بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.
Semester 4 yang lepas, saya dan kawan-kawan belajar subjek Ulum al-Hadith yang diajar oleh Dr. Ishak. Subjek ini diajar dan belajar di dalam Bahasa Arab. Pembelajaran pertama menyentuh mengenai tajuk 'Prinsip Ulum al-Hadith' (ِمَبَادِئُ عُلُوْمُ الْحًدِيْث) . Antara sub-topik di dalamnya ialah: Bahagian Ulum al-Hadith (ِأَقْسَامُ عُلُوْمُ الْحَدِيْث). Ulum Hadith terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
1- Ilmu Riwayah al-Hadis (ِعِلْمُ رِوَايَةُ الْحَدِيْث)
2- Ilmu Dirayah al-Hadis (ِعِلْمُ دِرَايَةُ الْحَدِيْث)
- merujuk buku 'Ulum al-Hadith: Asiluha wa Ma'asiruha tulisan Muhammad Abu al-Laith al-Khair Abadi, m/s 7 (علوم الحديث أصيلها ومعاصرها/ تأليف محمد أبو الليث الخير آبادي)
Antara faedah belajar Ulum al-Hadith/Hadith adalah untuk meningkatkan iman kita. Apabila kami belajar tentang sesuatu hadith yang thabit daripada Nabi Muhammad misalnya, ustaz akan bertanya, "Bertambah tak iman kamu bila dengar/tahu hadith ini?" ^_^
Selain itu, ustaz banyak mengadakan aktiviti agar kami bersungguh-sungguh dan seronok belajar Ulum al-Hadith dan mengetahui hadith-hadith Nabi. Antaranya, semua pelajar kena bawa laptop ketika kelas tutorial. Sebabnya? Pernah sekali, ustaz minta kami untuk cari satu hadith beserta sanad dan matan, makna hadith dan takhrij hadith. Kemudian, hantar kepada ustaz secara online dalam masa 15 minit! Kelam-kabut kami cari..hee..
Ustaz juga pernah arahkan kami untuk pergi ke perpustakaan API, cari 3 buah buku/kitab iaitu 2 buah kitab hadith yang utama yang berlainan penulis (contoh: Kitab Sohih al-Bukhari dll) dan 1 kitab syarah hadith. Ustaz bagi masa 15 ke 30 minit untuk kami pergi perpustakaan, cari buku, pinjam buku dan kembali ke kelas. Satu kelas pergi ke perpustakaan beramai-ramai (",). Apabila kami kembali semula ke kelas, ustaz tanya setiap seorang, kitab yang diambilnya. Kemudian, ustaz bagi tugasan iaitu: Cari 2 buah hadith yang sama matan di dalam 2 buah kitab hadith yang kami pinjam, serta syarahan hadis tersebut di dalam kitab syarah hadith.
Err.. Saya tak jumpa 2 matan hadith yang sama di dalam kitab hadith yang saya pinjam, begitu juga syarah hadith. Sebagai contoh, saya pinjam Sohih Muslim (Kitab Solat) dan Jami' al-Tarmidhi (Kitab Puasa) serta kitab Fathul Bari (kitab syarah bagi hadith-hadith di dalam Sohih Bukhari). Jadi, saya kena cari kembali kitab yang saya perlu pinjam untuk menyiapkan tugasan ini. Di dalam kitab hadith yang enam (ُالكُتُبُ السِّتَّة) misalnya, hadith-hadith dikategorikan di dalam 'kitab'. Di dalam 'kitab' pula dipecahkan kepada 'bab'. Pengajaran daripada tugasan ini, cari dan pinjam kitab/buku yang saling berkaitan, jangan main pinjam sahaja ^_~
Hadith serta syarahan yang kami pilih, perlulah dibentang di hadapan kelas di dalam Bahasa Arab. Walaupun kami tersekat/ tak tahu sesuatu perkataan di dalam Bahasa Arab, ustaz suruh juga kami untuk bercakap di dalam Bahasa Arab. Berlatih (",) Perbincangan di dalam kelas tutorial misalnya, siapa nak dapat markah/ markah banyak, kena cakap dalam Bahasa Arab (^_^) Akhir sekali, ustaz minta kami untuk cari contoh-contoh Hadith Ahad selain contoh yang terdapat di dalam buku beserta makna hadith tersebut. Tugasan-tugasan ini juga adalah untuk markah berterusan (continuous assessment) kami.
Ustaz bukan sahaja mengajar Ulum al-Hadith, bahkan ustaz turut berkongsi ilmu kehidupan, bekerja secara profesional dan lain-lain. Ketika pembentangan (presentation) misalnya, pakai kot ketika bentang, hantar slide pembentangan ke google mail (supaya jika apa-apa terjadi kepada laptop/pendrive kita, kita ada simpanan slide), menyatakan rujukan/kitab yang kita rujuk, dan sebagainya.
Nak masuk kelas, bagi salam, walaupun datang lambat. Jika datang secara berkumpulan, orang di hadapan/ masuk kelas dahulu yang beri salam. Penuhkan tempat duduk hadapan/ duduk di hadapan agar dekat dengan pengajar, terima ilmu dengan lebih jelas =)
Memandangkan kelas kami berakhir ketika menghampiri bulan Ramadhan@1435 Hijrah, ustaz berpesan, "Nak dekat Ramadan ni, bacalah hadith tentang puasa di dalam kitab hadith".
Ada beza (perasaan) rujuk hadith di dalam kitabnya yang asal/kitab hadith dengan merujuk di internet.
