Pages

Saturday, December 24, 2011

Kembara menuju Ilahi ^^

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar sahabat-sahabat? ^_^ InsyaALLAH, malam ini (24 Disember 2011) saya dan sahabat-sahabat satu course akan menaiki bas.. ke mana?? Menuju Nilam Puri, Kelantan ^^ Objektif utama kami membuat lawatan ini adalah untuk ziarah adik-adik APIDS di sana, mengerat ukhwah fillah insyaALLAH (",)

Saya sangat gembira dengan kunjungan sahabat-sahabat ke laman saya ini. Oleh itu, saya ingin memohon maaf kerana buat masa ini saya tidak dapat membalas kunjungan sahabat-sahabat. InsyaALLAH, moga kita dipertemukan lagi oleh ALLAH dalam redhaNYA, ameen. Doakan perjalanan dan urusan kami lancar. Bagi saya, doa seorang sahabat kepada sahabatnya sangatlah berharga. Sangat menggembirakan hati ini. Kerana dia mengingati kita di dalam doanya.. Subhanallah.. ^^

Saya titipkan kata-kata di sini, buat peringatan kita bersama ^^

Sometimes you asked ALLAH for strength but ALLAH gave you difficulties to make you strong.
Sometimes you asked ALLAH for wisdom but ALLAH gave you problems to solve.
Sometimes you asked ALLAH for courage but ALLAH gave you obstacles to overcome.
Sometimes you asked ALLAH for love but ALLAH gave troubled people to help
and sometimes you asked ALLAH for favours but ALLAH gave you opportunities..

Maybe you received nothing you WANTED but you received everything you NEEDED.

"Verily after each difficulty, there's a relief" (asy-Syarh : 6)

^_^


Saturday, December 17, 2011

Dunia jambatan akhirat =)

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahlan wasahlan! Selamat datang! Welcome! ^_^


Alhamdulillah, bertemu lagi kita di sini. Mudah-mudahan pertemuan kita ini disertai dengan niat untuk mendapat redha, rahmat, dan pengampunan ALLAH, amin =) Suka saya bertanya, sahabat-sahabat apa khabar? Ingatlah, walau di mana dan situasi kita, kita (muslim) ada ALLAH! Sedih, kita ada ALLAH.. Gembira, kita ada ALLAH.. Hidup kita, untuk ALLAH.. Justeru, pabila semuanya kerana ALLAH, hendaklah kita mentaati segala perintah ALLAH dan meninggalkan segala larangan ALLAH, insyaALLAH boleh! ^_^

Perkongsian link - SABAR DAN SYUKUR

Hari ini, saya suka nak bercerita. Cerita tentang hidup saya. Serba sedikit pengenalan tentang diri saya, dan perjalanan hidup saya. Muhasabah di penghujung tahun 2011 ini, saya baru tersedar yang saya bakal mengakhiri umur belasan tahun. Bukanlah bermakna hari lahir saya pada bulan 12, cuma kalau mengikut tahun, tahun ini saya berumur 19 tahun. Lalu muncul pertanyaan di dalam diri, "Amalanku bagaimana?" "Sejauh mana ALLAH matlamatku?" Tanggungjawab dan amanah sebagai hamba ALLAH, sebagai umat Nabi Muhammad SAW, sebagai anak kepada kedua ibu bapaku, sebagai kakak kepada adik-adik, sebagai pelajar, sebagai sahabat, dan beberapa amanah yang dipertanggungjawabkan dalam organisasi.. Semuanya menuntut niat yang benar dan tawazun (keseimbangan)! Bagi sahabat-sahabat yang suka membaca buku, dan ingin lebih faham konsep tawazun, saya cadangkan novel VT tulisan saudara Hilal Asyraf (",)


cover-vt-201x300
best! (",)


Apa yang saya boleh kongsi tentang konsep tawazun dalam urusan kehidupan kita, tawazun bukan bermaksud 'bahagi sama rata' tetapi menyusun kehidupan mengikut keutamaan (aulawiyat). Kita belajar bersungguh-sungguh, dan dalam masa yang sama kita hendaklah menjaga perintah ALLAH. Kita beribadah mendekatkan diri pada-NYA, dan dalam masa yang sama kita jaga kesihatan, buat baik pada ibu bapa dan keluarga, dan lain-lain. Ringkasnya, seimbangkan antara dunia dan akhirat, agar mudah-mudahan kita beroleh kejayaan yang hakiki (kejayaan yang diredhaiNYA) di dunia dan di akhirat, amin =)

Alhamdulillah, tamat SPM pada tahun 2009 yang lepas, saya meneruskan pengajian di Universiti Malaya. Sebelum itu, saya sempat belajar subjek STAM di SAMT Kuala Kubu Bharu, Selangor. Saya ambil jurusan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains (APIDS). Kos ini cuma ada di UM je tau, jadi adik-adik yang berminat untuk sambung pengajian dalam kos ini, sangat-sangat dialu-alukan! ^_^ Boleh isi di dalam borang upu..

