Pages

Monday, September 4, 2023

Kisah Saya dan Pokok: Seri Pagi (4)

    Setelah saya tahu beberapa tumbuhan yang bunganya seperti seri pagi, saya ingin menceritakannya kepada kawan pena Jepun saya. Kami berhubung dengan saling bertukar poskad 😊

   Ohh sebelum itu, saya terjumpa satu lagi setem bertemakan ikan & tumbuhan akuatik. Ada satu lagi tumbuhan yang mempunyai bunga seperti seri pagi, iaitu Ipomoea aquatica (nama botani) atau Water Spinach (nama Inggeris). Saya terbayang maksud Water Spinach adalah Bayam Air, jadi saya berfikir, "Ohh, saya tak pernah dengar tentang Bayam Air, hanya tahu sayur Bayam, jadi saya tak kenal lah kot tumbuhan ini."

  Pada poskad kepada Yumikoさん, saya cerita tentang bunga seri pagi, tumbuhan ubi keledek, tumbuhan akar tapak kuda, dan pokok water spinach (saya tulis poskad dalam Bahasa Inggeris). Saya gunakan poskad gambar bunga akar tapak kuda yang saya tempah cetaknya, dan lekatkan 2 setem iaitu setem bunga seri pagi dan water spinach.

   Setelah 2 minggu poskad tersebut dipos, Yumikoさん beritahu saya bahawa poskad saya kepadanya sampai, dan dia suka terimanya! 🤩

   Tetapi yang lebih mengejutkan, adalah isi mesejnya kepada saya...


"I got your postcard today. I'm so glad, you made this card! Wonderful and thank you!

'Sea morning glory'... Oh, I saw something similar on the beach (Niigata faces the sea). It's like a Calystegia japonica or Calystegia soldanella that I saw at the beach.

Very interesting.

And 'Water Spinach' is ผักขมน้ำ, isn't it?

Before, there is not in Japan. Now we can see it at the market. It is cultivated in Niigata, though it is a little.

And... 'Japanese morning glory' is summer flower for us.

Thank you so much for everything!

Yumiko"


   Saya terkejut! Selain terkejut yang Water Spinach ada mula ditanam di Jepun, tapi terkejut kerana Yumikoさん kenal tumbuhan tersebut semasa dia tinggal di Thailand dahulu.

   Saya terfikir, jika Thailand ada tumbuhan Water Spinach, tak kan lah Malaysia tiada? Kerana cuaca dan tanih Malaysia dan Thailand hampir sama.

   Saya pun cari makna atau nama Melayu bagi Water Spinach di laman web Google. Jawapannya buat saya tergamam!

   Water Spinach = Kangkung

   Lahh, saya kenal sangat tumbuhan ni!! 😆 Dah lah ia adalah sayur kegemaran saya. Alahai Munirah ☺ Kawan pena Jepun yang menyedarkan saya tentang nama Inggeris sayur kangkung, serta saya gembira tahu bahawa rupa bunga sayur kangkung seakan bunga seri pagi 😃

Saturday, September 2, 2023

Kisah Saya dan Pokok: Seri Pagi (3)

    Anda rasa kisah saya dan tumbuhan 'adik-beradik' seri pagi terhenti pada kisah sebelumnya? Ada lagi kisah yang lain 😃

   Saya ada beli beberapa Sampul Surat Hari Pertama (First Day Cover/ FDC) tentang tumbuhan. FDC ni menarik kerana ia memaparkan setem yang dikeluarkan sempena FDC itu, serta pamphlet penerangan tentang setem itu. Salah satu FDC yang saya ada adalah tentang Tumbuhan Berubi (Tuber Plants).

   FDC dan setem 'Tumbuhan Berubi' memaparkan 6 jenis tumbuhan iaitu Ubi Kayu, Ubi Badak, Sengkuang, Ubi Keledek, Ubi Keladi dan Ubi Atas.

   Anda pernah dengar tentang nama kesemua tumbuhan itu? Saya hanya tahu atau pernah dengar separuh dari tumbuhan itu, selebihnya adalah pertama kali saya tahu 😃 (umpama saya belajar sesuatu secara seronok melalui setem! ❤)

   Lebih menarik lagi, lukisan tumbuh-tumbuhan di setem lengkap dengan gambar bahagian ubi, rupa daun dan bunganya. Saya terpana sebentar apabila melihat lukisan setem ubi keledek, kerana rupa bunganya seakan seri pagi!

   Apabila saya lihat nama saintifiknya, sah lah bahawa tumbuhan ubi keledek digolongkan (dalam ilmu botani) di dalam kumpulan bunga seri pagi iaitu Ipomoea batatas.

   Jika anda pernah melihat bunga ubi keledek, kongsikanlah gambarnya dengan saya! 🤩

   Seorang kawan saya pernah kongsikan gambar tumbuhan ubi keledek yang daunnya menjalar menutupi tanah di kebun pisang ayahnya. Menarik sungguh! 😃

   Baru-baru ini, saya ada membeli majalah terbitan Penerbit MARDI, keluaran tahun 2020 (Majalah AGROMEDIA, Bil. 54) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023. Ada artikel di dalam majalah yang menunjukkan gambar-gambar pelbagai jenis bunga seri pagi, termasuk gambar bunga ubi keledek! (Tajuk artikel: 

Warna-Warni Keledek Liar: Rumpai Pelbagai Guna).

Monday, August 28, 2023

Kisah Saya dan Pokok: Seri Pagi (2)

    Kisah bunga seri pagi yang dibaca sebelum ini, lebih dikenali sebagai pokok atau bunga jenis hiasan, atau juga tumbuhan liar.

   Namun, anda juga boleh terjumpa 'adik-beradik' kepada bunga seri pagi, iaitu tumbuhan lain yang mempunyai bunga seakan rupa bunga seri pagi. Anda boleh agak tumbuhan lain ini apa? ^_^ Jika anda ada terjumpanya di mana-mana 😃

   Suatu waktu, saya berjalan-jalan di sebuah pantai di negeri Perak. Saya ternampak sekelompok besar tumbuhan hijau menjalar di pasir pantai.

   Jika anda melihatnya sekali imbas, ia kelihatan seperti karpet berwarna hijau, tetapi tidak halus seperti tumbuhan rumput.

   Saya berjalan mendekatinya untuk melihat rupa daun tumbuhan itu dengan lebih dekat. Di celah-celah daun, saya terlihat beberapa kuntum bunga yang mekar, dan bunganya seakan rupa bunga seri pagi! 🤩 Warna bunganya seperti ungu cair, cantik! 💜

   Menariknya, tumbuhan ini adalah tumbuhan semulajadi (native) Malaysia. Nama tempatannya adalah Akar Tapak Kuda atau Batata Pantai.

