Pages

Saturday, August 27, 2011

Nuzul Al-Quran


بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

merenung langit..merenung hari-hari di bulan Ramadan yang kian sampai ke penghujung..


Coretan ini, mengimbas kembali peristiwa pada 17.8.2011.. ^_~

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, saya dapat menulis di sini..buat peringatan diri pastinya =)

Pada 17.8.2011 yang lalu (Rabu), saya dan sahabat-sahabat APIDS dijemput menghadiri majlis berbuka puasa, bersempena Hari Nuzul Quran, anjuran Surau Akademi Pengajian Islam UM (APIUM). Alhamdulillah, majlis bermula pada pukul 5.45 petang (setelah kami meredah hujan renyai-renyai), mendengar pengisian yang disampaikan oleh Prof. Dr. Abdul Aziz Mohd Zin, salah seorang pensyarah di APIUM, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Manusia.

Tajuk yang disampaikan oleh beliau adalah "AL-QURAN DALAM KEHIDUPAN BERORGANISASI".

Ustaz memulakan ceramah dengan 2 potong ayat Al-Quran, tetapi saya tidak dapat detect surah dan ayat apa, minta maaf. Point pertama ustaz adalah, MATLAMAT. Dalam setiap apa yang kita buat, perlu ada matlamat. Begitu juga sebuah organisasi, perlukan matlamat dan hala tujunya. Dan organisasi, bukanlah hanya terdapat dalam pentadbiran atau kepimpinan bahkan, diri kita juga adalah satu organisasi! Percaya tak? ^_~

Di dalam Al-Quran, banyak sangat ayat-ayat Al-Quran yang menawarkan kepada manusia pelbagai ganjaran dan akibat..seperti syurga dan neraka..pahala dan dosa.. Allah tahu, yang manusia ini sangat terinspirasi dengan ganjaran-ganjaran; itulah sifat manusia. Kita boleh mengambil pengajaran bahawa, hendak meletakkan sesuatu matlamat dan target, kita kena tahu UNTUNG & RUGI, dan matlamat tersebut hendaklah yang boleh mencapai keuntungan! Kita kena mengambil kira keuntungan duniawi dan ukhrawi.. ^_^

Misalnya, jika kita seorang mahasiswa, target dan matlamat kita di dalam exam adalah 4 flat. Jika kita seorang penulis buku, kita nak siapkan buku kita itu pada tarikh sekian, sekian. Dan, apabila kita sudah menentukan matlamat dan target, kita kena pegang target tersebut, dan bekerja ke arah itu (target)! ^^

Walau apa pun target dan matlamat kita itu, ingatlah, dasarilah ia (target) dengan niat kerana ALLAH dan untuk menggapai redha-NYA, dengan cara Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wasallam.. (",) ~peringatan untuk diri saya yang menulis ini.

Kenapa Al-Quran diturunkan? Saya dapat salin 2 point daripada ustaz..

1) Memberitahu perkara-perkara yang ghaib, yang kita tidak tahu.
2) Menyusun kehidupan manusia.


شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (Al-Baqarah 2:185)

The month of Ramadan in which was revealed the Qur'an, a guidance for mankind, and clear proofs of the guidance, and the Criterion (of right and wrong).

SUSUN ATUR, ada di dalam organisasi.. Kenapa perlu susun atur? Kerana terlalu banyak kewajipan dan larangan.. Dan di sinilah timbulnya, AULAWIYAT! Aulawiyat bermaksud, keutamaan.. Minta maaf ye, saya tidak arif untuk menjelaskan tentang aulawiyat. Sahabat-sahabat yang tahu, bolehlah berkongsi dengan saya ^^,

Dalam diri manusia, ada 2 perkara - boleh terima perkara baik, dan boleh juga terima perkara buruk. Manusia mempunyai banyak kehendak dan kemahuan. Kehendak manusia, kehendak syaitan dan kehendak ALLAH, semuanya saling bertarung.. Oleh itu, Al-Quran diturunkan untuk memperbetulkan hala tuju, yakni mengurus kehendak! (",)

Kenapa kadang-kadang kita ada rasa berat, atau susah?
1) Kurang hasrat atau motivasi yang lemah (keyakinan).
2) Kurang dalam menyusun atur.
3) Keseorangan (tidak beramai-ramai).
4) Keikhlasan kena penuh.

