Pages

Thursday, August 16, 2012

Menabung

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته


الحمْد لله ربّ العلميْن, والصّلاة والسّلام على اَشْرف الأنْبيآء والمرْسلين وعلى آله 
وصحْبه أجْمعيْن. أمّا بعْد


Sahabat-sahabat apa khabar? Moga terus ceria dan bertenaga di 10 malam terakhir Ramadhan.. (",) InsyaALLAH, hari ini, saya ingin bercerita serba sedikit tentang diri saya. Moga ada manfaatnya.

Pada awal bulan Ogos yang lepas, umur saya sudah menjangkau 20 tahun. Selalunya pada hari lahir seseorang, dia ingin menerima ucapan selamat hari lahir. Fitrah manusia, mahu dihargai.

Bagi yang menyambut hari lahir, kita merasakan bahawa kitalah yang patut menerima ucapan selamat hari lahir. Lalu, saya terfikir sesuatu. Saya merasakan bahawa insan yang lebih layak menerima ucapan pada hari lahir kita adalah ibu kita, dan ayah kita- pendapat saya. Jika ibu kita tidak melahirkan kita, kita tidak akan dapat menyambut hari lahir. Mungkin, kita boleh lakukan, di hari lahir kita, kita katakan pada ibu kita, "Terima kasih ibu kerana melahirkan saya, menjaga saya dan sebagainya". Dan tak lupa mendoakan kedua ibu bapa kita di dalam doa-doa kita..

Bagi yang pernah buat, syabas saya ucapkan! ^_^

Di dalam Islam, kita bukanlah hanya mengucapkan terima kasih dan mendoakan mereka (lisan dan syukur di dalam hati) bahkan, kita kena berusaha untuk berbuat baik, berbakti kepada mereka. Redha ALLAH terletak pada redha ibu bapa. Ibu bapa soleh, anak soleh insyaALLAH, amin (",)

Alhamdulillah, saya dapat course Sarjana Muda Pengajian Islam Dan Sains (Biokesihatan). 2 September 2012 adalah tarikh untuk saya mendaftar di KK11, Universiti Malaya. Doakan kesejahteraan untuk saya, jazakumullahu khoir!



Menabung. Menabung sifatnya berterusan atau terputus-putus? Berterusan kan.. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sebagai contoh, kita simpan 20 sen setiap hari. Setahun, berapa yang kita dapat simpan? RM 0.20 x 365 hari = RM 73.00. Syok tu! Lebih RM 50 dapat kita kumpul.. ^^,

Itu jika kita menabung duit. Begitu jugalah untuk kita menabung amalan soleh kita, sebagai persediaan untuk hari akhirat, untuk menghadap dan kembali kepada ALLAH SWT. Kunci menabung adalah istiqamah, iaitu berterusan.

Sebagai contoh, kita istiqamah berzikir atau berwirid setiap kali selepas solat. Kita istiqamah membaca al-Quran setiap hari. Solat fardhu 5 kali sehari semalam memang wajib. Dan pelbagai lagi amalan soleh.. =)

Ada yang kata, hidup atau masa muda cuma sekali, kena enjoy lah. Sebenarnya, jika hidup hanya SEKALI, dan MATI itu tidak diketahui tarikh dan masanya dengan tepat, adakah hidup ini perlu disia-siakan? Mari renungkan bersama..muhasabah diri..



Sahabat-sahabat pernah dengar IHSAN? Baginda Rasulullah SAW bersabda, "... Engkau menyembah ALLAH seolah-olah engkau melihat-NYA, jika engkau tidak melihatnya sesungguhnya DIA selalu melihatmu ..."  Lihat hadis ini yang lengkap - Ingatkah Kita Lagi?

ALLAH Maha Melihat.

Cuba bayangkan anda berada di dalam situasi ini. Anda seorang pekerja di pejabat. Bos anda meletakkan CCTV bagi memantau setiap gerak-geri pekerja-pekerjanya. Adakah kita akan culas atau berani untuk curi tulang ketika bekerja, sedangkan anda tahu bahawa bos anda sedang dan sentiasa memerhati anda.. Tidak kan? Anda semestinya akan BUAT YANG TERBAIK (dalam konteks ini, bekerja) untuk mendapatkan ganjaran yang terbaik juga..

Begitulah juga kita sekarang, hamba ALLAH. ALLAH Maha Melihat, setiap apa yang kita buat sekarang. Bagaimanakah keadaan kita sekarang? Sedang melakukan ketaatan kepada-NYA atau bergelumang dengan maksiat? Adakah masih lalai dari mengingati-NYA? Astaghfirullah.. Aku mohon ampun pada-MU Ya ALLAH..Tuhan Sekalian Alam.

Ya ALLAH, kami mohon hidayah dan taufiq dari-MU, amin Ya Rabbal 'Alamin.

Moga penulisan dan pertemuan kita ini, menjadi zikir kita kepada-NYA, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Salah dan silap mohon dimaafi. Seeru 'ala barakatillah! ^_^

16 Ogos 2012, 27 Ramadhan 1433H.

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum... tahniah...

    moga Allah berkati setiap langkahmu.. insya Allah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam :))

      Alhamdulillah,terima kasih atas ucapan tahniah dan doanya =') doa yg sama buat Cik Aqilah Wardah.. ^_^

      Uhibbuki fillah! ;)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...