   Nama Inggerisnya adalah Sea Morning Glory, Beach Morning Glory atau Bay Hops. Nama botaninya adalah Ipomoea pes-caprae. Saya cari maklumat nama tumbuhan ini di laman sesawang www.mybis.gov.my

   Saya tangkap gambar Akar Tapak Kuda ini menggunakan kamera telefon bimbit, dan kemudian cetaknya sebagai sekeping poskad 😃

   Suatu hari, saya belek album setem terpakai yang saya kumpul semasa sekolah rendah (saya masih minat setem sehingga sekarang 😆). Rupanya saya ada sekeping setem lama Australia yang memaparkan lukisan bunga Akar Tapak Kuda ini! 🤩

Sunday, August 27, 2023

Kisah Saya dan Pokok: Seri Pagi (1)

    Anda pernah dengar atau tahu tentang bunga seri pagi?

   Ia adalah sejenis pokok menjalar atau memanjat.

   Berhadapan dengan tingkap dapur rumah kami, ada banyak kelompok pohonan hijau di balik kaki bukit. Tapi pemandangan ni dalam beberapa jarak, yakni saya perlu teropong guna binocular jika saya ingin melihat rupa pokok atau daunnya dengan jelas.

   Selalunya apabila saya melihat pemandangan di sana sekali imbas, saya hanya lihat warna hijau pohonan.

   Suatu pagi, apabila pandangan mata saya melewati tingkap dapur, saya terlihat sekelompok kecil warna merah jambu terang/cerah di celah kehijauan pokok. Saya teruja, apakah itu?! Tetapi saya putuskan untuk teropong 'sesuatu' itu pada waktu petang nanti.

   Tiba pada waktu petang, sekitar 5 petang, saya mahu teropong ia tetapi kelompok merah jambu itu telah hilang! Sedihnya saya 😭

   Keesokan paginya, saya melihat kelompok merah jambu itu ada kembali! Saya kehairanan, lalu terus mengambil binocular untuk melihatnya dengan lebih jelas.

   Saya meneropongnya, dan rupanya ia adalah beberapa kuntum bunga seri pagi!

   Pada petang harinya, bunga seri pagi itu kuncup kembali.

   Oleh itu, saya terfikir, adakah kerana sifatnya yang mekar di pagi hari, dan kuncup di petang hari, membuatkan ia mendapat nama 'seri pagi'? Ini saya tidak pasti. Jika anda tahu jawapannya, boleh kongsikan dengan saya! 😃

   Saya suka warna biru, dan kemudiannya, saya terjumpa bunga seri pagi yang berwarna biru-ungu! 🤩


# Bunga Seri Pagi/ Morning Glory/ Ipomoea indica

Thursday, August 24, 2023

Kisah Saya dan Pokok: Bunga

    Sejak peristiwa itu (Kisah Saya & Pokok: Serai Wangi), saya teruja untuk lihat bunga bagi setiap pokok yang dijumpai, jika ia berbunga atau berbuah 😀

   Bagi mudah faham, pokok ada batang dan daun, serta akar. Ini rupa pokok/tumbuhan yang selalu kita akan nampak. Dan ada masanya, pokok itu akan keluarkan bunga. Bunga itu akan membesar, mekar, layu... dan kemudiannya ia akan berbuah.

   Tidak kira jika ia adalah 'pokok bunga', 'pokok buah', 'sayur', 'rumpai', dan istilah yang lain 😊

   Istilah-istilah tersebut adalah kategori/pembahagian mengikut ilmu sains pertanian. Misalnya, 'pokok bunga' adalah pokok yang bunganya cantik, atau selalu berbunga, atau bunganya dijadikan hiasan... Tapi ia tetap alami proses sebagai sebatang pokok, iaitu selepas ia berbunga, ia akan hasilkan buah (mungkin buahnya tidak boleh dimakan, atau tidak menarik, atau tidak dianggap buah, dan lain-lain perkara).

   'Pokok buah' juga berbunga sebelum berbuah. Cuma mungkin bunganya tidak menarik perhatian manusia kadang-kadang. Cubalah lihat bunga pokok mangga! 😃


Pssstt... selain lihat bunga pokok mangga, daun mudanya juga menarik untuk dilihat! 🤩

Kenapa?

Daun muda mangga berwarna merah-oren!

Bolehlah anda membayangkan seperti musim luruh (autumn) yang daunnya berwarna-warni! 🍂🍃 (Tapi daun muda mangga ni tak luruh lah hehe)

Merah-oren --> Merah tua/gelap --> Hijau

(Perubahan warna daun mangga muda kepada daun matang) 

Wednesday, August 16, 2023

Kisah Saya dan Pokok: Serai Wangi

    Awal tahun 2019, saya belajar mengenali beberapa tumbuhan ubatan herba dengan staf dari Rimba Ilmu, Universiti Malaya. Rimba Ilmu adalah kawasan hutan asli yang masih terjaga di dalam kawasan UM - seperti adanya sebatang sungai yang mengalir, kawasan hutan larangan, dan juga terdapat tumbuhan lain yang ditanam untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan.

   Anda pun boleh masuk ke Rimba Ilmu jika berkesempatan ke UM! 😃 Ia dibuka pada waktu dan hari bekerja (Isnin - Jumaat), kecuali cuti umum.

   Antara tumbuhan ubatan yang saya diajar mengenalinya seperti pokok mas cotek, pegaga, ekor anjing, hempedu bumi, jarak bunting, dan lain-lain.

   Saya tidak tahu bagaimana hendak membezakan antara serai makan dan serai wangi. Saya bertanyakan hal ini kepada staf tersebut. Dia kongsikan beberapa perbezaan ciri antara dua tumbuhan itu, kemudian berkata, "Jika kamu ingin lihat bunga serai wangi, ada serumpun serai wangi sedang berbunga di kebun kecil belakang kantin di Fakulti Sains."

   Saya terkejut!

   Saya katakan kepadanya, "Serai wangi ada bunga?"

   "Ada." Jawab staf.

   "Selain lumut, paku-pakis, pokok berkon (cone) seperti pine, fir; maka semua pokok ada bunga. Pokok berbunga tidak sama, misalnya serai wangi akan berbunga selepas umurnya setahun lebih. Jadi kalau kamu cabut tumbuhan serai wangi sebelum umurnya setahun, mungkin tak akan pernah nampak bunganya." sambungnya lagi.

   "Ohhh" jawabku dengan tersipu-sipu malu ☺

   Saya ada belajar asas tumbuhan atau botani semasa program asasi dan sarjana muda, tetapi bilamana ilmu teks dan praktikal dengan melihat tumbuhan di habitatnya, tidak diselarikan, maka diri sendiri lah yang rugi.

