Pages

Thursday, August 2, 2012

Jiwa dan Kaya

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Pada tarikh 19 Julai 2012 bersamaan 29 Sya'ban 1433H, bertempat di Menara Kuala Lumpur, cerapan anak bulan telah dilakukan antara jam 7.25 malam sehingga 8.35 malam. Keputusan cerapan- anak bulan tidak kelihatan. Justeru, bulan Sya'ban dicukupkan bilangannya menjadi 30 hari dan 1 Ramadhan di Malaysia jatuh pada tarikh 21 Julai 2012.


Ramadhan Kareem! ^_^

********************

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH ^^, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat Baginda =)

Bersih Jiwa. Itu yang perlu kita usahakan. Menarik untuk kita renungi kisah Umar bin Khattab, yang dikenali sebagai seorang yang tegas,garang dan keras hatinya sebelum memeluk Islam. Apabila mengetahui adiknya Fatimah menganut Islam, bergegas ia ke rumah adiknya. Fatimah dan suaminya telah dipukul oleh Umar, dan apabila Umar melihat darah di muka adiknya, kemarahannya menurun, hatinya menjadi lembut, lalu meminta kepada Fatimah helaian al-Quran untuk dibaca. Pengajaran- Kita akan mudah menerima kebenaran apabila hati kita lembut.

Besarnya peranan hati kepada jasad kita. Niat juga tempatnya di hati.

Jiwa bersih, apabila kita melakukan kebaikan. Jiwa kotor, apabila kita melakukan keburukan/kejahatan/maksiat.

Soalan: Jika saya sering solat lewat, adakah itu tanda jiwa saya kotor?
>>> Tanda jiwa kotor ada 4:

1) Tidak rasa bersalah ketika melakukannya
2) Kemudian,melazimi perkara tersebut
3) Kemudian,rasa seronok pula melakukannya
4) Kemudian,dia membela pula perkara tersebut

Ustaz Zamri (program Tanyalah Ustaz) banyak merujuk buku bertajuk 'Tazkiyatun Nafs' bagi membincangkan tajuk Bersih Jiwa ini. Mungkin kita pun boleh merujuk buku tersebut untuk lebih kefahaman dan panduan ^_^




Kaya. Mengikut ilmu Fiqh, kaya bermaksud kaya harta. Manakala menurut ilmu tasawwuf, kaya bermaksud kaya jiwa. Yang terbaik adalah yang kaya harta dan kaya jiwa.

Ada yang kaya harta, tetapi miskin jiwa. Ada yang miskin harta, tetapi kaya jiwa. Yang lebih parah lagi adalah yang miskin harta dan jiwa. Na'uzubillahi min zalik.

Kaya jiwa dengan sifat mahmudah. Miskin jiwa dengan sifat mazmumah. Kaya jiwa dengan melaksanakan perintah ALLAH/taat. Miskin jiwa apabila melanggar perintahNYA/ingkar. Kaya jiwa, jiwa jadi sihat. Miskin jiwa, jiwa sakit.



حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ حَدَّثَنَا أَبُو حَصِينٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ

Ahmad bin Yunus telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Bakr telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Hashin telah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Soleh daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w. beliau berkata: “Kekayaan sebenar bukanlah dengan kerana banyaknya harta benda tetapi kaya yang sebenar itu adalah kaya jiwa.” 

 - Riwayat Imam al-Bukhari dalam kitab Shahihnya

sumber link - Suka Hadis
Lain-lain pautan - ini, itu, sini, sana

Kita mungkin boleh beli tilam yang empuk, tetapi kita tidak dapat membeli lena. Kita mungkin boleh beli makanan yang sedap, tetapi kita tidak dapat membeli selera.

Makanan ada 3 jenis:
1. Makanan yang lazat
2. Makanan yang berzat
3. Makanan yang berkat

Berkat = bertambah pada kebaikan. Kebaikan seperti harta, kesihatan, zuriat dan lain-lain.

Wallahua'lam. Moga peroleh manfaat. Buat saya dan anda, selamat memanfaatkan Ramadhan kali ini! ^_^ Seeru 'ala barakatillah~

Friday, July 6, 2012

Bersyukur

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

15 Sya'aban, sekitar 7.00 pagi


Segala puji-pujian kita rafa'kan kepada ALLAH (الحمد لله), selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi wasallam (اللهمّ صلّ على محمّد).

