Pages

Saturday, August 31, 2013

Biohealth Science


بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Entri~ Dunia jambatan akhirat

Kaifa haluki? Apa khabar sahabat-sahabat? =) Tak lupa, apa khabar iman kita? ^_^ Moga hari ini lebih baik daripada semalam.

Sahabat-sahabat ada baca entri saya di atas? Saya cuma nak menyambung sedikit coretan berkenaan perjalanan saya dalam course yang saya ambil sekarang (",)

Alhamdulillah, saya dapat menyambung pengajian, nama diberi Sarjana Muda Pengajian Islam Dan Sains (Sains Biokesihatan). Insha Allah, course ini mengambil tempoh 4 tahun.

Sarjana Muda Pengajian Islam Dan Sains (SMPIS) terbahagi kepada 5 major: Sains Biokesihatan, Bioteknologi, Sains Dan Pengurusan Alam Sekitar, Genetik Dan Biologi Molekul, dan Fizik.

Selain itu, terdapat juga Sarjana Muda Pengajian Islam Dan Teknologi Maklumat. Boleh rujuk - SMPIS

Kami belajar subjek sains di Fakulti Sains, dan belajar subjek pengajian islam di Akademi Pengajian Islam. Two interesting and challenging experience =)

Tahun 1, saya dan kawan-kawan (selain Fizik dan Teknologi Maklumat) belajar subjek sains yang sama.

Tahun 2, kami mula fokus pada bidang pelajaran masing-masing. Bagi kami yang mengambil major sains biokesihatan, kami kena pilih 1 daripada 3 modul yang ditawarkan (boleh diibaratkan pengkhususan). Iaitu antara Sains Kesihatan Bersekutu, Farmaseutik dan Nutraseutik atau Sains Forensik.

Membuat pilihan ini memerlukan istikharah dan musyawarah ^_^

Subjek pengajian islam, kami semua ambil subjek yang sama. Dapatlah berjumpa dengan kawan-kawan yang berlainan major (sains) jika kami mengambil subjek pengajian islam pada semester yang sama ^^

Allahua'lam. Saya ingin mengimbas sedikit pengalaman ketika masih menuntut di asasi - Belajar Syariah dan Jogging ^^

~CINTA ALLAH & RASUL-NYA~

semasa program HIJRA '12

Thursday, July 25, 2013

Seronoknya Ramadhan!


بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah, kita dapat merasai Ramadhan.. =)

Saya ingin berkongsi nasihat yang saya perolehi daripada sahabat hati saya ^_^
Boleh je shbtku.. 
Dalam setahun kita jalani, Allah beri sebulan yang istimewa iaitu Ramadhan. Dalam seminggu kita jalani Allah beri hari yang istimewa iaitu Jumaat. Dalam setiap hari yang kita jalani Allah beri satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Al-qadr. 
Allah Maha Baik. Diberi kita peluang hidup di bulan Ramadhan. Segala pahala yang fardhu digandakn 70 pahala, dan yang sunat pahalanya macam yang fardhu. Baiknya Allah. 
Motivasi Ramadhan badar 313. Kalau kat Mesir ni panasnya ma sya Allah jadi dah tentunya suasana masa perang badar tu lebih panas dari sekarang. Padang pasir pulak tu, hanya semata-mata ingin menegakkan kalimah Allah.

Ya Allah, Kau berkatilah kami di dalam bulan Ramadhan ini.. Amin Ya Rabbal 'Alamin :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...