   Staf tersebut bukanlah pensyarah, hanya dilihat seperti pekebun, tetapi ilmu dan pengalamannya selama bertahun-tahun sangatlah banyak! Belajarlah dari sesiapa, asal ia adalah ilmu yang bermanfaat ^_^


اللهم انا نسألك علما نافعا ورزقا طيبا وعملا متقبلا

Ertinya: Ya Allah, kami mohon ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima

اللهم انا نسألك علما نافعا ورزقا واسعا وشفاء من كل داء

Ertinya: Ya Allah, kami memohon ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas, dan kesembuhan dari segala penyakit

# Doa-doa ini adalah petikan dari hadith, boleh lihat buku doa untuk tahu lebih lanjut tentang doa ini 😊

Wednesday, August 9, 2023

Kisah Saya dan Pokok: Pohonan Hijau

    Di Malaysia, khususnya di Selangor tempatku membesar, ku lihat pohonan hijau di mana-mana tempat. Aku melihatnya dengan pandangan dan hati kosong, yakni tiada makna yang ditafsir oleh fikiran. Boleh juga dikatakan bahawa pemandangan serba hijau itu tidak menarik perhatian atau minatku kepada pokok.

   Namun terdapat beberapa ketika setelah berinjaknya usia, ku tertanya-tanya tentang pohonan hijau.

   Berikutan rasa ingin tahu serta didorong perasaan "Adalah aku berminat dengan pokok", ku menyedari bahawa walau terdapat banyak pohonan hijau di sesuatu kawasan tetapi, selalunya setiap pokok yang bersebelahan adalah berbeza! 🗯

   Berbeza dari sudut apa?

   Rupa bentuk daun berbeza 🌿🌴🍀🍁🌱🌾🍃🍂, kulit kayu pokok berbeza, silara (canopy) iaitu rupa keseluruhan daun terbentuk berbeza 🌳🌲🌴, dan lain-lain.

   Tidak percaya?

   Cubalah perhatikan pokok sekeliling anda! 😃


Pssstt.. tetapi jika anda pergi ke ladang pertanian atau kebun, anda akan melihat pokok yang sama jenis dalam kuantiti yang banyak 😉

Jadi cubalah perhati tumbuhan meliar di tepi jalan, semak, hutan, kaki bukit, tanaman rumah... 😊

Kisah Saya dan Pokok: Lobak Merah

    Semasa kecil, saya lihat kartun di televisyen. Ia memaparkan seekor arnab menarik satu rumpun daun dengan kuat. Akhirnya, ia berjaya mencabut rumpun itu tetapi rumpun itu bersambung dengan sebatang lobak merah.

   Saya hanya melihat cerita itu dengan fikiran kosong.

   Kini apabila dewasa, baru saya sedar bahawa kartun itu ada benarnya, yakni begitu lah rupa pokok lobak merah 🥕🥕🥕



Tuesday, September 24, 2019

Kembara Pascasiswazah (1)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Temu bual dengan pihak Darussyifa' Bangi


Awal bulan 2 tahun 2017, saya bekerja sebagai pembantu penyelidik di APIUM.

Niat untuk sambung belajar, masih ada. Cuma masih tiada tajuk kajian.

Saya ingin buat kajian yang ada pengajian islam dan sains tumbuhan ubatan. Sukakan kerja-kerja makmal, tetapi juga masih ingin belajar subjek agama.

Maka bermula kisah untuk mencari tajuk kajian...

Mula-mula, saya bertanya pensyarah Sains Biokesihatan yang menjadi penyelia projek tahun akhir ijazah sarjana saya, Dr. J. Dr. J mencadangkan kajian teks yang melibatkan tumbuhan dan pengubatan Islam, iaitu meneliti buku-buku terbitan Darussyifa' sebagai kajian sarjana. Kemudian, saya kembangkan kaedah kajian tersebut kerana saya mahu buat kerja makmal, selain analisis teks. Asalnya, saya nak jadikan kajian ini sebagai kajian sarjana, namun kemudian saya berubah fikiran apabila Dr. S mencadangkan saya untuk buat fast track.

Setelah saya kembangkan idea asal yang dicadangkan Dr. J, saya berjumpa beberapa pensyarah untuk bertanyakan pendapat. Pertama, saya bertanya pendapat Dr. Ma. Antara nasihat daripada Dr. Ma:
1) Jika nak buat kajian tentang tumbuhan dan pengajian islam, ada 3 skop yang boleh dipilih iaitu tumbuhan dan sejarah Islam/ tumbuhan dan al-Quran dan hadith/ tumbuhan dan perubatan Islam/fiqh.
2) Ada 3 cara untuk dapatkan maklumat iaitu sorotan literatur (literature review), hadiri seminar atau persidangan dsb, & bertanya kepada yang pakar atau ahli.

Kemudian, saya berjumpa beberapa pensyarah API yang kepakarannya ada kaitan dengan tumbuhan dan perubatan islam. Saya membuat temu janji dengan Dr. R, Dr. A dan Dr. K. Selain itu, saya juga bertanya pendapat Dr. Mu melalui mesej (kerana Dr. Mu agak sibuk ketika itu untuk berjumpa).

Dalam masa yang sama, Dr. S mencadangkan kajian berkaitan reproduction dan bioetika sebagai kajian doktor falsafah saya.

Setelah saya bertanya pendapat beberapa pensyarah, saya merasakan kajian yang saya nak buat ini iaitu berkaitan tumbuhan dan perubatan Islam, nampaknya seperti tiada masalah kajian untuk dibincangkan. Maka, saya berjumpa dengan Dr. R, dan memberitahunya bahawa saya mungkin tidak jadi meneruskan tajuk ini (kerana jika saya buat kajian bidang ini, saya akan menjadikannya sebagai salah seorang penyelia). Jika saya tidak buat kajian ini, saya mungkin akan buat kajian seperti yang dicadangkan Dr. S.

Namun, Dr. R memberi kata-kata semangat yang membuatkan saya ingin meneruskan kembali kajian berkaitan tumbuhan dan perubatan Islam. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk teruskan merangka kajian tersebut.

Timbul persoalan, tumbuhan-tumbuhan yang digunakan sebagai rawatan penyakit fizikal seperti mana saranan dan amalan di Darussyifa', adalah banyak. Maka, saya nak kaji tumbuhan apa?

Oleh itu, saya membuat temu janji dengan pihak Darussyifa' Bangi bagi memilih tumbuhan sebagai sampel kajian. Ketika saya pergi Darussyifa' Bangi (bulan 4 tahun 2017), alhamdulillah saya ditemani Ummi Aiman =)

Oh ya, saya buat semua ini ketika saya bekerja sebagai pembantu penyelidik (bila ada masa lapang, dan atas keizinan majikan saya).

Kemudian, saya berjumpa dengan Dr. J, dan memberitahu dapatan temu bual saya dengan Darussyifa', beserta cadangan saya dalam merangka kajian bagi tahap kajian doktor falsafah. Dr. J setuju. Jadi, saya pun mula lah nak tulis proposal untuk memohon menjadi pelajar doktor falsafah di UM, di bawah seliaan Dr. J dan Dr. R.

Sebelum tu, setiap kali saya berjumpa Dr. R, Dr. R selalu tanya cadangan tajuk kajian. Saya rangka tajuk kajian, dan Dr. R ada bagi cadangan bagi menambah baik tajuk tersebut.

