Pages

Wednesday, November 6, 2013

Berniaga

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sahabat-sahabat apa khabar? Moga gembira dalam iman (^_^)

Entri kali ini, saya nak bercerita. Alhamdulillah, saya dapat merasai pengalaman berniaga. Pengalaman pertama ^^

Pada 30/9/2013 - 4/10/2013 yang lepas, telah berlangsungnya FESKUM '13 di UM. Ia adalah singkatan kepada Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2013. Hanun ajak saya untuk membantu berniaga di gerai Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM). Berniaga apa ye agaknya?

Cuba teka ^^

Jualan utama kami adalah minuman. Selain itu, ada sandwich, cupcake dan lain-lain. Gerai kami bersebelahan dengan gerai yang menjual nasi kerabu (oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan UM). Gerai mereka hanya menjual nasi kerabu, tidak menjual air. Kiranya kami ini saling melengkapi lah ye (",)

Jadi, saya catat pengalaman saya dalam bentuk point.

Hari Isnin
- jual air tebu, air jus (ambil order)
- sandwich telur dan sardin, cupcake
- tengah hari (waktu kemuncak), ais habis

Hari Selasa
- jual air tebu, jus tembikai, air carrot susu
- sandwich sardin dan campur (sardin + telur), cupcake
- tengah hari, cawan plastik dan penutupnya habis

malam
- saya, dija dan Dk buat barang-barang untuk keceriaan gerai

Hari Rabu
- jual air tebu, air kelapa, jus oren, air carrot susu
- sandwich sardin dan campur, air mineral, donut

Hari Khamis
- jual air tebu, kelapa, jus epal, jus oren
- sandwich sardin dan campur, air mineral, donut
- air coconut shake

Hari Jumaat
- jual air tebu, jus epal, jus oren
- sandwich sardin dan campur, air mineral, donut
- air coconut shake

Saya unit kebersihan. Itu secara official. Masa yang saya tiada kelas, saya akan pergi ke gerai. Kami ada jadual berniaga, mengikut waktu yang kami lapang (waktu yang tiada kelas). Gerai dibuka seawal 8 pagi, dan ditutup sekitar 9 malam.

Selepas itu, kami ada post-morterm. Setiap hari. Kami berbincang bagaimana hendak membaiki mutu jualan, merancang strategi baru, promosi, menganggar bilangan orang yang hadir yakni; sama ada majlis konvokesyen pada hari berikutnya adalah 1 sesi atau 2 sesi, mengambil kira saingan di sekeliling gerai, dan sebagainya.








Mesin tebu


Penat, gembira, mengantuk, seronok, dan pelbagai lagi rencah rasa. Akhir sekali, ketua gerai adakan jamuan sebagai tanda penghargaan.


Alhamdulillah, Alhamdulillah, All praise is to Allah, All praise is to Allah - Thank You Allah, Maher Zain

Wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)

Tuesday, October 8, 2013

10 hari awal bulan dhul-hijjah

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah, sekarang kita berada di dalam bulan Dhul-Hijjah. Sahabat-sahabat dengar lagu 'Waiting For The Call' pun dah boleh agak entri terbaru saya ini =)

Marilah kita rebut peluang untuk meningkatkan amal soleh di awal bulan dhul-hijjah ini.. Mudah-mudahan menjadi catalyst kepada kita dalam istiqamah menggapai redha Allah ^_^

Antara amal soleh yang boleh kita lakukan adalah puasa. Puasa ganti, puasa sunat.. Paling kurang, usaha untuk berpuasa pada 9 dhul-hijjah. Untuk lebih lanjut, boleh rujuk KELEBIHAN 10 HARI AWAL BULAN DHUL-HIJJAH & KORBAN.

Ramai di kalangan yang saya kenali, ibu bapanya mendapat tawaran mengerjakan haji. Berdoa kepada Allah mudah-mudahan jemaah haji tahun ini mendapat haji mabrur ^^

Walau ada di antara kita yang usianya masih muda tetapi, amat baik jika ada cita-cita untuk mengerjakan haji. Kerana Allah =)

Another tips:


Ilal liqa' insha Allah. Fi mardhotillah, amin ^_^

=== MENCETUS INSPIRASI INSHA ALLAH^^ ===

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...