بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, saya dapat mesej tersebut pada tarikh 25 Januari 2012 jadi, keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2011 (STAM) keluar pada 26 Januari 2012 (Khamis). Terima kasih dik beritahu akak ^_~ akak sangat-sangat hargai. Apabila menerima mesej ini, saya teringat akan seseorang.. Seseorang yang istimewa di dalam hidup saya.
Hari-hari dalam hidupku.. Pada entri ini, saya senang untuk bercerita pengalaman dan perkara-perkara yang pernah berlaku di dalam hidup saya. Harapan saya, agar saya dan sahabat-sahabat yang membaca, dapat mengambil ibrah (pengajaran) dan motivasi daripadanya.. Dan insyaALLAH menjadi kenangan saya di masa hadapan ^_~
Basmah.. itulah gerangannya. Perempuan, dan muda setahun dari saya. Dia menduduki STAM 2011. Saya pernah belajar subjek STAM pada tahun 2010, tetapi saya hanya belajar selama 4 bulan, dan kemudian mengambil course saya sekarang. Melalui Basmah, banyak perkara yang saya belajar. Seorang yang nakal, ceria, baik hati - secara ringkasnya. Basmah bermaksud senyum/senyuman.
Perkenalan kami, ada keunikannya tersendiri. Sehingga kini, kenangan itu sering membuatkan saya tersenyum lebar, atau senyum sorang-sorang, ehee ^__^
Pada waktu itu, saya tingkatan 2 dan Basmah tingkatan 1. Saya bertekad dan berazam untuk sentiasa tersenyum dan mengucapkan salam kepada sesiapa sahaja (perempuan) di sekolah atau di asrama yang saya jumpa, tidak kira tua, muda atau sebaya (transformasi, hehe ^^,) Suatu hari, saya jumpa Basmah.. Lalu, saya beri salam padanya. Dengan tersenyum, Basmah menjawab salam saya.
Basmah : Ish akak ni..akak pula bagi salam. Patutnya saya sebagai yang muda ni yang patut bagi salam.
Saya : Ehee, takpe lah.. Kan memberi salam baik, siapa-siapa boleh bagi salam, tak kira umur. Pahala pun dapat lebih ^^
Basmah : Takpe2, lepas ni kita pastikan yang kita bagi salam dulu, nak pahala banyak juga.
Hari-hari berikutnya, apabila kami berjumpa, kami sering berlumba-lumba untuk memberi salam. Tetapi selalunya, sayalah yang dapat bagi salam dulu! ^_~ Hehe..lagilah Basmah geram! ^^, Namun, kadang-kadang Basmah dapat juga beri salam pada saya dahulu! ^_^
Alhamdulillah, daripada peristiwa ini, terjalinlah persahabatan antara kami.. Persahabatan antara adik dan kakak. Ukhwah yang terpatri dan berpaksi atas keimanan padaNYA, tanpa mengenal pelbagai faktor ^^
Dan alhamdulillah, semasa saya tingkatan 4, dan Basmah tingkatan 3, kami tinggal di dalam satu dorm..dorm 21. Katil di dorm kami, katil 2 tingkat, atau ayah saya panggil, katil double decker, hehe. Saya dan Basmah dapat katil yang sama, cuma bezanya katil Basmah di tingkat bawah, katil saya pula di tingkat atas. Pelik ke? Saya sendiri yang nak katil di tingkat atas, nak merasa apa yang bestnya katil di tingkat atas ^_~
Hampir setiap malam, kami bercerita.. Menambahkan lagi taaruf dan cuba memahami diri masing-masing.. Sampaikan, pernah sekali, warden round asrama. Kami tidak perasan kerana terlalu leka bercerita, sedangkan jam sudah melewati 12 malam. Apabila ustazah masuk, kelam kabut saya naik katil di tingkat atas. Tapi, tak sempat nak buat-buat tidur, sebab ustazah dah perasan..hee..malu kami.. ^_~ Ustazah tanya, "Ni kenapa tak tidur lagi ni? Sembang apa sampai tak tidur-tidur?" Hanya mampu menjawab dengan sengihan.. ^^
Banyak perkara yang saya belajar daripada Basmah, terutama untuk lebih menghargai kedua ibu bapa kita. Basmah menceritakan pengalamannya ketika kematian ayahnya, sewaktu itu dia masih kecil. Dan suasana ketika ibunya meninggal dunia semasa umurnya 12 tahun. Kini, abangnya yang menjaganya. Memberi keinsafan kepada diri, untuk lebih menghargai dan berbuat baik kepada ibu bapa..Allah..
Setelah saya tamat tingkatan 5, kami cuma dapat berhubung melalui handphone. Namun begitu, ingatan saudara kepada saudaranya yang lain kan di dalam doa-doanya ^^
Alhamdulillah Ya ALLAH, atas ukhwah ini.. atas tarbiyahMU ini.. atas peluangMU ini.. Mudah-mudahan kami mengambil manfaat dan hikmah daripada qadar dan qada' MU, amin. Peringatan buat diri;
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
Marilah kita membaca..menghayati kalam ALLAH.. Bukakan dan lembutkan hati kita untuk menerima peringatanNYA.. Allahu Allah..
اَللَّهُمَّ اِنَّ نَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّة وَنَعُوْذُبِكَ مِن سَخَطِكَ وَالنَّار
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon redhaMU dan syurgaMU, dan peliharalah kami dari azab seksa nerakaMU (mafhum doa)
Amin..
Ibrah:
Ibrah:
- Menyebarkan salam sesama orang islam terutamanya.
- Ukhwah Islamiyyah adalah persaudaraan atas keimanan kepada ALLAH.
- Berbuat baik kepada ibu bapa,dan mendoakan kebaikan mereka sama ada ketika mereka masih hidup ataupun telah meninggal dunia.
Assalamualaikum wbt Munirah syg fillah.. =)
ReplyDeleteYa, Ukhwah yang benar membawa ingatan pada Allah...
Subnallah, manisnya ukhwah bersulam mahabbah kerana Allah semata2.. ^^
"Tahniah buat Basmah yang telah berjaya dlm pelajaran"
Moga ukhwah terus kekal kerana Allah swt semata2.. ^_^
Ahabbakillazi ahbabtanilahu.. =)
~permata yang dicari~
> wafa zinnirah92
DeleteWa'alaikumussalam wbt Fatin syg fillah.. =)
Alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH.. ^^
Ukhwah yang membawa kepadaNYA..jazakillah khoir ya ukhti habibati! ^^
Amin.. Ahabbakillazi ahbabtanilahu.. ^_^
~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~
inilah ukhwah kerana Allah.. ^_^
ReplyDeleteamin..moga itulah pada pandangan ALLAH =)
Deletesalam mahabbah fillah ukhti habibati~ ^_^
Afshuu as-salam bainakum...Sebarkanlah salam antara kamu ^_^ nak ikut Irah juga~
ReplyDeleteSabda Rasulullah s.a.w maksudnya: " Kamu tidak akan masuk syurga kecuali kamu beriman dan tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah jika aku beritahu kepada kamu sesuatu yang apabila kamu lakukan boleh mencetuskan kasih sayang di antara satu sama lain? Iaitu sebarkanlah salam di antara kamu. "
Delete(Riwayat Muslim Abu Hurairah r.a )
~menyebar salam pencetus kasih sayang sesama muslim ^_^
> ::Zahratu Billaurah::
ehee..gembira dgn kdtgn zahra ke sini.. ^_^ apa yg baik,ikutlah..dan apa yg xbaik,tegurlah.. =)
salam sayang fillah buat zahra,dan buat shbt2 lain ^^,