Saya ambil masa sebulan lebih nak siapkan proposal (dalam masa yang sama, saya kena buat sorotan literatur untuk projek yang saya jadi pembantu penyelidik, dan bidang kajian projek tersebut sangat berlainan dengan minat kajian saya iaitu berkaitan spiritual dan well-being).

- saya tanya pendapat Dr. D dan Dr. S nak daftar fakulti mana. Juga tanya beberapa senior yang buat kajian berkaitan pengajian islam dan sains, tentang kenapa mereka pilih API/ IPS/ Sains sebagai fakulti mereka.

Saya hantar permohonan belajar pada bulan 7 tahun 2017.

Memandangkan saya hantar permohonan pada bulan 7, maka permohonan saya adalah bagi kemasukan semester 2 sesi 2017/2018.

Setiap bulan, saya telefon IPS untuk bertanya status permohonan saya. Oleh kerana saya mohon fast track, maka staf IPS kata, mereka akan set temu bual sebelum permohonan diluluskan.

Bersambung...


Nota: Kak S bantu saya untuk approach Dr. J mula-mula. Sebab saya dapat tahu Dr. J ada kolaborasi dengan USIM tentang kajian tumbuhan dan islam/teks Melayu.

Monday, May 7, 2018

Jalan Jalan Cari Pengetahuan ^_^


Kenangan pergi MATTA Fair bersama Syafiqah pada 8 September 2017
(Gambar sekadar hiasan)

Alhamdulillah (segala puji bagi Allah).
Mensyukuri setiap apa yang kita ada~

Awal tahun 2017, saya mencari tajuk bagi kajian yang ingin dibuat di peringkat pascasiswazah. Oleh itu, saya berjumpa beberapa pensyarah bagi bertanyakan pendapat.

Salah seorang pensyarah yang saya berjumpa adalah Dr. Madiha, penyelaras Program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam, Universiti Malaya (pensyarah bagi kos sarjana muda saya, juga merangkap senior kohort 1). Antara mutiara nasihat yang saya dapat adalah, ada 3 cara untuk tambah pengetahuan:
1) Sorotan literatur (literature review)/ membaca.
2) Bertanya kepada pakar i.e pensyarah dll.
3) Hadiri seminar.

Sekitar tahun 2017, alhamdulillah saya berkesempatan ikuti beberapa seminar (yang mungkin berkaitan dengan bidang yang ingin diceburi). Jadi, jalan-jalan cari pengetahuan! ^_~

1- Seminar Penyelidikan Melayu 2017 (Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu, UM; 21/9/2017)

2- Seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu (Perpustakaan Negara Malaysia)

3- Seminar STEM (IKIM Jalan Duta; 1/11/1017)

4- Seminar Perubatan Melayu (Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya; 15-16/11/2017)

5- Seminar Kebangsaan al-Syairah Ahli Sunnah wal Jama'ah (UKM)

Ada lagi beberapa seminar berkaitan yang ingin saya pergi, tapi saya lebih tertumpu kepada seminar sekitar Kuala Lumpur.

Antara cenderahati yang diterima ^_^


Link-link seminar:

(1) Seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu (PNM) :-
Tarikh: 10/10/2017
Sesi 1 - https://www.facebook.com/PerpustakaanNegaraMalaysia/videos/1829361143759232/
Sesi 2 - https://www.facebook.com/PerpustakaanNegaraMalaysia/videos/1829610727067607/
Tarikh: 11/10/2017
Sesi 3 - https://www.facebook.com/PerpustakaanNegaraMalaysia/videos/1830445483650798/
Sesi 4 - https://www.facebook.com/PerpustakaanNegaraMalaysia/videos/1830554320306581/
Sesi 5 - https://www.facebook.com/PerpustakaanNegaraMalaysia/videos/1830696170292396/
Tarikh: 12/10/2017
Sesi 6 - https://www.facebook.com/PerpustakaanNegaraMalaysia/videos/1831467990215214/
Sesi 7 - https://www.facebook.com/PerpustakaanNegaraMalaysia/videos/1831575970204416/
Sesi 8 - https://www.facebook.com/PerpustakaanNegaraMalaysia/videos/1831711930190820/


(2) Seminar Kebangsaan al-Syairah Ahli Sunnah wal Jama'ah (UKM) :-
Tarikh: 17/12/2017
Slot 1 - https://www.facebook.com/juf.kufah.ukm/videos/2009636049273310/
Slot 2 - https://www.facebook.com/juf.kufah.ukm/videos/2009723672597881/
Slot bicara khas dan slot 3 - https://www.facebook.com/juf.kufah.ukm/videos/2009808135922768/

Moga bermanfaat ^_^

Nota tambahan: SeBahTeRa 2017, APM.

Monday, October 30, 2017

Final Year Project (FYP)


Banyaknya radas saya guna.. ^_^'


Semester 1 dan 2 sesi 2015/2016 (September 2015 - Jun 2016)
Saya ambil subjek 'Projek Tahun Akhir Sains Biokesihatan (Final Year Project/FYP)' ketika Tahun 4 (Sarjana Muda). Penyelia saya adalah Prof. Madya Dr. Jamaludin Mohamad, dan tajuk FYP saya adalah "The Protection of Biodiesel from Degradation with Natural Antioxidant from Ampelocissus species (Isi Nyaru)".

Semester 1 sesi 2015/2016, saya buat langkah plant extraction dan eksperimen biodiesel. Manakala pada semester 2 seterusnya, saya teruskan dengan eksperimen-eksperimen berkaitan fitokimia dan sifat antioksidan. Saya belajar cara kira untuk sediakan chemical solution (contoh: serbuk ascorbic acid + air suling - need how g of powder and ml of solvent based on concentration of solution needed, as well as how much solution you want to prepare, guna formula m1v1 = m2v2), analisis error yang berlaku (contoh: 3 kali saya ulang metal chelating assay - which is 3 times of duplicate samples; kerana ada error pada bahan yang disediakan) dan mencari atau mencuba cara penyelesaiannya, dan lain-lain.

Beberapa tips dalam eksperimen melibatkan tumbuhan:
1. Rotary evaporator - gunakan suhu awal 40°C, tetapi solvent yang mempunyai boiling point tinggi seperti ethyl acetate, naikkan suhu sedikit demi sedikit, sehingga terdapat titisan solvent yang menitis daripada dalam rotavap tersebut.
2. Chloroform solvent cepat meruap, jadi balut penutup sample bottle dengan parafilm. Kalau solvent kering, jangan panik/risau, just tambah semula 5 atau 10 ml solvent yang sama (bergantung berapa ml of extract yang ditinggalkan selepas rotavap).
3. Catit, ambil gambar, simpan dalam CD atau pendrive bagi setiap result yang kita dapat (pilih kaedah yang sesuai)



Pelajar Sains Biokesihatan membentangkan hasil FYP dalam bentuk poster. Penilai saya adalah Dr. Sam dan Dr. Ikhwan. Soalan yang ditanya oleh mereka adalah berkaitan oxidation of biodiesel dan how many I repeat the test. Soalannya lebih kurang begini, "Macam mana kamu pastikan/tahu biodiesel dalam sample bottle tidak oxidised? Sebab menurut penerangan di dalam poster, biodiesel is prone to oxidation (stability of biodiesel)." "Berapa kali kamu repeat biodiesel test ini." Jelasnya, kalau saya repeat atau buat replicate 3 kali dan ke atas, insha Allah result tersebut valid.

