Pages

Sunday, January 8, 2012

Jogging ^^

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar sahabat-sahabat? ^_^ Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH.. Sehingga saat ini, kita masih boleh bernafas dengan kasih sayangNYA, kita masih celik atau jaga walaupun setelah tidur dengan rahmatNYA; memberi kita peluang dan ruang untuk bertaubat, memperbaiki diri, dan menegakkan kalimahNYA. Hidup aman di dunia akhirat menjadi impian, mengingati mati membawa waspada pada diri, bahawa sesungguhnya ALLAH lah tempat kembali kita..

Alhamdulillah, pagi tadi (8/1/2012) saya dan sahabat-sahabat saya, fadzlina dan khalilah (ila) pergi jogging!^^ Kami tak lah berlari..cuma berjalan kaki.. itu pun dah berpeluh-peluh, alhamdulillah ^_~ Nak tahu laluan jogging kami? Mai dengar cerita saya, hee.. Di bawah ini, adalah peta kampus Universiti Malaya. Saya dan sahabat-sahabat APIDS tinggal di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah @ kolej 12 @ kk12. Dari kk12, kami berjalan menuju ke Rimba Ilmu (Botanical Garden) -warna hijau dalam Gambar Rajah 1.1.





Gambar Rajah 1.1



Gambar Rajah 1.2


Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke kem latihan PALAPES (saya tak tahu nama tempat itu yang sebenarnya, dan ia tiada di dalam gambar rajah), ia merupakan 'tempat latihan' bagi ahli-ahli PALAPES (kalau saya salah, maafkan saya, dan mohon pembetulan). Di sana, saya mengambil kesempatan untuk mencuba beberapa 'fasilitati' untuk latihan. Tempat ini berada di tepi laluan jalan raya, sebelum sampai ke kolej kediaman 10. Sahabat-sahabat boleh click atau right click di gambar rajah di atas, untuk image yang lebih besar dan jelas.






Antara 'fasilitati' yang saya cuba ^^


Semasa nak pergi ke Rimba Ilmu dan kem latihan PALAPES, saya rasa 'macam lama je' nak sampai ke sana.. Tetapi, bila saya dan kawan-kawan pulang ke kk12, rasa seperti tak jauh / dekat je nak balik semula ke kolej kediaman.. =) Apa yang dapat saya simpulkan, nak mencapai atau mendapat sesuatu, kita perlu bersusah-payah..atau mengalami kesusahan, kesakitan, dan sebagainya..lumrah kehidupan.. Tetapi kemudian, kesusahan itu tidak akan kekal selama-lamanya..kerana ada kesenangan setelah atau bersama itu..insyaALLAH.. Analogi ini mebuatkan saya teringat firmanNYA:


A005
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,




A006
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.


Kemudahan pada pandangan ALLAH, tidak sama dengan pandangan manusia.. Mungkin kita fikir, sebagai contoh, bila kita belajar bersungguh-sungguh, kita akan dapat kejayaan seperti mana yang kita nak. Sama ada ALLAH akan bagi sepertimana hajat kita, atau ALLAH akan bagi dalam bentuk lain, misalnya, kata lah kita dapat result exam biasa-biasa sahaja, tetapi ALLAH mudahkan kita untuk dapat kerja, atau sambung belajar, atau dipermudahkan urusan keluarga, atau kewangan, atau hati rasa tenang, atau kita ada ramai kawan yang baik-baik,soleh solehah.. dan sebagainya. Mungkin kita tidak dapat apa yang kita mahu, tetapi kita dapat apa yang kita perlukan. Oleh itu, ambillah setiap peristiwa sedih dan gembira dalam kehidupan ini, sebagai didikan daripada ALLAH.. kerana pasti ada hikmah di sebaliknya, jika tidak hari ini, hari akan datang, insyaALLAH.. Yakinlah dengan janji-janji ALLAH.. Pasakkan pergantungan hanya padaNYA.. Dan jangan lupa untuk taat segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA, Ya ALLAH, kami memohon hidayah dan taufiq(kekuatan melakukan amal) dariMU,amin.. Ini mengikut apa yang saya faham ^^

