Pages

Sunday, January 13, 2013

Fire!

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH ^_^

Sahabat-sahabat, apa khabar? Iman teras kehidupan :)

Entri kali ini, saya nak berkongsi tentang alat penggera kebakaran. Ada berbagai cara pengendalian alat penggera kebakaran ini. Salah satunya adalah pengesan asap. Yakni, jika alat penggera kebakaran mengesan kewujudan asap di dalam bangunan, ia akan berbunyi sebagai tanda berlakunya kebakaran. Sumber rujukan - alat penggera kebakaran.

Hidung. Apakah fungsi hidung kita? Menghidu, mengesan bau. Oleh itu, kita dapat detect sesuatu kan? Sebagai contoh, jika kita berjalan-jalan dan kemudian, kita terhidu bau roti yang enak! Rupa-rupanya sebelah kita adalah kedai roti, hehe ^_~ Untuk pengetahuan semua, sebenarnya alat penggera kebakaran dicipta berdasarkan fungsi hidung!

Lidah. Struktur lidah sangat hebat. Boleh merasa pelbagai rasa. Strukturnya boleh dilentur-lenturkan. Terdapat pengkaji yang cuba membuat struktur atau ciptaan seperti lidah akan tetapi, tetap tidak sama. Ciptaan tersebut tidak dapat berfungsi sebaik dan sesempurna lidah yang sebenar.

Subhanallah! ^_^ Ini (hidung & lidah) menunjukkan adanya penciptaan. Oleh itu, siapakah penciptanya?


A012
A013
A014
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.


Kejadian manusia bukti kewujudan ALLAH (",)

Asal kejadian manusia.

Manusia yang mula-mula dicipta oleh ALLAH adalah Nabi Adam a.s (daripada tanah). Kemudian, ALLAH menciptakan Hawwa', dan jadilah Hawwa' isteri kepada Nabi Adam. Setelah itu, manusia berkembang biak melalui mereka berdua, melalui proses persenyawaan di dalam rahim ibu.
Untuk lebih bacaan - Kejadian Manusia Menurut al-Quran.

Saya dapat maklumat tentang alat penggera kebakaran, hidung dan lidah tersebut melalui satu rancangan TV di TV al-Hijrah tetapi, saya tak ingat tajuk rancangan tersebut ;)

Selain itu, sedikit ilmu yang saya dapat di kelas tafaqquh Aqidah;

"Manusia ini berubah-ubah. Sekarang dia kenyang, tak lama lagi dia akan lapar. Dan begitulah putarannya sehari-hari. Benda yang berubah-ubah, pasti ada pengubahnya".


A001
A002
A003
A004
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".


Riwayat al-Tarmizi no. 3522, Ahmad no. 302, 315 dan al-Hakim, dianggap sebagai sahih oleh al-Hakim dan al-Zahabi.
Rujukan: 101 Doa daripada Hadis-Hadis Sahih, terbitan Telaga Biru.


Last but not least, bagi sahabat-sahabat yang meminati novel tulisan Ramlee Awang Murshid, jangan lepaskan peluang untuk baca novel terbarunya! ^_^



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...