بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, ya ALLAH.. =) Merasai bahawa diri adalah hamba kepadaNYA, dan kita (orang islam) ada ALLAH-rasa bertuhan, membuatkan diri berasa gembira ^_^ Menyuburkan iman kembali dengan firmanNYA:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56)
Ingatlah tujuan diri diciptakan..nescaya ALLAH adalah tujuan kita, Rasulullah teladan kita, Al-Quran pedoman hidup kita, jihad adalah jalan juang kita, dan mati di jalan ALLAH adalah cita-cita tertinggi. Ustazah saya pernah membacakan makna doa iftitah, dan maknanya sangat menggetarkan jiwa! Doa iftitah umpama ikrar kita sebagai seorang muslim.. Dan salah satu ayat di dalam doa iftitah,
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'aam 6:162)
Segala-galanya untuk ALLAH.. kerana ALLAH.. ke arah mencapai redha, rahmat dan ampunan ALLAH..
Sahabat-sahabat pernah tak hadapi situasi, sebagai contoh, belajar. Kita belajar, belajar dan belajar.. Dan niat kita belajar adalah kerana ALLAH, belajar untuk amal. Tetapi, setelah sekian lama kita belajar, kita rasa penat, susah, tak larat, jiwa tak tenang.. Kenapa ye? Apabila memuhasabah diri kembali, kita akan tersedar yang niat asal kita belajar sedikit lari.. Mungkin, kita belajar hanya untuk jawab periksa, atau sekadar nak tahu tetapi tidak mahu amalkan ilmu yang dipelajari, dan sebagainya. Apakah solusinya? Pada pendapat dan fahaman saya, pentingnya untuk kita perbaharui niat kita sentiasa.
HADIS 1
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : ( hadis nombor 1908).
Rujukan: http://hikmah.org.my
Hadis di atas adalah antara hadis 40 susunan Imam Nawawi. InsyaALLAH untuk mengetahui sanad dan matan hadis tersebut, boleh lihat di http://www.freewebs.com
Alhamdulillah, umat islam telah menyambut maal hijrah (1 Muharram 1433H) pada 27 November 2011. Dan pada 1 Januari 2012 pula, membuka lembaran tahun masihi. Ada yang mengambil kesempatan ini untuk memperbaharui azam, membuat perubahan, dan lain-lain. Alhamdulillah. Namun kita semua kena ingat bahawa perubahan (hijrah) dan islah (memperbaiki) itu bukan bersifat sementara, atau ada tarikh-tarikh dan masa-masa yang tertentu untuk kita berubah bahkan sebenarnya, proses perubahan itu berlaku setiap masa, dan boleh setiap hari.
Manfaatkan hari ini, ambillah pengajaran dari hari semalam, dan rancanglah untuk hari esok. Meniti hari-hari dalam kehidupan, dengan keimanan dan kepercayaan bahawa ada hari akhirat yang bakal kita hadapi.
Peringatan untuk diri, dan mudah-mudahan manfaatnya tersebar kepada semua, amin. Terus dan terus menyubur cinta kepadaNYA ^^
insyaAllah sama-sama perbaharui naa.. ^_^
ReplyDeleteinsyaALLAH,sama-sama kita menggapai cinta dan redha ALLAH ^_^
Deletejazakillah ya ukhti! ^^
insya-Allah sahabat.. =]
ReplyDeleteinsyaALLAH,jazakallah atas titipan dan kunjungannya,sangat-sangat hargai.
Delete