Tasbih! (سبحان الله)
Tahmid! (الحمد لله)
Takbir! (الله أكبر)
Tahlil! (لا اله الاّ الله)

Hee..seperti rancangan Adik & al-Quran di TV9 pula. Inilah antara zikir yang kita boleh amalkan setiap hari. Nak latih diri, istiqamahlah berzikir/berwirid setiap kali selepas solat fardhu. Selepas itu,biasa-biasakan diri kita dengan mengamalkannya(zikir) selain selepas waktu solat. Sebagai contoh, ketika memasak, ketika tidak bercakap, ketika dalam kenderaan, ketika berjalan, dan sebagainya =)

InsyaALLAH, hari ini, saya nak menyentuh tentang bersyukur. Saya teringat perbualan dengan ayah saya suatu ketika;

Ayah: Anak-anak, dapat duduk, satu nikmat tak?
Anak-anak: Nikmat!
Ayah: Duduk sebenarnya satu nikmat, tetapi kita selalu mengeluh apabila kita sakit/lenguh akibat duduk terlalu lama.
Anak-anak: A'aa lah ayah..

Betul kan? Muhasabah diri kita..

Adik: Kak, sakitlah kaki sebab jalan lama sangat..
Kakak: Adik, alhamdulillah kita ada kaki, boleh berjalan ^^,

Lihat dan hargailah apa yang kita ada.
Tidak salah untuk mengimpikan sesuatu yang lebih baik, atau menginginkan sesuatu yang kita tiada, tetapi janganlah kerana itu, kita mensia-siakan apa yang kita ada sekarang.

Apa yang kita ada, bukanlah bermaksud harta semata-mata. Kesihatan, anggota badan seperti mata, hidung, lidah dan bibir, telinga, tangan, kaki, deria rasa, deria bau, ilmu, masa lapang, keluarga, kawan, dan banyak lagi. Tidak terkira nikmat yang ALLAH beri sejak kita kecil sehinggalah kini.

Yang lepas, jadikan pengajaran. Yang ada sekarang, hargai ia. Yang diimpikan, usahakan ia dengan niat dan cara yang ALLAH redhoi.

Fikir zikir.

Saya pun masih dalam proses melatih diri untuk bersyukur. Practice makes perfect. Kita tidak perlu melihat ke luar(orang lain), cukuplah dengan melihat ke dalam(diri sendiri). Sama-sama kita berusaha bersyukur ye? Bila bersama-sama, barulah kita kuat insyaALLAH (^_^)

Kepada siapa kita harus bersyukur? Semestinya kepada ALLAH.
DIA mempunyai nama-nama yang indah, yang melambangkan sifat-sifat keagunganNYA, antaranya Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki), Al-Ghaniyy (Maha Kaya) dan Al-Mughni (Maha Pemberi Kekayaan). Marilah kenali ALLAH =)

Cadangan buku


Sahabat-sahabat pernah dengar cerita ini? Saya olahkannya di dalam bentuk dialog.

Suami: Ni abang ada beli buah tembikai.
Isteri: Alhamdulillah, terima kasih bang. Saya potongkannya ye?

Seketika kemudian,

Isteri: Ish, kenapalah tembikai ini tidak sedap?! (nada marah)
Suami: Awak marahkan siapa?
Isteri: Ni ha, tembikai ni tak sedap!
Suami: Awak marahkan tembikai tu atau ALLAH?
Isteri: Astaghfirullah! Kenapa saya nak marahkan ALLAH pula?
Suami: Ye la, yang ciptakan buah tembikai tu adalah ALLAH. Penjual, tidak tahu sama ada buah yang dijualnya manis atau tidak, dia cuma mengharapkan agar buah yang dijualnya sedap, agar ada yang nak beli. Petani pun tidak tahu sama ada buah yang ditanamnya manis atau tidak. Jadi, bila awak marahkan tembikai tu tak sedap, seperti marahkan yang mencipta buah tembikai itu!
Isteri: Gurlp!

Berhati-hati ketika bercakap, dan bersangka baiklah kepada ALLAH.

Bagaimana nak bersyukur?
Ucapkan Alhamdulillah - segala puji kepada ALLAH (lisan).
Merasai bahawa nikmat yang kita perolehi adalah kurniaan ALLAH (hati).
Dan, gunakan nikmat yang kita dapat/ada selaras dengan tujuan ALLAH berikan nikmat (perbuatan/amalan).

ALLAH beri kita mata untuk melihat tanda-tanda kekuasaanNYA seperti alam; lalu mengakui tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH, mata untuk memandang ke tempat sujud ketika solat, mata untuk melihat ayat-ayat al-Quran dan membacanya, mata untuk menatap bait-bait ilmu, mata yang melihat perkara-perkara yang baik sahaja..
ALLAH beri kita ilmu untuk diamalkan dan disampaikan.
ALLAH beri kita kesihatan dan masa untuk melakukan ketaatan padaNYA.
Allahuakbar! Sudahkah kita?

Wallahua'lam. Moga menjadi peringatan yang berterusan buat diri yang menulis dan yang membaca. ALLAH Maha Besar.

p/s: nak tanya, nikmat dan rezeki, sama tak maksudnya? jazakumullah =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...