بسم الله الرّحمن الرّحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sahabat-sahabat apa khabar? Moga gembira dalam iman (^_^)
Entri kali ini, saya nak bercerita. Alhamdulillah, saya dapat merasai pengalaman berniaga. Pengalaman pertama ^^
Pada 30/9/2013 - 4/10/2013 yang lepas, telah berlangsungnya FESKUM '13 di UM. Ia adalah singkatan kepada Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2013. Hanun ajak saya untuk membantu berniaga di gerai Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM). Berniaga apa ye agaknya?
Cuba teka ^^
Jualan utama kami adalah minuman. Selain itu, ada sandwich, cupcake dan lain-lain. Gerai kami bersebelahan dengan gerai yang menjual nasi kerabu (oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan UM). Gerai mereka hanya menjual nasi kerabu, tidak menjual air. Kiranya kami ini saling melengkapi lah ye (",)
Jadi, saya catat pengalaman saya dalam bentuk point.
Hari Isnin
- jual air tebu, air jus (ambil order)
- sandwich telur dan sardin, cupcake
- tengah hari (waktu kemuncak), ais habis
Hari Selasa
- jual air tebu, jus tembikai, air carrot susu
- sandwich sardin dan campur (sardin + telur), cupcake
- tengah hari, cawan plastik dan penutupnya habis
malam
- saya, dija dan Dk buat barang-barang untuk keceriaan gerai
Hari Rabu
- jual air tebu, air kelapa, jus oren, air carrot susu
- sandwich sardin dan campur, air mineral, donut
Hari Khamis
- jual air tebu, kelapa, jus epal, jus oren
- sandwich sardin dan campur, air mineral, donut
- air coconut shake
Hari Jumaat
- jual air tebu, jus epal, jus oren
- sandwich sardin dan campur, air mineral, donut
- air coconut shake
Saya unit kebersihan. Itu secara official. Masa yang saya tiada kelas, saya akan pergi ke gerai. Kami ada jadual berniaga, mengikut waktu yang kami lapang (waktu yang tiada kelas). Gerai dibuka seawal 8 pagi, dan ditutup sekitar 9 malam.
Selepas itu, kami ada post-morterm. Setiap hari. Kami berbincang bagaimana hendak membaiki mutu jualan, merancang strategi baru, promosi, menganggar bilangan orang yang hadir yakni; sama ada majlis konvokesyen pada hari berikutnya adalah 1 sesi atau 2 sesi, mengambil kira saingan di sekeliling gerai, dan sebagainya.
Mesin tebu
Alhamdulillah, Alhamdulillah, All praise is to Allah, All praise is to Allah - Thank You Allah, Maher Zain
Wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)
alhamdulillah , merasa jugak berniaga kann :D
ReplyDeleteiye, alhamdulillah :D jazakillah atas ziarahnya. feel free to share anything good with me :)
Delete