Mari menggapai redha ALLAH! =) اللّهم اجْعلنا من التّوّابين واجْعلنا من المتطهّرين واجْعلنا من عبادك الصّالحين, آمين
Wednesday, December 24, 2014
Sains Membuktikan Al-Qur'an atau Al-Qur'an Membuktikan Sains?
Forum: Bahagian 1
Menyorot ilmu yang diperoleh di dalam kelas Ilmu Wahyu dan Fenomena Alam (semester 2, sesi 2013/2014) ^^,
Wujud istilah "al-Quran membuktikan Sains" dan "Sains membuktikan al-Quran". Apakah istilah yang betul?
Sebenarnya, kedua-dua istilah itu kurang tepat. Al-Quran menjadi sumber rujukan utama umat Islam. Sains pula adalah ilmu mengenai fenomena alam.
Al-Quran adalah wahyu dari Allah. Oleh itu, kita beriman dengan isi kandungan ayat al-Quran, walaupun terdapat perkara yang bercanggah dengan ilmu Sains. Sebagai contoh, api sifatnya panas dan membakar. Tetapi di dalam kisah Nabi Ibrahim, api tidak membakar baginda. Maha Suci Allah.
Ilmu Sains sepatutnya menjadi alat untuk kita mengenal Allah, Tuhan sekalian alam. Juga menjadi alat untuk memakmurkan bumi dan menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.
Menyoroti sejarah Islam, banyak ilmu yang berkembang bersumber daripada al-Quran dan hadis. Perintah solat, menghadap kiblat dan yang berkaitan telah memperkenalkan ilmu astronomi dan matematik. Saranan untuk mengubati penyakit di dalam hadis telah memperkenalkan ilmu perubatan. Semua ini terjadi apabila manusia berfikir. Membaca al-Quran dan mengajak diri berfikir. Berfikir berlandaskan ilmu wahyu agar tidak terpesong.
Wallahua'lam.
Labels:
perkongsian
Thursday, October 23, 2014
Liham (Surat)
بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Magandang araw. Kumusta ka? Ngayon, sumusulat ako ng liham.
Kepada diriku,
Apa khabar iman kamu hari ini? Apa khabar iman kamu di kala ini? Sesungguhnya engkau mahu jika soalan ini diajukan oleh keluarga atau sahabat atau sesiapa yang rapat denganmu, kerana hatimu punya ruang untuk menerima nasihat. Tetapi, engkau juga perlu menyedari, bahawa engkau sendiri lah yang sepatutnya memulakan pertanyaan itu kepada dirimu, kepada akal fikiranmu, lebih-lebih lagi kepada hatimu :')
Wahai diri,
Penting buat dirimu untuk sentiasa memuhasabah diri. Jangan biarkan dirimu hanya berkata-kata dengan orang lain, tetapi engkau lupa untuk berkata-kata dengan dirimu. Bukanlah bermaksud engkau bercakap sorang-sorang, tetapi wujudkan masa atau ruang untuk engkau koreksi jiwa, melihat ke dalam dirimu, apa, kenapa engkau berbuat sesuatu perkara.
Nampaknya, engkau seakan-akan kehabisan kata-kata.
Yang benar,
Dirimu
-Muhasabah -Ingat akan kematian -Zikrullah -Bangkit dari lalai

Mag-ingat ka. Sa muling pagkikita, Paalam.
If Allah wills :)
Labels:
muhasabah,
tanbih lilghafilin
Subscribe to:
Posts (Atom)