia..

Teringat akan Sultan Muhammad Fateh, bukan sahaja solat fardhunya dijaga, malahan diiringi malamnya dengan solat-solat sunat..

HABLUM MINALLAH WA HABLUM MINANNAS!

"Sesungguhnya, semua hukum di dalam islam pasti ada maslahahnya (kebaikan). Hikmah pensyariatan islam adalah untuk memberi maslahah dan mengelak keburukan. Solat disyariatkan supaya/untuk kita mengingati ALLAH dan bermunajat kepada-NYA."


A014
"Sesungguhnya Akulah ALLAH; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku." (Taha 20:14)


A079
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (Al-Israa' 17:79)


Melazimi istighfar, istighfar dan istighfar.. Memohon keampunan daripada ALLAH..

4 comments:

  1. SAMA2 la kita muhasabahkan diri kita.. :D InsyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. > AiSyA LiEzA

      terima kasih aisya.. (^_^)

      ingatkan akak agar mendekatkan diri padaNYA.. =)

      uhibbuki fillah~

      Delete
  2. Salam sayang bersulam rindu buat Munirah yang dikasihi fillah..

    Jzakillah hkk, atas perkongsian ini.. Fatin mohon share boleh?^_^

    Kadang2 kita rasa kita dah terbaik, rupanya ada lg kekhilafan kita dengan Allah.

    Moga-moga Allah sudi pandang kita yang sering melakukan kesalahan dan sudi mengampunkan kita..
    Siapalah kita kalau Allah xsudi lg memandang kita..
    Sama2 kita muhasabah..

    jika munirah kelapangan jemputlah ke blog fatin nnt membaca cerpen yg x seberapa tu..=)

    Mg Allah kasih. ^_^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  3. > wafa zinnirah92

    menyambut salam sayang bersulam rindunya.. (^_^)

    jazakillahu khoir aidhon, Fatin yang dikasihi fillah.. =)

    Boleh..dan Fatin dialu-alukan untuk memperbaiki atau menambah apa yang kurang pada perkongsian ini ^^

    alhamdulillah,jazakillah atas jemputannya..maafkan munirah kerana tidak berkesempatan untuk melawat, membaca dan meninggalkan komen di blog Fatin.. Allahu yusahhil, amin (",)

    moga ALLAH kasih jua ^_^ uhibbuki fillah~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...