Petangnya, majlis penutup Biosymposium 2016. Alhamdulillah saya, Farah Aina, Fiqzai, Tanusha dan Wen Tyng dapat poster terbaik ^_^

19/5/2017 (Jumaat)
Tarikh ini, tarikh bagi pelajar Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, UM membentangkan hasil kerja FYP mereka. Junior FYP saya ada 4 orang iaitu Rais, Fadh, Aini dan Wani (SMPIS). Mereka bentang poster pada sesi petang, manakala 8 orang pelajar SMPIS Sains Biokesihatan adalah pada sesi pagi.

Fadh menang tempat ketiga bagi poster terbaik, tahniah Fadh! ^_^ Dan akak ucap tahniah juga pada Rais (tajuk yang sama dengan saya, menggunakan kulit manggis), Aini (antioxidant and antiinflammatory properties), dan Wani (herbicide). Akak gembira dapat kenal dan belajar dengan korang =)

Petangnya, kami makan pizza bersama-sama, meraikan dah berjaya bentang poster :D

Rais, Fadh, Wani, Aini


Moga kita semua berjaya dunia dan akhirat =')

-kak Mun-

Tuesday, February 28, 2017

Graduation Moment


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, Kohort 9 Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains/ Teknologi Maklumat telah berjaya bergraduasi pada Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya 2016, sesi ke-6, 18 Oktober 2016.

Kohort kami seramai 44 orang (34 perempuan, 10 lelaki) adalah kohort pertama yang 100% graduate on time (GOT). Selain itu, seramai 9 pelajar mendapat Lulus Cemerlang (pointer CGPA 3.7 dan ke atas), iaitu 5 orang daripada major Sains Biokesihatan, 1 orang major Fizik, 1 orang major Sains Pengurusan Alam Sekitar (SPAS), 1 orang major Bioteknologi dan 1 orang major Teknologi Maklumat.

Alhamdulillah =)

# Catatan tarikh:
1) 16 Oktober 2016

- Bergambar pre-convo di Putarajaya


Di hadapan Istana Kehakiman



- Makan malam di Restoran D' Saji, Titiwangsa

Terima kasih Dr. Shaikh! ^_^



2) 18 Oktober 2016

- Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya 2016

Di dalam Dewan Tunku Canselor (DTC) UM


Konvo! ^_~



# Catatan memori:
Video Tribut oleh pensyarah yang disegani dan disayangi, Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen bin Shaikh Mohd Salleh =')

https://www.youtube.com/watch?v=0HedJdyTx0w


~Kembara Ilmu~

Wednesday, February 24, 2016

Kursus Pendek Choux Paste


20/2/2016 (Sabtu)
9 am - 1 pm

Sertai kursus belajar membuat cream puff. Pertama kali pergi ke Kolej Komuniti Selayang. Nama kursus pendek ini adalah Choux Paste. Suasana belajar yang seronok, yuran yang berpatutan, dapat resepi dan masakan menjadi =)


Chocolate Eclair ~ selepas keluar dari oven


 Cream puff yang dah siap ~ tak pandai buat bentuk yang cantik :p


2 jenis bentuk chocolate eclair


Pertama kali buat cream puff :D

Bagi kursus Choux Paste ini, belajar buat 3 perkara iaitu cream puff, chocolate eclair dan pastry cream. Bayaran bagi bahan-bahan adalah RM50 dan yuran adalah RM10. Jadi jumlah keseluruhan yang perlu dibayar bagi kursus ini adalah RM60.

Ada pelbagai jenis kursus pendek lagi yang ditawarkan di Kolej Komuniti Selayang seperti masakan, pastri, jahitan, cara mekap, blogging dan lain-lain. Boleh rujuk link tersebut untuk lebih lanjut:

atau laman utamanya: Kolej Komuniti Selayang


P/s: Niatkan memasak kerana Allah. Jadi ibadah insha Allah :)

Wednesday, December 23, 2015

Diari Kehidupan 3: Berjalan Kaki

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selfie kasut, diri sendiri atau perjalanan? (muhasabah) ^_~


Diari di Siang Hari ^_^
Hari ini aku berjalan kaki daripada Fakulti Sains ke Kolej 12. Oppss... setiap hari kita berjalan kaki walaupun kita berada di dalam bilik. Cuma kali ini ada perkongsian yang menarik tentang perjalanan aku yang tidak seberapa, dan kadang-kadang kita hanya akan tersedar nikmat berjalan (nikmat kaki) apabila kita keletihan ketika berjalan, berjalan jauh atau sakit.

Jauh tak jarak Fakulti Sains ke Kolej 12? Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit dengan berjalan kaki. Aku berjalan sambil melihat persekitaran di sekeliling bagi mengubat kesunyian berjalan tanpa teman. Aku mendongak ke langit, "Ah! Betapa tingginya langit... tanganku hanya mampu tergawang-gawang tanpa dapat dicapai langit," bisik hatiku. "Subhanallah, Maha Suci Allah yang menciptakan langit tanpa tiang." =)

Selepas mendongak ke langit, ku tundukkan kepala menghadap jalan. Daun-daun yang telah gugur berselerakan di sepanjang jalan yang aku lalui. Hmm.. daun gugur selalunya ia daun yang mati (walau tidak semua). "Ah! Hari ini aku belajar bahawa aku kena mengingati kematian.. barulah aku mampu untuk membuat persediaan menghadapi kematian. Rupanya ada cara yang senang untuk mengingati kematian selain daripada khabar kematian seseorang. Iaitu dengan melihat makna di sebalik daun yang gugur," getus hatiku.

Pokok-pokok sekeliling yang menghijau menyejukkan pandangan mata dan meneduhkan diri daripada sinaran cahaya matahari. Hari ini aku terasa teriknya pancaran matahari daripada hari biasa. Mataku terkedip-kedip, kulitku terasa panas, peluh mula memercik membasahi sekujur badan. "Ah.. panasnya.. ," desis hatiku. Aku hampir mengeluh menghadapi kepanasan cahaya matahari namun tiba-tiba, terbit satu lintasan di fikiranku. "Bila cuaca panas, kita mengadu. Bila hujan, kita mengadu kesusahan juga. Jadi, di mana rasa kesyukuran kita sebagai hamba Allah?" soal hatiku.

