Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH ^_^
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
19 Ogos 2012, Ahad, 1 Syawal 1433H. Alhamdulillah, aidilfitri tahun ini disambut di kampung; iaitu di Sitiawan, Perak. Kami sekeluarga bertolak dari rumah selepas solat Zohor. Pada hari raya pertama, pak long beraya bersama kami manakala pada hari raya kedua, pak ngah dan mak ngah pula datang beraya di kampung. Pagi 21 Ogos, kami bertolak pulang ke rumah.
Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung, kami terserempak dengan beberapa accident. Di kala itu, terlintas di fikiran saya, "Kereta yang mereka naiki dah rosak kerana kemalangan, macam mana lah mereka nak sampai ke destinasi?"
Nilai murni: Bersyukur kerana selamat sampai ke destinasi.
Ada yang kemalangan kerana mengantuk semasa memandu. Namun ada juga yang mengantuk tetapi selamat. Ada yang kemalangan kerana kenderaan lain yang merempuhnya, namun ada pemandu yang tidak berhati-hati ketika memandu tetapi tidak mengalami kemalangan. Itulah takdir atau ketentuan ALLAH Subhanahu Wa Taala Yang Maha Mengetahui. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Kita seringkali tidak dapat menyingkap hikmah tersebut lantaran kelemahan kita sendiri. Kita HAMBA ALLAH =')
Tidak semestinya perkara baik yang berlaku pada kita adalah baik untuk kita, dan tidak semestinya perkara buruk yang berlaku pada kita adalah tidak baik untuk kita. Renungkan firman ALLAH ini;
"... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah 2:216)
Saya teringat, sewaktu saya dan adik-adik masih kecil, ayah saya tak bagi kami main bunga api, apatah lagi mercun. Kami bertanya ayah, apakah sebabnya? Ayah memberikan 3 sebab;
1- Beli bunga api/mercun, umpama membakar duit (kerana aktiviti ini kurang berfaedah)
2- Kita seperti memberi jin makan (asap makanan jin)
3- Umpama kita bermain-main dengan api neraka, sedangkan matlamat kita adalah mahu dijauhkan dari api neraka (sebab bermain dengan api, niat saja-saja)
Wallahua'lam. Bukanlah saya hendak menghalang anda untuk bermain bunga api/mercun, cuma ingin memupuk kesedaran dalam setiap apa yang kita buat, kerana kita akan disoal di akhirat kelak atas setiap amalan kita, yang kecil mahupun yang besar.
Semasa saya Tingkatan 1, ayah ada lah beli sedikit bunga api, supaya kami dapat merasa bagaimana bermain bunga api. Ayah berpesan, istighfarlah semasa main bunga api tu. Memandangkan ayah beritahu kami sebab kenapa ayah tidak menggalakkan kami bermain bunga api, lama-kelamaan kami sendiri yang tidak mahu atau tidak kisah jika ayah tidak beli bunga api. Alhamdulillah, didikan dari rumah (ibu bapa) ^_^
Saya akhiri kalam saya untuk entri ini. Buat pembaca setia atau pengunjung yang sering datang ke blog ini, saya memohon jutaan kemaafan atas keterlewatan entri kali ini. Doakan kebaikan buat saudara islam kita =)
Salam mahabbah. ~CINTA ALLAH & RASUL~
No comments:
Post a Comment