Berkaitan hadith di internet, ustaz kongsikan laman web yang berauthoriti untuk dirujuk. Antaranya www.islamweb.net, www.dorar.net dan www.lidwa.com/app. Ustaz turut menulis buku berkaitan perkara ini, sangat berguna untuk tahu cara-cara yang betul dalam menggunakan beberapa laman web hadis;
*************************************************
Sebelum Ramadan menjelang tiba, adik kepada kawan saya meninggal dunia dan junior kawan saya di Mesir meninggal dunia. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.
Mati itu pasti, hidup insha Allah (jika diizinkan Allah).
Alhamdulillah, kita dapat memasuki bulan Ramadan pada tahun ini.
Alhamdulillah, kita dapat tiba pada 10 hari/malam terakhir bulan Ramadan.
Lailah al-Qadr. Rebutlah peluang ini. Ikhlaskan hati mendekati-Nya. Allah tujuan kita.
Salam Jumu'ah. Selawat ke atas Nabi. Surah al-Kahfi. Potong kuku. Mandi sunat Juma'at.
Pray for Gaza.
Sekian, jazakumullah.
Nota kenangan: Bahasa Arab II, Semester Khas Sesi 2013/2014. Maktabah Syamilah.
Hari terakhir kelas Ulum al-Hadith.
SMPIS (Biokesihatan) dan Dr. Ishak.
Good Job Munirah, Keep It Up... ^_^
ReplyDeleteI'm Always There For You, Selamat Meneruskan Perjuangan Dalam Bidang Yang Sedang Diceburi.. Bittaufiq Ma'an Najjah Wa Fi Amanillah Fi Kulli Imtihan Fid Dunya Wal Akhiroh, Allahu Yusahhil Umurik.. :)
> Anonymous
DeleteJazakillahu Khairal Jaza', Husna ^_^
Allahu Yubarik Fik Wa Yusahhil Umurik Fid Dunya Wal Akhiroh, Amiin :) :)
assalamualaikum, saya terjumpa post ni ketika sedang mencari kitab hadis.
ReplyDeletesaya baru nak mula belajar ilmu hadith dengan lebih mendalam, tapi saya x tahu kitab ape yg sesuai.
boleh saudari rekomen kitab2 hadith yg bagus, yg saya boleh baca bersama terjemahan (saya kurang mahir bahasa arab)? kalau boleh kitab yg sesuai untuk beginner seperti saya. terima kasih.
Wa'alaikumussalam. Maaf kerana lambat balas.
DeleteKalau nak belajar asas ilmu hadith, boleh rujuk buku 'Ulum al-Hadith',tulisan A/P Dr. Mohd Muhiden bin Abd Rahman. Kalau nak baca terjemahan dan tafsiran hadith, blh baca kitab 'Fathul Bari'; kitab ni setakat yg saya jumpa adlh terjemahan Indonesia/English. Kitab Fathul Bari adlh tafsiran hadith-hadith riwayat Imam Bukhari oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani.
Selain itu, digalakkan utk hadir majlis2 ilmu yg bincang ttg ulum hadith.
Wallahua'lam.
Assalamualaikum. Saya Abd Rahman, pelajar Syariah dari USIM. Saya amat berminat dengan post saudari. Kebetulan lecturer saya menggalakkan kami membuat presentation secara lebih kreatif walaupun agak sukar kerana subjek Ulum Hadith. Tapi post saudari membuktikan bahawa ia tidaklah sesukar mana untuk belajar secara interaktif. Kalau tidak keberatan apa lagi yg Dr. Ishak suruh saudari dan rakan2 lakukan yg jarang dibuat oleh lecturer lain? Saya amat berminat dengan medium pengajaran beliau. Terima kasih.
ReplyDeleteWa'alaikumussalam, saudara Abd Rahman. Saya tidak ingat aktiviti2 lain selain yang saya tulis di dalam entri ini, memandangkan saya ambil kelas ini 3 tahun yang lepas. Cuma yang saya ingat, masa pemilihan ahli untuk group presentation, Dr. Ishak suruh kami jadikan kawan sebelah sebagai groupmate (memandangkan sebelah saya adalah pelajar jabatan lain, jadi saya baru berkenalan dan bekerja dengannya pertama kali). Jadi, saya belajar untuk buat kerja presentation (1 group 2 orang) seperti pembahagian tugas, buat slide power point dll dengan kawan yang baru dikenali. Ia memberi pengalaman kepada saya untuk berinteraksi dan berkongsi ilmu/idea dengan orang yang kita tidak biasa.
DeleteMungkin saya boleh bagi tips untuk presentation yang baik:
1) Masa bentang tidak terlalu lama, seperti 5 - 10 minit.
2) Tulis point penting atau ayat penting, dan semasa penerangan, huraikan perinciannya.
3) Tunjuk buku yang dijadikan sebagai rujukan kepada audiens (optional).
4) Isi kandungan slide teratur dan tersusun. Misalnya, dimulai dengan pendahuluan/pengenalan ringkas tajuk, isi kandungan, penutup/kesimpulan, seterusnya rujukan (sebaiknya buat seperti reference style).
5) Saiz tulisan tak terlalu kecil/ besar (saiz yang boleh dibaca dari jauh/orang belakang), font tulisan yang sesuai (jangan terlalu 'crowd' sangat), dan warna background atau tulisan yang boleh audiens lihat/baca.
Maaf atas keterlewatan membalasnya. Moga bermanfaat.
Munirah.
Waa, terima kasih atas tips2 tersebut. In shaa Allah dua minggu lagi saya akan bentangkan bab hadis dhaif dari sudut isnad (tersembunyi). Samalah jugak, pair je untuk presentation ni hehe tapi masih sama bidang la. Jazakillah khair. Moga terus sukses!
DeleteAbd Rahman.