Akhirnya, aku tiba ke destinasi aku. Alhamdulillah. Moga perjalanan ini membawa seribu satu makna buat diri (",)

Sekian. Catatan diri~
Fikir Zikir.

Nota: Perjalanan masa daripada bulan 9 sehingga bulan 12 dihiasi dengan belajar subjek pengajian Islam, subjek elektif dan kerja makmal untuk projek tahun akhir =)

Saturday, August 8, 2015

Jalan-Jalan

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Buah-buahan pelbagai jenis dan rasa


Entri kali ini, mari kita baca makna ayat al-Quran iaitu surah Ar-Ra'd, ayat 1-4.


A001
Alif, Laam, Miim, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran); dan apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.

A002

Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).

A003

Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.


A004
Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar =)

Tahun ini, saya dan keluarga berkesempatan berjalan-jalan ke 2 buah tempat iaitu Genting Stawberry Park atau Genting Stawberry Leisure Farm (nama carian di internet) dan Farm In The City. Genting Stawberry Park terletak di Pahang. Farm In The City pula terletak di Seri Kembangan, Selangor dan ia umpama zoo namun,
lebih khusus kepada haiwan peliharaan. Antara pengalaman menarik adalah kita dapat menyentuh dan memegang haiwan serta memberi makan (makanan yang disediakan) kepada sesetengah haiwan seperti kura-kura, arnab, kambing, rusa dan burung. Link yang boleh dirujuk: Facebok Farm In The City.

Saya ada buat video buat tatapan sahabat-sahabat iaitu gambar-gambar yang saya tangkap semasa pergi ke sana. Baru saya tahu bahawa menangkap gambar haiwan tidak semudah mengambil gambar pokok kerana haiwan bergerak-gerak. Tempat ini sekadar salah satu tempat perlancongan oleh itu, terdapat pelbagai tempat lain yang anda boleh terokai =)




Alam dan seisinya (seperti tumbuhan dan haiwan) adalah tanda kekuasaan Allah ^_^

Nota: FYP

Sunday, June 21, 2015

Diari Ramadan: Perkara Sunat Puasa

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Picture: credit to owner/designer


Diari Ramadan.
21/6/2015 bersamaan 4 Ramadan 1436 H.

Alhamdulillah, semester 6 ini saya berkesempatan belajar subjek Fiqh Ibadah. Antara topik yang disentuh di dalam pembelajaran adalah "Perkara Sunat Puasa".

Puasa terdapat 4 jenis: Puasa wajib, haram, makruh dan sunat. Puasa Ramadan adalah puasa yang diwajibkan untuk umat Islam apabila tibanya bulan Ramadan, yakni bulan ke-9 daripada kalendar Islam.

Pelbagai kelebihan puasa telah diterangkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. di dalam hadith-hadith (Insha Allah saya kongsikan kemudian). Secara umumnya, apabila kita bercakap mengenai puasa, kita selalunya merujuk kepada puasa Ramadan memandangkan seluruh umat Islam di pelbagai tempat akan berpuasa di bulan ini. Oleh itu, saya ingin berkongsi perkara-perkara sunat puasa yang kami pelajari secara ringkas (Rujukan: Buku Fiqh al-'Ibadah oleh Ustazah Anisah Abdul Ghani). Perkara sunat ini boleh diaplikasi di dalam semua jenis puasa (kecuali puasa haram).


  1. Bersahur walau sedikit dan mengakhirkannya (melambatkannya sehingga sebelum masuk waktu Subuh/terbit fajar sadiq).
  2. Segera berbuka setelah yakin tenggelam matahari/masuk waktu Maghrib dan sebelum solat Maghrib. Disunatkan berbuka dengan tamar atau air atau benda manis.
  3. Berdoa selepas berbuka dengan doa yang ma'thur iaitu: َاللهم لَكَ صُمْتُ وعلى رزقِك اَفْطَرْتُ
  4. Memberi/menyediakan juadah berbuka kepada orang yang berpuasa walau dengan tamar atau air atau lain-lain lebih-lebih lagi jika dapat memberi sesuatu yang mengenyangkan.
  5. Menjaga lisan dan anggota badan (amal perbuatan) dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berdosa seperti berkata perkara baik atau diam, termasuk di laman sesawang dan lain-lain. Adapun perkara-perkara yang diharamkan seperti mengumpat, mengadu domba dan berdusta, ia adalah dilarang bukan sahaja di bulan Ramadan bahkan setiap masa. Namun apabila kita melakukan perkara keji di bulan Ramadan, kita seolah merendahkan kemuliaan Ramadan.
  6. Meninggalkan perkara harus yang boleh menaikkan syahwat seperti isteri memakai minyak wangi, mencium benda harum dan lain-lain.
  7. Sunat meninggalkan berbekam dan derma darah di sisi Imam Syafi'e (mazhab Syafi'e)
  8. Meraikan keluarga, berbuat baik kepada saudara-mara dan memperbanyakkan sedekah kepada orang fakir dan miskin. Kita digalakkan untuk menjadi pemurah setiap masa dan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.
  9. Beriktikaf terutama pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.
  10. Menyibukkan diri dengan majlis ilmu, belajar, membaca al-Quran dan tadabbur maknanya, zikir, selawat atas Nabi, dan lain-lain yang mudah bagi kamu pada siang dan malam.


Wallahua'lam. Apa-apa penambahbaikan dan teguran adalah sangat saya harapkan daripada para asatizah. 

Jemput baca- Ramadan Penyelamat Terakhir

Saturday, June 13, 2015

Environmental Race 2015




Sahabat sekalian apa khabar? Moga hari ini kita ada melakukan perkara yang baik dan bermanfaat =)

Entri kali ini, saya ingin mengimbas kembali suatu cerita. Cerita kehidupan. Pada 30 Mei yang lepas, saya dan kawan-kawan menyertai program Environmental Race 2015. Program tersebut merupakan anjuran pelajar Sains Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) Universiti Malaya. Saya dimaklumkan bahawa program ini dianjurkan setiap tahun. Mungkin tahun hadapan program ini dianjurkan lagi jika sahabat-sahabat ingin menyertai ^_^

Setiap kumpulan yang berdaftar terdiri daripada 4 orang ahli. Nama kumpulan saya adalah S.L.I.M. iaitu singkatan nama ahli kumpulan saya: Suliana, Lisa, Ili, dan Munirah. Selepas sesi pendaftaran di Fakulti Sains, kami berkumpul untuk mendengar taklimat mengenai tatacara program seterusnya sesi senaman. Kemudian, bermulalah aktiviti EcoRace! (nama lain bagi program ini).

Semasa taklimat, kami diberi peta perjalanan EcoRace. Saya terkejut! Rupa-rupanya peserta akan mengelilingi seluruh Universiti Malaya (UM) untuk menamatkan EcoRace. EcoRace dimulai dengan setiap kumpulan dikehendaki untuk menjawab 5 soalan. Jika kumpulan tersebut menjawab kesemua soalan dengan betul, barulah mereka akan dibenarkan untuk pergi ke checkpoint pertama. Jawapan kepada 5 soalan tersebut terdapat di sekitar Fakulti Sains.