APIDS, tempoh asasi adalah selama 2 tahun/4 semester. 2 semester belajar subjek agama dan matematik di UM Nilam Puri, Kelantan, dan 2 semester lagi belajar subjek sains dan agama di UM Petaling Jaya (kampus induk). Kita boleh pilih sama ada nak sains hayat atau sains fizikal. Saya pilih sains hayat. Kemudian, tahun pertama  degree barulah ada pengkhususan; sesiapa yang ambil sains hayat boleh mohon untuk ambil Biokesihatan, Bioteknologi, Genetik atau Sains Alam Sekitar (SPAS). Sains fizikal pula sama ada nak Sains Fizik atau Sains Komputer. Tahun ke-2 degree pula, insyaALLAH ada pengkhususan lagi bagi jurusan masing-masing. Sebagai contoh, yang ambil biokesihatan, dia boleh pilih nak pengkhususan forensik, farmasi, dan lain-lain. Sekarang saya di dalam semester 4. Satu lagi tambahan, subjek Bahasa Arab adalah subjek wajib atau kemestian bagi sesiapa yang mengambil kos APIDS =)

Antara yang menarik pada saya adalah apabila ada lab. Kami bukan setakat belajar teori di dalam kuliah tetapi ada juga praktikalnya =) Setiap minggu, ada 3 lab iaitu lab biologi, fizik dan kimia (bagi sains hayat). Pada tarikh 12/12/2011 (isnin), eksperimen bio kami tentang 'nervous system'. Oleh itu, bahan eksperimen kami adalah anak katak. Dua orang, satu katak. Alhamdulillah, satu pengalaman dan pengajaran buat saya. Bagaimana untuk hadapi rasa 'takut' nak pegang katak, kenapa (niat) kita buat eksperimen terhadap katak itu.

Semester 3 yang lepas, kami kena bedah tikus putih, untuk eksperimen 'reproductive organ'. Setakat ni, itu sahajalah eksperimen biologi yang melibatkan haiwan. Selain itu, melukis spesimen under microscope, atau tumbuh-tumbuhan, dan lain-lain; mengikut tajuk dan keperluan sesuatu eksperimen. Kalau eksperimen fizik, berkaitan elektrik, atau cari nilai daya graviti, conservation of momentum, dan sebagainya. Eksperimen kimia banyak melibatkan cecair-cecair kimia seperti mengenal pasti cation mengikut Group, mengenalpasti ciri-ciri alkane, alkene, alkyne, toluene (aromatic compound).


suasana di makmal bio =)
credit to: aiman maripat

maaf,biasa-biasa sahaja.


Wallahua'lam. Jazakumullah (terima kasih) kerana sudi membaca di sini. Islah nafsi wad'u ghairi, peringatan untuk diri. Moga bertemu di dalam redhaNYA lagi, amin =)

Monday, December 12, 2011

Hamba yang baik tidak riyak!

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Alhamdulillah, sahabat-sahabat apa khabar? Maaf ye kerana agak lama saya tak bertanya khabar kalian.. Iman kita pula apa khabar? Jangan lupa recheck selalu ye, dengan memuhasabah dan mengkoreksi diri dan amalan.. (^_^)

Sahabat-sahabat, apakah yang akan berlaku kepada diri dan iman, jika kita lalai dan leka? Keadaan ini akan membuatkan kita jauh dari ALLAH. Apabila kita jauh dari ALLAH, kita susah untuk terima kebaikan, atau liat untuk melaksanakan ketaatan. Pelbagai alasan akan dibina.. keburukan dan kejahatan mudah meresap dalam diri.. Jika begitulah keadaanya, adakah hati kita tenang? Kehidupan kita tenteram? Urusan kita dipermudahkan-NYA? Secara ringkasnya, jika kita tidak penuhkan hati kita dengan mengingati ALLAH, kebaikan, taat perintah ALLAH, hati kita akan diisi dengan jahiliyyah. Oleh itu, ayuh kita sama-sama berhijrah ke arah kebaikan setiap masa! (",)

