Pages

Thursday, May 24, 2012

Ibuku Temanku

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALLAH Ar-Rahim


Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH (",) Tajuk di atas merupakan salah satu topik perbincangan dalam rancangan Tanyalah Ustazah di TV9. Suka saya untuk mencoretkannya di sini bagi peringatan bersama.

Ada 5 pandangan yang apabila kita melihatnya sahaja, kita beroleh pahala. Apa dia?
  1. Melihat mashaf Al-Quran
  2. Melihat Kaabah
  3. Melihat air zam-zam
  4. Melihat muka ibu dan ayah
  5. Melihat lautan
Subhanallah! Maha Suci ALLAH.. ^^

Melihat mashaf Al-Quran, dapat pahala. Membaca Al-Quran pula, satu huruf yang dibaca bersamaan dengan 10 ganjaran. Melihat Kaabah dapat pahala, apatah lagi apabila kita bertawaf mengelilinginya. Melihat air zam-zam dapat pahala, bayangkan pula kebaikan yang kita bakal peroleh apabila meminumnya. Melihat muka ibu dan ayah dapat pahala, apatah lagi jika berbuat baik kepada mereka, sebagaimana yang disyariatkan ALLAH. Melihat lautan juga dapat pahala, apatah lagi apabila kita menjaganya daripada sebarang pencemaran dan kerosakan, bahkan mentadabburinya sebagai salah satu tanda-tanda kekuasaan ALLAH Subhanahu wa Ta'ala =)

"Para ibu dan bapa, kalau kita nak anak yang soleh, kita dahulu yang kena jadi soleh!"

Semua orang adalah anak, ada ibu dan bapa, melainkan Nabi Adam dan Hawa serta Nabi Isa.

Salah seorang audiens bertanya, "Macam mana kita nak jadi ibu yang solehah?"
Yang pertama, kita kena jaga solat.
Bagi bapa, ajaklah anak lelaki solat berjemaah di masjid atau surau.. Para ibu pula, solatlah di awal waktu..
InsyaALLAH, apabila kita bimbing diri kita dan anak-anak kita solat, kelak anak-anak kita pula akan membimbing tangan kita untuk bertawaf di Kaabah, menolak kerusi roda untuk melaksanakan sai'e antara Safa dan Marwah.. Nice,right? ^^
Ibu-ibu dan bapa-bapa, bangunlah solat di waktu malam..merayulah pada ALLAH..

Kedua, hormatilah ibu kita;
lagi-lagi buat anak lelaki, kerana anak lelaki perlu taat pada ibunya sehingga mati.
Bagi isteri, ingatkan suami untuk sentiasa tanya khabar ibunya (mak mentua).
Ibu dan ayah kita sekarang, juga adalah anak kepada ibunya (nenek kita). Dan kita juga adalah ibu atau ayah kepada anak-anak kita atau bakal ibu atau ayah (sama ada telah berkahwin atau belum).
Kita lengkapkan barang-barang keperluan kita di rumah, adakah kita bertanya ibu kita di kampung, "Mak, beras ada tak mak? Kalau dah kurang, boleh saya telefon kedai depan rumah mak untuk hantarkan."
Kita di rumah dapat makan kenyang-kenyang, ibu di kampung tidak lalu makan kerana teringatkan anaknya, adakah kita bertanyakan si ibu makan apa hari ini?

Contoh-contoh ibu solehah yang boleh kita ambil pelajaran?
Saidatina Siti Khadijah, Siti Hajar dan Siti Maryam..
Siti Maryam, ibu Nabi Isa..di saat dia melahirkan Nabi Isa, dengan kesakitan yang tiada tertanggung, tiada siapa di sisinya..
Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim, ibu kepada Nabi Ismail..saat ditinggalkan di padang pasir bersama bayinya atas arahan ALLAH, berulang-alik antara bukit Safa dan Marwah, dan berakhir di Marwah, justeru air zam-zam itulah bukti pengorbanan beliau..
Hebatnya dugaan mereka; namun mereka tetap taat akan perintah ALLAH, lalu jadilah mereka insan-insan yang hebat pada pandangan ALLAH Subhanahu wa Ta'ala.

Bagaimana pula untuk menjadi anak yang soleh?

(Al-Israa' : ayat 23-24)
(Luqman : ayat 14-15)

Link to this post- Apa hala tuju hidup kita?