Setelah setiap kumpulan berjaya menjawab soalan, berikut merupakan checkpoint beserta aktiviti untuk setiap checkpoint secara ringkas:

1. Dataran Dewan Tunku Canselor (DTC) - pilih satu set soalan untuk dijawab.
2. Ambang Asuhan Jepun (AAJ) - 3 orang ahli kumpulan melukis gambar mengikut turutan dan orang terakhir akan meneka jawapan kepada lukisan tersebut.
3. Pusat Sukan - mencantum puzzle dan nyatakan 5 pengajaran daripada gambar puzzle tersebut.
4. Rimba Ilmu - cari benda yang berlabel ER dan jawab soalan.
5. Sirkut PALAPES- lepasi 2 halangan dan bina kapal menggunakan bahan terpakai.
6. Foodcourt Village - ubah lirik lagu (2 rangkap).

Setelah setiap kumpulan melengkapkan keenam-enam checkpoint tersebut, kami dikehendaki kembali ke Fakulti Sains untuk dicatat pencapaian kami :)

Saya catatkan pengalaman kumpulan saya untuk setiap checkpoint. Pada checkpoint pertama, saya pilih soalan set D. Ada 5 soalan yang ditanya iaitu: 1) Apakah yang dimaksudkan dengan global warming? 2) Nyatakan 2 kesan hujan asid. 3) Punca jerebu. 4) Tong berwarna oren untuk bahan apa? Lagi satu soalan saya tak ingat. Manakala di AAJ, saya jadi peneka lukisan. Jawapannya adalah jerebu.

Puzzle yang telah siap disambung di checkpoint ketiga adalah gambar bumi yang sakit beserta persekitaran bumi. Seterusnya, kami jumpa potongan kotak yang berlabel ER di dalam pasu bunga di Rimba Ilmu. Kami ditanya beberapa soalan seperti "Berikan 3 bahan yang boleh terhasil daripada kepingan kotak yang dikitar semula" dan "Berapakah harga 5 kg kertas untuk dijual?". Kami tidak dapat menjawab soalan kedua tersebut maka, kami ditahan selama 5 minit daripada meneruskan larian.

Seterusnya, kami dikehendaki melepasi 2 halangan iaitu menyeberangi jambatan gantung di atas air dan menyusur di bawah kawat berduri di sirkut PALAPES (jika istilah ini salah, mohon beritahu saya untuk diperbetulkan). Setelah itu, kami bina kapal yang terapung menggunakan sekeping kertas kotak, sepotong polystyrene berbentuk segi empat dan satu botol minuman kosong. Kemudian, kami berlari ke Foodcourt Village. Kami dapat lagu Potret untuk diubah lirik lagunya kepada lagu berunsur alam sekitar. Walaupun kami hanya perlu mengubah dua rangkap lagu tetapi, kami mengambil masa yang lama di checkpoint ini..

Akhirnya, kumpulan saya berjaya menyelesaikan EcoRace selama lebih kurang 2 jam. Kemudian, kami menunggu majlis penutup dan penyerahan hadiah. Kumpulan saya dapat hadiah saguhati. Alhamdulillah, satu pengalaman yang seronok dan banyak ilmu kami perolehi.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama menjaga alam anugerah Tuhan ini. Pelbagai cara yang boleh kita usahakan seperti kitar semula, berjimat-cermat menggunakan air dan elektrik, menyedari kepentingan menjaga alam (kesedaran), dan lain-lain.


T-shirt ungu- ahli jawatankuasa program.
T-shirt hijau- peserta.


Lirik lagu yang digubah kumpulan saya (bahagian korus lagu Potret):

Jauh tercemar lukisan alamku,
Sifat kemanusiaan telah hilang,
Bumi menangis kerna sesal ini,
Sampai bila semua ini.

Mari, mari kita kitar semula,
Alam anugerah Tuhan terindah,
Kertas, plastik, kaca, aluminium,
 Kitar semula semua.


Entri berkaitan - Kajian Kes: Sumber Tenaga

Dua tujuan utama manusia di bumi- sebagai hamba Allah dan menjalankan tugas khalifah. Antara tugas khalifah di muka bumi adalah mengurus dan menjaga alam dengan baik yakni bertepatan dengan garis panduan Islam.

Wallahua'lam. Sekian, terima kasih.

Wednesday, March 4, 2015

Konsep Halal




Halal = Permissible (yang dibolehkan di dalam Islam- harus). Lawan bagi halal adalah haram.
Haram = Forbidden (yang dilarang di dalam Islam).

Di dalam Islam, terdapat konsep halal dan haram. Memilih yang halal dan menjauhi yang haram menjadi tuntutan/kewajipan kepada Muslim. Ini kerana adanya ayat-ayat al-Quran dan hadis (sumber rujukan umat Islam- sumber wahyu) mengenai tuntutan ini. Selain halal, terdapat juga konsep toyyib yakni baik, berkhasiat, bersih dan yang sewaktu dengannya. Aspek kebersihan juga perlu dititikberatkan selain aspek halal haram.

Produk halal bukan sahaja boleh digunakan oleh umat Islam bahkan oleh manusia keseluruhannya ^_^

Beberapa perkara mengenai isu halal dan haram di dalam Islam:

A. Bahan/ ramuan
Bahan-bahan yang dianggap kritikal kerana terdapat kemungkinan:
1- Berasaskan haiwan (Animal-based)
2- Produk tenusu
3- Minyak dan lemak (Oil and fats)

Produk halal yang mengandungi bahan berasaskan haiwan hendaklah menepati 2 syarat iaitu: haiwan yang halal dimakan (seperti ayam, lembu, ikan dll) dan disembelih mengikut syarak (kecuali ikan). Haiwan tersebut juga hendaklah tidak membawa mudharat atau racun. Sebagai contoh, lembu yang sakit, ikan yang mempunyai racun. Selain daripada itu, tidak dibenarkan.

Begitu juga buat produk tenusu. Ia hendaklah berasal daripada haiwan yang halal dimakan. Selalunya, susu haiwan di Malaysia diperoleh daripada lembu dan kambing.

Minyak dan lemak boleh berasal daripada sumber haiwan atau tumbuhan. Jika daripada sumber haiwan, hendaklah menepati syarat sebagaimana yang telah disebut di atas. Jika daripada sumber tumbuhan, semua tumbuhan dibenarkan kecuali yang mempunyai racun dan boleh memudharatkan kesihatan.

B. Proses
Selain bahan atau ramuan, proses (langkah-langkah memproses bahan) juga perlu bersih, selamat, berkualiti dan menepati syarat-syarat yang berkaitan seperti undang-undang dan lain-lain. Ini bagi mengelakkan kontaminasi (cross-contamination) dan perkara-perkara yang menyalahi syariah dan teknikal.