Selain itu, saya teringat, apabila saya dan keluarga nak berjalan-jalan, atau melancong, atau nak pergi mana-mana, ayah saya selalu berpesan, "Anak-anak, niatkan perjalan kita ini, untuk tadabbur (menghayati) ciptaan ALLAH, memikirkan kebesaran ALLAH.. Dan yang paling penting, untuk dapat redha ALLAH.." Amin.. =)

Muhasabah diri sebentar, agar iman kembali subur.

Wallahua'lam. Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi ALLAH, syukur pada ALLAH, kerana mengizinkan saya untuk berkongsi entri baru, dan memudahkan sahabat-sahabat untuk membaca dan memahami entri saya ini ^^ Ilal liqa' fi mardhotillah, amin. Salam mahabbah fillah. Sama-sama kita saling ingat-mengingati, dan menjaga masa, menuju kebahagiaan hakiki di akhirat sana. Wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (n_n)

4 comments:

  1. Assalamualaikum wbt.

    Alhamdulillah, jadikan riadah itu satu ibadah..
    Badan yang sihat memudahkan kita untuk beribadah kepada Allah dengan baik.. ^_^

    Ya, setiap kesusahan pasti dibelakangnya ada kemudahan.. cuma kadang2 itu Allah hanya nak menguji hamba2-Nya untuk melihat sejauh mana kita ini bersabar dengan ujian yang hadir dalam hidup kita kan?..

    na`am, jom sama2 kita muhasabah sebentar untuk mengislahkan diri agar menjadi yang lebih baik.. ^_^

    Uhibbuki fillah ya ukht habibati.. ^_^

    ~permata yang dicari~

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum munirah..:)
    wah,bestnye berjogging..kte kat sini dah lme xberjogging taw..cme kat sini kte byk berjalan sbb ktorg mne ad kereta kalau nak g mna2..hehe^^

    munirah,btul kata awk,perjlnn menuju ke puncak kejayaan itu mmg tdk mudah...dan tdk semua org yg cemerlang pelajarannya, akan mudah urusan kehidupannya(mcm pkerjaan dsb) jika tdk mndpt pertolongan dri ALLAH...
    syukran atas peringatan:)
    uhibbuki fillah<3

    ReplyDelete
  3. joging..jom2.. rindu nak jog.. ^_^

    ReplyDelete
  4. > wafa zinnirah92 (fatin)

    Wa'alaikumussalam wbt =)
    riadhah sebagai ibadah,sweet ^^ teringat pula novel VT tulisan Hilal Asyraf;

    na'am..sejauh mana kita bersabar dan bersyukur.. dan utk menguji/membenarkan keimanan kita padaNYA. "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Al-'Ankabuut 29:2-3)

    alhamdulillah,jazakillah ya ukht habibati.. ^_^ dan semoga ALLAH mengasihimu sebagaimana dirimu mengasihiku kerana ALLAH ^^, amin..

    >Aku hambaMU...

    Wa'alaikumussalam hani.. =)
    ehee, awak banyak berjalan kaki, tu kira exercise juga ^_^ jaga kesihatan utk memudahkn beribadah kepadaNYA.. ^^ trm ksh cerita pengalaman awak, kta suka dengar ^^

    hani,terima kasih juga atas peringatannya..jazakumullah.. ^^ dan semoga ALLAH mengasihimu sebagaimu dirimu mengasihiku kerana ALLAH,amin ^_^

    > Ckin Kembaq

    jom2.. ^_^ xpa,turun naik tangga atau berjalan kaki pun dikira jogging ^_^

    jazakillah ya ukht habibati..moga ALLAH mengasihimu sebagaimana dirimu mengasihiku kerana ALLAH,amin ^^ uhibbuki fillah!

    maafkan salah silap diri ini.. (",)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...