Pages

Sunday, February 24, 2013

Bagaimana mencintai ALLAH?

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Sahabat-sahabat, apa khabar? Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH ^_^

Berpandukan tajuk di atas beserta lagu di blog ini, sahabat-sahabat boleh agak kan saya nak cerita tentang apa? Ya, cinta ALLAH.. ^^

Cinta itu indah. Cinta itu kasih sayang. Apa rasanya orang yang bercinta?

Mari bercinta dengan ALLAH ^^

Saya dengar cara-cara untuk mencintai ALLAH ini daripada satu rancangan agama di televisyen. Saya tak ingat rancangan apa, tak silap rancangan Tanyalah Ustaz, wallahua'lam.

Cinta ALLAH:

1) Taat perintah ALLAH dengan ikut/amal Nabi.


A031

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



A032

Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.

2) Mencari jalan untuk taqarrub kepada ALLAH.

3) Cinta Rasul. Cinta Rasul

4) Cinta al-Quran.

5) Takut akan kebesaran ALLAH.

Apa maksud halawatul iman? Halawatul iman bererti kemanisan iman. Bila iman terasa manis, kita akan rasa seronok (",) Seronok apa? Tepuk dada tanya iman =)



عن أنس عن النبي صلي الله عليه وسلم أنه قال: ( ثلاث من كُن فيه وجد حلاوة الإيمان ’ أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سِواهما ’ وأن يحب المرء لايحبه إلا لله ’ وأن يكره أن يعود في الكفر كما يكره أن يقذف في النار ) رواه البخاري.

Dari Anas bin Malik dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: "Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman: Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya. Jika ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Dan dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka." (HR Bukhari)

Allahu Rabbi =')

Di sini ada sedikit tulisan saya yang ada kaitan dengan tajuk ini - Coretan Buat Jiwa

Saya jumpa site ini ketika mencari hadis halawatul iman, jom baca bersama saya =)

Akhir kalam, terima kasih buat saudara Brohamzah kerana mencadangkan laman yang bagus untuk merujuk/membaca hadis-hadis, terutama sunan sittah.

Jazakumullah buat kalian yang sudi membaca, menyokong dan lain-lain. Jika ada salah dan silap, mohon tegurannya dan kemaafan dipinta. Mari menggapai redha Allah! ^_^

~CINTA ALLAH & RASUL~

Wednesday, January 30, 2013

8 hari di UM

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

8 hari di UM. Ada 2 persoalan yang boleh timbul. Ada apa di UM selama 8 hari tersebut? Atau, saya belajar di UM jadi, kenapa dengan 8 hari? ^^

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Segala puji bagi ALLAH.

18 Januari 2013 adalah hari terakhir peperiksaan akhir di UM. Namun tidak bagi saya. Saya dah habis periksa pada 10 Januari yang lepas. Jadi, saya dapat balik rumah awal (",)

Hari kejadian.

Kelihatan seorang perempuan berjalan dari perhentian bas di PASUM. Tujuannya tidak diketahui pula. Dia menjinjit beg pakaian di tangan kanannya dan beg plastik di tangan kirinya.

Tiba di hadapan kolej kediaman ke-11, dia melintas jalan. Oh, dia nak ke kolej 11 rupanya. Setiap yang bertemu dengannya akan pelik. "Eh, dari mana?" begitulah pertanyaan mereka.

Dia tersenyum.

Dia terjumpa Asiah. Dia agak rapat dengannya. "Asiah, bila habis periksa?" "Saya dah habis periksa Rabu lepas, tapi stay sini sebab jalan-jalan dengan kawan sebelum balik rumah. Munirah pula?"

"Saya dah balik rumah, tapi balik sini (UM) semula sebab join program UMAST-go."

"Oh, program SERU tu ye. Berapa lama program tu?"

"Seminggu. Dari 19 Januari (Sabtu) sehingga 26 Januari (Sabtu). Hari ini kena daftar nama kat kolej 12. Asiah balik rumah bila?"

"Mungkin esok. Atau mungkin selepas solat Jumaat."

"Ok. Jumpa semester depan In Sha Allah. Assalamualaikum."

"Wa'alaikumussalam."

**TAMAT**




Modul-modul yang menarik:

1) Leadership Skill
2) Critical Thinking & Problem Solving
3) Entrepreneurship & Innovation
4) Business Acumen & Financial Literacy
5) Teamwork
6) Professionalism, Moral & Ethics
7) Personal Development Plan & Action
8) Public Speaking
9) Interpersonal Communication

Antara A-ha Moments saya:

"In this class, word 'I Know' is prohibited but you can say 'Isn't it interesting?' instead of it."

Saya tahu.
Menarik juga =)

Mana pilihan hati? ^^,

Dalam salah satu modul, kami bermain paintball. Kumpulan paintball saya Headshot Deluxe. Dan kami menang tempat pertama, beserta Mutiara dan Tashim (7 orang).

Headshot Deluxe: Saya, Fyka, Thaqif, Nurul dan Nik.


Sesetengah modul, kumpulan saya, kumpulan 6 akan bergabung dengan kumpulan 5. Ahli-ahli kumpulan 5: Fyka, Amal, Halimah, Naimah, Akmal, Adila, Fahmi, Sufi dan Tashim.

Gabungan group 5 & 6


Kumpulan aircraft saya: Saya, Naimah, Mutiara, Shai dan Fahmi.


Pada waktu malam sekitar 8 malam sehingga 10 malam, terdapat sesi perkongsian daripada tokoh-tokoh yang berjaya. Beberapa perkara yang saya sering dengar diulang-ulang:

-Be bold/brave
-Perseverance (ketabahan/ketahanan)
-Self-confident
-Willing to learn (one of attitude)
-Passion

"Setiap tahun, saya bukan target berapa keuntungan yang saya nak dapat tetapi saya target berapa zakat yang saya nak beri. Percayalah, keuntungan anda akan bertambah." -Haji Mohd Asri

Niat kena betul. Nak kaya untuk memberi (",)

Akhir kalam, terima kasih dan minta maaf atas segalanya. Mari kita saling mendoakan kebaikan untuk satu sama lain. Menuju redha ALLAH =)

"Kita sebagai umat Islam, lasanakanlah solat 5 kali sehari semalam." ^_^


Bersama Madam Elaine Quah =)
Group 6: Aini, Nadia, Saya, Thaqif, Mutiara, Nurul, Shai, Nana, Nik.
Tiada dalam gambar: Fyza dan Izzati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...