Wallahua'alam. Ilmu keibubapaan adalah antara ilmu yang boleh kita pelajari dan timba, sama ada sudah berkahwin atau pun belum. Ini serba sedikit yang saya ingat dan faham daripada kuliah tersebut. InsyaALLAH, apabila kita niat dan berazam, kita bisa mendorong anggota badan kita untuk mengamalkannya =)

Moga bertemu dalam redhaNYA lagi insyaALLAH. Barakallahu fikum! ^_^

Monday, May 14, 2012

Murabbi Cinta

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH ^^ Saya baru selesai membaca buku ustaz Hasrizal yang bertajuk Murabbi Cinta. Biasanya, selepas kita membaca sesebuah buku, kita masih ingat beberapa point di dalam buku tersebut kan? Tetapi setelah merentasi perjalanan masa, kita akan melupakannya sedikit demi sedikit.. melainkan jika kita berusaha untuk mengamalkan ilmu yang kita dapat (",)

Oleh itu, saya bercadang untuk mencatat beberapa point dan ibrah(pengajaran) yang saya peroleh daripada buku tersebut. InsyaALLAH, kita sama-sama amalkan, dan sampaikan kepada saudara islam yang lain ^^ Mudah-mudahan, apa yang saya faham daripada pembacaan ini, adalah fahaman yang benar di sisi-NYA, amin.


Kombinasi Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga dan Murabbi Cinta.


InsyaALLAH, antara pengajaran-pengajarannya:

1) Murabbi Cinta. Murabbi bermaksud pendidik. Murabbi umpama guru tetapi bezanya, guru yang mengajar mencetus TAHU, manakala guru yang mendidik mencetus MAHU agar bergerak menuju MAMPU (untuk mengamalkan ilmu yang diperoleh).

Ibu bapa juga seorang murabbi kan? ^_^

Dan murabbi yang agung adalah Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu, belajarlah mengenal cinta daripada keperibadian Nabi Muhammad SAW, utusan ALLAH yang mulia! (",)


2) Mendidik diri BERFIKIR. Mendidik anak-anak BERFIKIR (bagi ibu bapa).

Zikir (mengingati ALLAH) dengan berfikir, dan berfikir dengan zikir.

Zikir dengan ayat-ayat ALLAH yang dibaca, manakala fikir pada ayat-ayat ALLAH yang dilihat dan diperhati.

Untuk lebih kefahaman - Menguasai  Dua Ayat


3) Mekanisme puasa. Puasa bukan kerana kita tiada makanan atau minuman tetapi untuk MENTAATI perintah ALLAH. Oleh itu, mencetus KAWALAN DIRI. Yakni, kita tidak makan dan minum (puasa) bukan kerana kita tiada makanan atau minuman tetapi, untuk melatih diri berkata TIDAK pada sesetengah kemahuan dan hawa nafsu kita.

Kita ada makanan dan minuman, tetapi kita MEMILIH untuk taat perintah ALLAH =)

Rasulullah SAW bersabda:
"Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan daripada makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri daripada perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah, "Sesungguhnya aku berpuasa."
(Riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim/Sahih al-Targhib 1068)


4) Tingkatkan potensi diri dengan memahami pelantikan diri sebagai khalifah (al-Baqarah: ayat 30),

    dan takut kepada ALLAH dengan menghayati diri sebagai hamba ALLAH (adh-Dhariyat: ayat 56).

Dengan itu, kita akan terdorong untuk menjadi hamba-NYA yang cemerlang dalam setiap aspek hidup, di dunia dan di akhirat, insyaALLAH wa amin ^_^


5) Perkahwinan bukan sekadar sebuah penyelesaian tetapi, ia adalah sebuah gagasan!

Cinta yang hendak dibawa hingga ke syurga,

Cinta yang menyatukan dua individu dalam meniti kehidupan; beserta tanggungjawab,

Cinta yang mendidik anak-anak,

Ke arah cinta ALLAH dan Rasul-NYA!


Wallahua'lam. Moga ALLAH redha, amin. Segala yang baik itu datangnya daripada ALLAH, dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri, kerana alpa akan perintah-NYA. Mohon tunjuk ajar (",)


yang terbaru! ^^,
klik sini untuk mengetahuinya lebih lanjut.


Sunday, May 6, 2012

Segmen : Geng Blogger

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH. Sahabat-sahabat apa khabar? Mari kita sentiasa memuhasabah diri.. dengan menilai bagaimana kita mengisi setiap detik dalam kehidupan kita, ALLAH sebagai pengawas yang sebenar-benarnya.

Blog Aisyah Humaira' adalah blog kawan saya, dan kami mempunyai nama yang sama, iaitu Munirah ^^ Saya mengenalinya semasa kami sama-sama mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di SAMT Kuala Kubu Bharu.

Entri ini, saya khususkan buat niera, pemilik blog Aisyah Humaira', bagi menyertai Segmen : Geng Blogger Sahabat-sahabat juga sangat dialu-alukan untuk menyertai segmen ini, sebagai tanda sokongan dan perkenalan :)

Saya Geng Blogger C ^_^

Tarikh tutup: 12 Mei 2012 (Sabtu), 11.59 malam

Andai saya tidak bertahan lama dalam dunia blog, moga saya menyumbang sesuatu jua kepada ummah dan islam walau dalam bidang lain. Doakan kebaikan sesama muslim =)

Ilal liqa' insyaALLAH (",)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...