C. Lain-lain yang berkaitan
Setelah itu, pengangkutan, cara penyimpanan di gudang dan peruncit juga dititikberatkan atau diambil kira. Secara ringkasnya, produk tersebut halal dan baik (halalan toyyiban) daripada ladang sehingga ke meja makan (farm to fork).

Konsep halal bukan sahaja merujuk pada makanan, bahkan produk selain makanan (non-food product) seperti pelembut fabrik, pinggan mangkuk seramik, barang berasaskan kulit, hospitaliti dan sebagainya, Halal juga merangkumi sistem pengurusan, sistem kewangan dan lain-lain. Luas kan maksud halal dan baik (halalan toyyiban)? ^_^

Kenapa halal dan baik (halalan toyyiban) seiring dan tidak dipisahkan? Ini kerana kita merujuk firman Allah di dalam Al-Quran, antara contoh ayat al-Quran mengenai tuntutan halal:


A168
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Al-Baqarah 2:168) 


Terdapat beberapa istilah berkaitan bahan-bahan yang diragui. Sebagai contoh, babi (porcine), lemak babi (lard) - diharamkan; lemak haiwan (tallow), lembu (bovine) - sama ada haiwan yang halal dimakan atau, jika haiwan yang halal dimakan, adakah ia disembelih mengikut syarak; gelatin, glycerin, emulsifier, amino acid/ protein, enzim (enzyme) - adakah sumber haiwan atau tumbuhan; L-cysteine - sumber rambut manusia atau sumber yang diharuskan.

Emulsifier atau bahan yang menggunakan kod E, kod tersebut tidak melambangkan halal atau haram tetapi sumber bahan tersebut boleh jadi sumber halal atau haram. Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, pilihlah produk yang mendapat sijil halal Malaysia atau sijil halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Produk yang mendapat sijil halal Malaysia telah menepati Standard Halal Malaysia yang berkaitan dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2011 (Semakan Kedua). Semua syarat merangkumi syariah dan teknikal dijelaskan di dalam standard halal dan manual prosedur untuk dipatuhi bagi pemohon sijil halal Malaysia.

Isu-isu berkaitan produk bukan makanan (non-food product) adalah seperti bone china (pinggan mangkuk berasaskan tulang babi/ haiwan), kasut/ pakaian kulit (kulit haiwan haram/ kulit haiwan halal - kulit disamak atau tidak), pelembut kain (mempunyai lemak haiwan/ tumbuhan), dan lain-lain.


Logo Halal Malaysia yang diiktiraf




Contoh Standard Halal Malaysia (secara umum):
MS 1500:2009 - Makanan Halal
MS 2200 (Bhgn 1):2008 - Kosmetik dan Dandanan Diri
MS 2424:2014 - Farmaseutikal Halal

Portal Halal
Lawati  www.halal.gov.my

Apa yang anda boleh lakukan di laman web ini? Sebagai pengguna, anda boleh periksa atau mencari produk yang disahkan halal oleh JAKIM (jangan lupa lihat tempoh sah halal produk ^_^). Manakala bagi pihak industri dan pemohon sijil halal yang lain, anda boleh mengisi borang atau memohon untuk mendapatkan sijil halal. Secara umumnya, anda boleh mendapatkan lebih maklumat, pengertian dan lain-lain berkaitan halal di portal ini.

Akhir kalam, pilihlah produk yang halal dan jalani kehidupan yang halal. Buat usahawan dan yang berminat menjadi usahawan, bolehlah menyumbang di dalam industri atau penghasilan produk halal. =)


*Dalam kenangan:

Halal Entrepreneurship Training (",)


Kelas Fiqh Kepenggunaan bersama Dr. Sa'adan Man ^^, - sem 5



Buku tulisan Dr. Sa'adan =)

Wednesday, December 24, 2014

Sains Membuktikan Al-Qur'an atau Al-Qur'an Membuktikan Sains?


Forum: Bahagian 1


Menyorot ilmu yang diperoleh di dalam kelas Ilmu Wahyu dan Fenomena Alam (semester 2, sesi 2013/2014) ^^,

Wujud istilah "al-Quran membuktikan Sains" dan "Sains membuktikan al-Quran". Apakah istilah yang betul?

Sebenarnya, kedua-dua istilah itu kurang tepat. Al-Quran menjadi sumber rujukan utama umat Islam. Sains pula adalah ilmu mengenai fenomena alam.

Al-Quran adalah wahyu dari Allah. Oleh itu, kita beriman dengan isi kandungan ayat al-Quran, walaupun terdapat perkara yang bercanggah dengan ilmu Sains. Sebagai contoh, api sifatnya panas dan membakar. Tetapi di dalam kisah Nabi Ibrahim, api tidak membakar baginda. Maha Suci Allah.

Ilmu Sains sepatutnya menjadi alat untuk kita mengenal Allah, Tuhan sekalian alam. Juga menjadi alat untuk memakmurkan bumi dan menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.

Menyoroti sejarah Islam, banyak ilmu yang berkembang bersumber daripada al-Quran dan hadis. Perintah solat, menghadap kiblat dan yang berkaitan telah memperkenalkan ilmu astronomi dan matematik. Saranan untuk mengubati penyakit di dalam hadis telah memperkenalkan ilmu perubatan. Semua ini terjadi apabila manusia berfikir. Membaca al-Quran dan mengajak diri berfikir. Berfikir berlandaskan ilmu wahyu agar tidak terpesong.

Wallahua'lam.

Thursday, October 23, 2014

Liham (Surat)

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Magandang araw. Kumusta ka? Ngayon, sumusulat ako ng liham.

Kepada diriku,
Apa khabar iman kamu hari ini? Apa khabar iman kamu di kala ini? Sesungguhnya engkau mahu jika soalan ini diajukan oleh keluarga atau sahabat atau sesiapa yang rapat denganmu, kerana hatimu punya ruang untuk menerima nasihat. Tetapi, engkau juga perlu menyedari, bahawa engkau sendiri lah yang sepatutnya memulakan pertanyaan itu kepada dirimu, kepada akal fikiranmu, lebih-lebih lagi kepada hatimu :')

Wahai diri,
Penting buat dirimu untuk sentiasa memuhasabah diri. Jangan biarkan dirimu hanya berkata-kata dengan orang lain, tetapi engkau lupa untuk berkata-kata dengan dirimu. Bukanlah bermaksud engkau bercakap sorang-sorang, tetapi wujudkan masa atau ruang untuk engkau koreksi jiwa, melihat ke dalam dirimu, apa, kenapa engkau berbuat sesuatu perkara.

Nampaknya, engkau seakan-akan kehabisan kata-kata.

Yang benar,
Dirimu

-Muhasabah -Ingat akan kematian -Zikrullah -Bangkit dari lalai



Mag-ingat ka. Sa muling pagkikita, Paalam.

If Allah wills :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...