Bagi ustaz, pada diri seorang muslim, perlu ada 2 perkara yang 'tinggi' iaitu kekuatan diri yang dipandu iman (keyakinan tinggi, tahan lasak) dan kekuatan minda (stategi, susun atur).

Kemudian, ustaz mengulas surah Al-Insyirah.. InsyaALLAH jika kita baca banyak-banyak surah ini, kita akan awet muda ^_~ Jika kita teliti terjemahan surah Al-Insyirah, antara inti pati surah ini adalah lapang dada, bermaksud diangkat beban oleh ALLAH. Apa yang dimaksudkan dengan 'diangkat beban' ? Selalunya, yang kita faham dengan 'diangkat beban' adalah, beban berkurang.. Aha! Di sini saya ingin membawa satu pencerahan..satu dimensi yang lain..makna sebenar 'diangkat beban'.. 'Beban diangkat' bukanlah bermaksud beban kita dikurangkan, atau beban kita berkurang tetapi, kita tidak rasa berat dengan 'beban' tersebut! Sebagai contoh, dahulu, apabila kita baca 10 m/s Al-Quran, kita rasa berat.. Tetapi sekarang, baca 10 m/s rasa ok.. Meringankan beban bukan dengan mengurangkan beban (misalnya membaca 10 m/s kepada 5 m/s) tetapi menambah/memberi kekuatan kepada diri! Boleh nampak apa yang saya maksudkan? ^_^

Rezeki juga begitu.. Bertambahnya rezeki bukanlah zahirnya rezeki, harta kita dan lain-lain bertambah tetapi, sebagai contoh, tahun 2006, gaji kita sebanyak RM 3000, tetapi setiap kali balik kampung (pandu kereta), kita selalu dapat saman.. Pada tahun ini, gaji kita tetap sama, tetapi tiada saman yang perlu dibayar.. Allah.. Allah Maha Bijaksana! Tidakkah kita rasa begitu? (",)

Berat atau ringan sesuatu perkara itu, kita sendiri yang tentukan..selain situasi yang turut mempengaruhi..

Kemudian, pada ayat seterusnya, Allah berfirman bahawa kedudukan Nabi terangkat, senang di sebalik susah, kerja terus-menerus, yakni tidak berhenti-henti dan ada kasih sayang.

Senang di sebalik susah. Pernah tak kita rasa, kerehatan di sebalik sibuk? (",)

Apakah yang dimaksudkan dengan 'ada kasih sayang'? Daripada ayat اِلَى) , وَاِلَى رَبِّكّ فَارْغَب) bermaksud 'atas'. Allah atas, yakni makam yang tinggi. Manusia bawah, iaitu makamnya rendah,hina.. Jadi, cinta dan sayanglah pada yang ATAS (ALLAH)! =) Bila suka sama suka, tak jadi berat dah sesuatu amalan atau perkara itu.. ^_^

Akhir sekali, ustaz mengakhiri kalam-kalamnya dengan menceritakan hadis Fatimah. Sahabat-sahabat pernah mendengar kisah ini? Ceritanya lebih kurang begini, suatu hari, Fatimah rha., puteri Rasulullah SAW ingin berjumpa Rasulullah SAW, kerana ingin meminta pembantu rumah, bagi mengurangkan kepenatan atau beban yang dialaminya dalam melakukan kerja rumah.. Lalu Nabi SAW bersabda, "Hendakkah aku khabarkan kepadamu sesuatu yang lebih baik daripada pembantu rumah? Yakni sebelum tidur, bacalah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali (dan ada juga riwayat yang lain)" ~seperti yang kita baca di dalam wirid selepas solat~

Ustaz mengkhabarkan bahawa, zikir sebenarnya menstabilkan urat saraf. Oleh itu, tidur kita berkualiti.. Begitu juga doa, dan sebagainya. Pernah tak kita tertidur ketika kita tengah membaca Al-Fatihah, atau berzikir sebelum tidur? (",) Tenang kan..

Wallahua'lam. Jika ada salah dan silap di dalam perkongsian ini, jemput diperbetulkan dengan hemah.. (",) Inni ukhtukum fil islam! ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...