Baiklah terus kepada tajuk. Sebelum itu, saya mohon sahabat-sahabat untuk 'start' dan 'pause' video di atas, mudah-mudahan kita dapat top up ilmu dan lebih menghayati tajuk perkongsian kita kali ini ^_^

Saya terfikir..hamba yang baik adalah hamba yang tidak riyak, atau bahasa mudahnya, ikhlas. Hamba yang saya maksudkan adalah kedudukan kita sebagai hamba ALLAH. Semasa saya nak tulis tajuk entri kali ini, saya menimbang-nimbang, nak tulis tajuk 'Hamba yang baik tidak riyak' atau 'Orang baik tidak riyak'? Akhirnya, saya memilih tajuk di atas..agar mudah-mudahan kita merasai diri kita sebagai hamba-NYA =)

Riyak adalah antara penyakit hati, dan sifat mazmumah yang perlu dihindari dan diubati. Imam Ghazali menggariskan sifat mazmumah (tercela) kepada beberapa bahagian:

  1. Gemar makan dan minum - Sesiapa yang kekenyangan akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana terdorong untuk tidur dan berehat.
  2. Banyak berkata-kata (yang sia-sia) - Bencana lisan merangkumi mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar.
  3. Marah - Berpunca daripada kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Ia juga didorong oleh pengaruh syaitan.
  4. Hasad, dengki dan iri hati - Lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain.
  5. Kasih pada harta - Tiada salah memiliki kemewahan, tetapi jika bersikap bakhil, tamak dan membazir itulah yang dibenci oleh islam.
  6. Takbur - Antara sebab takbur ialah keturunan (tinggi), kekuasaan, kecantikan, kekayaan, kepandaian, pengaruh dan kuat beribadat (menunjuk-nunjuk).
  7. Riyak - Sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik semata-mata ingin pujian, pangkat dan kedudukan.
  8. Ujub - Sifat bangga diri dengan keistimewaan yang ada pada diri seperti kecantikan, kepandaian, kekayaan dan lain-lain.
  9. Kasih akan dunia - Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati.
(Sumber : majalah Gen-Q isu perdana)

Majalah Remaja Terbaik!
Majalah remaja terbaik! =)


Riyak, penyakit hati. Apa yang kita gambarkan tentang penyakit? Penyakit ni biasanya sesuatu yang membawa mudharat, atau kesakitan, sama ada untuk tempoh yang sekejap atau long lasting. Jadi, sifat riyak adalah penyakit atau virus yang berbahaya kepada hati kita, kerana ia boleh membawa kepada sifat-sifat mazmumah yang lain seperti ujub dan lain-lain. Dan apabila hati kita dicemari dan dikotori dengan sifat-sifat mazmumah, mampukah segala amalan kita, anggota badan kita bergerak semata-mata mentaati-NYA?

Ikhlas, lawan kepada sifat riyak. Ikhlas adalah sifat mahmudah, melakukan sesuatu perkara hanya kerana ALLAH. Sebagaimana mafhum hadis Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, "Sesungguhnya setiap amalan itu dinilai melalui niat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Untuk mencapai ikhlas, niat adalah elemen yang sangat penting. Niat yang betul akan menyebabkan setiap amalan yang dilakukan menjadi suatu ibadah.

Bagaimana kita nak tahu niat kita betul atau tidak? Niat bergantung kepada 2 perkara yakni sah atau batal, dan dapat pahala atau dapat dosa. Maksudnya, perkara yang kita nak buat/niatkan itu adakah membawa kepada sah atau batal amalan kita, mengikut syariat islam, serta perbuatan itu mendapat pahala atau dosa di sisi ALLAH SWT. Jelas? Kalau tak jelas, boleh tanya insyaALLAH =)

Kronologinya, niat (di dalam hati) boleh mencapai rasa ikhlas kerana ALLAH. Bukti kepada niat yang betul dan ikhlas, setiap amalan/perbuatan yang dilakukan boleh bertukar menjadi ibadah kepada-NYA dan mendapat pahala. Dari sekecil-kecil amalan sehinggalah sebesar-besar amalan. Amin.

Wallahua'lam. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH, agar hati kita, hati ahli keluarga kita, hati sahabat-sahabat kita, dijauhkan daripada sifat-sifat mazmumah (tercela). Silap dan salah, mohon dimaafkan dan diperbetulkan secara hemah. Saya akhiri entri ini dengan seungkap kata-kata;

Usaha tanpa doa adalah sombong,
Doa tanpa usaha adalah bohong!

Wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Siiru 'ala barkatillah =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...